PEA3833 · Sejak 2014

Ejen Hartanah Bangi

Nama saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar (PEA3833) di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Saya berkhidmat sepenuh masa sejak 2014, khusus membantu pemilik urus jualan di Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota Bangi, dan Bangi Avenue. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Bangi menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Hubungi saya di 013-363 7478 untuk saya bantu.

RAMAI PEMILIK RUMAH DI BANGI CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL

Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014

Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan kawasan Bangi sejak 2014 — dari seksyen matang Bandar Baru Bangi hinggalah ke kluster pangsapuri baharu sekitar UKM dan UNITEN… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah Bangi yang berdaftar namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sejak saya mula menjadi ejen hartanah Bangi yang berdaftar pada tahun 2014, saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama — dan di Bangi khususnya, kesilapan paling kerap ialah menganggap pasaran di sini dipacu rumah landed, sedangkan rekod transaksi cakap sebaliknya. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.

2014
Sepenuh masa sejak
PEA3833
No. daftar LPEPH
INSPEN
Sijil Ejen Hartanah
Team Leader
Legacy Real Property
Punca Sebenar

PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...

1

Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN

2

Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing

3

Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang

4

Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan

5

Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Bangi yang jauh lebih berpengalaman

Bukan Sekadar Kata Saya

Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini

Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Astro Awani, UTHM dan beberapa sumber lain, ribuan unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

Keratan akhbar MalaysiaGazette Jun 2026 - 32,800 rumah siap dibina masih tidak terjual bernilai RM16.37 bilion
MalaysiaGazette

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual

Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.

MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Keratan rencana Berita Harian Julai 2026 - rumah mampu milik antara perang harga dan kuasa beli rakyat
Berita Harian

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat

Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
Keratan Harian Metro Mei 2026 - rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual
Harian Metro

32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual

Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.

Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Berita Harian Mei 2026 - purata harga rumah di Malaysia melepasi setengah juta ringgit
Berita Harian

RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit

Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.

Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Sinar Harian Julai 2026 - rumah tidak terjual cecah RM16.37 bilion, NHRA cadang cukai lambakan hartanah
Sinar Harian

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion

Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.

Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh

“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”

Pasaran Bangi

REKOD TRANSAKSI BANGI: 6 DARIPADA 10 URUS NIAGA ADALAH UNIT BERSTRATA

Ini penemuan paling mengejutkan bila saya kaji rekod transaksi Bandar Baru Bangi. Daripada 200 urus niaga kediaman terkini, 125 melibatkan pangsapuri, kondominium dan rumah pangsa — bukan rumah teres. Kalau strategi pemasaran anda ditulis seolah olah Bangi ialah pasaran landed semata mata, anda sedang bercakap dengan kurang daripada separuh pasaran.

STRATA · PANGSAPURI & KONDO

Median RM320k – RM390k

Pangsapuri ialah segmen paling aktif di Bangi: 74 transaksi direkodkan (Ogos 2025 hingga Mei 2026), julat RM150,000 sehingga RM480,000, median RM390,000 pada RM397 psf. Menariknya median pangsapuri lebih tinggi daripada kondominium (RM320,000) — kerana stok pangsapuri di sini jauh lebih baharu.

TERES · SEKSYEN MATANG

Median RM550k

41 transaksi teres tengah, julat RM380,000 sehingga RM770,000, median RM386 psf. Teres hujung pula median RM805,000 dan mencecah RM1.2 juta. Julat yang agak sempit berbanding kawasan lain — Bangi pasaran yang stabil, bukan pasaran spekulatif.

BERKEMBAR & BANGLO

RM950k – RM2.15 juta

Rumah berkembar median RM950,000, julat RM630,000 sehingga RM1.35 juta. Banglo reka bentuk sendiri direkodkan RM1.2 juta hingga RM1.45 juta, dan satu banglo reka bentuk pemaju pada RM2.15 juta. Segmen kecil tapi wujud — dan pembelinya jarang cari melalui iklan biasa.

KOS RENDAH & MAMPU MILIK

RM68,000 – RM390k

Flat kos rendah median RM150,000 daripada 18 transaksi, dengan rekod terendah RM68,000. Teres kos rendah median RM317,500 dan kesemuanya hakmilik kekal. Segmen paling sensitif harga — beza RM10,000 sahaja boleh menentukan sama ada pembeli lulus pinjaman atau tidak.

Nota hakmilik: bagi tiga kawasan yang saya kendalikan di Bangi — Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota dan Bangi Avenue — kesemua 102 transaksi yang saya semak berstatus hakmilik kekal. Itu tidak bermakna setiap taman di Bangi sama; status geran dan baki tempoh pajakan tetap perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.

Hubungi Saya

Kawasan Liputan

KAWASAN DI BANGI YANG SAYA KENDALIKAN

Sebagai ejen hartanah sepenuh masa, tumpuan kerja saya terarah kepada kawasan di mana saya miliki akses data paling kukuh. Ini memastikan saya faham pergerakan pasaran bagi membolehkan saya bantu anda letak harga rasional. Untuk menetapkan harga, saya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula dengan rekod transaksi terkini taman anda. Angka di bawah daripada rekod JPPH, September 2025 hingga Jun 2026.

BANDAR SERI PUTRA

Bandar Seri Putra

Rekod transaksi JPPH dari September 2025 hingga Jun 2026 merekodkan 31 transaksi di Bandar Seri Putra, semuanya 100% hakmilik kekal. Pangsapuri mencatat 15 transaksi bermedian RM240,000 dengan psf RM276. Kategori teres merekodkan 11 transaksi bermedian RM520,000 dalam julat RM470,000 hingga RM700,000 dan psf tanah RM301. Saya sedang menguruskan unit Teres 2 Tingkat Corner Lot di Impian Putra sekarang. Anda boleh hubungi saya untuk lawatan.

BUKIT MAHKOTA

Bandar Bukit Mahkota Bangi

Rekod JPPH September 2025 hingga Jun 2026 mencatatkan 46 transaksi 100% hakmilik kekal di Bandar Bukit Mahkota Bangi. 22 transaksi ialah plot tanah banglo bermedian RM384,000, bukan rumah siap. Teres tengah ada 8 transaksi bermedian RM415,000 dengan psf tanah RM385. Rumah sesebuah reka bentuk pemaju mencatat 4 transaksi bermedian RM925,000 manakala 5 flat kos rendah bermedian RM145,000. Saya ada unit Teres 2 Tingkat di Bukit Mahkota Seksyen 2 untuk dijual.

BANGI AVENUE

Bangi Avenue

Di Bangi Avenue pula, 25 transaksi direkodkan JPPH dari September 2025 hingga Jun 2026. Semuanya 100% hakmilik kekal dan kesemuanya rumah teres. Harga median ialah RM600,000 dalam julat RM450,000 hingga RM920,000. Nilai psf tanah di sini mencapai RM429, tertinggi antara ketiga tiga kawasan ini. Apabila menyemak harga jualan anda, saya sentiasa merujuk Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran.

Facebook: Ejen Hartanah Bangi

Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis

Amaran

SAYA TIDAK AKAN BERI JANJI-JANJI INI KEPADA PEMILIK RUMAH DI BANGI

Jual rumah dalam tempoh 14 hari!

Kami ada ready buyer!

Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!

Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!

Pendekatan Saya

JUALAN HARTANAH DENGAN TEKNIK ANALISIS PERBANDINGAN & KAJIAN PASARAN

Setiap harga yang saya cadangkan di Bangi ditetapkan melalui Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:

LANGKAH 01

Kajian Pasaran

Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat

LANGKAH 02

Analisis Data

Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif

LANGKAH 03

Pelan Pemasaran

Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik

Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…

“Rumah saya ini special, dah reno itu ini begitu begini…”
“Inilah rumah pertama saya beli bersama isteri selepas kahwin…”
“Jiran saya kata dia baru je jual rumah dia dengan harga RM700k…”

… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Bangi yang sesuai untuk anda.

Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.

Demand Bangi

4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN BANGI

1

Warga pendidikan dan penjawat awam — UKM, UNITEN, KUIS dan pejabat kerajaan jadikan Bangi pasaran dengan aliran pembeli paling konsisten, majoritinya sasarkan teres RM500k HINGGA RM600k yang dekat dengan tempat kerja.

2

Pembeli rumah pertama segmen strata — kumpulan paling ramai dari segi jumlah urus niaga, memburu pangsapuri BAWAH RM400k. 65 daripada 74 transaksi pangsapuri direkodkan sebagai hakmilik kekal, dan itu daya tarikan utamanya.

3

Pelabur unit sewa — permintaan sewa daripada populasi pelajar tiga universiti jadikan unit BAWAH RM250k sasaran tetap, terutama flat dan rumah pangsa yang boleh berjalan kaki ke kampus.

4

Upgrader tempatan — keluarga yang dah lama menetap di Bangi dan tak mahu berpindah keluar, naik taraf kepada berkembar atau banglo RM950k KE ATAS. Mereka membeli berdasarkan lokasi yang sangat spesifik, bukan harga semata mata.

Perhatikan satu perkara: dua daripada empat aliran ni langsung tidak mencari rumah landed. Kalau hartanah anda unit berstrata tapi dipasarkan dengan pendekatan yang sama macam rumah teres, anda sedang bersaing dalam kategori yang SALAH SAMA SEKALI.

Bukti Sosial

APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?

“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”
Mr & Ms Yan
Mr & Ms YanBusiness Owners
“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”
Dr Mona Othman
Dr Mona OthmanJuruaudit
“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”
Dr Norwazli Abd Wahab
Dr Norwazli Abd WahabPensyarah
“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”
Ahmad Qarliff Zamzuri
Ahmad Qarliff ZamzuriPeguam Hartanah
“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”
Raja Yahya Raja Anuar
Raja Yahya Raja AnuarPengurus Bank
“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”
Joseph Teo
Joseph TeoVice President Marketing
Syakir Zainol, ejen hartanah Bangi yang berdaftar (PEA3833)
Kenali Ejen Anda

SAYA EJEN HARTANAH BANGI YANG BERDAFTAR DAN BOLEH ANDA PERCAYA

Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Bangi yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014. Sama ada anda mencari ejen hartanah Bangi atau property agent Bangi — anda sampai kepada orang yang sama: ejen berdaftar yang beroperasi di sini setiap hari.

Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.

Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.

PEA3833 · LPEPH Sijil INSPEN Team Leader, Legacy Nilai Director, QS Premiere Mortgage Consultants
Saya tidak terima semua perlantikan. Saya hanya bantu pemilik yang:
  • Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
  • Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
  • Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang

Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.

Hubungi Saya

BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?

(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)

HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH

Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.

Hubungi Saya

Nak Jual Rumah Di Bangi? Isi Borang Ini

Syarat Kerjasama

Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif

Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.

Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.

Eksklusif: satu ejen bertanggungjawab penuh — fokus & akauntabiliti jelas
Open listing: usaha berpecah, harga tertekan, tiada siapa bertanggungjawab
Ada kemusykilan?

SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH BANGI

Berdasarkan rekod transaksi JPPH bagi Bandar Baru Bangi (Ogos 2025 hingga Mei 2026): teres tengah median RM550,000, dengan julat RM380,000 sehingga RM770,000 dan median RM386 psf. Teres hujung pula median RM805,000, dengan rekod tertinggi RM1.2 juta. Julat Bangi lebih sempit berbanding kawasan seperti Kajang atau Shah Alam — maknanya ruang untuk tersilap harga pun lebih kecil. Letak RM50,000 terlalu tinggi di sini, anda bukan sekadar lambat jual; anda terkeluar terus dari carian pembeli.
Bangi bercampur, dan campurannya mengikut jenis hartanah. Dalam rekod transaksi teres tengah, 33 daripada 41 adalah pajakan. Tetapi bagi pangsapuri, keadaan terbalik: 65 daripada 74 adalah hakmilik kekal. Teres kos rendah pula kesemua empat transaksi yang direkodkan adalah hakmilik kekal. Jadi jangan andaikan status hartanah anda berdasarkan apa yang jiran cakap — semak geran sendiri, sebab di Bangi jawapannya betul betul berbeza mengikut jenis unit.
Ini nampak terbalik, tapi datanya jelas: pangsapuri median RM390,000 pada RM397 psf, manakala kondominium median RM320,000 pada RM254 psf. Sebabnya stok. Kebanyakan kondominium di Bangi lebih lama dan lebih besar keluasannya, jadi psf rendah walaupun harga keseluruhan nampak tinggi. Pangsapuri pula banyak yang lebih baharu, saiz lebih kecil, dan lebih dekat dengan kemudahan. Kalau anda pemilik kondominium lama dan letak harga berdasarkan psf pangsapuri baharu, unit anda akan tersangkut di pasaran.
Kedudukan dekat universiti memang memberi kelebihan — tetapi kelebihan itu paling kuat pada nilai SEWA, bukan secara automatik pada harga jualan. Pembeli pelabur akan kira pulangan sewa, jadi mereka sensitif pada harga masuk. Pembeli untuk didiami sendiri pula lebih ambil kira jenis unit, keluasan dan keadaan bangunan. Jadi ya, kedekatan dengan kampus ialah aset pemasaran yang saya akan gunakan sepenuhnya — tapi ia bukan lesen untuk menaikkan harga di luar julat transaksi sebenar.
Sebab pangsapuri ialah segmen paling padat di Bangi — 74 transaksi dalam tempoh yang saya kaji, dan itu belum kira unit yang masih tersadai dalam iklan. Bila puluhan unit hampir serupa bersaing pada harga yang hampir sama, pembeli akan pilih berdasarkan perkara lain: tingkat, keadaan dalaman, kelengkapan, dan yang paling kerap diabaikan — kualiti gambar dan maklumat dalam iklan. Harga sama dengan jiran bukan kelebihan; ia hanya bermakna anda tak ada sebab untuk dipilih.
Tidak. Saya hanya mengenakan caj profesional mengikut kadar yang ditetapkan undang undang (maksimum 3% daripada harga transaksi, tertakluk kepada minimum RM1,000 bagi setiap hartanah, mengikut skala yuran LPEPH) setelah hartanah anda berjaya dijual dan urus niaga selesai. Tiada bayaran pendahuluan, tiada caj pemasaran tersembunyi. Sebagai ejen hartanah berdaftar PEA3833 di bawah LPEPH, struktur caj saya tertakluk kepada peraturan — bukan kepada budi bicara saya.
Lebih ramai daripada yang biasanya disangka. NAPIC merekod unit siap yang kekal tidak terjual sembilan bulan atau lebih sebagai overhang, dipecahkan ikut negeri dan jenis hartanah, dan segmen berstrata dikira berasingan kerana ia besar. Bila stok tebal, unit yang berharga sama dengan jiran akan duduk lama — yang bergerak ialah unit yang paling jelas nilainya. Saya kupas gambarannya dalam pecahan overhang mengikut negeri dan jenis hartanah.
Prosesnya ringkas. Kita berbincang dahulu tentang hartanah anda — lokasi, saiz, tenure dan keadaan unit. Saya tarik rekod transaksi terkini taman anda sendiri dan bentangkan julat harga yang realistik berdasarkan data itu, bukan berdasarkan harga jiran atau harga launching. Jika anda setuju dengan pendekatan saya, kita tandatangan surat pelantikan bertulis sebelum hartanah dipasarkan. Tiada bayaran pendahuluan pada mana-mana peringkat ini. Saya ejen hartanah berdaftar (registered real estate agent) yang beroperasi sepenuh masa sejak 2014 dan meliputi Bangi, dengan nombor pendaftaran PEA3833 di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Untuk kawasan lain di negeri ini, lihat halaman ejen hartanah Selangor dan ejen hartanah Kajang.
Ya. Saya tidak memasarkan mana-mana hartanah tanpa surat pelantikan bertulis daripada pemilik berdaftar. Dokumen ini menetapkan harga yang dipersetujui, tempoh pelantikan dan kadar caj profesional secara bertulis, supaya tiada salah faham di kemudian hari. Ia juga melindungi anda — tanpa dokumen ini, sesiapa sahaja boleh mendakwa mewakili hartanah anda. Memandangkan saya hanya menerima pelantikan secara eksklusif, dokumen yang saya guna ialah Exclusive Letter of Appointment.
Ada dua peringkat yang berasingan. Peringkat pertama ialah tempoh pemasaran sehingga jumpa pembeli — ini bergantung pada harga yang ditetapkan, jenis hartanah dan keadaan unit, dan tiada angka tetap yang jujur boleh saya berikan tanpa melihat hartanah anda dahulu. Peringkat kedua bermula selepas Sale and Purchase Agreement ditandatangani: proses pindah milik mengambil masa anggaran sekitar 3 bulan. Pemilik yang tersilap kira biasanya lupa peringkat kedua ini dan menyangka jualan selesai pada hari SPA ditandatangani.

Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.

Saya sendiri yang akan menghubungi anda. Maklumat anda tidak dikongsi dengan pihak ketiga.