PEA3833 · Sejak 2014

Ejen Hartanah Kuala Lumpur

Saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar PEA3833 bersama Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Bergerak sepenuh masa sejak 2014, saya mengendalikan hartanah di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Kuala Lumpur menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Untuk bantuan jual beli hartanah, hubungi saya terus di 013-363 7478.

RAMAI PEMILIK RUMAH DI KUALA LUMPUR CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL

Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014

Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan hartanah di Kuala Lumpur sejak 2014, dengan tumpuan pada koridor Keramat dan Setiawangsa… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah Kuala Lumpur yang berdaftar namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sepanjang tempoh tu saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama — dan di Kuala Lumpur khususnya, pemilik selalu tersilap kerana membandingkan harga keseluruhan dengan Selangor, sedangkan yang membezakan KL ialah harga setiap kaki persegi, bukan harga rumah. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.

2014
Sepenuh masa sejak
PEA3833
No. daftar LPEPH
INSPEN
Sijil Ejen Hartanah
Team Leader
Legacy Real Property
Punca Sebenar

PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...

1

Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN

2

Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing

3

Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang

4

Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan

5

Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Kuala Lumpur yang jauh lebih berpengalaman

Bukan Sekadar Kata Saya

Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini

Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Astro Awani, UTHM dan beberapa sumber lain, ribuan unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

Keratan akhbar MalaysiaGazette Jun 2026 - 32,800 rumah siap dibina masih tidak terjual bernilai RM16.37 bilion
MalaysiaGazette

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual

Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.

MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Keratan rencana Berita Harian Julai 2026 - rumah mampu milik antara perang harga dan kuasa beli rakyat
Berita Harian

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat

Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
Keratan Harian Metro Mei 2026 - rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual
Harian Metro

32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual

Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.

Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Berita Harian Mei 2026 - purata harga rumah di Malaysia melepasi setengah juta ringgit
Berita Harian

RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit

Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.

Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Sinar Harian Julai 2026 - rumah tidak terjual cecah RM16.37 bilion, NHRA cadang cukai lambakan hartanah
Sinar Harian

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion

Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.

Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh

“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”

Pasaran Kuala Lumpur

REKOD TRANSAKSI KUALA LUMPUR: 200 URUS NIAGA DALAM ENAM MINGGU

Saya tarik 200 rekod transaksi kediaman terkini bagi Kuala Lumpur, dan kesemuanya berlaku antara 7 April hingga 18 Mei 2026 — enam minggu sahaja. Ini pasaran paling padat yang saya jejaki. Tetapi yang paling penting untuk pemilik di sini bukan kelajuan; ia hakikat bahawa 39 peratus urus niaga adalah kondominium, dan harga per kaki persegi di KL jauh melampaui mana mana kawasan Selangor.

KONDOMINIUM · SEGMEN TERBESAR

Median RM750,000

78 transaksi kondominium daripada 200 keseluruhan, julat RM117,680 sehingga RM5.15 juta, median RM534 psf. 66 daripada 78 adalah hakmilik kekal. Kalau anda memiliki kondominium di KL, anda berada dalam segmen yang paling banyak pilihan untuk pembeli — dan itu bermakna butiran unit anda menentukan segalanya.

TERES · KECIL TAPI MAHAL

Median RM720,000

41 transaksi teres tengah, julat RM200,000 sehingga RM2.85 juta, median RM571 psf, dengan 32 daripada 41 hakmilik kekal. Bandingkan dengan Selangor: median keseluruhan hampir sama dengan Damansara, tetapi psf KL jauh lebih tinggi. Maknanya rumah di sini lebih kecil pada harga yang setara — nilai anda ada pada tanah, bukan pada keluasan bangunan.

SEGMEN MEWAH KUALA LUMPUR

RM2.5 juta – RM5.3 juta

Rumah berkembar median RM3.081 juta pada RM996 psf. Teres mewah direkodkan pada RM2.55 juta (RM1,323 psf) dan unit tepi RM4.45 juta (RM1,243 psf). Banglo reka bentuk sendiri mencecah RM5.3 juta. Skim seperti Damansara Heights dan Taman Tun Dr Ismail memacu segmen ni, dan urusannya jarang berlaku secara terbuka.

MAMPU MILIK DALAM BANDAR

RM152,500 – RM290,000

Pangsapuri median RM290,000 pada RM326 psf, rumah pangsa RM260,000, dan flat kos rendah RM152,500. Ambil perhatian pada status hakmilik segmen ni: 11 daripada 14 flat kos rendah adalah pajakan, berbeza dengan segmen kondominium yang majoritinya hakmilik kekal. Di KL, status hakmilik berubah mengikut segmen harga, bukan mengikut kawasan.

Nota hakmilik: status geran berbeza ikut taman, bukan ikut kawasan. Status geran dan baki tempoh pajakan adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.

Hubungi Saya

Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis

Amaran

SAYA TIDAK AKAN BERI JANJI-JANJI INI KEPADA PEMILIK RUMAH DI KUALA LUMPUR

Jual rumah dalam tempoh 14 hari!

Kami ada ready buyer!

Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!

Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!

Pendekatan Saya

JUALAN HARTANAH DENGAN TEKNIK ANALISIS PERBANDINGAN & KAJIAN PASARAN

Setiap penilaian yang saya buat di Kuala Lumpur bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:

LANGKAH 01

Kajian Pasaran

Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat

LANGKAH 02

Analisis Data

Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif

LANGKAH 03

Pelan Pemasaran

Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik

Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…

“Rumah saya ini special, dah reno itu ini begitu begini…”
“Inilah rumah pertama saya beli bersama isteri selepas kahwin…”
“Jiran saya kata dia baru je jual rumah dia dengan harga RM700k…”

… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Kuala Lumpur yang sesuai untuk anda.

Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.

Demand Kuala Lumpur

4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN KUALA LUMPUR

1

Pembeli kondominium dalam bandar — kumpulan paling ramai dari segi urus niaga, kebanyakannya sasarkan unit RM600k HINGGA RM800k dengan akses transit dan tempat kerja dalam lingkungan pandu pendek.

2

Pembeli landed yang sabar — rumah teres di KL jarang keluar pasaran, jadi kumpulan ni menunggu lama dan bertindak pantas bila unit betul muncul, biasanya RM700k KE ATAS.

3

Pembeli segmen mewah — berkembar, banglo dan teres mewah RM2.5 JUTA KE ATAS. Bilangan kecil tetapi nilainya sangat besar, dan mereka menilai berdasarkan alamat dan keluasan tanah.

4

Pembeli dan pelabur mampu milik — pangsapuri, rumah pangsa dan flat BAWAH RM300k. Kumpulan ni paling sensitif kepada baki tempoh pajakan dan kos penyelenggaraan bulanan.

Kesilapan paling mahal yang saya lihat di Kuala Lumpur ialah pemilik yang bandingkan harga keseluruhan rumah dia dengan rumah di Selangor, kemudian rasa rumah dia patut lebih mahal lagi. Bandingan yang betul ialah per kaki persegi — dan bila anda buat bandingan tu, anda akan nampak rumah KL memang dinilai tinggi, tetapi ia juga JAUH LEBIH KECIL.

Bukti Sosial

APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?

“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”
Mr & Ms Yan
Mr & Ms YanBusiness Owners
“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”
Dr Mona Othman
Dr Mona OthmanJuruaudit
“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”
Dr Norwazli Abd Wahab
Dr Norwazli Abd WahabPensyarah
“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”
Ahmad Qarliff Zamzuri
Ahmad Qarliff ZamzuriPeguam Hartanah
“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”
Raja Yahya Raja Anuar
Raja Yahya Raja AnuarPengurus Bank
“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”
Joseph Teo
Joseph TeoVice President Marketing
Syakir Zainol, ejen hartanah Kuala Lumpur yang berdaftar (PEA3833)
Kenali Ejen Anda

SAYA EJEN HARTANAH KUALA LUMPUR YANG BERDAFTAR DAN BOLEH ANDA PERCAYA

Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Kuala Lumpur yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014. Sama ada anda mencari ejen hartanah Kuala Lumpur, property agent Kuala Lumpur atau real estate agent Kuala Lumpur — anda sampai kepada orang yang sama: ejen berdaftar yang beroperasi di sini setiap hari.

Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.

Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.

PEA3833 · LPEPH Sijil INSPEN Team Leader, Legacy Nilai Director, QS Premiere Mortgage Consultants
Saya tidak terima semua perlantikan. Saya hanya bantu pemilik yang:
  • Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
  • Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
  • Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang

Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.

Hubungi Saya

BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?

(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)

HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH

Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.

Hubungi Saya

Nak Jual Rumah Di Kuala Lumpur? Isi Borang Ini

Syarat Kerjasama

Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif

Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.

Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.

Eksklusif: satu ejen bertanggungjawab penuh — fokus & akauntabiliti jelas
Open listing: usaha berpecah, harga tertekan, tiada siapa bertanggungjawab
Ada kemusykilan?

SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH KUALA LUMPUR

Tumpuan utama saya di Kuala Lumpur ialah koridor timur — Keramat dan Setiawangsa, dan kedua-duanya ada halaman khusus dengan rekod transaksi sebenar kawasan berkenaan. Saya juga menerima hartanah di kawasan lain dalam KL, tetapi saya lebih rela berterus terang: kalau hartanah anda di kawasan yang saya tiada rekod mendalam, saya akan beritahu awal awal dan tarik data khusus untuk skim anda sebelum kita bincang harga. Liputan penuh saya paling tebal di Selangor.
Berdasarkan 200 rekod transaksi kediaman KL antara 7 April hingga 18 Mei 2026: teres tengah median RM720,000 pada RM571 psf, dengan julat RM200,000 sehingga RM2.85 juta. Julat yang sangat luas tu mencerminkan perbezaan besar antara kawasan dalam KL sendiri. Untuk anggaran yang bermakna, saya perlukan alamat dan skim anda — median KL secara keseluruhan tidak berguna untuk satu rumah tertentu.
Sebab anda mungkin membandingkan harga keseluruhan, bukan harga per kaki persegi. Median teres KL RM720,000 memang lebih tinggi daripada kebanyakan kawasan Selangor, tetapi psf KL RM571 jauh melampaui Klang (RM406), Cheras Selangor (RM414) atau Semenyih (RM372). Maknanya rumah KL dinilai jauh lebih tinggi setiap kaki persegi — cuma ia lebih kecil, jadi jumlah akhirnya nampak tidak sejauh yang dijangka. Nilai anda ada pada tanah dan kedudukan.
Bergantung pada segmen, bukan pada kawasan — dan ini berbeza daripada Selangor. Dalam rekod yang saya semak, 66 daripada 78 kondominium dan 32 daripada 41 teres adalah hakmilik kekal. Tetapi bagi flat kos rendah, 11 daripada 14 adalah pajakan. Corak ni bermakna anda tak boleh andaikan status hartanah anda berdasarkan lokasi. Semak geran sebelum letak harga.
Kondominium ialah segmen paling padat di Kuala Lumpur — 78 transaksi dalam tempoh enam minggu sahaja, dan itu belum kira unit yang masih dalam iklan. Julatnya pula dari RM117,680 sehingga RM5.15 juta, jadi pembeli ada pilihan yang sangat luas pada hampir setiap paras harga. Dalam keadaan macam ni, harga sahaja tak memadai. Tingkat, pemandangan, kos penyelenggaraan, keadaan dalaman dan kelengkapan maklumat dalam iklan yang menentukan sama ada unit anda dipilih.
Tidak. Saya hanya mengenakan caj profesional mengikut kadar yang ditetapkan undang undang (maksimum 3% daripada harga transaksi, tertakluk kepada minimum RM1,000 bagi setiap hartanah, mengikut skala yuran LPEPH) setelah hartanah anda berjaya dijual dan urus niaga selesai. Tiada bayaran pendahuluan, tiada caj pemasaran tersembunyi. Sebagai ejen hartanah berdaftar PEA3833 di bawah LPEPH, struktur caj saya tertakluk kepada peraturan — bukan kepada budi bicara saya.
Kiraannya diterbitkan NAPIC di bawah istilah overhang: unit siap dan bersijil yang kekal tidak terjual sembilan bulan atau lebih, dipecahkan ikut negeri dan wilayah serta jenis hartanah. Di KL bebannya berat pada segmen berstrata, yang malah dikira berasingan. Ia bermakna pemilik kondominium bersaing dengan stok yang luas, dan harga yang ditetapkan atas harga belian dahulu jarang berfungsi. Taburannya ada dalam pecahan overhang ikut negeri dan wilayah.
Prosesnya ringkas. Kita berbincang dahulu tentang hartanah anda — lokasi, saiz, tenure dan keadaan unit. Saya tarik rekod transaksi terkini taman anda sendiri dan bentangkan julat harga yang realistik berdasarkan data itu, bukan berdasarkan harga jiran atau harga launching. Jika anda setuju dengan pendekatan saya, kita tandatangan surat pelantikan bertulis sebelum hartanah dipasarkan. Tiada bayaran pendahuluan pada mana-mana peringkat ini. Saya ejen hartanah berdaftar (registered real estate agent) yang beroperasi sepenuh masa sejak 2014 dan meliputi Kuala Lumpur, dengan nombor pendaftaran PEA3833 di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Untuk kawasan lain yang saya kendalikan, lihat halaman ejen hartanah Keramat dan ejen hartanah Setiawangsa.
Ya. Saya tidak memasarkan mana-mana hartanah tanpa surat pelantikan bertulis daripada pemilik berdaftar. Dokumen ini menetapkan harga yang dipersetujui, tempoh pelantikan dan kadar caj profesional secara bertulis, supaya tiada salah faham di kemudian hari. Ia juga melindungi anda — tanpa dokumen ini, sesiapa sahaja boleh mendakwa mewakili hartanah anda. Memandangkan saya hanya menerima pelantikan secara eksklusif, dokumen yang saya guna ialah Exclusive Letter of Appointment.
Ada dua peringkat yang berasingan. Peringkat pertama ialah tempoh pemasaran sehingga jumpa pembeli — ini bergantung pada harga yang ditetapkan, jenis hartanah dan keadaan unit, dan tiada angka tetap yang jujur boleh saya berikan tanpa melihat hartanah anda dahulu. Peringkat kedua bermula selepas Sale and Purchase Agreement ditandatangani: proses pindah milik mengambil masa anggaran sekitar 3 bulan. Pemilik yang tersilap kira biasanya lupa peringkat kedua ini dan menyangka jualan selesai pada hari SPA ditandatangani.

Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.

Saya sendiri yang akan menghubungi anda. Maklumat anda tidak dikongsi dengan pihak ketiga.

Kawasan Liputan

Khidmat Pemasaran Hartanah Berdasarkan Kawasan

Servis ejen hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, dengan tumpuan khusus di Seremban, Nilai, Bangi, Seri Kembangan, Sepang, Shah Alam, Puchong, Kajang, Semenyih dan Putrajaya.

Negeri & Wilayah Persekutuan