

Hubungi Ejen Hartanah Berdaftar
KL, Selangor & Negeri Sembilan
Saya bersedia membantu urusan jual, beli atau sewa hartanah anda — pada bila-bila masa. Balasan dalam 24 jam melalui WhatsApp, panggilan, atau emel.
Setiap Urusan Bermula Dengan Satu Perbualan
Sama ada anda sedang merancang untuk membeli rumah pertama, menjual hartanah pusaka, atau sekadar memerlukan nasihat yang telus — saya sedia membantu. Sejak 2014, ribuan klien di Kuala Lumpur, Selangor & Negeri Sembilan telah mempercayai pengalaman saya sebagai ejen hartanah berdaftar untuk menguruskan transaksi besar dalam hidup mereka.
Apabila anda hubungi saya, saya komited untuk membalas dalam masa 24 jam — sama ada melalui WhatsApp, panggilan telefon, atau emel. Tiada proses rumit, tiada borang panjang; cukup kongsikan keperluan anda (nak jual atau nak beli) dan saya akan bantu anda susun langkah seterusnya.
Sebagai ejen hartanah berdaftar dengan LPEPH sejak 2014, saya memahami setiap transaksi hartanah memerlukan pendekatan yang telus dan berdasarkan data pasaran sebenar — bukan andaian semata-mata.
Cara Hubungi Ejen Hartanah Berdaftar Ini
Pilih saluran paling mudah untuk anda. Semuanya sampai terus kepada saya — bukan pusat panggilan.
Cara paling pantas — chat terus, hantar gambar hartanah atau soalan.
Panggilan Telefon
Lebih selesa bercakap terus — panggil saya untuk perbincangan lebih terperinci.
Emel
Untuk dokumen atau pertanyaan rasmi — saya balas dalam 24 jam.
Ulasan Google
Sudah berurusan dengan saya? Kongsi pengalaman anda — bantu bakal pelanggan lain buat keputusan.
Lokasi Ejen Hartanah Berdaftar Ini
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Pernah Berurusan Dengan Saya?
Kongsikan pengalaman anda di Google — ulasan Tuan/Puan bantu bakal klien lain buat keputusan dengan lebih yakin.
Tulis Ulasan GoogleSoalan Lazim Sebelum Hubungi Ejen Hartanah
Sebelum anda hubungi ejen hartanah, ini perkara perkara yang paling kerap ditanya oleh pemilik rumah dan pembeli yang baru pertama kali berurusan dengan saya.
Bila masa paling sesuai untuk hubungi ejen hartanah?
Paling awal lebih baik. Ramai pemilik hubungi saya selepas rumah dah tiga empat bulan tak bergerak — masa tu iklan dah basi dan pembeli serius dah lama lalu. Kalau anda baru berfikir nak jual, atau baru nak semak kelayakan pinjaman untuk membeli, hubungi dulu. Perbualan awal tidak mengikat apa apa, tapi ia yang menentukan sama ada jangkaan harga anda realistik atau tidak. Skop penuh ada di servis ejen hartanah saya.
Apa maklumat yang perlu saya sediakan dahulu?
Untuk penjual: alamat penuh, jenis hartanah, keluasan tanah dan built-up, tenure (hakmilik kekal atau pajakan), status Bumi Lot atau bukan, dan sama ada hartanah masih dicagar kepada bank. Untuk pembeli: julat harga, kawasan sasaran, dan gambaran kasar pendapatan bulanan supaya kelayakan pinjaman boleh dinilai sebelum anda jatuh cinta pada mana mana unit.
Ada bayaran untuk perbualan awal?
Tiada. Semakan harga berasaskan rekod transaksi dan penilaian awal dokumen hakmilik tidak dikenakan bayaran. Komisen ejen hartanah berdaftar hanya terpakai apabila urus niaga berjaya, mengikut skala Lembaga — maksimum 3% daripada nilai transaksi bagi jual beli tanah dan bangunan, dengan fi minimum RM1,000 sehartanah. Pendaftaran saya (PEA3833) boleh disemak di profil ejen hartanah.
Kawasan mana yang saya liputi?
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan. Kalau hartanah anda di luar kawasan ni, beritahu awal — saya rujuk kepada ejen berdaftar yang meliputi kawasan tersebut, bukan ambil listing yang saya sendiri tak mampu servis dengan betul. Unit yang sedang saya uruskan disenaraikan di hartanah untuk dijual.
Berapa lama untuk dapat balasan?
WhatsApp ke 013-3637478 ialah saluran paling laju. Saya OKU pendengaran, jadi mesej bertulis lebih tepat berbanding panggilan telefon — bukan sebab tak mahu angkat, tapi sebab tiada butiran patut tersalah dengar dalam urusan yang melibatkan ratusan ribu ringgit.
Belum pasti nak lantik ejen. Boleh hubungi juga?
Boleh. Kebanyakan pemilik yang hubungi saya pada peringkat ni belum bersedia menandatangani apa apa. Yang mereka perlukan cuma satu jawapan jujur: harga rumah mereka berbaloi atau tidak pada pasaran semasa. Kalau selepas semakan data anda putuskan nak jual sendiri, itu hak anda sepenuhnya. Pendekatan penuh ada di jual rumah Selangor & Negeri Sembilan.
Jangan tunggu — mula bercakap dengan ejen berdaftar
Tiada tekaan, tiada janji kosong. Cuma data, proses yang betul, dan balasan dalam 24 jam.
+60 13 363 7478