PEA3833 · Sejak 2014

Ejen Hartanah Selangor

Ramai pemilik rumah di Selangor cuba jual sendiri... Malangnya gagal

Ketahui kenapa rumah anda masih belum terjual — dan bagaimana saya telah bantu ratusan pemilik sejak 2014

Syakir Zainol, PEA3833
Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925

Syakir Zainol memakai sut biru gelap dan berkaca mata
Syakir Zainol
PEA3833 · Legacy Real Property Sdn. Bhd.
E(1)1925
2014
Sepenuh masa sejak
PEA3833
No. daftar LPEPH
INSPEN
Sijil Ejen Hartanah
Team Leader
Legacy Real Property
Tentang Saya

Sejak 2014

Saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar PEA3833 bersama Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Bergerak sepenuh masa sejak 2014, saya mengendalikan hartanah di Selangor dan kawasan sekitarnya. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Selangor menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Untuk bantuan jual beli hartanah, hubungi saya terus di 013-363 7478.

Punca Sebenar

Punca sebenar masalah hartanah susah terjual adalah...

1

Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN

2

Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing

3

Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang

4

Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan

5

Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Selangor yang jauh lebih berpengalaman

Bukan Sekadar Kata Saya

Data & laporan rasmi mengesahkan masalah ini

Harga yang tidak sepadan dengan pasaran bukan masalah pemilik rumah sahaja. Menurut data NAPIC yang dilaporkan oleh Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro dan MalaysiaGazette, lebih 32,000 unit kediaman siap dibina oleh pemaju masih tidak terjual pada suku pertama 2026, dan hampir separuh daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah. Data ini melibatkan rumah baharu, bukan rumah subsale, tetapi laporan berkaitan mengaitkan lambakan ini dengan jurang antara harga yang ditawarkan dan kuasa beli rakyat. Antara laporan tersebut:

Keratan akhbar MalaysiaGazette Jun 2026 - 32,800 rumah siap dibina masih tidak terjual bernilai RM16.37 bilion
MalaysiaGazette

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual

Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.

MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Keratan rencana Berita Harian Julai 2026 - rumah mampu milik antara perang harga dan kuasa beli rakyat
Berita Harian

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat

Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
Keratan Harian Metro Mei 2026 - rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual
Harian Metro

32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual

Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.

Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Berita Harian Mei 2026 - purata harga rumah di Malaysia melepasi setengah juta ringgit
Berita Harian

RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit

Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.

Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Sinar Harian Julai 2026 - rumah tidak terjual cecah RM16.37 bilion, NHRA cadang cukai lambakan hartanah
Sinar Harian

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion

Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.

Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh

“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”

Pasaran Selangor

Rekod transaksi Selangor: median teres dari rm400k di banting hingga rm850k di damansara

Saya tarik rekod transaksi JPPH untuk empat belas kawasan Selangor yang saya kendalikan — 200 rekod bagi setiap satu. Bila diletak sebelah menyebelah, gambarannya jauh lebih berguna daripada mana mana purata negeri: rumah teres yang sama jenis boleh berbeza lebih RM450,000 semata mata kerana kawasan, dan status hakmilik pula berubah sepenuhnya dari satu daerah ke daerah sebelah.

Teres · Perbandingan 14 Kawasan

RM400k – RM850k

Median teres tengah mengikut kawasan: Damansara RM850,000 · Setia Alam RM730,000 · Seri Kembangan RM625,000 · Ampang RM600,000 · Semenyih RM585,310 · Gombak RM585,000 · Cheras RM582,500 · Batu Caves RM552,500 · Bangi RM550,000 · Sepang RM533,200 · Puchong RM526,500 · Shah Alam seksyen bandar RM520,000 · Klang RM500,000 · Banting RM400,000. Kajang pula bergantung township, dari RM380,000 di taman matang hingga RM866,000 di Kajang 2.

Peta Hakmilik Selangor

Kekal atau pajakan ikut kawasan

Hampir seluruhnya HAKMILIK KEKAL: Damansara 70 daripada 71, Klang 105 daripada 114, Semenyih 105 daripada 110, Cheras 65 daripada 72. Hampir seluruhnya PAJAKAN: Seri Kembangan 39 daripada 39, Shah Alam seksyen bandar 61 daripada 62, Ampang 43 daripada 49, Bangi 33 daripada 41. Bercampur: Gombak, Batu Caves, Puchong, Sepang dan Banting. Inilah sebab pembeli yang mahukan hakmilik kekal akan terus menolak separuh Selangor tanpa berunding.

Psf · Ruang Untuk Setiap Ringgit

RM369 hingga RM568 psf

Terendah: Sepang RM369 psf, Semenyih RM372 psf, Bangi RM386 psf, Banting RM390 psf. Tertinggi: Ampang RM568 psf, Damansara RM510 psf, Batu Caves RM486 psf, Puchong RM461 psf. Beza antara Sepang dan Ampang hampir 54 peratus — maknanya wang yang sama membeli rumah yang jauh lebih luas di selatan berbanding di pinggir Kuala Lumpur.

Segmen Atas Selangor

RM1.4 juta – RM4.89 juta

Rumah berkembar: Damansara median RM2.2 juta, Gombak RM1.822 juta, Cheras RM1.4 juta. Banglo: Seri Kembangan median RM3.8 juta, Batu Caves mencecah RM4.89 juta dengan segmen resort Sierramas pada RM1,371 psf — psf tertinggi yang saya rekodkan di mana mana. Segmen ni wujud dalam kawasan yang orang sangka mampu milik semata mata.

Nota hakmilik: status geran berbeza ikut taman, bukan ikut kawasan. Status geran dan baki tempoh pajakan adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.

Hubungi Saya

Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis

Amaran

Saya tidak akan beri janji-janji ini kepada pemilik rumah di Selangor

Jual rumah dalam tempoh 14 hari!

Kami ada ready buyer!

Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!

Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!

Pendekatan Saya

Jualan hartanah dengan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran

Setiap penilaian yang saya buat di Selangor bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:

Langkah 01

Kajian pasaran

Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat

Langkah 02

Analisis data

Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif

Langkah 03

Pelan pemasaran

Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik

Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…

“Rumah saya ini special, dah reno itu ini begitu begini…”
“Inilah rumah pertama saya beli bersama isteri selepas kahwin…”
“Jiran saya kata dia baru je jual rumah dia dengan harga RM700k…”

… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Selangor yang sesuai untuk anda.

Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.

Demand Selangor

4 aliran pembeli dalam pasaran Selangor

1

Pembeli yang belum putuskan kawasan — kumpulan paling besar pada peringkat negeri. Mereka bandingkan tiga empat kawasan serentak dalam julat RM500k HINGGA RM650k, dan keputusan akhir selalunya jatuh pada jarak ke tempat kerja dan status hakmilik, bukan pada rumah itu sendiri.

2

Pemburu hakmilik kekal — mereka akan terus tolak separuh Selangor tanpa berunding. Ini yang buat kawasan seperti Klang, Semenyih dan Cheras menarik permintaan LUAR KAWASAN yang tidak dijangka pemilik tempatan.

3

Pembeli ruang maksimum — sedar betul betul bahawa psf di Sepang, Semenyih dan Banting jauh lebih rendah, jadi mereka sanggup memandu lebih jauh untuk rumah yang JAUH LEBIH LUAS pada bajet yang sama.

4

Pembeli segmen atas — berkembar dan banglo RM1.4 JUTA KE ATAS di Damansara, Gombak, Batu Caves dan Seri Kembangan. Mereka melihat seluruh negeri sebagai satu pasaran dan tidak terikat kepada mana mana daerah.

Kalau ada satu perkara yang saya nak pemilik rumah di Selangor faham, ini dia: pembeli anda tidak membandingkan rumah anda dengan rumah jiran sahaja. Mereka membandingkannya dengan kawasan lain sepenuhnya, dan mereka boleh lihat perbezaan RM450,000 dan perbezaan status hakmilik dalam masa lima minit di telefon. Harga anda mesti masuk akal bukan sekadar di jalan anda, tetapi DI SELURUH NEGERI.

Bukti Sosial

Apa kata klien-klien hartanah saya?

“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”
Mr & Ms Yan
Mr & Ms YanBusiness Owners
Syakir Zainol, ejen hartanah Selangor yang berdaftar (PEA3833)
Kenali Ejen Anda

Saya ejen hartanah Selangor yang berdaftar dan boleh anda percaya

Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Selangor yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014. Sama ada anda mencari ejen hartanah Selangor, property agent Selangor atau real estate agent Selangor — anda sampai kepada orang yang sama: ejen berdaftar yang beroperasi di sini setiap hari.

Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.

Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.

PEA3833 · LPEPH Sijil INSPEN Team Leader, Legacy Nilai Director, QS Premiere Mortgage Consultants
Saya tidak terima semua perlantikan. Saya hanya bantu pemilik yang:
  • Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
  • Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
  • Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang

Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.

Hubungi Saya

Bersedia untuk jual hartanah anda secara serius?

(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)

Hubungi saya sekarang sebelum slot penuh

Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.

Hubungi Saya
Syarat Kerjasama

Saya hanya terima listing secara eksklusif

Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.

Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.

Eksklusif: satu ejen bertanggungjawab penuh — fokus & akauntabiliti jelas
Open listing: usaha berpecah, harga tertekan, tiada siapa bertanggungjawab

Nak jual rumah di Selangor? Isi borang ini

Ada Kemusykilan?

Soalan-soalan lazim ejen hartanah Selangor

Kawasan mana dalam Selangor yang anda kendalikan?
Saya ada halaman khusus dengan rekod transaksi sebenar untuk setiap kawasan berikut — klik untuk lihat data kawasan anda: Shah Alam · Klang · Damansara · Puchong · Bangi · Kajang · Semenyih · Seri Kembangan · Cheras · Ampang · Gombak · Batu Caves · Sepang · Banting. Setiap halaman tu ada median harga, harga per kaki persegi dan pecahan status hakmilik untuk kawasan berkenaan — bukan angka umum negeri.
Berapa harga pasaran rumah teres di Selangor sekarang?
Soalan ni tiada satu jawapan, dan sesiapa yang bagi anda satu nombor sedang memudahkan sesuatu yang tak boleh dipermudahkan. Berdasarkan rekod transaksi JPPH bagi 14 kawasan yang saya kendalikan, median teres tengah terentang dari RM400,000 di Banting sehingga RM850,000 di Damansara. Itu perbezaan lebih dua kali ganda untuk jenis rumah yang sama, dalam negeri yang sama. Beritahu saya kawasan anda, saya boleh terus bagi julat yang tepat.
Kawasan mana di Selangor yang hakmilik kekal dan mana yang pajakan?
Coraknya sangat jelas dalam data. Hampir seluruhnya hakmilik kekal: Damansara (70 daripada 71 transaksi teres), Klang (105 daripada 114), Semenyih (105 daripada 110), Cheras (65 daripada 72). Hampir seluruhnya pajakan: Seri Kembangan (39 daripada 39), Shah Alam seksyen bandar (61 daripada 62), Ampang (43 daripada 49), Bangi (33 daripada 41). Bercampur: Gombak, Batu Caves, Puchong, Sepang, Banting. Tetapi jangan bergantung pada corak kawasan untuk rumah anda sendiri — semak geran, kerana pengecualian memang wujud dalam setiap kawasan.
Saya nak rumah paling luas untuk bajet saya. Kawasan mana patut saya tengok?
Ikut harga per kaki persegi, bukan harga keseluruhan. Rekod transaksi menunjukkan psf terendah di Sepang (RM369), Semenyih (RM372), Bangi (RM386) dan Banting (RM390). Paling tinggi di Ampang (RM568) dan Damansara (RM510). Beza antara Sepang dan Ampang hampir 54 peratus, jadi bajet yang sama boleh membeli rumah yang jauh lebih luas di selatan. Tukarannya jarak dan masa perjalanan — itu keputusan gaya hidup, bukan keputusan kewangan semata mata.
Rumah saya dah lama tak terjual walaupun harga ikut pasaran kawasan saya. Kenapa?
Kerana pembeli tidak membeli mengikut sempadan kawasan. Mereka buka telefon, bandingkan empat lima kawasan serentak, dan mereka nampak perbezaan RM450,000 serta perbezaan status hakmilik dalam masa lima minit. Kalau rumah anda pajakan pada harga yang hampir sama dengan rumah hakmilik kekal di daerah sebelah, harga anda mungkin betul untuk jalan anda tetapi salah untuk negeri. Itulah jurang yang saya kerjakan bersama klien sebelum kita beriklan.
Adakah saya perlu bayar apa-apa jika hartanah belum terjual?
Tidak. Saya hanya mengenakan caj profesional mengikut kadar yang ditetapkan undang undang (maksimum 3% daripada harga transaksi, tertakluk kepada minimum RM1,000 bagi setiap hartanah, mengikut skala yuran LPEPH) setelah hartanah anda berjaya dijual dan urus niaga selesai. Tiada bayaran pendahuluan, tiada caj pemasaran tersembunyi. Sebagai ejen hartanah berdaftar PEA3833 di bawah LPEPH, struktur caj saya tertakluk kepada peraturan — bukan kepada budi bicara saya.
Berapa banyak rumah siap di Selangor yang masih menunggu pembeli?
Cukup banyak untuk mengubah cara anda patut letak harga. NAPIC merekodkan unit siap yang kekal tidak terjual sembilan bulan atau lebih sebagai overhang, dan menerbitkannya ikut negeri — Selangor antara yang paling ketara. Ia bermakna pembeli memasuki pasaran dengan pilihan di tangan, dan penjual yang menetapkan harga ikut harapan akan menunggu lama tanpa sebarang tawaran. Saya tunjukkan taburannya dalam di mana stok tidak terjual berkumpul, ikut negeri.
Bagaimana cara melantik ejen hartanah untuk jual rumah di Selangor?
Prosesnya ringkas. Kita berbincang dahulu tentang hartanah anda — lokasi, saiz, tenure dan keadaan unit. Saya tarik rekod transaksi terkini taman anda sendiri dan bentangkan julat harga yang realistik berdasarkan data itu, bukan berdasarkan harga jiran atau harga launching. Jika anda setuju dengan pendekatan saya, kita tandatangan surat pelantikan bertulis sebelum hartanah dipasarkan. Tiada bayaran pendahuluan pada mana-mana peringkat ini. Sebagai ejen jual rumah Selangor yang berdaftar (registered real estate agent), saya beroperasi sepenuh masa sejak 2014 dan meliputi Selangor, dengan nombor pendaftaran PEA3833 di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Untuk kawasan lain di negeri ini, lihat halaman ejen hartanah Shah Alam dan ejen hartanah Klang.
Adakah saya perlu tandatangan Letter of Appointment sebelum rumah dipasarkan?
Ya. Saya tidak memasarkan mana-mana hartanah tanpa surat pelantikan bertulis daripada pemilik berdaftar. Dokumen ini menetapkan harga yang dipersetujui, tempoh pelantikan dan kadar caj profesional secara bertulis, supaya tiada salah faham di kemudian hari. Ia juga melindungi anda — tanpa dokumen ini, sesiapa sahaja boleh mendakwa mewakili hartanah anda. Memandangkan saya hanya menerima pelantikan secara eksklusif, dokumen yang saya guna ialah Exclusive Letter of Appointment.
Berapa lama biasanya proses jual rumah di Selangor?
Ada dua peringkat yang berasingan. Peringkat pertama ialah tempoh pemasaran sehingga jumpa pembeli — ini bergantung pada harga yang ditetapkan, jenis hartanah dan keadaan unit, dan tiada angka tetap yang jujur boleh saya berikan tanpa melihat hartanah anda dahulu. Peringkat kedua bermula selepas Sale and Purchase Agreement ditandatangani: proses pindah milik mengambil masa anggaran sekitar 3 bulan. Pemilik yang tersilap kira biasanya lupa peringkat kedua ini dan menyangka jualan selesai pada hari SPA ditandatangani.

Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.

Saya sendiri yang akan menghubungi anda. Maklumat anda tidak dikongsi dengan pihak ketiga.

Kawasan Liputan

Khidmat Pemasaran Hartanah Berdasarkan Kawasan

Servis ejen hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, dengan tumpuan khusus di Seremban, Nilai, Bangi, Seri Kembangan, Sepang, Shah Alam, Puchong, Kajang, Semenyih dan Putrajaya.

Negeri & Wilayah Persekutuan