Ejen Hartanah Sepang
Nama saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar (PEA3833) di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Saya berkhidmat sepenuh masa sejak 2014, khusus membantu pemilik urus jualan di Kota Warisan, Salak Tinggi, Labu Lanjut, dan Serenia. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Sepang menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Hubungi saya di 013-363 7478 untuk saya bantu.
RAMAI PEMILIK RUMAH DI SEPANG CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL
Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014
Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan daerah Sepang sejak 2014 — dari Dengkil dan Salak Tinggi hinggalah Kota Warisan, Taman Putra Prima, Serenia City dan Pantai Sepang Putra… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah Sepang yang berdaftar namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sejak saya mula menjadi ejen hartanah berdaftar di kawasan ni pada tahun 2014, saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama — dan di Sepang khususnya, pemilik selalu lupa yang mereka bukan sahaja bersaing dengan rumah lain, tetapi juga dengan tanah kosong yang masih banyak bertukar tangan di sini. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.
PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...
Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN
Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing
Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang
Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan
Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Sepang yang jauh lebih berpengalaman
Untuk memahami mengapa sesetengah hartanah mengambil masa jauh lebih lama daripada yang lain, rujuk penjelasan lengkap tentang faktor yang menentukan tempoh jualan.
Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini
Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Astro Awani, UTHM dan beberapa sumber lain, ribuan unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual
Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.
MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat
Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.
Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual
Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.
Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit
Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.
Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion
Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.
Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”
REKOD TRANSAKSI SEPANG: SATU DARIPADA LIMA URUS NIAGA ADALAH TANAH, BUKAN RUMAH
Ini ciri yang membezakan Sepang daripada semua kawasan lain dalam liputan saya. Daripada 200 urus niaga terkini di daerah Sepang termasuk Dengkil dan Salak Tinggi, 38 adalah plot tanah sesebuah dan enam lagi tanah kosong — hampir 22 peratus. Di kawasan matang seperti Ampang atau Setiawangsa, angka ni hampir sifar. Maknanya di sini, rumah anda bersaing dengan pilihan untuk membina sendiri.
Median RM533,200
82 transaksi teres tengah (3 Julai hingga 14 Okt 2025), julat RM120,000 sehingga RM1.338 juta, median RM369 psf — antara psf terendah dalam liputan saya. Status hakmilik bercampur: 58 hakmilik kekal berbanding 24 pajakan. Teres tepi median RM732,910 dan teres hujung RM760,000.
Median RM242,500
38 transaksi plot sesebuah, julat RM80,000 sehingga RM780,000, ditambah enam transaksi tanah kosong median RM147,500. Status hakmilik hampir sama rata — 17 hakmilik kekal berbanding 21 pajakan. Tiada kawasan lain dalam liputan saya menunjukkan aktiviti tanah setinggi ini.
RM840,000 – RM1.58 juta
Rumah berkembar median RM840,000 dengan rekod tertinggi RM1.58 juta, sepuluh daripada tiga belas hakmilik kekal. Segmen teres mewah pula direkodkan antara RM839,888 hingga RM1.375 juta, kesemuanya hakmilik kekal — tertumpu di township terancang seperti Serenia City dan Kota Warisan.
RM184,000 – RM320,000
Kondominium median RM320,000 (empat belas daripada tujuh belas hakmilik kekal), pangsapuri median RM295,000 dan kesemuanya hakmilik kekal, rumah pangsa median RM184,000. Segmen berstrata di Sepang masih kecil berbanding landed — sebaliknya daripada kawasan seperti Bangi atau Puchong.
Nota hakmilik: Sepang bercampur — Kota Warisan 88 daripada 88 transaksi hakmilik kekal, Serenia 292 daripada 306, tetapi Salak Tinggi 244 daripada 256 pajakan. Status geran dan baki tempoh pajakan adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.
KAWASAN DI SEPANG YANG SAYA KENDALIKAN
Sebagai ejen hartanah sepenuh masa, tumpuan kerja saya terarah kepada kawasan di mana saya miliki akses data paling kukuh. Ini memastikan saya faham pergerakan pasaran bagi membolehkan saya bantu anda letak harga rasional. Untuk menetapkan harga, saya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula dengan rekod transaksi terkini taman anda. Angka di bawah daripada rekod JPPH, September 2023 hingga April 2026. Satu perkara yang perlu anda tahu awal awal: rekod JPPH bagi daerah Sepang lebih lewat daripada kawasan lain, dan bagi tiga daripada empat kawasan di bawah rekod terakhir berhenti pada pertengahan 2025.
Kota Warisan
88 transaksi, dan kesemuanya hakmilik kekal. Ini satu satunya kawasan antara empat ini yang begitu. Teres median RM535,000 pada RM335 psf tanah, teres tengah median RM485,000. Pangsapuri median RM220,000 dan flat kos rendah median RM185,000. Rumah berkembar median RM580,000. Rekod terakhir yang saya dapat bertarikh Ogos 2025, jadi untuk rumah yang mahu dijual sekarang saya banding dengan iklan semasa juga, bukan rekod JPPH sahaja.
Salak Tinggi
256 transaksi, tetapi 230 daripadanya datang daripada satu projek sahaja, M Senyum Salak Tinggi. Median teres tengah RM555,210 dengan P25 RM551,490 dan P75 RM593,000. Julat yang rapat begini menunjukkan harga pindah milik pertama daripada pemaju, bukan harga jual semula. Untuk rumah lama, rujukan yang lebih dekat ialah teres kos rendah median RM241,000 dan town house median RM330,000. 244 daripada 256 transaksi pajakan.
Labu Lanjut
66 daripada 75 transaksi di sini ialah plot tanah, bukan rumah siap. Median plot RM245,000 pada RM50 psf tanah, julat RM50,000 hingga RM571,900. Rumah sesebuah reka bentuk pemaju median RM474,750. Kalau anda pegang tanah di Labu Lanjut, pembeli anda kebanyakannya orang yang mahu bina sendiri, dan cara memasarkannya berbeza daripada memasarkan rumah siap.
Serenia
306 transaksi, 292 hakmilik kekal, dan kawasan paling mahal antara empat ini. Teres median RM831,888 pada RM532 psf tanah, teres hujung median RM1,106,888, rumah berkembar median RM1,896,388. Perhatikan hujung angka 888 pada hampir semua rekod. Itu harga pindah milik pertama daripada pemaju. Pasaran jual semula Serenia masih nipis, jadi pemilik yang mahu jual sekarang bersaing dengan unit pemaju yang belum habis.
Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis
AmaranSAYA TIDAK AKAN BERI JANJI-JANJI INI KEPADA PEMILIK RUMAH DI SEPANG
Jual rumah dalam tempoh 14 hari!
Kami ada ready buyer!
Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!
Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!
JUALAN HARTANAH DENGAN TEKNIK ANALISIS PERBANDINGAN & KAJIAN PASARAN
Setiap harga yang saya cadangkan di Sepang ditetapkan melalui Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:
Kajian Pasaran
Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat
Analisis Data
Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif
Pelan Pemasaran
Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik
Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…
… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Sepang yang sesuai untuk anda.
Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.
4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN SEPANG
Pekerja koridor KLIA, Cyberjaya dan Putrajaya — nadi permintaan Sepang. Majoriti sasarkan teres RM450k HINGGA RM600k dalam township yang mudah akses ke lebuhraya utama.
Pembeli tanah untuk bina sendiri — kumpulan yang hampir tidak wujud di kawasan lain, memburu plot BAWAH RM300k. Mereka sangat teliti tentang status hakmilik dan syarat kegunaan tanah sebelum membuat tawaran.
Pembeli township premium — teres mewah dan berkembar RM840k KE ATAS di Serenia City dan Kota Warisan. Kumpulan ni menilai perancangan bandar dan kemudahan, bukan sekadar keluasan.
Pembeli rumah pertama — kondominium dan pangsapuri hakmilik kekal BAWAH RM320k, ramai daripadanya kakitangan sektor penerbangan dan perkhidmatan di sekitar KLIA.
Perkara yang perlu difahami penjual di Sepang: bila 22 peratus transaksi di kawasan anda adalah tanah, sebahagian pembeli anda sedang mempertimbangkan untuk membina rumah sendiri dan bukan membeli rumah siap. Rumah anda mesti menawarkan sesuatu yang tanah kosong tak boleh tawarkan — siap sedia, lokasi matang, dan harga yang munasabah berbanding kos membina. Kalau tidak, mereka akan pilih TANAH DAN TUKANG.
APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?
“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”

“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”

“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”

“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”

“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”

“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”


SAYA EJEN HARTANAH SEPANG YANG BERDAFTAR DAN BOLEH ANDA PERCAYA
Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Sepang yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014. Sama ada anda mencari ejen hartanah Sepang, property agent Sepang atau real estate agent Sepang — anda sampai kepada orang yang sama: ejen berdaftar yang beroperasi di sini setiap hari.
Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).
Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.
Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.
- Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
- Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
- Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang
Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.
BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?
(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)
HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH
Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.
Hubungi SayaNak Jual Rumah Di Sepang? Isi Borang Ini
Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif
Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.
Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.
SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH SEPANG
Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.
Rumah Untuk Dijual Di Sepang
Ini unit yang saya uruskan sendiri di kawasan Sepang. Setiap satu disemak sebelum disenaraikan — hakmilik, tenure dan harga berdasarkan dokumen sebenar, bukan anggaran.
Lihat semua hartanah untuk dijual
