Ejen Hartanah Nilai
Ramai pemilik rumah di Nilai cuba jual sendiri... Malangnya gagal
Ketahui kenapa rumah anda masih belum terjual — dan bagaimana saya telah bantu ratusan pemilik sejak 2014
Syakir Zainol, PEA3833
Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925


PEA3833 · Legacy Real Property Sdn. Bhd.
E(1)1925
Sejak 2014
Nama saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar (PEA3833) di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Saya berkhidmat sepenuh masa sejak 2014, khusus membantu pemilik urus jualan di Nilai Impian, Taman Semarak, Desa Cempaka, dan Enstek. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Nilai menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Hubungi saya di 013-363 7478 untuk saya bantu.
Punca sebenar masalah hartanah susah terjual adalah...
Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN
Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing
Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang
Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan
Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Nilai yang jauh lebih berpengalaman
Untuk memahami mengapa sesetengah hartanah mengambil masa jauh lebih lama daripada yang lain, rujuk penjelasan lengkap tentang faktor yang menentukan tempoh jualan.
Data & laporan rasmi mengesahkan masalah ini
Harga yang tidak sepadan dengan pasaran bukan masalah pemilik rumah sahaja. Menurut data NAPIC yang dilaporkan oleh Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro dan MalaysiaGazette, lebih 32,000 unit kediaman siap dibina oleh pemaju masih tidak terjual pada suku pertama 2026, dan hampir separuh daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah. Data ini melibatkan rumah baharu, bukan rumah subsale, tetapi laporan berkaitan mengaitkan lambakan ini dengan jurang antara harga yang ditawarkan dan kuasa beli rakyat. Antara laporan tersebut:


RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual
Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.
MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat
Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.
Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh

32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual
Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.
Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh

RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit
Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.
Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion
Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.
Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”
Pasaran hartanah Nilai sekarang — data, bukan agakan
Ramai pemilik rumah di Nilai tetapkan harga berdasarkan cerita jiran atau harga launching developer. Saya tetapkan harga berdasarkan rekod transaksi sebenar. Ini gambaran pasaran Nilai dari rekod transaksi rasmi JPPH sehingga April 2026:
Sumber: rekod transaksi rasmi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH/NAPIC), analisis berdasarkan transaksi yang tersedia sehingga April 2026. Julat di bawah ialah gambaran kawasan — harga sebenar sesuatu hartanah bergantung kepada lokasi tepat, keluasan, keadaan unit, tenure dan ciri khusus hartanah itu sendiri.
RM280k – RM570k
Desa Cempaka, Desa Jati, Acacia Park sekitar Bandar Baru Nilai & Putra Nilai: unit tengah RM280k–450k (median RM330k–375k), unit hujung dan tepi boleh mencecah RM570k.
RM430k – RM910k
Kota Seriemas sekitar RM340k–650k (median RM450k). Nilai Impian RM430k–910k (median sekitar RM645k) — fasa fasa baru Sime Darby menolak harga naik.
RM490k – RM1.3 juta
Semi-D Kota Seriemas direkodkan RM900k hingga RM1.3 juta (median RM1.15 juta). Townhouse pula antara segmen paling aktif di Nilai — median sekitar RM490k.
RM120k – RM220k
Rekod transaksi pangsapuri sekitar Bandar Baru Nilai: median sekitar RM178k sahaja. Kalau anda beli masa launching dan nak jual sekarang, harga transacted inilah realiti pasaran — bukan harga brochure dulu.
Sebahagian besar hartanah kediaman di Nilai adalah FREEHOLD — rekod demi rekod menunjukkan hakmilik kekal, dengan pengecualian kecil pada sesetengah skim kos rendah/PPR. Julat di atas adalah gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik ikut taman, saiz dan kondisi unit. Itu kerja saya.
Kawasan di Nilai yang saya kendalikan
Data tepat adalah asas kepada keputusan hartanah yang lancar. Untuk menetapkan harga, saya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran. Maklumat di bawah diambil terus daripada rekod rasmi JPPH bermula September 2025 hingga Mei 2026.
Nilai Impian
Terdapat 34 transaksi direkodkan untuk hartanah hakmilik kekal, melibatkan 24 buah rumah teres dua tingkat pada median RM645,888 dan 4 banglo pada median RM725,000. Angka ini bermakna pemilik mempunyai pasaran yang aktif sekiranya harga ditetapkan sejajar dengan transaksi terkini. Saya sedia menguruskan penyemakan dokumen hartanah anda untuk memulakan proses ini.
Taman Semarak
Kawasan ini merekodkan 21 transaksi merangkumi 17 hakmilik kekal dan 4 pajakan, yang membabitkan 12 flat kos rendah pada median RM145,000 dan 8 rumah teres, kebanyakannya satu tingkat, dengan median RM330,000. Pemilik di sini berhadapan dengan persaingan harga yang rasional, maka tanda harga tidak boleh lari daripada julat jualan lampau. Biar saya siapkan laporan harga spesifik supaya rumah anda memasuki pasaran dengan tepat.
Desa Cempaka
Sebanyak 18 transaksi selesai untuk hartanah hakmilik kekal, dengan 17 daripadanya adalah rumah teres satu tingkat bermedian RM365,000. Keseragaman urus niaga ini memberi panduan jelas untuk anda meletakkan harga sebenar tanpa membuang masa meneka bajet pembeli. Saya sentiasa turun padang di sini, termasuk mengendalikan listing semasa Teres 1 Tingkat Desa Cempaka.
Enstek
Bagi 30 transaksi yang direkodkan, 14 daripadanya kekal dan 16 adalah pajakan, merangkumi 29 rumah teres di mana teres dua tingkat bermedian RM564,050 untuk 12 transaksi dan teres satu tingkat bermedian RM250,000 untuk 15 transaksi. Memandangkan separuh daripadanya adalah pajakan dan kebanyakan urus niaga merupakan pindah milik pertama daripada pemaju, nilai pasaran subsale memerlukan semakan berasingan. Saya akan teliti situasi rumah anda secara khusus agar harga tidak dibandingkan secara terus dengan jualan projek baharu.
Facebook: Ejen Hartanah Nilai
Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis
AmaranSaya tidak akan beri janji-janji ini kepada pemilik rumah di Nilai
Jual rumah dalam tempoh 14 hari!
Kami ada ready buyer!
Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!
Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!
Jualan hartanah dengan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran
Setiap harga yang saya cadangkan di Nilai ditetapkan melalui Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah buat keputusan yang wajar dan realistik, berdasarkan:
Kajian pasaran
Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat
Analisis data
Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif
Pelan pemasaran
Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik
Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…
… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Nilai yang sesuai untuk anda.
Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.
Siapa sebenarnya beli rumah di Nilai?
Keluarga dari Lembah Klang yang cari rumah FREEHOLD bawah RM500k tapi masih kerja di KL/Putrajaya — akses PLUS, ELITE dan 2 stesen KTM Komuter (Nilai & Batang Benar)
Ibu bapa & pelabur segmen pelajar — 4 universiti (USIM, INTI, Nilai University, MILA University). Tapi hati hati: segmen studio dah SESAK — Youth City sahaja 3,300 unit, Starz Valley 1,500 unit
Tenaga kerja KLIA & Aeropolis — Selangor Aero Park sasar 32,000 PEKERJAAN menjelang 2030, dan Nilai adalah bandar sempadan KLIA
Pekerja industri & MVV 2.0 — Nilai–Enstek ialah zon HIGH-TECH & ADVANCED MANUFACTURING, dengan Vision Business Park (~15,000 pekerjaan) dan MVV TechValley sedang dibina
Bila saya pasarkan hartanah di Nilai, saya tak tembak rambang — strategi pemasaran untuk setiap kumpulan ni berbeza. Tapi biar saya jujur: projek mega bukan jaminan harga naik. Saya jual berdasarkan data transaksi HARI INI, bukan spekulasi harga esok. Kalau ada ejen janjikan anda “harga confirm naik sebab MVV” — anda dah tahu apa saya akan cakap pasal janji manis.
Apa kata klien-klien hartanah saya?
“Saya memang kenal Tuan Syakir sebagai ejen hartanah jadi mudah untuk saya ambil keputusan lantik beliau. Tanpa saya perlu berbuat apa-apa, banglo 2 tingkat saya di Nilai berjaya dijual dengan harga tinggi.”
“Saya dah cuba jual rumah teres saya sejak 6 tahun lepas, tapi ejen-ejen yang cuba tak berjaya. Mereka sekadar terima maklumat saya dan terus iklan. Encik Syakir datang berbincang dengan saya dan cadangkan pelan jualan yang berjaya bawa beberapa prospek.”
“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”


“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”


“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”


“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”


“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”


“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”




Saya ejen hartanah Nilai yang berdaftar dan boleh anda percaya
Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Nilai yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014. Profil Google verified saya beralamat di Nilai — bila anda lantik saya untuk hartanah di Nilai, anda lantik ejen yang kenal selok belok kawasan ni, bukan ejen yang datang sekali sekala dari luar. Sama ada anda mencari ejen hartanah Nilai, property agent Nilai atau real estate agent Nilai — anda sampai kepada orang yang sama: ejen berdaftar yang beroperasi di sini setiap hari.
Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).
Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.
Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.
- Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
- Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
- Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang
Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.
Bersedia untuk jual hartanah anda secara serius?
(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)
Hubungi saya sekarang sebelum slot penuh
Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.
Hubungi SayaSaya hanya terima listing secara eksklusif
Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.
Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.
Nak jual rumah di Nilai? Isi borang ini
Soalan-soalan lazim ejen hartanah Nilai
Berapa harga pasaran rumah teres di Nilai sekarang?
Rumah saya dekat USIM/INTI — lebih baik saya jual atau sewakan kepada pelajar?
Hartanah di Nilai kebanyakannya freehold ke leasehold?
Projek MVV 2.0 dan KLIA Aeropolis tu — betul ke akan naikkan harga rumah saya di Nilai?
Saya beli unit apartmen pelaburan di Nilai dulu, sekarang susah nak jual. Kenapa?
Adakah saya perlu bayar apa-apa jika hartanah belum terjual?
Kawasan mana di Nilai yang anda kendalikan?
Bagaimana cara melantik ejen hartanah untuk jual rumah di Nilai?
Adakah saya perlu tandatangan Letter of Appointment sebelum rumah dipasarkan?
Berapa lama biasanya proses jual rumah di Nilai?
Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.
Rumah Untuk Dijual Di Nilai
Ini unit yang saya uruskan sendiri di kawasan Nilai. Setiap satu disemak sebelum disenaraikan — hakmilik, tenure dan harga berdasarkan dokumen sebenar, bukan anggaran.


Semi-D 2 Tingkat Laman Cempakasari Kota Seriemas Tanah 3929 kps


Semi-D 2 Tingkat Corner Lot 4888 kps Laman Bakawali Kota Seriemas

