Tapi ansuran bank tetap berjalan. Setiap bulan. Tanpa henti.
Duit anda tersekat dalam aset yang tak beri hasil — sementara komitmen hutang tetap jalan macam biasa.
Ramai pemilik jual rumah dengan cara yang sama:
Ambil gambar sendiri tanpa skill → Letak harga ikut rasa → Tunggu dengan penuh harapan.
Hasilnya?
Ada yang tanya, lepas tu senyap.
Offer masuk, tapi tak munasabah.
Ada yang berminat, tapi loan tak lepas.
Ini akibat jual rumah ikut perasaan dan sentimen — bukan kajian pasaran dan analisis data transaksi sebenar.
Lagi lama rumah tak laku, lagi teruk kesannya. Sebab bakal pembeli mula tanya soalan menakutkan:
“Kenapa rumah ni lama sangat tak laku? Ada masalah ke?”
Dari saat itu, kuasa nego anda dah jatuh.
Jual rumah dalam tempoh 14 hari!
Kami ada ready buyer!
Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!
Ejen hartanah yang jujur & beretika tidak akan tawarkan janji-janji seperti ini.
Bukan jual cepat. Bukan janji harga tinggi. Inilah proses sebenar yang saya jalankan sebelum cadangkan sebarang harga kepada pemilik:
Rekod transaksi lampau di kawasan hartanah anda daripada sumber rasmi, bukan agak-agak atau ikut cakap jiran.
Perbandingan harga pasaran semasa dengan penawaran aktif dan unit setanding sebenar di kawasan berkenaan.
Strategi jualan disesuaikan dengan risiko dan motivasi pemilik, bukan satu template untuk semua orang.
Ini kelebihan saya — bukan janji, tapi proses yang boleh disemak.


Bernaung di bawah agensi Legacy Real Properties Sdn. Bhd. sebagai agen jual rumah bertauliah, saya memiliki kelayakan akademik formal daripada INSPEN (Institut Penilaian Negara). Kelulusan ini memberi saya kelebihan yang tiada pada perunding-perunding hartanah biasa.
Lebih 500 unit hartanah telah saya bantu jual — bukan sekadar cari pembeli, tapi selesaikan urusan dari A hingga Z secara betul dan lengkap.
Kekuatan saya terletak pada kajian pasaran dan analisis data — bukan pada janji jual cepat atau harga tinggi tanpa asas.
Penentuan harga ikut data transaksi sebenar kawasan anda — bukan agak-agak, bukan ikut jiran, bukan ikut perasaan.
Anda tak perlu buang masa layan prospect tanpa tapisan — saya saring dahulu, hanya yang layak untuk anda pertimbangkan.
Pembiayaan, urusan guaman, pemantauan — semuanya saya aturkan supaya anda boleh fokus pada perkara yang lebih penting.
“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan.”


“Saya serahkan beberapa urusan hartanah kepada Tuan Syakir — dari rumah teres, apartment, sampai rumah baru di Kuantan. Saya tak perlu risau sebab semuanya diurus dengan betul. Profesionalisme beliau memang terbukti.”


“Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal setaraf dengan peguam.”


“Saya serahkan jual rumah lama dan beli banglo baru kepada Tuan Syakir — termasuk proses yang melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Dia mahir dengan selok-belok transaksi macam ni, bimbing saya sampai selesai.”


“Syakir was the only agent who came prepared with proper market analysis and a clear strategy. That gave me confidence to appoint him exclusively — the house sold much faster than I expected.”


“Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal.”


Kalau fikiran anda sekarang lebih kurang macam ni…
...maafkan saya, saya bukan ejen yang sesuai untuk anda.
Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.
ISI BORANG sekiranya anda ingin berbincang dengan saya (hartanah LANDED sahaja, Selangor & Negeri Sembilan).
Slot pelantikan terhad setiap bulanSaya hanya ambil bilangan pelantikan terhad setiap bulan supaya setiap pemilik dapat perhatian penuh. Isi borang ini HANYA jika anda serius nak jual dan sedia berbincang — bukan sekadar nak tahu harga pasaran.
Anda belum lantik mana-mana ejen? Hubungi saya sekiranya belum — saya hanya terima PERLANTIKAN EKSKLUSIF. Komitmen anda dan saya dua hala.
Kebanyakan pemilik yang gagal jual rumah Selangor dan Negeri Sembilan bukan gagal sebab pasaran teruk. Mereka gagal sebab tiga perkara di bawah ini tidak diselesaikan sebelum iklan dinaikkan.
Harga permulaan yang tersasar 10% daripada julat pasaran akan membunuh momentum dua bulan pertama — masa paling berharga dalam mana mana iklan. Saya semak rekod transaksi sebenar kawasan anda dahulu, kemudian tetapkan julat yang boleh dipertahankan di hadapan penilai bank, bukan sekadar nombor yang sedap didengar.
Tenure, sekatan kepentingan, status Bumi Lot, baki pinjaman kepada bank, dan sama ada hakmilik sudah diperfect. Isu isu ni yang membatalkan urus niaga pada saat akhir. Kalau ia diselesaikan awal, ia cuma proses. Kalau ditemui selepas deposit dibayar, ia jadi krisis.
Pembeli yang datang viewing tanpa semakan kelayakan pinjaman ialah punca nombor satu urus niaga tergendala. Saya tapis lebih awal supaya rumah anda tidak dipegang berbulan bulan oleh pembeli yang bank tak akan luluskan. Rujuk servis ejen hartanah untuk skop penuh, atau hartanah untuk dijual untuk lihat cara unit saya disenaraikan.
Ringkasnya: jual rumah Selangor dan Negeri Sembilan bukan pertandingan siapa pasang iklan paling banyak. Ia kerja menyusun harga, dokumen dan pembeli dalam turutan yang betul. Bila tiga tiga ni kemas, unit bergerak dalam tempoh munasabah tanpa perlu potong harga berulang kali. Bila salah satu tercicir, iklan jadi lama dan pembeli mula tawar rendah sebab mereka nampak rumah tu “dah lama tak laku”. Itu sebabnya saya tidak terima setiap listing yang datang — saya hanya ambil unit yang saya yakin boleh dijual pada harga yang jujur kepada pemilik.
Servis ejen hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, dengan tumpuan khusus di Seremban dan Nilai.