PEA3833 · Sejak 2014

Ejen Hartanah Semenyih

Saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar PEA3833 bersama Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Bergerak sepenuh masa sejak 2014, kawasan tumpuan saya di Semenyih adalah Tasik Kesuma, Eco Majestic, Setia EcoHill dan Bandar Rinching. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Semenyih menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Untuk bantuan jual beli hartanah, hubungi saya terus di 013-363 7478.

RAMAI PEMILIK RUMAH DI SEMENYIH CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL

Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014

Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan kawasan Semenyih sejak 2014 — dari Bandar Rinching dan Taman Kajang Selatan hinggalah township baharu seperti Setia EcoHill, Serene Heights dan Goodview Heights… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah Semenyih yang berdaftar namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sejak saya mula menjadi ejen hartanah berdaftar di kawasan ni pada tahun 2014, saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama — dan di Semenyih khususnya, pemilik rumah taman lama selalu terlepas pandang betapa banyaknya stok baharu yang sedang bersaing dengan mereka pada masa yang sama. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.

2014
Sepenuh masa sejak
PEA3833
No. daftar LPEPH
INSPEN
Sijil Ejen Hartanah
Team Leader
Legacy Real Property
Punca Sebenar

PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...

1

Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN

2

Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing

3

Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang

4

Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan

5

Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Semenyih yang jauh lebih berpengalaman

Bukan Sekadar Kata Saya

Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini

Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Astro Awani, UTHM dan beberapa sumber lain, ribuan unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

Keratan akhbar MalaysiaGazette Jun 2026 - 32,800 rumah siap dibina masih tidak terjual bernilai RM16.37 bilion
MalaysiaGazette

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual

Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.

MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Keratan rencana Berita Harian Julai 2026 - rumah mampu milik antara perang harga dan kuasa beli rakyat
Berita Harian

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat

Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
Keratan Harian Metro Mei 2026 - rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual
Harian Metro

32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual

Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.

Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Berita Harian Mei 2026 - purata harga rumah di Malaysia melepasi setengah juta ringgit
Berita Harian

RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit

Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.

Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Sinar Harian Julai 2026 - rumah tidak terjual cecah RM16.37 bilion, NHRA cadang cukai lambakan hartanah
Sinar Harian

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion

Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.

Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh

“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”

Pasaran Semenyih

REKOD TRANSAKSI SEMENYIH: PSF LANDED TERENDAH, HAKMILIK KEKAL HAMPIR MENYELURUH

Dua ciri menjadikan Semenyih berbeza. Pertama, rumah teres di sini direkodkan pada RM372 psf — paras terendah dalam keseluruhan kawasan liputan saya, bermakna anda dapat ruang paling luas untuk setiap ringgit. Kedua, 105 daripada 110 transaksi teres adalah hakmilik kekal, dan kesemua 24 transaksi pangsapuri juga hakmilik kekal.

TERES · SEGMEN DOMINAN

Median RM585,310

110 transaksi teres tengah daripada 200 keseluruhan (10 Dis 2025 hingga 14 Mei 2026), julat RM218,000 sehingga RM1.05 juta, median RM372 psf. 105 daripada 110 adalah HAKMILIK KEKAL. Setia EcoHill menyumbang 23 transaksi, Bandar Rinching 21 dan Taman Kajang Selatan 16.

TERES HUJUNG & TEPI

RM650,000 – RM890,000

Teres hujung median RM890,000 pada RM528 psf dengan rekod tertinggi RM1.471 juta, teres tepi median RM650,000 pada RM505 psf. Kesemua transaksi unit hujung dan tepi yang direkodkan adalah hakmilik kekal — konsistensi yang jarang ditemui di kawasan lain.

BERKEMBAR, KLUSTER & BANGLO

RM907,500 – RM1.43 juta

Rumah berkembar median RM910,000 (julat RM550,000 hingga RM1.39 juta, sepuluh daripada sebelas hakmilik kekal), rumah kluster median RM980,000, dan banglo reka bentuk pemaju median RM907,500 dengan rekod tertinggi RM1.43 juta. Segmen premium Semenyih terletak dalam township terancang, bukan di taman lama.

PANGSAPURI & MAMPU MILIK

RM100,000 – RM360,000

Pangsapuri median RM282,000 pada RM321 psf — dan kesemua 24 transaksi hakmilik kekal. Flat kos rendah median RM100,000, teres kos rendah RM225,000. Paras masuk ke pasaran Semenyih antara paling rendah dalam liputan saya, dan itu daya tarikan utamanya bagi pembeli kali pertama.

Nota hakmilik: kesemua 268 rekod JPPH bagi empat taman tumpuan saya di Semenyih (September 2025 hingga Mei 2026) adalah hakmilik kekal, sifar pajakan. Walaupun begitu, status geran dan baki tempoh pajakan tetap perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.

Hubungi Saya

Kawasan Liputan

KAWASAN DI SEMENYIH YANG SAYA KENDALIKAN

Data tepat adalah asas kepada keputusan hartanah yang lancar. Untuk menetapkan harga, saya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran. Maklumat di bawah diambil terus daripada rekod rasmi JPPH bermula September 2025 hingga Mei 2026.

TASIK KESUMA

Tasik Kesuma

Sebanyak 63 transaksi direkodkan, kesemuanya hakmilik kekal. Rumah teres 33 rekod pada median RM400,000, julat RM350,000 hingga RM460,000, psf binaan RM380, binaan median 1,076 kaki persegi. Kesemua 33 rekod itu bukan pindah milik pertama, jadi angka ini memang paras subsale dan bukan harga pemaju. Lot tanah kosong pula 20 rekod pada median RM289,000, hampir satu pertiga daripada semua rekod kawasan ini. Saya semak rekod taman anda sendiri sebelum harga ditetapkan.

ECO MAJESTIC

Eco Majestic

Sebanyak 60 transaksi direkodkan, kesemuanya hakmilik kekal dan kesemuanya bukan pindah milik pertama. Rumah teres 18 rekod pada median RM685,000, julat RM637,500 hingga RM883,750, binaan median 1,982 kaki persegi. Rumah kluster 9 rekod pada median RM970,000. Pangsapuri 21 rekod pada median RM270,000, psf binaan RM314. Township ini sudah cukup matang untuk berdiri atas pasaran subsale sendiri, jadi median di sini boleh terus dipakai sebagai rujukan pemilik.

SETIA ECOHILL

Setia EcoHill

Sebanyak 100 transaksi direkodkan merangkumi Setia EcoHill dan Setia EcoHill 2, kesemuanya hakmilik kekal. Rumah teres 41 rekod pada median RM758,000, julat RM695,640 hingga RM828,630, psf binaan RM427. Tetapi 24 daripada 41 rekod itu pindah milik pertama daripada pemaju, jadi median tersebut condong ke harga launching dan bukan harga subsale. Rumah berkembar 19 rekod pada median RM910,000; pangsapuri 30 rekod pada median RM267,500. Untuk rumah anda, saya asingkan transaksi pemaju daripada transaksi subsale dahulu.

BANDAR RINCHING

Bandar Rinching

Sebanyak 45 transaksi direkodkan, kesemuanya hakmilik kekal. Rumah teres 42 rekod pada median RM395,000, julat RM332,500 hingga RM455,250, psf binaan RM422, binaan median 853 kaki persegi, dan 41 daripada 42 rekod itu subsale. Perhatikan satu perkara: psf binaan di sini lebih tinggi daripada Tasik Kesuma walaupun harga mediannya lebih rendah, sebab rumah di sini lebih kecil. Untuk rumah bersaiz kecil, psf lebih berguna daripada harga median, dan saya kira kedua duanya.

Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis

Amaran

SAYA TIDAK AKAN BERI JANJI-JANJI INI KEPADA PEMILIK RUMAH DI SEMENYIH

Jual rumah dalam tempoh 14 hari!

Kami ada ready buyer!

Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!

Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!

Pendekatan Saya

JUALAN HARTANAH DENGAN TEKNIK ANALISIS PERBANDINGAN & KAJIAN PASARAN

Setiap harga yang saya cadangkan di Semenyih ditetapkan menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:

LANGKAH 01

Kajian Pasaran

Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat

LANGKAH 02

Analisis Data

Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif

LANGKAH 03

Pelan Pemasaran

Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik

Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…

“Rumah saya ini special, dah reno itu ini begitu begini…”
“Inilah rumah pertama saya beli bersama isteri selepas kahwin…”
“Jiran saya kata dia baru je jual rumah dia dengan harga RM700k…”

… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Semenyih yang sesuai untuk anda.

Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.

Demand Semenyih

4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN SEMENYIH

1

Keluarga yang mahu ruang maksimum untuk bajet mereka — inilah nadi Semenyih. Pada RM372 psf, mereka dapat rumah yang jauh lebih luas berbanding kawasan lain, kebanyakannya dalam julat RM500k HINGGA RM650k.

2

Pembeli township baharu — Setia EcoHill, Serene Heights dan Goodview Heights menarik pembeli yang sanggup bayar RM800k KE ATAS untuk perancangan, keselamatan dan kemudahan moden.

3

Pembeli rumah pertama — pangsapuri hakmilik kekal BAWAH RM300k dan teres kos rendah. Semenyih antara pilihan terakhir dalam Lembah Klang di mana paras masuk masih di bawah paras tu dengan hakmilik kekal.

4

Pembeli dari Kajang dan Bangi yang berpindah keluar — mencari landed lebih besar pada harga sama, biasanya RM550k HINGGA RM750k. Mereka membandingkan Semenyih secara langsung dengan kawasan asal mereka.

Cabaran sebenar menjual di Semenyih bukan harga — tetapi persaingan dengan stok baharu. Township seperti Setia EcoHill dan Serene Heights menawarkan rumah baharu dengan pakej pemaju yang menarik. Kalau rumah anda di taman matang, anda mesti bersaing atas perkara yang mereka tak boleh tawarkan: lokasi matang, komuniti sedia ada, dan harga yang BETUL DARI HARI PERTAMA.

Bukti Sosial

APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?

“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”
Mr & Ms Yan
Mr & Ms YanBusiness Owners
“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”
Dr Mona Othman
Dr Mona OthmanJuruaudit
“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”
Dr Norwazli Abd Wahab
Dr Norwazli Abd WahabPensyarah
“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”
Ahmad Qarliff Zamzuri
Ahmad Qarliff ZamzuriPeguam Hartanah
“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”
Raja Yahya Raja Anuar
Raja Yahya Raja AnuarPengurus Bank
“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”
Joseph Teo
Joseph TeoVice President Marketing
Syakir Zainol, ejen hartanah Semenyih yang berdaftar (PEA3833)
Kenali Ejen Anda

SAYA EJEN HARTANAH SEMENYIH YANG BERDAFTAR DAN BOLEH ANDA PERCAYA

Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Semenyih yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014. Sama ada anda mencari ejen hartanah Semenyih, property agent Semenyih atau real estate agent Semenyih — anda sampai kepada orang yang sama: ejen berdaftar yang beroperasi di sini setiap hari.

Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.

Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.

PEA3833 · LPEPH Sijil INSPEN Team Leader, Legacy Nilai Director, QS Premiere Mortgage Consultants
Saya tidak terima semua perlantikan. Saya hanya bantu pemilik yang:
  • Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
  • Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
  • Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang

Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.

Hubungi Saya

BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?

(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)

HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH

Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.

Hubungi Saya

Nak Jual Rumah Di Semenyih? Isi Borang Ini

Syarat Kerjasama

Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif

Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.

Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.

Eksklusif: satu ejen bertanggungjawab penuh — fokus & akauntabiliti jelas
Open listing: usaha berpecah, harga tertekan, tiada siapa bertanggungjawab
Ada kemusykilan?

SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH SEMENYIH

Berdasarkan rekod transaksi JPPH bagi mukim Semenyih dan sekitarnya (10 Dis 2025 hingga 14 Mei 2026): teres tengah median RM585,310 pada RM372 psf, julat RM218,000 sehingga RM1.05 juta. Teres tepi median RM650,000 dan teres hujung RM890,000. Julat yang luas ni mencerminkan jurang antara taman matang seperti Bandar Rinching dan township baharu seperti Setia EcoHill — dua produk berbeza dalam satu nama kawasan.
Hampir seluruhnya hakmilik kekal, dan ini antara yang paling konsisten dalam liputan saya. Rekod menunjukkan 105 daripada 110 teres tengah, kesemua sembilan teres hujung, kesemua sembilan teres tepi, sepuluh daripada sebelas rumah berkembar dan kesemua 24 pangsapuri adalah hakmilik kekal. Untuk penjual, ini bermakna satu halangan pembiayaan yang biasa memperlahankan jualan di kawasan lain tidak wujud di sini.
Kerana bekalan tanah masih ada, dan jaraknya lebih jauh dari pusat bandar. Teres di Semenyih direkodkan pada RM372 psf, berbanding RM568 psf di Ampang dan RM584 psf di Setiawangsa. Untuk pembeli, ini bermakna ruang yang jauh lebih luas untuk bajet yang sama — dan itulah hujah jualan paling kuat yang anda ada. Tetapi ia juga bermakna kenaikan harga di sini lebih perlahan, jadi jangkaan pemilik perlu realistik.
Ini cabaran sebenar di Semenyih, dan saya tak akan berpura pura ia mudah. Setia EcoHill, Serene Heights dan Goodview Heights menawarkan rumah baharu dengan pakej pemaju, dan mereka menyumbang sebahagian besar transaksi terkini. Rumah anda tak boleh bersaing atas kebaharuan. Yang anda ada ialah lokasi matang, kemudahan yang sudah beroperasi, komuniti sedia ada, dan harga masuk yang lebih rendah. Ketiga-tiga perkara tu perlu berada di hadapan iklan anda, bukan tersembunyi di bawah.
Ada. Rekod transaksi menunjukkan teres hujung mencecah RM1.471 juta, rumah berkembar sehingga RM1.39 juta, rumah kluster median RM980,000, dan banglo reka bentuk pemaju sehingga RM1.43 juta. Segmen ni tertumpu dalam township terancang, bukan taman lama. Jadi ya, Semenyih ada pasaran atas — cuma ia berada di lokasi yang sangat spesifik dan tidak boleh dijadikan rujukan untuk keseluruhan kawasan.
Tidak. Saya hanya mengenakan caj profesional mengikut kadar yang ditetapkan undang undang (maksimum 3% daripada harga transaksi, tertakluk kepada minimum RM1,000 bagi setiap hartanah, mengikut skala yuran LPEPH) setelah hartanah anda berjaya dijual dan urus niaga selesai. Tiada bayaran pendahuluan, tiada caj pemasaran tersembunyi. Sebagai ejen hartanah berdaftar PEA3833 di bawah LPEPH, struktur caj saya tertakluk kepada peraturan — bukan kepada budi bicara saya.
Boleh jadi. Unit siap yang kekal tidak terjual sembilan bulan atau lebih dipanggil overhang, dan NAPIC menerbitkan kiraannya ikut negeri. Pembeli yang melihat rumah anda hari ini biasanya sudah melihat pilihan lain dalam radius yang sama, termasuk unit pemaju. Yang membezakan bukan umur rumah, tetapi sama ada harga anda masuk akal berbanding apa yang ada di pasaran pada masa yang sama. Skalanya diterangkan dalam gambaran overhang ikut negeri.
Prosesnya ringkas. Kita berbincang dahulu tentang hartanah anda — lokasi, saiz, tenure dan keadaan unit. Saya tarik rekod transaksi terkini taman anda sendiri dan bentangkan julat harga yang realistik berdasarkan data itu, bukan berdasarkan harga jiran atau harga launching. Jika anda setuju dengan pendekatan saya, kita tandatangan surat pelantikan bertulis sebelum hartanah dipasarkan. Tiada bayaran pendahuluan pada mana-mana peringkat ini. Saya ejen hartanah berdaftar (registered real estate agent) yang beroperasi sepenuh masa sejak 2014 dan meliputi Semenyih, dengan nombor pendaftaran PEA3833 di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Untuk kawasan lain di negeri ini, lihat halaman ejen hartanah Selangor dan ejen hartanah Kajang.
Ya. Saya tidak memasarkan mana-mana hartanah tanpa surat pelantikan bertulis daripada pemilik berdaftar. Dokumen ini menetapkan harga yang dipersetujui, tempoh pelantikan dan kadar caj profesional secara bertulis, supaya tiada salah faham di kemudian hari. Ia juga melindungi anda — tanpa dokumen ini, sesiapa sahaja boleh mendakwa mewakili hartanah anda. Memandangkan saya hanya menerima pelantikan secara eksklusif, dokumen yang saya guna ialah Exclusive Letter of Appointment.
Ada dua peringkat yang berasingan. Peringkat pertama ialah tempoh pemasaran sehingga jumpa pembeli — ini bergantung pada harga yang ditetapkan, jenis hartanah dan keadaan unit, dan tiada angka tetap yang jujur boleh saya berikan tanpa melihat hartanah anda dahulu. Peringkat kedua bermula selepas Sale and Purchase Agreement ditandatangani: proses pindah milik mengambil masa anggaran sekitar 3 bulan. Pemilik yang tersilap kira biasanya lupa peringkat kedua ini dan menyangka jualan selesai pada hari SPA ditandatangani.

Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.

Saya sendiri yang akan menghubungi anda. Maklumat anda tidak dikongsi dengan pihak ketiga.

Iklan Hartanah

Rumah Untuk Dijual Di Semenyih

Ini unit yang saya uruskan sendiri di kawasan Semenyih. Setiap satu disemak sebelum disenaraikan — hakmilik, tenure dan harga berdasarkan dokumen sebenar, bukan anggaran.

Lihat semua hartanah untuk dijual
Kawasan Liputan

Khidmat Pemasaran Hartanah Berdasarkan Kawasan

Servis ejen hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, dengan tumpuan khusus di Seremban, Nilai, Bangi, Seri Kembangan, Sepang, Shah Alam, Puchong, Kajang, Semenyih dan Putrajaya.

Negeri & Wilayah Persekutuan