Ejen Hartanah Kajang
Saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar PEA3833 bersama Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Bergerak sepenuh masa sejak 2014, kawasan tumpuan saya di Kajang adalah Sungai Chua, Saujana Impian, Kajang Perdana, Bukit Mewah dan Bandar Teknologi Kajang. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Kajang menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Untuk bantuan jual beli hartanah, hubungi saya terus di 013-363 7478.
RAMAI PEMILIK RUMAH DI KAJANG CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL
Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014
Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan kawasan Kajang sejak 2014 — dari taman matang Sungai Chua dan Kajang Utama hinggalah Saujana Impian, Kajang 2 dan Jade Hills… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah Kajang yang berdaftar namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sejak saya mula menjadi ejen hartanah Kajang yang berdaftar pada tahun 2014, saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.
PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...
Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN
Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing
Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang
Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan
Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Kajang yang jauh lebih berpengalaman
Bahagian mana dalam proses jualan yang boleh dipercepatkan dan bahagian mana yang tidak, diterangkan dalam panduan nak jual rumah cepat.
Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini
Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro dan MalaysiaGazette, puluhan ribu unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual
Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.
MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat
Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.
Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual
Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.
Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit
Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.
Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion
Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.
Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”
REKOD TRANSAKSI KAJANG: DARI RM380K HINGGA RM3.5 JUTA
Kajang ada julat harga paling luas antara kawasan yang saya kendalikan — dan sebab tu paling ramai pemilik tersilap letak harga. Rumah anda dinilai ikut segmen taman anda, bukan ikut cerita "Kajang naik". Gambaran dari rekod rasmi JPPH sehingga Mei 2026:
Median RM380k – RM500k
Sungai Chua median RM380k, Kajang Utama RM450k, Saujana Impian RM480k (60 transaksi), Prima Saujana RM500k. Stok banyak, pembeli banyak pilihan — harga yang betul dari mula adalah segalanya.
Median RM866k
Township baru paling aktif di Kajang — 80 transaksi teres direkodkan, unit hujung mencecah RM978k, kesemuanya freehold. Segmen ini pembelinya berbeza sama sekali dari taman matang.
RM1.2 juta – RM3.55 juta
Semi-D Prima Saujana median RM1.2 juta. Jade Hills pula bukti Kajang ada pasaran mewah yang hidup: teres median RM1.48 juta, semi-D RM1.77 juta, banglo median RM3.55 juta — rekod tertinggi RM5.18 juta.
RM85k – RM439k
Segmen paling rancak urus niaganya di Kajang Utama dan Sungai Chua — kebanyakan unit berpindah milik bawah RM250k. Pangsapuri sekitar Jade Hills pula median RM360k.
Nota hakmilik: kebanyakan kawasan Kajang freehold, TAPI bukan semua — daripada 423 rekod JPPH bagi lima taman tumpuan saya (September 2023 hingga Mei 2026), 320 hakmilik kekal dan 103 pajakan. Saujana Impian 135 daripada 135 rekod kekal dan Bukit Mewah 79 daripada 80, manakala Sungai Chua hampir seimbang pada 38 kekal berbanding 40 pajakan. Status geran adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.
KAWASAN DI KAJANG YANG SAYA KENDALIKAN
Data tepat adalah asas kepada keputusan hartanah yang lancar. Untuk menetapkan harga, saya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran. Maklumat di bawah diambil terus daripada rekod rasmi JPPH bermula September 2023 hingga Mei 2026. Tetingkap tiga tahun digunakan kerana taman taman ini kecil; dalam tempoh 12 bulan sahaja bilangan transaksinya terlalu sedikit untuk median yang boleh dipercayai.
Sungai Chua
Sebanyak 78 transaksi direkodkan di sini. Rumah teres 11 rekod pada median RM417,000, julat RM390,000 hingga RM482,500, psf binaan RM360. Pangsapuri dan flat 33 rekod pada median RM195,000. Yang perlu pemilik tahu: kesemua 12 rekod teres adalah hakmilik kekal, tetapi rumah sesebuah dan lot tanah di sini majoriti pajakan, 29 daripada 31 rekod. Dalam taman yang sama, status geran boleh berbeza ikut jenis rumah. Saya semak status geran rumah anda dahulu sebelum harga ditetapkan.
Saujana Impian
Sebanyak 135 transaksi direkodkan dan kesemuanya hakmilik kekal. Rumah teres 87 rekod pada median RM500,000, julat RM450,000 hingga RM625,000, psf binaan RM431. Rumah berkembar 11 rekod pada median RM1,000,000. Rumah sesebuah 11 rekod pada median RM2,000,000, tetapi julatnya RM1,550,000 hingga RM2,850,000 — untuk banglo di sini median kawasan tidak memberi jawapan, saiz tanah dan binaan rumah anda yang menentukan. Saya sediakan perbandingan khusus untuk rumah anda.
Kajang Perdana
Sebanyak 71 transaksi direkodkan. Rumah teres 26 rekod pada median RM535,000, julat RM450,000 hingga RM636,000, psf binaan RM356, binaan median 1,600 kaki persegi, iaitu teres paling luas antara lima kawasan ini. Teres di sini 23 daripada 25 rekod hakmilik kekal. Bagi rumah pangsa kos rendah pula, 25 daripada 29 rekod berpindah milik pada RM42,000 tepat; itu urus niaga blok kos rendah, bukan paras pasaran subsale. Kalau unit anda flat di sini, harganya kena disemak berasingan.
Bukit Mewah
Sebanyak 80 transaksi direkodkan, 79 daripadanya hakmilik kekal. Rumah teres 38 rekod pada median RM460,000, julat RM400,000 hingga RM518,750, psf binaan RM450. Itu psf teres tertinggi antara lima kawasan ini walaupun harga mediannya lebih rendah daripada Kajang Perdana, kerana binaan mediannya 1,070 kaki persegi sahaja. Pangsapuri dan flat 33 rekod pada median RM157,000. Untuk rumah bersaiz kecil, psf lebih berguna daripada harga median. Saya kira kedua duanya untuk rumah anda.
Bandar Teknologi Kajang
Sebanyak 59 transaksi direkodkan, 45 hakmilik kekal dan 14 pajakan. Rumah teres 23 rekod pada median RM390,000, julat RM315,000 hingga RM447,500, binaan median 802 kaki persegi. Pangsapuri dan flat 35 rekod pada median RM110,000. Rekod bagi kawasan ini bermula September 2024 sahaja, jadi sampelnya paling muda antara lima. Saya tidak akan letak harga rumah anda semata mata atas sampel yang pendek tanpa menyemak taman bersebelahan.
Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis
AmaranSAYA TIDAK AKAN BERI JANJI-JANJI INI KEPADA PEMILIK RUMAH DI KAJANG
Jual rumah dalam tempoh 14 hari!
Kami ada ready buyer!
Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!
Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!
JUALAN HARTANAH DENGAN TEKNIK ANALISIS PERBANDINGAN & KAJIAN PASARAN
Setiap harga yang saya cadangkan di Kajang ditetapkan menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:
Kajian Pasaran
Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat
Analisis Data
Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif
Pelan Pemasaran
Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik
Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…
… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Kajang yang sesuai untuk anda.
Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.
4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN KAJANG
Komuter bandar — Kajang ialah TERMINUS MRT LALUAN KAJANG dengan stesen KTM sekali, plus lebuhraya SILK, Grand Saga dan LEKAS. Akses rel terus ke tengah KL adalah kad pemasaran paling kuat kawasan ni
Keluarga muda Lembah Klang — cari landed BAWAH RM500k yang dah hampir pupus di KL/PJ. Taman matang Sungai Chua, Kajang Utama dan Saujana Impian jadi pintu masuk mereka
Upgrader premium — rekod Kajang 2 (median RM866k) dan JADE HILLS (JUTAAN RINGGIT) membuktikan ada kumpulan pembeli sanggup bayar tinggi untuk township baru dan komuniti berpagar di Kajang
Pelabur unit sewa — apartmen dan flat BAWAH RM250k paling aktif bertukar tangan, disokong penyewa pekerja bandar dan pelajar kolej sekitar Kajang-Bangi
Empat aliran ni jarang bertembung — pembeli teres RM400k takkan tengok Kajang 2, dan pembeli Jade Hills takkan tawar rumah Sungai Chua. Sebab tu strategi pemasaran rumah anda mesti tembak aliran yang betul. Dan seperti biasa, saya jual ikut rekod transaksi HARI INI — bukan cerita kedai kopi pasal "harga Kajang naik sebab MRT".
APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?
“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”

“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”

“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”

“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”

“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”

“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”


SAYA EJEN HARTANAH KAJANG YANG BERDAFTAR DAN BOLEH ANDA PERCAYA
Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Kajang yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014. Sama ada anda mencari ejen hartanah Kajang, property agent Kajang atau real estate agent Kajang — anda sampai kepada orang yang sama: ejen berdaftar yang beroperasi di sini setiap hari.
Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).
Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.
Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.
- Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
- Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
- Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang
Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.
Bukan Sekadar Iklan — Ini Listing Eksklusif Yang Saya Uruskan Di Kajang
Kalau anda tengah survey ejen hartanah untuk kawasan Kajang, ni bukti terus — bukan cakap kosong. Saya sedang pegang mandat eksklusif untuk sebuah Teres 2 Tingkat Corner Lot di Bandar Seri Putra, Kajang: 6 bilik tidur, 4 bilik air, tanah 3,649 kaki persegi, dah fully renovated lengkap CCC (2013), harga RM759,000 (nego), layak 100% loan (tertakluk kelayakan). Surau Al-Ikhlas cuma sekitar 180 meter jalan kaki dari rumah. Ini bukan listing contoh — ini kerja saya sekarang, di Kajang.
BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?
(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)
HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH
Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.
Hubungi SayaNak Jual Rumah Di Kajang? Isi Borang Ini
Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif
Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.
Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.
SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH KAJANG
Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.
Rumah Untuk Dijual Di Kajang
Ini unit yang saya uruskan sendiri di kawasan Kajang. Setiap satu disemak sebelum disenaraikan — hakmilik, tenure dan harga berdasarkan dokumen sebenar, bukan anggaran.

Teres 2 Tingkat Taman Tropika Kajang

Teres 2 Tingkat Bukit Mahkota Seksyen 2 Bangi

