Ejen Hartanah Gombak
Saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar PEA3833 bersama Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Bergerak sepenuh masa sejak 2014, saya mengendalikan hartanah di Gombak dan kawasan sekitarnya. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Gombak menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Untuk bantuan jual beli hartanah, hubungi saya terus di 013-363 7478.
RAMAI PEMILIK RUMAH DI GOMBAK CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL
Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014
Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan kawasan Gombak dan Selayang sejak 2014 — dari Taman Sri Gombak dan Taman Selayang Mutiara hinggalah Taman Bukit Permata, Bukit Idaman dan Taman Raintree… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah Gombak yang berdaftar namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sejak saya mula menjadi ejen hartanah berdaftar di kawasan ni pada tahun 2014, saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama — dan di Gombak khususnya, pemilik selalu tak sedar yang kawasan ni sebenarnya mengandungi dua pasaran yang bergerak pada paras harga yang sangat berbeza. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.
PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...
Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN
Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing
Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang
Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan
Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Gombak yang jauh lebih berpengalaman
Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini
Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Astro Awani, UTHM dan beberapa sumber lain, ribuan unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual
Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.
MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat
Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.
Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual
Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.
Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit
Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.
Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion
Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.
Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”
Punca punca di atas ada kaitan langsung dengan tempoh jualan. Penjelasan penuh dua fasa yang menentukan berapa lama sesebuah rumah berada di pasaran ada dalam panduan nak jual rumah cepat.
REKOD TRANSAKSI GOMBAK: PASARAN MASSA DAN PASARAN JUTAAN DALAM SATU KAWASAN
Daripada 200 urus niaga kediaman terkini di Gombak dan Selayang (24 Okt 2025 hingga 19 Mei 2026), teres biasa direkod pada median RM585,000 — sementara rumah berkembar median RM1.822 juta dan banglo reka bentuk pemaju RM2.252 juta. Dua paras harga ni wujud serentak dalam kawasan yang sama, dan pemilik yang tersilap menempatkan diri antara keduanya akan tersadai berbulan bulan.
Median RM585,000
36 transaksi teres tengah, julat RM250,000 sehingga RM1.6 juta, median RM451 psf. Status hakmilik betul betul berbelah bahagi: 21 hakmilik kekal berbanding 15 pajakan. Teres kos sederhana median RM498,000 dan teres kos rendah RM445,000 — segmen mampu milik di sini pun dah melepasi paras RM400,000.
Median RM1.822 juta
31 transaksi rumah berkembar — bilangan tertinggi bagi segmen ni dalam mana mana kawasan liputan saya. Median RM1.822 juta pada RM493 psf, rekod tertinggi RM2.34 juta, dan 25 daripada 31 hakmilik kekal. Taman Bukit Permata sahaja menyumbang 39 transaksi merentas semua jenis.
RM450,000 atau RM2.25 juta
Ini yang paling kerap mengelirukan. Banglo reka bentuk pemaju median RM2.252 juta, kesemua sepuluh hakmilik kekal. Tetapi banglo reka bentuk sendiri median RM450,000 sahaja — stok lama dan rumah kampung, sembilan daripada sepuluh pajakan. Perkataan "banglo" pada geran anda tidak memberitahu pembeli apa apa tentang harga.
RM136,000 – RM345,000
Kondominium median RM345,000, pangsapuri RM275,000, rumah pangsa RM200,000 dan flat kos rendah RM136,000. Segmen berstrata di Gombak majoritinya pajakan — 14 daripada 18 kondominium dan 18 daripada 27 pangsapuri. Unit kediaman dalam bangunan kedai pula median RM175,000.
Nota hakmilik: status geran berbeza ikut taman, bukan ikut kawasan. Status geran dan baki tempoh pajakan adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.
Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis
AmaranSAYA TIDAK AKAN BERI JANJI-JANJI INI KEPADA PEMILIK RUMAH DI GOMBAK
Jual rumah dalam tempoh 14 hari!
Kami ada ready buyer!
Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!
Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!
KAWASAN DI GOMBAK YANG SAYA KENDALIKAN
Sebagai ejen hartanah sepenuh masa, tumpuan kerja saya terarah kepada kawasan di mana saya miliki akses data paling kukuh. Ini memastikan saya faham pergerakan pasaran bagi membolehkan saya bantu anda letak harga rasional. Untuk menetapkan harga, saya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula dengan rekod transaksi terkini taman anda. Angka di bawah daripada rekod JPPH, September 2025 hingga Jun 2026.
Taman Sri Gombak
63 transaksi kediaman direkodkan di Taman Sri Gombak dalam tempoh itu, median RM460,000 dan psf RM546. Majoriti hakmilik kekal. Rekod merangkumi teres biasa, teres kos sederhana dan teres kos rendah. Tiga gred ini harganya berbeza, jadi saya banding ikut gred yang sama.
Taman Bukit Permata
47 transaksi, median RM1,859,330 dan psf RM427, kesemuanya hakmilik kekal. Majoriti rumah berkembar dan sesebuah. Ini kawasan paling mahal antara yang saya senaraikan di sini, dan jenis rumahnya lain sama sekali daripada taman teres berdekatan.
Taman Selayang Mutiara
12 transaksi sahaja dalam tempoh itu, median RM540,000 dan psf RM245, kesemuanya pajakan dan hampir kesemuanya rumah berkembar. Bilangan rekod kecil, jadi saya guna angka ini sebagai panduan awal dan periksa rekod tahun sebelumnya untuk sahkan.
Taman Bukit Idaman
18 transaksi, median RM190,000 dan psf RM264, hampir kesemuanya pajakan. Rekod di sini kondominium dan flat, bukan rumah bertanah. Tenure dan baki tempoh pajakan memberi kesan terus kepada pinjaman pembeli, jadi itu perkara pertama saya semak.
Taman Raintree
17 transaksi, median RM360,000 dan psf RM328, hampir kesemuanya pajakan dan majoritinya kondominium. Sampel kecil, jadi satu dua jualan luar biasa boleh menarik median. Saya tidak bergantung pada satu angka sahaja bila cadang harga.
JUALAN HARTANAH DENGAN TEKNIK ANALISIS PERBANDINGAN & KAJIAN PASARAN
Setiap penilaian yang saya buat di Gombak bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:
Kajian Pasaran
Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat
Analisis Data
Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif
Pelan Pemasaran
Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik
Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…
… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Gombak yang sesuai untuk anda.
Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.
4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN GOMBAK
Keluarga yang bekerja di utara Kuala Lumpur — akses MRR2, KL dan Duke jadikan Gombak pilihan praktikal. Majoriti sasarkan teres RM500k HINGGA RM650k dalam taman yang matang.
Pembeli segmen premium berpagar — berkembar dan banglo RM1.8 JUTA KE ATAS di kawasan seperti Taman Bukit Permata. Kumpulan ni tidak membandingkan dengan taman lama di sebelah; mereka membandingkan dengan township premium di daerah lain.
Pembeli mampu milik — pangsapuri, flat dan unit kediaman atas kedai BAWAH RM280k, kebanyakannya pajakan, dan sangat sensitif kepada baki tempoh serta kos penyelenggaraan.
Pembeli rumah lama untuk diubah suai — memburu rumah sesebuah reka bentuk sendiri dan stok kampung BAWAH RM500k. Mereka menilai tanah dan potensi, bukan keadaan bangunan semasa.
Jurang antara teres median RM585,000 dan berkembar median RM1.822 juta dalam kawasan yang sama bermakna satu perkara untuk penjual: anda mesti tahu pasaran mana rumah anda berada sebelum letak harga. Meletakkan rumah teres biasa pada harga premium berpagar bukan strategi optimistik — ia cara paling pantas untuk hartanah anda jadi IKLAN YANG DIABAIKAN.
APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?
“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”

“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”

“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”

“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”

“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”

“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”


SAYA EJEN HARTANAH GOMBAK YANG BERDAFTAR DAN BOLEH ANDA PERCAYA
Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Gombak yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014.
Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).
Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.
Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.
- Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
- Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
- Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang
Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.
BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?
(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)
HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH
Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.
Hubungi SayaNak Jual Rumah Di Gombak? Isi Borang Ini
Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif
Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.
Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.
SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH GOMBAK
Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.
