PEA3833 · Sejak 2014

Ejen Hartanah Setiawangsa

Saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar PEA3833 bersama Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Bergerak sepenuh masa sejak 2014, saya mengendalikan hartanah di Setiawangsa dan kawasan sekitarnya. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Setiawangsa menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Untuk bantuan jual beli hartanah, hubungi saya terus di 013-363 7478.

RAMAI PEMILIK RUMAH DI SETIAWANGSA CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL

Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014

Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan kawasan Setiawangsa sejak 2014 — dari Taman Setiawangsa dan Residensi Setiawangsa hinggalah blok blok pangsapuri matang seperti Mahsuri, Intan dan Putera… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah Setiawangsa yang berdaftar namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sejak saya mula menjadi ejen hartanah berdaftar di kawasan ni pada tahun 2014, saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama — dan di Setiawangsa khususnya, pasarannya terbelah dua dengan sangat tajam, tanpa banyak pilihan di tengah tengah. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.

2014
Sepenuh masa sejak
PEA3833
No. daftar LPEPH
INSPEN
Sijil Ejen Hartanah
Team Leader
Legacy Real Property
Punca Sebenar

PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...

1

Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN

2

Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing

3

Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang

4

Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan

5

Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Setiawangsa yang jauh lebih berpengalaman

Bukan Sekadar Kata Saya

Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini

Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Astro Awani, UTHM dan beberapa sumber lain, ribuan unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

Keratan akhbar MalaysiaGazette Jun 2026 - 32,800 rumah siap dibina masih tidak terjual bernilai RM16.37 bilion
MalaysiaGazette

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual

Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.

MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Keratan rencana Berita Harian Julai 2026 - rumah mampu milik antara perang harga dan kuasa beli rakyat
Berita Harian

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat

Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
Keratan Harian Metro Mei 2026 - rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual
Harian Metro

32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual

Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.

Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Berita Harian Mei 2026 - purata harga rumah di Malaysia melepasi setengah juta ringgit
Berita Harian

RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit

Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.

Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Sinar Harian Julai 2026 - rumah tidak terjual cecah RM16.37 bilion, NHRA cadang cukai lambakan hartanah
Sinar Harian

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion

Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.

Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh

“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”

Pasaran Setiawangsa

REKOD TRANSAKSI SETIAWANGSA: MEDIAN TERES TERTINGGI DALAM LIPUTAN SAYA

Rumah teres di Setiawangsa direkodkan pada median RM950,000 — angka tertinggi antara semua kawasan yang saya kendalikan, melepasi Damansara (RM850,000) dan Putrajaya (RM865,000). Dan 36 daripada 38 transaksi itu hakmilik kekal, di dalam Kuala Lumpur. Tetapi di bawah paras landed, pasaran terjun terus ke segmen pangsapuri median RM377,500. Hampir tiada apa apa di antaranya.

TERES · TAMAN SETIAWANGSA

Median RM950,000

38 transaksi teres tengah (Ogos 2023 hingga Mei 2026), julat RM670,000 sehingga RM1.4 juta, median RM584 psf. 36 daripada 38 adalah HAKMILIK KEKAL. Ini landed hakmilik kekal di dalam Kuala Lumpur — kombinasi yang semakin sukar dijumpai, dan itulah asas nilai kawasan ni.

TERES HUJUNG & TEPI

RM1.19 juta – RM1.4 juta

Teres hujung median RM1.4 juta pada RM840 psf, rekod tertinggi RM1.76 juta. Teres tepi median RM1.19 juta pada RM804 psf. Premium unit hujung di sini bukan sekadar tambahan — psf melonjak dari RM584 ke RM840, iaitu lonjakan 44 peratus untuk jenis rumah yang sama.

BANGLO & TANAH

RM1.7 juta – RM6.5 juta

Rumah sesebuah reka bentuk sendiri median RM4.9 juta dengan rekod tertinggi RM6.5 juta — transaksi kediaman tertinggi yang saya rekodkan dalam keseluruhan kawasan liputan saya. Plot sesebuah (tanah) median RM1.7 juta, tertinggi RM4.9 juta. Segmen ni kecil, sunyi, dan hampir tidak pernah muncul dalam iklan awam.

PANGSAPURI · SEGMEN MASSA

Median RM377,500

38 transaksi pangsapuri, julat RM88,800 sehingga RM460,000, median RM404 psf — dan 37 daripada 38 hakmilik kekal. Blok matang seperti Mahsuri, Intan dan Putera menguasai segmen ni. Kondominium pula median RM710,000 pada RM570 psf, tetapi 13 daripada 18 adalah pajakan.

Nota hakmilik: status geran berbeza ikut taman, bukan ikut kawasan. Status geran dan baki tempoh pajakan adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.

Hubungi Saya

Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis

Amaran

SAYA TIDAK AKAN BERI JANJI-JANJI INI KEPADA PEMILIK RUMAH DI SETIAWANGSA

Jual rumah dalam tempoh 14 hari!

Kami ada ready buyer!

Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!

Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!

Kawasan Liputan

KAWASAN DI SETIAWANGSA YANG SAYA KENDALIKAN

Sebagai ejen hartanah sepenuh masa, tumpuan kerja saya terarah kepada kawasan di mana saya miliki akses data paling kukuh. Ini memastikan saya faham pergerakan pasaran bagi membolehkan saya bantu anda letak harga rasional. Untuk menetapkan harga, saya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula dengan rekod transaksi terkini taman anda. Angka di bawah daripada rekod JPPH, September 2023 hingga Jun 2026.

TAMAN SETIAWANGSA

Taman Setiawangsa

63 transaksi direkodkan di Taman Setiawangsa dalam tempoh tiga tahun itu, median RM995,000 dan psf RM570. Majoriti hakmilik kekal, sebahagian pajakan. Majoritinya rumah teres. Tenure berbeza dalam taman yang sama, jadi ia perlu disemak unit demi unit, bukan diandaikan.

MAHSURI APARTMENT

Mahsuri Apartment

14 transaksi, median RM340,000 dan psf RM424, kesemuanya hakmilik kekal dan kesemuanya pangsapuri. Blok pangsapuri hakmilik kekal seperti ini lebih mudah dibiayai pembeli berbanding unit pajakan berhampiran.

INTAN APARTMENT

Intan Apartment

8 transaksi sahaja dalam tempoh tiga tahun, median RM395,000 dan psf RM402, kesemuanya hakmilik kekal. Bilangan rekod sangat kecil. Saya guna angka ini bersama rekod blok berdekatan supaya harga yang dicadangkan tidak bergantung pada satu dua jualan.

SRI AYU

Sri Ayu

9 transaksi, median RM440,000 dan psf RM341, majoritinya hakmilik kekal dan majoritinya kondominium. Julat harga luas untuk bilangan rekod yang kecil, jadi keadaan dan tingkat unit memberi kesan besar kepada harga akhir.

Dapatkan anggaran harga rumah anda

Pendekatan Saya

JUALAN HARTANAH DENGAN TEKNIK ANALISIS PERBANDINGAN & KAJIAN PASARAN

Setiap penilaian yang saya buat di Setiawangsa bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:

LANGKAH 01

Kajian Pasaran

Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat

LANGKAH 02

Analisis Data

Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif

LANGKAH 03

Pelan Pemasaran

Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik

Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…

“Rumah saya ini special, dah reno itu ini begitu begini…”
“Inilah rumah pertama saya beli bersama isteri selepas kahwin…”
“Jiran saya kata dia baru je jual rumah dia dengan harga RM700k…”

… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Setiawangsa yang sesuai untuk anda.

Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.

Demand Setiawangsa

4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN SETIAWANGSA

1

Keluarga yang mahu landed hakmilik kekal dalam Kuala Lumpur — kumpulan paling tebal dan paling serius. Sasarkan teres RM900k HINGGA RM1.1 JUTA, dan mereka faham betul betul apa yang mereka bayar.

2

Pembeli unit hujung dan tepi — sanggup bayar RM840 PSF berbanding RM584 psf untuk unit tengah, kerana tanah lebihan dalam KL hampir mustahil didapati pada mana mana harga.

3

Pembeli pangsapuri hakmilik kekal — pasangan muda dan pelabur yang memburu unit BAWAH RM400k. Daya tarikan utamanya bukan sekadar harga, tetapi hakmilik kekal dalam segmen yang biasanya pajakan di kawasan lain.

4

Pembeli segmen mewah — banglo dan tanah RM1.7 JUTA KE ATAS. Sangat sedikit transaksi, tetapi nilainya tertinggi dalam liputan saya, dan urusannya hampir selalu berlaku secara tertutup.

Perkara paling penting untuk difahami di Setiawangsa: pasaran di sini terbelah tajam antara pangsapuri sekitar RM380,000 dan landed sekitar RM950,000, dengan sangat sedikit pilihan di tengah. Kalau anda pemilik landed, pembeli anda datang dengan bajet dan jangkaan yang berbeza sama sekali daripada pembeli berstrata — dan memasarkan kepada kedua-duanya serentak bermakna anda tidak menonjol kepada MANA MANA SATU PUN.

Bukti Sosial

APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?

“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”
Mr & Ms Yan
Mr & Ms YanBusiness Owners
“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”
Dr Mona Othman
Dr Mona OthmanJuruaudit
“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”
Dr Norwazli Abd Wahab
Dr Norwazli Abd WahabPensyarah
“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”
Ahmad Qarliff Zamzuri
Ahmad Qarliff ZamzuriPeguam Hartanah
“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”
Raja Yahya Raja Anuar
Raja Yahya Raja AnuarPengurus Bank
“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”
Joseph Teo
Joseph TeoVice President Marketing
Syakir Zainol, ejen hartanah Setiawangsa yang berdaftar (PEA3833)
Kenali Ejen Anda

SAYA EJEN HARTANAH SETIAWANGSA YANG BERDAFTAR DAN BOLEH ANDA PERCAYA

Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Setiawangsa yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014.

Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.

Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.

PEA3833 · LPEPH Sijil INSPEN Team Leader, Legacy Nilai Director, QS Premiere Mortgage Consultants
Saya tidak terima semua perlantikan. Saya hanya bantu pemilik yang:
  • Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
  • Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
  • Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang

Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.

Hubungi Saya

BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?

(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)

HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH

Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.

Hubungi Saya

Nak Jual Rumah Di Setiawangsa? Isi Borang Ini

Syarat Kerjasama

Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif

Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.

Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.

Eksklusif: satu ejen bertanggungjawab penuh — fokus & akauntabiliti jelas
Open listing: usaha berpecah, harga tertekan, tiada siapa bertanggungjawab
Ada kemusykilan?

SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH SETIAWANGSA

Berdasarkan rekod transaksi JPPH (Ogos 2023 hingga Mei 2026): teres tengah median RM950,000 pada RM584 psf, julat RM670,000 sehingga RM1.4 juta. Teres tepi median RM1.19 juta dan teres hujung RM1.4 juta. Ini median rumah teres tertinggi dalam keseluruhan kawasan liputan saya — lebih tinggi daripada Damansara dan Putrajaya. Sebabnya kombinasi yang jarang: landed, hakmilik kekal, di dalam Kuala Lumpur.
Untuk landed, hampir seluruhnya hakmilik kekal — 36 daripada 38 teres tengah, 10 daripada 11 teres hujung, kesemua teres tepi dan kesemua banglo yang direkodkan. Pangsapuri pun majoriti besar hakmilik kekal: 37 daripada 38. Yang berbeza ialah kondominium — 13 daripada 18 adalah pajakan. Jadi kalau hartanah anda kondominium, semak geran dahulu, kerana andaian "Setiawangsa semua freehold" tidak tepat untuk segmen tu.
Rekod menunjukkan lonjakan yang besar: teres hujung median RM1.4 juta pada RM840 psf berbanding teres tengah median RM950,000 pada RM584 psf. Itu perbezaan psf sekitar 44 peratus. Sebabnya mudah — tanah lebihan di dalam Kuala Lumpur hampir mustahil diperoleh pada mana mana harga, jadi unit hujung menjadi produk yang benar benar terhad. Tetapi premium ni tetap bergantung pada saiz dan bentuk tanah lebihan sebenar, jadi saya akan ukur dahulu sebelum meletakkan angka.
Kerana pasaran di sini terbelah dua dengan sangat tajam. Pangsapuri median RM377,500 manakala teres median RM950,000 — dan hampir tiada stok di antara kedua-dua paras tu. Blok pangsapuri di kawasan ni kebanyakannya matang, saiz sederhana, dan melayani pembeli kali pertama serta pelabur. Rumah teres pula melayani keluarga yang mahu landed hakmilik kekal dalam KL. Dua kumpulan pembeli yang berbeza sama sekali, walaupun jaraknya beberapa minit sahaja.
Betul. Rekod transaksi menunjukkan rumah sesebuah reka bentuk sendiri di kawasan ni median RM4.9 juta dengan rekod tertinggi RM6.5 juta — transaksi kediaman tertinggi yang saya rekodkan dalam keseluruhan kawasan liputan saya. Tetapi ambil perhatian: bilangan transaksinya sangat kecil, jadi setiap jualan hampir unik. Untuk hartanah dalam kategori ni, proses pemasaran biasanya lebih tertutup dan lebih panjang, dan penetapan harga bergantung berat pada keluasan tanah serta keadaan bangunan, bukan pada median kawasan.
Tidak. Saya hanya mengenakan caj profesional mengikut kadar yang ditetapkan undang undang (maksimum 3% daripada harga transaksi, tertakluk kepada minimum RM1,000 bagi setiap hartanah, mengikut skala yuran LPEPH) setelah hartanah anda berjaya dijual dan urus niaga selesai. Tiada bayaran pendahuluan, tiada caj pemasaran tersembunyi. Sebagai ejen hartanah berdaftar PEA3833 di bawah LPEPH, struktur caj saya tertakluk kepada peraturan — bukan kepada budi bicara saya.
Harga, keadaan dan masa respons. Unit siap yang kekal tidak terjual sembilan bulan atau lebih direkod NAPIC sebagai overhang dan diterbitkan ikut negeri, dengan segmen berstrata dikira berasingan kerana jumlahnya besar. Anda tidak boleh mengurangkan stok itu, tetapi anda boleh memastikan unit anda bukan yang paling mahal dalam kelompoknya dan bukan yang paling lambat dijawab. Saya tunjukkan skalanya dalam pecahan overhang segmen berstrata ikut negeri.
Prosesnya ringkas. Kita berbincang dahulu tentang hartanah anda — lokasi, saiz, tenure dan keadaan unit. Saya tarik rekod transaksi terkini taman anda sendiri dan bentangkan julat harga yang realistik berdasarkan data itu, bukan berdasarkan harga jiran atau harga launching. Jika anda setuju dengan pendekatan saya, kita tandatangan surat pelantikan bertulis sebelum hartanah dipasarkan. Tiada bayaran pendahuluan pada mana-mana peringkat ini. Saya ejen hartanah berdaftar (registered real estate agent) yang beroperasi sepenuh masa sejak 2014 dan meliputi Setiawangsa, dengan nombor pendaftaran PEA3833 di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Untuk kawasan lain yang saya kendalikan, lihat halaman ejen hartanah Kuala Lumpur dan ejen hartanah Keramat.
Ya. Saya tidak memasarkan mana-mana hartanah tanpa surat pelantikan bertulis daripada pemilik berdaftar. Dokumen ini menetapkan harga yang dipersetujui, tempoh pelantikan dan kadar caj profesional secara bertulis, supaya tiada salah faham di kemudian hari. Ia juga melindungi anda — tanpa dokumen ini, sesiapa sahaja boleh mendakwa mewakili hartanah anda. Memandangkan saya hanya menerima pelantikan secara eksklusif, dokumen yang saya guna ialah Exclusive Letter of Appointment.
Ada dua peringkat yang berasingan. Peringkat pertama ialah tempoh pemasaran sehingga jumpa pembeli — ini bergantung pada harga yang ditetapkan, jenis hartanah dan keadaan unit, dan tiada angka tetap yang jujur boleh saya berikan tanpa melihat hartanah anda dahulu. Peringkat kedua bermula selepas Sale and Purchase Agreement ditandatangani: proses pindah milik mengambil masa anggaran sekitar 3 bulan. Pemilik yang tersilap kira biasanya lupa peringkat kedua ini dan menyangka jualan selesai pada hari SPA ditandatangani.

Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.

Saya sendiri yang akan menghubungi anda. Maklumat anda tidak dikongsi dengan pihak ketiga.

Kawasan Liputan

Khidmat Pemasaran Hartanah Berdasarkan Kawasan

Servis ejen hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, dengan tumpuan khusus di Seremban, Nilai, Bangi, Seri Kembangan, Sepang, Shah Alam, Puchong, Kajang, Semenyih dan Putrajaya.

Negeri & Wilayah Persekutuan