PEA3833 · Sejak 2014

Ejen Hartanah Klang

Ramai pemilik rumah di Klang cuba jual sendiri... Malangnya gagal

Ketahui kenapa rumah anda masih belum terjual — dan bagaimana saya telah bantu ratusan pemilik sejak 2014

Syakir Zainol, PEA3833
Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925

Syakir Zainol memakai sut biru gelap dan berkaca mata
Syakir Zainol
PEA3833 · Legacy Real Property Sdn. Bhd.
E(1)1925
2014
Sepenuh masa sejak
PEA3833
No. daftar LPEPH
INSPEN
Sijil Ejen Hartanah
Team Leader
Legacy Real Property
Tentang Saya

Sejak 2014

Saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar PEA3833 bersama Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Bergerak sepenuh masa sejak 2014, saya mengendalikan hartanah di Klang dan kawasan sekitarnya. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Klang menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Untuk bantuan jual beli hartanah, hubungi saya terus di 013-363 7478.

Punca Sebenar

Punca sebenar masalah hartanah susah terjual adalah...

1

Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN

2

Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing

3

Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang

4

Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan

5

Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Klang yang jauh lebih berpengalaman

Bukan Sekadar Kata Saya

Data & laporan rasmi mengesahkan masalah ini

Harga yang tidak sepadan dengan pasaran bukan masalah pemilik rumah sahaja. Menurut data NAPIC yang dilaporkan oleh Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro dan MalaysiaGazette, lebih 32,000 unit kediaman siap dibina oleh pemaju masih tidak terjual pada suku pertama 2026, dan hampir separuh daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah. Data ini melibatkan rumah baharu, bukan rumah subsale, tetapi laporan berkaitan mengaitkan lambakan ini dengan jurang antara harga yang ditawarkan dan kuasa beli rakyat. Antara laporan tersebut:

Keratan akhbar MalaysiaGazette Jun 2026 - 32,800 rumah siap dibina masih tidak terjual bernilai RM16.37 bilion
MalaysiaGazette

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual

Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.

MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Keratan rencana Berita Harian Julai 2026 - rumah mampu milik antara perang harga dan kuasa beli rakyat
Berita Harian

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat

Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
Keratan Harian Metro Mei 2026 - rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual
Harian Metro

32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual

Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.

Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Berita Harian Mei 2026 - purata harga rumah di Malaysia melepasi setengah juta ringgit
Berita Harian

RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit

Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.

Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Sinar Harian Julai 2026 - rumah tidak terjual cecah RM16.37 bilion, NHRA cadang cukai lambakan hartanah
Sinar Harian

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion

Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.

Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh

“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”

Pasaran Klang

Rekod transaksi Klang: pasaran landed paling tebal dalam liputan saya

Daripada 200 urus niaga kediaman terkini di Mukim Klang (27 Feb hingga 19 Mei 2026), 114 adalah rumah teres tengah sahaja. Tiada kawasan lain dalam liputan saya yang sepadat ini dengan hartanah landed. Dan satu lagi ciri yang menonjol: 105 daripada 114 direkodkan sebagai hakmilik kekal.

Teres · Tulang Belakang Pasaran

Median RM500,000

114 transaksi teres tengah dalam masa kurang tiga bulan. Median RM500,000 pada RM406 psf, tetapi julatnya sangat luas — dari RM144,894 sehingga RM1.5 juta. Ini bermakna median Klang hampir tak berguna sebagai panduan peribadi; taman anda dan usia rumah anda menentukan segalanya.

Teres Hujung · Premium Besar

Median RM935,000

14 transaksi teres hujung, julat RM450,000 hingga RM1.72 juta, median RM563 psf berbanding RM406 psf unit tengah. Teres tepi median RM590,000 dengan rekod tertinggi RM2 juta. Di Klang, unit hujung dan tepi bukan sekadar "lebih besar sikit" — ia kategori produk yang berasingan.

Berkembar & Kluster

RM950,000 – RM1.98 juta

Rumah berkembar median RM950,000, julat RM430,000 sehingga RM1.98 juta, dan kesemua sepuluh transaksi hakmilik kekal. Rumah kluster median RM1.3 juta pada RM603 psf. Segmen ni tertumpu di township terancang seperti Bandar Botanic dan Ambang Botanic.

Pangsapuri & Town House

RM103,750 – RM465k

Pangsapuri median RM355,000 pada RM358 psf — dan kesemua 27 transaksi hakmilik kekal. Town house median RM455,000. Unit kediaman dalam bangunan kedai pula median RM103,750, segmen yang paling kerap tersalah harga kerana dibandingkan dengan pangsapuri biasa.

Nota hakmilik: status geran berbeza ikut taman, bukan ikut kawasan. Status geran dan baki tempoh pajakan adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.

Hubungi Saya

Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis

Amaran

Saya tidak akan beri janji-janji ini kepada pemilik rumah di Klang

Jual rumah dalam tempoh 14 hari!

Kami ada ready buyer!

Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!

Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!

Kawasan Liputan

Kawasan di Klang yang saya kendalikan

Sebagai ejen hartanah sepenuh masa, tumpuan kerja saya terarah kepada kawasan di mana saya miliki akses data paling kukuh. Ini memastikan saya faham pergerakan pasaran bagi membolehkan saya bantu anda letak harga rasional. Untuk menetapkan harga, saya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula dengan rekod transaksi terkini taman anda. Angka di bawah daripada rekod JPPH, September 2025 hingga Jun 2026.

Bandar Botanic

Bandar Botanic

95 transaksi kediaman direkodkan di Bandar Botanic dalam tempoh itu, median RM520,000 dan psf RM447. Kesemua 95 hakmilik kekal. Rekod di sini campuran teres dan pangsapuri, jadi harga taman ini bukan satu nombor. Saya asingkan mengikut jenis unit dahulu sebelum cadang harga.

Bandar Puteri

Bandar Puteri

60 transaksi, median RM682,500 dan psf RM430. Kesemuanya hakmilik kekal dan hampir kesemuanya rumah teres. Ini pasaran paling seragam di Klang, jadi perbandingan di sini lebih tepat berbanding taman yang bercampur jenis.

Taman Sentosa

Taman Sentosa

99 transaksi, median RM450,000 dan psf RM346. Kesemuanya hakmilik kekal. Ada 13 unit kediaman atas kedai dalam rekod tempoh itu. Kalau rumah anda jenis itu, harganya bergerak lain daripada teres biasa dan tidak boleh dibanding terus.

Bandar Bukit Tinggi

Bandar Bukit Tinggi

90 transaksi, median RM588,500 dan psf RM393, kesemuanya hakmilik kekal. Julat harga luas kerana rekod merangkumi 20 unit flat kos rendah bersama rumah teres. Median keseluruhan tidak mewakili rumah teres anda, jadi saya banding dengan jenis yang sama sahaja.

Ambang Botanic

Ambang Botanic

37 transaksi, median RM1,550,000 dan psf RM544, kesemuanya hakmilik kekal. Majoriti rumah teres dan berkembar. Ini segmen paling mahal antara kawasan di atas, dan bilangan pembeli lebih sedikit. Harga yang tersilap letak di sini akan tersangkut lama.

Dapatkan anggaran harga rumah anda

Pendekatan Saya

Jualan hartanah dengan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran

Setiap penilaian yang saya buat di Klang bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:

Langkah 01

Kajian pasaran

Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat

Langkah 02

Analisis data

Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif

Langkah 03

Pelan pemasaran

Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik

Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…

“Rumah saya ini special, dah reno itu ini begitu begini…”
“Inilah rumah pertama saya beli bersama isteri selepas kahwin…”
“Jiran saya kata dia baru je jual rumah dia dengan harga RM700k…”

… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Klang yang sesuai untuk anda.

Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.

Demand Klang

4 aliran pembeli dalam pasaran Klang

1

Keluarga tempatan yang membeli landed sebagai kediaman utama — nadi pasaran Klang. Majoriti besar sasarkan teres RM450k HINGGA RM550k dalam taman yang matang dan lengkap kemudahan.

2

Pembeli township terancang — Bandar Botanic, Ambang Botanic dan Bandar Puteri menarik pembeli yang sanggup bayar RM900k KE ATAS untuk susun atur, keselamatan dan landskap yang terurus.

3

Pembeli rumah pertama dan pelabur — pangsapuri hakmilik kekal BAWAH RM400k. Kelebihan Klang di sini ialah hakmilik kekal wujud sehingga ke segmen harga rendah, bukan hanya di township mewah.

4

Pemburu unit hujung dan tepi — kumpulan kecil tetapi sangat spesifik, sanggup bayar RM563 PSF berbanding RM406 psf untuk unit tengah, asalkan tanah lebihan itu benar benar berguna.

Perkara paling kerap saya jumpa di Klang: pemilik rumah di taman lama guna harga iklan township baharu sebagai rujukan. Rekod transaksi tunjuk kedua-duanya boleh berbeza lebih sejuta ringgit walaupun kedua-duanya "rumah teres di Klang". Bandingkan rumah anda dengan yang setara, bukan dengan yang anda HARAPKAN.

Bukti Sosial

Apa kata klien-klien hartanah saya?

“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”
Mr & Ms Yan
Mr & Ms YanBusiness Owners
Syakir Zainol, ejen hartanah Klang yang berdaftar (PEA3833)
Kenali Ejen Anda

Saya ejen hartanah Klang yang berdaftar dan boleh anda percaya

Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Klang yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014. Sama ada anda mencari ejen hartanah Klang, property agent Klang atau real estate agent Klang — anda sampai kepada orang yang sama: ejen berdaftar yang beroperasi di sini setiap hari.

Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.

Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.

PEA3833 · LPEPH Sijil INSPEN Team Leader, Legacy Nilai Director, QS Premiere Mortgage Consultants
Saya tidak terima semua perlantikan. Saya hanya bantu pemilik yang:
  • Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
  • Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
  • Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang

Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.

Hubungi Saya

Bersedia untuk jual hartanah anda secara serius?

(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)

Hubungi saya sekarang sebelum slot penuh

Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.

Hubungi Saya
Syarat Kerjasama

Saya hanya terima listing secara eksklusif

Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.

Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.

Eksklusif: satu ejen bertanggungjawab penuh — fokus & akauntabiliti jelas
Open listing: usaha berpecah, harga tertekan, tiada siapa bertanggungjawab

Nak jual rumah di Klang? Isi borang ini

Ada Kemusykilan?

Soalan-soalan lazim ejen hartanah Klang

Berapa harga pasaran rumah teres di Klang sekarang?
Berdasarkan rekod transaksi JPPH bagi Mukim Klang (27 Feb hingga 19 Mei 2026): teres tengah median RM500,000 pada RM406 psf. Tetapi saya perlu tekankan sesuatu — julat sebenar terentang dari RM144,894 sehingga RM1.5 juta. Median ni menggabungkan rumah teres taman lama dengan rumah teres township baharu seperti Bandar Botanic dan Ambang Botanic. Untuk rumah anda sendiri, angka yang bermakna bukan median Klang, tetapi transaksi dalam taman anda dalam tempoh terkini.
Rumah di Klang hakmilik kekal atau pajakan?
Majoriti besar hakmilik kekal. Dalam rekod yang saya semak: 105 daripada 114 teres tengah, kesemua 14 teres hujung, kesemua 8 teres tepi, kesemua 10 rumah berkembar dan kesemua 27 pangsapuri direkodkan sebagai hakmilik kekal. Klang antara kawasan paling konsisten hakmilik kekal dalam liputan saya. Bagi penjual, ia bermakna satu halangan pembiayaan yang biasa memperlahankan jualan di kawasan lain tidak wujud di sini.
Kenapa julat harga rumah teres di Klang begitu luas?
Sebab Klang mengandungi dua jenis stok perumahan yang sangat berbeza dalam satu daerah. Ada taman perumahan lama dengan rumah teres yang dibina puluhan tahun lalu, dan ada township terancang yang jauh lebih baharu dengan keluasan tanah lebih besar dan kemudahan berpagar. Kedua-duanya sah dipanggil "rumah teres di Klang", tetapi harganya boleh berbeza lebih sejuta ringgit. Bila pemilik rumah taman lama guna iklan township baharu sebagai rujukan, itu punca utama iklan tersadai berbulan bulan.
Rumah saya unit hujung. Berapa premium yang munasabah?
Rekod transaksi Klang menunjukkan teres hujung median RM935,000 pada RM563 psf, berbanding teres tengah median RM500,000 pada RM406 psf. Jurang psf tu lebih kurang 39 peratus. Tetapi saya tak akan terus guna angka tu untuk rumah anda tanpa ukur dahulu — premium unit hujung bergantung pada saiz sebenar tanah lebihan, bentuknya, dan sama ada ia boleh dibangunkan atau sekadar jalur sempit. Saya lebih rela beri anda angka yang boleh dipertahankan daripada angka yang menyenangkan hati.
Saya dengar pasaran Klang sekarang laju. Betul ke?
Dari segi jumlah urus niaga, ya — 200 transaksi kediaman direkodkan dalam masa kurang tiga bulan, dan 114 daripadanya rumah teres. Tapi jangan salah tafsir. Pasaran yang aktif bermakna banyak pilihan untuk pembeli, bukan jaminan rumah anda cepat terjual. Dalam pasaran padat macam ni, rumah yang tersalah harga akan jadi rujukan yang membuatkan rumah jiran nampak lebih berbaloi — dan jiran anda yang untung, bukan anda.
Adakah saya perlu bayar apa-apa jika hartanah belum terjual?
Tidak. Saya hanya mengenakan caj profesional mengikut kadar yang ditetapkan undang undang (maksimum 3% daripada harga transaksi, tertakluk kepada minimum RM1,000 bagi setiap hartanah, mengikut skala yuran LPEPH) setelah hartanah anda berjaya dijual dan urus niaga selesai. Tiada bayaran pendahuluan, tiada caj pemasaran tersembunyi. Sebagai ejen hartanah berdaftar PEA3833 di bawah LPEPH, struktur caj saya tertakluk kepada peraturan — bukan kepada budi bicara saya.
Pasaran nampak laju, tapi ada juga rumah yang tak terjual. Kenapa dua-dua benar?
Sebab jumlah transaksi dan stok tidak terjual boleh naik serentak. NAPIC merekodkan unit siap yang kekal tidak terjual sembilan bulan atau lebih sebagai overhang dan menerbitkannya ikut negeri. Pasaran laju bermakna rumah yang betul harganya bergerak cepat — bukan semua rumah bergerak. Yang duduk lama biasanya duduk atas sebab yang sama: harga ditetapkan atas harapan, bukan atas rekod transaksi. Latar angkanya ada dalam rekod overhang hartanah ikut negeri.
Bagaimana cara melantik ejen hartanah untuk jual rumah di Klang?
Prosesnya ringkas. Kita berbincang dahulu tentang hartanah anda — lokasi, saiz, tenure dan keadaan unit. Saya tarik rekod transaksi terkini taman anda sendiri dan bentangkan julat harga yang realistik berdasarkan data itu, bukan berdasarkan harga jiran atau harga launching. Jika anda setuju dengan pendekatan saya, kita tandatangan surat pelantikan bertulis sebelum hartanah dipasarkan. Tiada bayaran pendahuluan pada mana-mana peringkat ini. Saya ejen hartanah berdaftar (registered real estate agent) yang beroperasi sepenuh masa sejak 2014 dan meliputi Klang, dengan nombor pendaftaran PEA3833 di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Untuk kawasan lain di negeri ini, lihat halaman ejen hartanah Selangor dan ejen hartanah Shah Alam.
Adakah saya perlu tandatangan Letter of Appointment sebelum rumah dipasarkan?
Ya. Saya tidak memasarkan mana-mana hartanah tanpa surat pelantikan bertulis daripada pemilik berdaftar. Dokumen ini menetapkan harga yang dipersetujui, tempoh pelantikan dan kadar caj profesional secara bertulis, supaya tiada salah faham di kemudian hari. Ia juga melindungi anda — tanpa dokumen ini, sesiapa sahaja boleh mendakwa mewakili hartanah anda. Memandangkan saya hanya menerima pelantikan secara eksklusif, dokumen yang saya guna ialah Exclusive Letter of Appointment.
Berapa lama biasanya proses jual rumah di Klang?
Ada dua peringkat yang berasingan. Peringkat pertama ialah tempoh pemasaran sehingga jumpa pembeli — ini bergantung pada harga yang ditetapkan, jenis hartanah dan keadaan unit, dan tiada angka tetap yang jujur boleh saya berikan tanpa melihat hartanah anda dahulu. Peringkat kedua bermula selepas Sale and Purchase Agreement ditandatangani: proses pindah milik mengambil masa anggaran sekitar 3 bulan. Pemilik yang tersilap kira biasanya lupa peringkat kedua ini dan menyangka jualan selesai pada hari SPA ditandatangani.

Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.

Saya sendiri yang akan menghubungi anda. Maklumat anda tidak dikongsi dengan pihak ketiga.