PEA3833 · Sejak 2014

Ejen Hartanah Damansara

Saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar PEA3833 bersama Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Bergerak sepenuh masa sejak 2014, saya mengendalikan hartanah di Damansara dan kawasan sekitarnya. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Damansara menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Untuk bantuan jual beli hartanah, hubungi saya terus di 013-363 7478.

RAMAI PEMILIK RUMAH DI DAMANSARA CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL

Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014

Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan koridor Damansara sejak 2014 — dari Bandar Sri Damansara dan Ara Damansara hinggalah TTDI Jaya, Bukit Jelutong dan Putra Heights… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah Damansara yang berdaftar namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sejak saya mula menjadi ejen hartanah berdaftar di kawasan ni pada tahun 2014, saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama — dan di Damansara khususnya, masalahnya bukan harga terlalu rendah, tetapi jangkaan yang dibina atas nama kawasan dan bukan atas rekod transaksi taman sendiri. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.

2014
Sepenuh masa sejak
PEA3833
No. daftar LPEPH
INSPEN
Sijil Ejen Hartanah
Team Leader
Legacy Real Property
Punca Sebenar

PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...

1

Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN

2

Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing

3

Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang

4

Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan

5

Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Damansara yang jauh lebih berpengalaman

Bukan Sekadar Kata Saya

Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini

Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Astro Awani, UTHM dan beberapa sumber lain, ribuan unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

Keratan akhbar MalaysiaGazette Jun 2026 - 32,800 rumah siap dibina masih tidak terjual bernilai RM16.37 bilion
MalaysiaGazette

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual

Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.

MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Keratan rencana Berita Harian Julai 2026 - rumah mampu milik antara perang harga dan kuasa beli rakyat
Berita Harian

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat

Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
Keratan Harian Metro Mei 2026 - rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual
Harian Metro

32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual

Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.

Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Berita Harian Mei 2026 - purata harga rumah di Malaysia melepasi setengah juta ringgit
Berita Harian

RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit

Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.

Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Sinar Harian Julai 2026 - rumah tidak terjual cecah RM16.37 bilion, NHRA cadang cukai lambakan hartanah
Sinar Harian

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion

Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.

Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh

“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”

Pasaran Damansara

REKOD TRANSAKSI DAMANSARA: MEDIAN LANDED TERTINGGI DALAM LIPUTAN SAYA

Koridor Damansara mencatat median rumah teres tertinggi antara semua kawasan yang saya kendalikan — RM850,000, jauh melebihi Klang (RM500,000) dan Shah Alam seksyen bandar (RM520,000). Dan hampir kesemuanya hakmilik kekal: 70 daripada 71 transaksi teres tengah. Tetapi ada satu perangkap besar di sini, dan ia ada dalam segmen kondominium.

TERES · KORIDOR DAMANSARA

Median RM850,000

71 transaksi teres tengah (9 Dis 2025 hingga 21 Mei 2026), julat RM280,000 sehingga RM1.768 juta, median RM510 psf. 70 daripada 71 direkodkan HAKMILIK KEKAL — nisbah tertinggi dalam liputan saya. Bandar Baru Sri Damansara menyumbang 29 transaksi, Bukit Jelutong 25 dan Putra Heights 18.

TERES HUJUNG & TEPI

RM1.075 juta – RM1.125 juta

Teres hujung median RM1.125 juta pada RM644 psf, julat RM795,000 hingga RM1.95 juta. Teres tepi median RM1.075 juta. Di sini unit hujung dan tepi bukan lagi "teres dengan premium" — ia melintasi paras sejuta ringgit secara rutin, dan pembelinya kumpulan yang berbeza sama sekali.

BERKEMBAR, BANGLO & TANAH

RM1.8 juta – RM4.39 juta

Rumah berkembar median RM2.2 juta pada RM710 psf, rekod tertinggi RM4.39 juta. Banglo reka bentuk sendiri median RM3.05 juta. Plot sesebuah (tanah kosong) median RM1.8 juta — bermakna tanah sahaja di sini berharga lebih daripada rumah siap di kebanyakan kawasan lain.

KONDOMINIUM · JULAT PALING EKSTREM

RM150,000 – RM3.3 juta

Inilah perangkapnya. 50 transaksi kondominium dengan julat dari RM150,000 sehingga RM3.3 juta dalam satu kategori — jurang paling ekstrem yang saya jumpa. Median RM489,500 pada RM430 psf. Pangsapuri pula median RM320,000. Guna median kondominium Damansara untuk menilai unit anda dan anda hampir pasti akan tersilap, sama ada terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Nota hakmilik: status geran berbeza ikut taman, bukan ikut kawasan. Status geran dan baki tempoh pajakan adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.

Hubungi Saya

Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis

Amaran

SAYA TIDAK AKAN BERI JANJI-JANJI INI KEPADA PEMILIK RUMAH DI DAMANSARA

Jual rumah dalam tempoh 14 hari!

Kami ada ready buyer!

Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!

Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!

Kawasan Liputan

KAWASAN DI KORIDOR DAMANSARA YANG SAYA KENDALIKAN

Sebagai ejen hartanah sepenuh masa, tumpuan kerja saya terarah kepada kawasan di mana saya miliki akses data paling kukuh. Ini memastikan saya faham pergerakan pasaran bagi membolehkan saya bantu anda letak harga rasional. Untuk menetapkan harga, saya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula dengan rekod transaksi terkini taman anda. Angka di bawah daripada rekod JPPH, September 2025 hingga Jun 2026.

BANDAR SRI DAMANSARA

Bandar Sri Damansara

70 transaksi kediaman direkodkan di Bandar Sri Damansara dalam tempoh itu, median RM955,000 dan psf RM590. Hampir kesemuanya hakmilik kekal dan majoritinya rumah teres. Ini pasaran yang agak seragam, jadi perbandingan transaksi di sini lebih tepat.

ARA DAMANSARA

Ara Damansara

28 transaksi, median RM1,380,000 dan psf RM762. Tenure bercampur, sebahagian pajakan dan sebahagian hakmilik kekal. Julat harga di sini sangat luas kerana rekodnya merangkumi pangsapuri sehingga rumah berkembar, jadi jenis unit anda menentukan harga lebih daripada nama kawasan.

TTDI JAYA

TTDI Jaya

24 transaksi, median RM500,000 dan psf RM401, kesemuanya hakmilik kekal. Rekod terbahagi antara rumah teres dan pangsapuri. Dua jenis ini pembelinya berbeza, jadi saya tidak guna median keseluruhan untuk letak harga rumah teres.

BUKIT JELUTONG

Bukit Jelutong

70 transaksi, median RM939,000 dan psf RM401, hampir kesemuanya hakmilik kekal. Majoriti rumah teres, dengan beberapa jualan plot tanah dalam rekod. Plot tanah bukan perbandingan yang sah untuk rumah siap, jadi saya keluarkan ia daripada kiraan.

Dapatkan anggaran harga rumah anda

Pendekatan Saya

JUALAN HARTANAH DENGAN TEKNIK ANALISIS PERBANDINGAN & KAJIAN PASARAN

Setiap penilaian yang saya buat di Damansara bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:

LANGKAH 01

Kajian Pasaran

Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat

LANGKAH 02

Analisis Data

Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif

LANGKAH 03

Pelan Pemasaran

Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik

Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…

“Rumah saya ini special, dah reno itu ini begitu begini…”
“Inilah rumah pertama saya beli bersama isteri selepas kahwin…”
“Jiran saya kata dia baru je jual rumah dia dengan harga RM700k…”

… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Damansara yang sesuai untuk anda.

Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.

Demand Damansara

4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN DAMANSARA

1

Keluarga profesional yang mahu landed hakmilik kekal berhampiran koridor pekerjaan utama — sasarkan teres RM800k HINGGA RM1 JUTA di township matang dan terancang.

2

Pembeli segmen premium — berkembar, banglo dan tanah RM1.8 JUTA KE ATAS. Kumpulan kecil tetapi sangat aktif di koridor ni, dan mereka menilai berdasarkan keluasan tanah serta susun atur, bukan hiasan dalaman.

3

Pembeli kondominium kelas pertengahan — julat RM400k HINGGA RM600k, biasanya pasangan muda bekerja yang mahu kekal dalam koridor tanpa membeli landed.

4

Pembeli mampu milik — pangsapuri dan flat BAWAH RM320k. Segmen ni masih wujud di Damansara walaupun jenamanya premium, terutama di sekitar Bandar Sri Damansara.

Nama "Damansara" ialah aset pemasaran yang kuat — tetapi ia juga punca kesilapan harga paling mahal di sini. Satu kondominium Damansara boleh bernilai RM150,000 dan satu lagi RM3.3 juta. Bila anda letak harga berdasarkan nama kawasan dan bukan rekod skim anda sendiri, anda bukan sedang jual mahal; anda sedang jual KEPADA TIADA SESIAPA.

Bukti Sosial

APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?

“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”
Mr & Ms Yan
Mr & Ms YanBusiness Owners
“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”
Dr Mona Othman
Dr Mona OthmanJuruaudit
“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”
Dr Norwazli Abd Wahab
Dr Norwazli Abd WahabPensyarah
“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”
Ahmad Qarliff Zamzuri
Ahmad Qarliff ZamzuriPeguam Hartanah
“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”
Raja Yahya Raja Anuar
Raja Yahya Raja AnuarPengurus Bank
“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”
Joseph Teo
Joseph TeoVice President Marketing
Syakir Zainol, ejen hartanah Damansara yang berdaftar (PEA3833)
Kenali Ejen Anda

SAYA EJEN HARTANAH DAMANSARA YANG BERDAFTAR DAN BOLEH ANDA PERCAYA

Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Damansara yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014. Sama ada anda mencari ejen hartanah Damansara atau property agent Damansara — anda sampai kepada orang yang sama: ejen berdaftar yang beroperasi di sini setiap hari.

Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.

Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.

PEA3833 · LPEPH Sijil INSPEN Team Leader, Legacy Nilai Director, QS Premiere Mortgage Consultants
Saya tidak terima semua perlantikan. Saya hanya bantu pemilik yang:
  • Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
  • Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
  • Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang

Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.

Hubungi Saya

BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?

(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)

HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH

Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.

Hubungi Saya

Nak Jual Rumah Di Damansara? Isi Borang Ini

Syarat Kerjasama

Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif

Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.

Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.

Eksklusif: satu ejen bertanggungjawab penuh — fokus & akauntabiliti jelas
Open listing: usaha berpecah, harga tertekan, tiada siapa bertanggungjawab
Ada kemusykilan?

SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH DAMANSARA

Berdasarkan rekod transaksi JPPH bagi mukim Damansara, Bandar Damansara dan Bandar Sri Damansara (9 Dis 2025 hingga 21 Mei 2026): teres tengah median RM850,000 pada RM510 psf, julat RM280,000 sehingga RM1.768 juta. Teres tepi median RM1.075 juta dan teres hujung RM1.125 juta. Ini median landed tertinggi dalam kawasan liputan saya — tetapi ambil perhatian pada julatnya. Beza antara transaksi terendah dan tertinggi hampir RM1.5 juta, jadi taman anda yang menentukan, bukan nama Damansara.
Hampir seluruhnya hakmilik kekal. Dalam rekod transaksi teres tengah, 70 daripada 71 adalah hakmilik kekal — hanya satu pajakan. Kesemua rumah berkembar, teres hujung, teres tepi, banglo dan plot tanah yang direkodkan juga hakmilik kekal. Untuk segmen berstrata pula lebih bercampur: 30 daripada 50 kondominium hakmilik kekal, dan 35 daripada 39 pangsapuri. Jadi kalau hartanah anda kondominium, semak status geran sebelum beriklan.
Sebab "Damansara" merangkumi skim yang sangat berbeza dalam satu nama. Rekod transaksi menunjukkan kondominium di kawasan ni terentang dari RM150,000 sehingga RM3.3 juta — jurang paling ekstrem yang saya jumpa dalam mana mana segmen tunggal. Ada pangsapuri lama di Bandar Sri Damansara, dan ada kondominium mewah di koridor Ara Damansara. Kedua-duanya sah dipanggil "kondominium Damansara", tetapi mereka bukan pasaran yang sama dan tidak boleh dibandingkan.
Nama kawasan memang membantu tarikan awal — ia buat iklan anda dibuka. Tetapi ia tidak menaikkan nilai penilaian bank, dan ia tidak mengubah rekod transaksi taman anda. Saya kerap jumpa pemilik yang letak harga berdasarkan iklan di township lain dalam koridor yang sama, kemudian tertunggu berbulan bulan. Jenama kawasan buka pintu; rekod transaksi yang tutup deal. Kedua-duanya perlu, tetapi hanya satu yang boleh dipertahankan di depan penilai.
Dari segi alamat, Bukit Jelutong ialah Shah Alam. Dari segi rekod tanah, ia berada dalam mukim Damansara — dan itu sebabnya ia muncul dalam set data ni dengan 25 transaksi. Untuk tujuan pemasaran, saya biasanya gunakan kedua-duanya, kerana pembeli mencari dengan kedua-dua istilah. Yang penting ialah harga anda dibandingkan dengan transaksi Bukit Jelutong sendiri, bukan dengan purata mana mana kawasan yang lebih luas.
Tidak. Saya hanya mengenakan caj profesional mengikut kadar yang ditetapkan undang undang (maksimum 3% daripada harga transaksi, tertakluk kepada minimum RM1,000 bagi setiap hartanah, mengikut skala yuran LPEPH) setelah hartanah anda berjaya dijual dan urus niaga selesai. Tiada bayaran pendahuluan, tiada caj pemasaran tersembunyi. Sebagai ejen hartanah berdaftar PEA3833 di bawah LPEPH, struktur caj saya tertakluk kepada peraturan — bukan kepada budi bicara saya.
Tidak. Unit siap yang kekal tidak terjual sembilan bulan atau lebih direkod NAPIC sebagai overhang dan diterbitkan ikut negeri, dan ia tidak mengecualikan kawasan yang namanya kuat. Nama kawasan menarik perhatian; harga yang menutup jualan. Bila pembeli ada banyak pilihan pada julat harga yang sama, dia memilih nilai, bukan alamat. Angkanya ada dalam skala stok tidak terjual, ikut negeri.
Prosesnya ringkas. Kita berbincang dahulu tentang hartanah anda — lokasi, saiz, tenure dan keadaan unit. Saya tarik rekod transaksi terkini taman anda sendiri dan bentangkan julat harga yang realistik berdasarkan data itu, bukan berdasarkan harga jiran atau harga launching. Jika anda setuju dengan pendekatan saya, kita tandatangan surat pelantikan bertulis sebelum hartanah dipasarkan. Tiada bayaran pendahuluan pada mana-mana peringkat ini. Saya ejen hartanah berdaftar (registered real estate agent) yang beroperasi sepenuh masa sejak 2014 dan meliputi Damansara, dengan nombor pendaftaran PEA3833 di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Untuk kawasan lain di negeri ini, lihat halaman ejen hartanah Selangor dan ejen hartanah Shah Alam.
Ya. Saya tidak memasarkan mana-mana hartanah tanpa surat pelantikan bertulis daripada pemilik berdaftar. Dokumen ini menetapkan harga yang dipersetujui, tempoh pelantikan dan kadar caj profesional secara bertulis, supaya tiada salah faham di kemudian hari. Ia juga melindungi anda — tanpa dokumen ini, sesiapa sahaja boleh mendakwa mewakili hartanah anda. Memandangkan saya hanya menerima pelantikan secara eksklusif, dokumen yang saya guna ialah Exclusive Letter of Appointment.
Ada dua peringkat yang berasingan. Peringkat pertama ialah tempoh pemasaran sehingga jumpa pembeli — ini bergantung pada harga yang ditetapkan, jenis hartanah dan keadaan unit, dan tiada angka tetap yang jujur boleh saya berikan tanpa melihat hartanah anda dahulu. Peringkat kedua bermula selepas Sale and Purchase Agreement ditandatangani: proses pindah milik mengambil masa anggaran sekitar 3 bulan. Pemilik yang tersilap kira biasanya lupa peringkat kedua ini dan menyangka jualan selesai pada hari SPA ditandatangani.

Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.

Saya sendiri yang akan menghubungi anda. Maklumat anda tidak dikongsi dengan pihak ketiga.

Iklan Hartanah

Rumah Untuk Dijual Di Damansara

Ini unit yang saya uruskan sendiri di kawasan Damansara. Setiap satu disemak sebelum disenaraikan — hakmilik, tenure dan harga berdasarkan dokumen sebenar, bukan anggaran.

Lihat semua hartanah untuk dijual