PEA3833 · Sejak 2014

Ejen Hartanah Batu Caves

Saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar PEA3833 bersama Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Bergerak sepenuh masa sejak 2014, saya mengendalikan hartanah di Batu Caves dan kawasan sekitarnya. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Batu Caves menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Untuk bantuan jual beli hartanah, hubungi saya terus di 013-363 7478.

RAMAI PEMILIK RUMAH DI BATU CAVES CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL

Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014

Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan kawasan Batu Caves sejak 2014 — dari Pinggiran Batu Caves, Taman Sri Gombak dan Bandar Baru Selayang hinggalah Kampung Wira Damai, Selayang Heights dan Sierramas… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah Batu Caves yang berdaftar namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sejak saya mula menjadi ejen hartanah berdaftar di kawasan ni pada tahun 2014, saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama — dan di sini khususnya, kawasan yang sama boleh mengandungi rumah kampung berharga bawah RM300,000 dan rumah resort hampir RM5 juta, dalam radius yang sangat dekat. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.

2014
Sepenuh masa sejak
PEA3833
No. daftar LPEPH
INSPEN
Sijil Ejen Hartanah
Team Leader
Legacy Real Property
Punca Sebenar

PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...

1

Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN

2

Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing

3

Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang

4

Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan

5

Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Batu Caves yang jauh lebih berpengalaman

Bukan Sekadar Kata Saya

Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini

Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Astro Awani, UTHM dan beberapa sumber lain, ribuan unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

Keratan akhbar MalaysiaGazette Jun 2026 - 32,800 rumah siap dibina masih tidak terjual bernilai RM16.37 bilion
MalaysiaGazette

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual

Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.

MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Keratan rencana Berita Harian Julai 2026 - rumah mampu milik antara perang harga dan kuasa beli rakyat
Berita Harian

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat

Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
Keratan Harian Metro Mei 2026 - rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual
Harian Metro

32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual

Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.

Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Berita Harian Mei 2026 - purata harga rumah di Malaysia melepasi setengah juta ringgit
Berita Harian

RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit

Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.

Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Sinar Harian Julai 2026 - rumah tidak terjual cecah RM16.37 bilion, NHRA cadang cukai lambakan hartanah
Sinar Harian

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion

Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.

Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh

“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”

Pasaran Batu Caves

REKOD TRANSAKSI BATU CAVES: JURANG KEKAYAAN PALING LEBAR DALAM LIPUTAN SAYA

Saya semak 200 urus niaga kediaman terkini dalam Mukim Batu (5 Jun 2025 hingga 29 Apr 2026). Dalam satu set data yang sama wujud rumah kampung yang bertukar tangan di bawah RM300,000 dan rumah sesebuah yang mencecah RM4.89 juta. Tiada kawasan lain dalam liputan saya menunjukkan jurang seluas ini — dan itulah sebabnya "harga pasaran Batu Caves" sebagai satu nombor tunggal langsung tidak bermakna.

TERES · TAMAN MATANG

Median RM552,500

72 transaksi teres tengah, julat RM200,000 sehingga RM900,000, median RM486 psf. Taman Sri Gombak menyumbang 48 transaksi merentas semua jenis, Bandar Baru Selayang 22. Status hakmilik berbelah: 43 hakmilik kekal berbanding 29 pajakan.

RUMAH KAMPUNG & SESEBUAH LAMA

Median RM500,000

37 transaksi rumah sesebuah reka bentuk sendiri — segmen terbesar seumpamanya dalam liputan saya, tertumpu di Kampung Selayang Baru dan Kampung Wira Damai. Median RM500,000 pada RM250 psf, dan 32 daripada 37 adalah pajakan. Jangan keliru dengan banglo moden; ini stok warisan yang dinilai atas tanah, bukan bangunan.

SIERRAMAS · PSF TERTINGGI

RM2.38 juta – RM4.6 juta

Rumah berkembar di segmen resort direkod median RM2.38 juta pada RM1,084 psf, dan rumah sesebuah reka bentuk pemaju median RM3.45 juta pada RM1,371 psf. Itu psf tertinggi yang pernah saya rekod dalam mana mana kawasan liputan saya, termasuk Damansara dan Putrajaya.

MAMPU MILIK & BERSTRATA

RM125,500 – RM460,000

Teres kos sederhana median RM460,000, teres kos rendah RM350,000 (sembilan daripada sepuluh hakmilik kekal), pangsapuri RM343,500, flat kos rendah RM150,000 dan unit kediaman atas kedai RM125,500. Segmen berstrata di sini majoritinya pajakan.

Nota hakmilik: status geran berbeza ikut taman, bukan ikut kawasan. Status geran dan baki tempoh pajakan adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.

Hubungi Saya

Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis

Amaran

SAYA TIDAK AKAN BERI JANJI-JANJI INI KEPADA PEMILIK RUMAH DI BATU CAVES

Jual rumah dalam tempoh 14 hari!

Kami ada ready buyer!

Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!

Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!

Kawasan Liputan

KAWASAN DI BATU CAVES YANG SAYA KENDALIKAN

Sebagai ejen hartanah sepenuh masa, tumpuan kerja saya terarah kepada kawasan di mana saya miliki akses data paling kukuh. Ini memastikan saya faham pergerakan pasaran bagi membolehkan saya bantu anda letak harga rasional. Untuk menetapkan harga, saya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula dengan rekod transaksi terkini taman anda. Angka di bawah daripada rekod JPPH, September 2025 hingga Jun 2026.

TAMAN SRI GOMBAK

Taman Sri Gombak

63 transaksi kediaman direkodkan di Taman Sri Gombak dalam tempoh itu, median RM460,000 dan psf RM546. Majoriti hakmilik kekal. Rekod merangkumi teres biasa, kos sederhana dan kos rendah. Tiga gred ini harganya berbeza, jadi perbandingan mesti ikut gred yang sama.

BANDAR BARU SELAYANG

Bandar Baru Selayang

24 transaksi, median RM519,950 dan psf RM369, kesemuanya pajakan. Julat harga luas kerana rekod merangkumi flat kos rendah bersama rumah teres. Median keseluruhan tidak mewakili rumah teres, jadi saya kira ikut jenis unit anda.

SEKITAR BATU CAVES

Sekitar Batu Caves

40 transaksi direkodkan bagi taman taman yang membawa nama Batu Caves, median RM228,500 dan psf RM278. Tenure bercampur, majoritinya pajakan. 12 daripada rekod itu unit kediaman atas kedai, yang pasarannya lain daripada rumah biasa.

SELAYANG HEIGHTS

Selayang Heights

9 transaksi sahaja dalam tempoh itu, median RM360,000 dan psf RM301, kesemuanya pajakan dan majoritinya kondominium dan pangsapuri. Bilangan rekod sangat kecil, jadi saya periksa rekod tahun tahun sebelumnya sebelum letak harga.

SIERRAMAS

Sierramas

12 transaksi, median RM3,290,000 dan psf RM613, kesemuanya hakmilik kekal dan majoritinya rumah sesebuah. Ini pasaran mewah yang berasingan sama sekali daripada taman lain di senarai ini, dengan bilangan pembeli yang jauh lebih kecil.

Dapatkan anggaran harga rumah anda

Pendekatan Saya

JUALAN HARTANAH DENGAN TEKNIK ANALISIS PERBANDINGAN & KAJIAN PASARAN

Setiap penilaian yang saya buat di Batu Caves bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:

LANGKAH 01

Kajian Pasaran

Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat

LANGKAH 02

Analisis Data

Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif

LANGKAH 03

Pelan Pemasaran

Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik

Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…

“Rumah saya ini special, dah reno itu ini begitu begini…”
“Inilah rumah pertama saya beli bersama isteri selepas kahwin…”
“Jiran saya kata dia baru je jual rumah dia dengan harga RM700k…”

… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Batu Caves yang sesuai untuk anda.

Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.

Demand Batu Caves

4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN BATU CAVES

1

Keluarga yang bekerja di utara Kuala Lumpur — akses MRT Sungai Buloh–Kajang dan lebuhraya utama. Majoriti sasarkan teres RM500k HINGGA RM600k di taman matang seperti Sri Gombak dan Bandar Baru Selayang.

2

Pembeli tanah dan rumah kampung — memburu lot warisan BAWAH RM550k untuk dirobohkan atau diubah suai. Mereka menilai keluasan dan bentuk tanah, bukan bangunan sedia ada, dan mereka sangat teliti tentang status pajakan.

3

Pembeli segmen resort — Sierramas dan kawasan berpagar setaraf, julat RM2.4 JUTA KE ATAS. Kumpulan sangat kecil dan sangat spesifik; mereka tidak pernah membandingkan dengan taman biasa di sebelah.

4

Pembeli rumah pertama dan pelabur — teres kos rendah, pangsapuri dan flat BAWAH RM360k. Menariknya, teres kos rendah di sini majoritinya hakmilik kekal — kelebihan yang jarang wujud dalam segmen harga ni.

Bila satu kawasan mengandungi rekod transaksi dari RM25,000 sehingga RM4.89 juta, purata dan median keseluruhan jadi angka yang menipu. Yang penting bukan "berapa harga rumah di Batu Caves", tetapi transaksi dalam taman anda sendiri, untuk jenis rumah anda sendiri, dengan status hakmilik yang sama. Selain daripada itu, semuanya cuma ANGKA YANG SEDAP DIDENGAR.

Bukti Sosial

APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?

“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”
Mr & Ms Yan
Mr & Ms YanBusiness Owners
“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”
Dr Mona Othman
Dr Mona OthmanJuruaudit
“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”
Dr Norwazli Abd Wahab
Dr Norwazli Abd WahabPensyarah
“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”
Ahmad Qarliff Zamzuri
Ahmad Qarliff ZamzuriPeguam Hartanah
“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”
Raja Yahya Raja Anuar
Raja Yahya Raja AnuarPengurus Bank
“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”
Joseph Teo
Joseph TeoVice President Marketing
Syakir Zainol, ejen hartanah Batu Caves yang berdaftar (PEA3833)
Kenali Ejen Anda

SAYA EJEN HARTANAH BATU CAVES YANG BERDAFTAR DAN BOLEH ANDA PERCAYA

Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Batu Caves yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014.

Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.

Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.

PEA3833 · LPEPH Sijil INSPEN Team Leader, Legacy Nilai Director, QS Premiere Mortgage Consultants
Saya tidak terima semua perlantikan. Saya hanya bantu pemilik yang:
  • Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
  • Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
  • Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang

Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.

Hubungi Saya

BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?

(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)

HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH

Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.

Hubungi Saya

Nak Jual Rumah Di Batu Caves? Isi Borang Ini

Syarat Kerjasama

Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif

Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.

Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.

Eksklusif: satu ejen bertanggungjawab penuh — fokus & akauntabiliti jelas
Open listing: usaha berpecah, harga tertekan, tiada siapa bertanggungjawab
Ada kemusykilan?

SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH BATU CAVES

Berdasarkan rekod transaksi JPPH bagi Mukim Batu (5 Jun 2025 hingga 29 Apr 2026): teres tengah median RM552,500 pada RM486 psf, julat RM200,000 sehingga RM900,000. Teres tepi median RM580,000 dan teres hujung RM700,000. Teres kos sederhana pula median RM460,000 dan teres kos rendah RM350,000. Julat yang luas ni sebahagian besarnya disebabkan usia dan jenis taman, jadi rumah anda perlu dibandingkan dengan taman setara, bukan dengan keseluruhan kawasan.
Bercampur, dan campurannya mengikut jenis hartanah. Teres tengah 43 daripada 72 hakmilik kekal. Teres kos rendah pula sembilan daripada sepuluh hakmilik kekal — kelebihan yang jarang wujud dalam segmen harga rendah. Sebaliknya rumah kampung dan sesebuah lama majoritinya pajakan (32 daripada 37), begitu juga pangsapuri dan flat. Semak geran anda dahulu, kerana di sini status hakmilik betul betul tidak boleh diteka dari jenis rumah.
Berdasarkan tanah, bukan bangunan. Rekod transaksi menunjukkan rumah sesebuah reka bentuk sendiri di kawasan ni median RM500,000 pada RM250 psf sahaja — psf paling rendah dalam semua segmen di sini. Sebabnya pembeli untuk stok ni biasanya berhasrat merobohkan atau mengubah suai secara besar besaran. Maknanya keluasan tanah, bentuk lot, akses jalan dan status pajakan jauh lebih menentukan harga berbanding keadaan rumah sedia ada. Jangan belanjakan wang untuk mengecat rumah yang pembeli akan runtuhkan.
Betul, dan angkanya mengejutkan ramai orang. Rumah berkembar di segmen resort direkodkan median RM2.38 juta pada RM1,084 psf, dan rumah sesebuah reka bentuk pemaju median RM3.45 juta pada RM1,371 psf, dengan rekod tertinggi RM4.89 juta. Itu harga per kaki persegi tertinggi yang saya rekodkan dalam mana mana kawasan liputan saya — lebih tinggi daripada Damansara mahupun Putrajaya. Kawasan ni ada dua pasaran yang hampir tidak pernah bertemu.
Soalan pertama saya: rumah jiran anda jenis apa, dan status hakmiliknya apa? Dalam kawasan ni, dua rumah yang berjiran boleh berada dalam segmen pasaran yang berbeza sama sekali — satu lot kampung pajakan, satu lagi rumah taman hakmilik kekal. Rekod transaksi di sini terentang dari bawah RM300,000 sehingga hampir RM5 juta. Saya akan tarik transaksi yang betul betul setara dengan rumah anda dan tunjukkan pada anda, supaya harga yang kita letak boleh dipertahankan di depan penilai bank pembeli.
Tidak. Saya hanya mengenakan caj profesional mengikut kadar yang ditetapkan undang undang (maksimum 3% daripada harga transaksi, tertakluk kepada minimum RM1,000 bagi setiap hartanah, mengikut skala yuran LPEPH) setelah hartanah anda berjaya dijual dan urus niaga selesai. Tiada bayaran pendahuluan, tiada caj pemasaran tersembunyi. Sebagai ejen hartanah berdaftar PEA3833 di bawah LPEPH, struktur caj saya tertakluk kepada peraturan — bukan kepada budi bicara saya.
Sebab pasaran bagus dan stok besar boleh wujud serentak. NAPIC merekodkan unit siap yang kekal tidak terjual sembilan bulan atau lebih sebagai overhang dan menerbitkannya ikut negeri. Pembeli yang mempunyai banyak pilihan akan melangkau apa-apa yang berharga di atas pasaran, tanpa membuat tawaran dan tanpa memberi sebab. Sunyi itu maklum balas, bukan nasib. Saya kupas latarnya dalam kupasan overhang hartanah ikut negeri.
Prosesnya ringkas. Kita berbincang dahulu tentang hartanah anda — lokasi, saiz, tenure dan keadaan unit. Saya tarik rekod transaksi terkini taman anda sendiri dan bentangkan julat harga yang realistik berdasarkan data itu, bukan berdasarkan harga jiran atau harga launching. Jika anda setuju dengan pendekatan saya, kita tandatangan surat pelantikan bertulis sebelum hartanah dipasarkan. Tiada bayaran pendahuluan pada mana-mana peringkat ini. Saya ejen hartanah berdaftar (registered real estate agent) yang beroperasi sepenuh masa sejak 2014 dan meliputi Batu Caves, dengan nombor pendaftaran PEA3833 di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Untuk kawasan lain di negeri ini, lihat halaman ejen hartanah Selangor dan ejen hartanah Gombak.
Ya. Saya tidak memasarkan mana-mana hartanah tanpa surat pelantikan bertulis daripada pemilik berdaftar. Dokumen ini menetapkan harga yang dipersetujui, tempoh pelantikan dan kadar caj profesional secara bertulis, supaya tiada salah faham di kemudian hari. Ia juga melindungi anda — tanpa dokumen ini, sesiapa sahaja boleh mendakwa mewakili hartanah anda. Memandangkan saya hanya menerima pelantikan secara eksklusif, dokumen yang saya guna ialah Exclusive Letter of Appointment.
Ada dua peringkat yang berasingan. Peringkat pertama ialah tempoh pemasaran sehingga jumpa pembeli — ini bergantung pada harga yang ditetapkan, jenis hartanah dan keadaan unit, dan tiada angka tetap yang jujur boleh saya berikan tanpa melihat hartanah anda dahulu. Peringkat kedua bermula selepas Sale and Purchase Agreement ditandatangani: proses pindah milik mengambil masa anggaran sekitar 3 bulan. Pemilik yang tersilap kira biasanya lupa peringkat kedua ini dan menyangka jualan selesai pada hari SPA ditandatangani.

Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.

Saya sendiri yang akan menghubungi anda. Maklumat anda tidak dikongsi dengan pihak ketiga.

Iklan Hartanah

Rumah Untuk Dijual Di Batu Caves

Ini unit yang saya uruskan sendiri di kawasan Batu Caves. Setiap satu disemak sebelum disenaraikan — hakmilik, tenure dan harga berdasarkan dokumen sebenar, bukan anggaran.

Lihat semua hartanah untuk dijual