PEA3833 · Sejak 2014

Ejen Hartanah Ampang

Saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar PEA3833 bersama Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Bergerak sepenuh masa sejak 2014, saya mengendalikan hartanah di Ampang dan kawasan sekitarnya. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Ampang menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Untuk bantuan jual beli hartanah, hubungi saya terus di 013-363 7478.

RAMAI PEMILIK RUMAH DI AMPANG CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL

Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014

Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan kawasan Ampang sejak 2014 — dari belt Pandan Indah, Pandan Perdana dan Pandan Jaya hinggalah Taman Bukit Permai, Taman Muda dan Taman Putra… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah Ampang yang berdaftar namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sejak saya mula menjadi ejen hartanah Ampang yang berdaftar pada tahun 2014, saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama — dan di Ampang khususnya, pemilik selalu terkejut bila tahu rumah mereka bernilai tinggi per kaki persegi tetapi jumlah keseluruhannya terhad oleh saiz. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.

2014
Sepenuh masa sejak
PEA3833
No. daftar LPEPH
INSPEN
Sijil Ejen Hartanah
Team Leader
Legacy Real Property
Punca Sebenar

PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...

1

Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN

2

Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing

3

Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang

4

Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan

5

Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Ampang yang jauh lebih berpengalaman

Bukan Sekadar Kata Saya

Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini

Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Astro Awani, UTHM dan beberapa sumber lain, ribuan unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

Keratan akhbar MalaysiaGazette Jun 2026 - 32,800 rumah siap dibina masih tidak terjual bernilai RM16.37 bilion
MalaysiaGazette

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual

Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.

MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Keratan rencana Berita Harian Julai 2026 - rumah mampu milik antara perang harga dan kuasa beli rakyat
Berita Harian

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat

Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
Keratan Harian Metro Mei 2026 - rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual
Harian Metro

32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual

Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.

Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Berita Harian Mei 2026 - purata harga rumah di Malaysia melepasi setengah juta ringgit
Berita Harian

RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit

Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.

Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Sinar Harian Julai 2026 - rumah tidak terjual cecah RM16.37 bilion, NHRA cadang cukai lambakan hartanah
Sinar Harian

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion

Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.

Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh

“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”

Pasaran Ampang

REKOD TRANSAKSI AMPANG: PSF TERES TERTINGGI DALAM LIPUTAN SAYA

Ini penemuan yang saya rasa paling berguna untuk pemilik di Ampang. Rumah teres di sini direkodkan pada median RM568 psf — lebih tinggi daripada Klang (RM406), Cheras (RM414) mahupun seksyen bandar Shah Alam (RM402). Sebabnya mudah: tanah rapat dengan Kuala Lumpur, dan rumah di sini lebih kecil. Nilai anda ada pada setiap kaki persegi, bukan pada saiz.

TERES · BELT PANDAN

Median RM600,000

49 transaksi teres tengah (30 Dis 2025 hingga 8 Mei 2026), median RM600,000 pada RM568 psf, rekod tertinggi RM1.13 juta. Taman Pandan Indah menyumbang 25 transaksi, Pandan Perdana 21 dan Pandan Jaya 10. Ambil perhatian: 43 daripada 49 adalah PAJAKAN.

KONDO & PANGSAPURI

RM280,000 – RM375,000

Kondominium median RM375,000 pada RM334 psf (34 transaksi), pangsapuri median RM280,000 pada RM331 psf (32 transaksi). Segmen berstrata di Ampang hampir seluruhnya pajakan — 29 daripada 34 kondominium dan 31 daripada 32 pangsapuri.

BANGLO · BUKAN SEMUANYA MEWAH

Median RM535,000

Ini yang paling kerap disalah faham. Rumah sesebuah reka bentuk sendiri di Ampang direkodkan pada median RM535,000 sahaja, dengan julat RM268,000 hingga RM755,000 — kerana banyak daripadanya rumah kampung dan stok lama, bukan banglo mewah. Sementara itu rumah berkembar median RM1.46 juta. Label "banglo" di Ampang tidak bermakna harga jutaan.

FLAT & KEDIAMAN ATAS KEDAI

RM152,500 – RM250,000

Rumah pangsa median RM250,000, flat kos rendah median RM155,000 (20 transaksi), dan unit kediaman dalam bangunan kedai median RM152,500 daripada 16 transaksi. Segmen ni sangat aktif di Ampang dan hampir kesemuanya pajakan.

Nota hakmilik: status geran berbeza ikut taman, bukan ikut kawasan. Status geran dan baki tempoh pajakan adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.

Hubungi Saya

Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis

Amaran

SAYA TIDAK AKAN BERI JANJI-JANJI INI KEPADA PEMILIK RUMAH DI AMPANG

Jual rumah dalam tempoh 14 hari!

Kami ada ready buyer!

Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!

Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!

Kawasan Liputan

KAWASAN DI AMPANG YANG SAYA KENDALIKAN

Sebagai ejen hartanah sepenuh masa, tumpuan kerja saya terarah kepada kawasan di mana saya miliki akses data paling kukuh. Ini memastikan saya faham pergerakan pasaran bagi membolehkan saya bantu anda letak harga rasional. Untuk menetapkan harga, saya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula dengan rekod transaksi terkini taman anda. Angka di bawah daripada rekod JPPH, September 2025 hingga Jun 2026.

PANDAN INDAH

Pandan Indah

Lebih 100 transaksi kediaman direkodkan di Pandan Indah dalam tempoh itu, median RM303,000 dan psf RM336. Hampir kesemuanya pajakan, bukan hakmilik kekal. Sebab itu tenure ialah perkara pertama saya semak sebelum letak harga, kerana baki tempoh pajakan memberi kesan terus kepada kelulusan pinjaman pembeli.

PANDAN PERDANA

Pandan Perdana

69 transaksi, median RM320,000 dan psf RM350. Majoriti besar pajakan. Rekod di sini campuran rumah teres dan pangsapuri, jadi median keseluruhan tidak mewakili setiap jenis rumah. Saya banding ikut jenis unit anda sahaja.

PANDAN JAYA

Pandan Jaya

57 transaksi, median RM194,000 dan psf RM314, kesemuanya pajakan. 25 daripada rekod itu unit kediaman atas kedai. Kalau rumah anda jenis itu, pembelinya lain daripada pembeli rumah biasa dan harganya perlu dikira berasingan.

TAMAN BUKIT PERMAI

Taman Bukit Permai

27 transaksi di Taman Bukit Permai Ampang, median RM250,000 dan psf RM305. Hampir kesemuanya pajakan. Ambil perhatian, ada tiga taman berlainan berkongsi nama ini di Ampang, Kajang dan Cheras. Saya pastikan perbandingan diambil dari taman yang betul.

TAMAN MUDA

Taman Muda

27 transaksi, median RM320,000 dan psf RM383, kesemuanya pajakan. Rekod merangkumi rumah teres kos rendah bersama teres biasa. Dua jenis ini bergerak pada harga berbeza, jadi saya tidak campurkan kedua duanya bila kira harga rumah anda.

Dapatkan anggaran harga rumah anda

Pendekatan Saya

JUALAN HARTANAH DENGAN TEKNIK ANALISIS PERBANDINGAN & KAJIAN PASARAN

Setiap penilaian yang saya buat di Ampang bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:

LANGKAH 01

Kajian Pasaran

Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat

LANGKAH 02

Analisis Data

Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif

LANGKAH 03

Pelan Pemasaran

Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik

Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…

“Rumah saya ini special, dah reno itu ini begitu begini…”
“Inilah rumah pertama saya beli bersama isteri selepas kahwin…”
“Jiran saya kata dia baru je jual rumah dia dengan harga RM700k…”

… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Ampang yang sesuai untuk anda.

Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.

Demand Ampang

4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN AMPANG

1

Pekerja Kuala Lumpur yang mahu jarak pendek — Ampang menawarkan landed dalam lingkungan LRT dan MRR2. Majoriti sasarkan teres RM550k HINGGA RM650k di belt Pandan.

2

Pembeli segmen berstrata — kondominium dan pangsapuri BAWAH RM400k. Kumpulan paling ramai dari segi bilangan, dan mereka sangat sedar tentang baki tempoh pajakan sebelum membuat tawaran.

3

Pelabur unit sewa — flat serta unit kediaman atas kedai BAWAH RM260k, disokong permintaan sewa yang stabil daripada pekerja yang berulang alik ke pusat bandar.

4

Pembeli rumah lama untuk dibaik pulih — memburu stok kampung dan rumah sesebuah lama BAWAH RM600k untuk diubah suai. Mereka beli berdasarkan tanah dan potensi, bukan keadaan semasa bangunan.

Dua perkara perlu diterima sebelum letak harga di Ampang. Pertama, hampir semua rekod transaksi di sini adalah pajakan, jadi baki tempoh akan ditanya awal. Kedua, nilai anda datang dari psf yang tinggi, bukan dari saiz — jadi membandingkan rumah anda dengan rumah lebih besar di Kajang atau Klang hanya akan buat anda SALAH LETAK HARGA DUA KALI.

Bukti Sosial

APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?

“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”
Mr & Ms Yan
Mr & Ms YanBusiness Owners
“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”
Dr Mona Othman
Dr Mona OthmanJuruaudit
“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”
Dr Norwazli Abd Wahab
Dr Norwazli Abd WahabPensyarah
“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”
Ahmad Qarliff Zamzuri
Ahmad Qarliff ZamzuriPeguam Hartanah
“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”
Raja Yahya Raja Anuar
Raja Yahya Raja AnuarPengurus Bank
“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”
Joseph Teo
Joseph TeoVice President Marketing
Syakir Zainol, ejen hartanah Ampang yang berdaftar (PEA3833)
Kenali Ejen Anda

SAYA EJEN HARTANAH AMPANG YANG BERDAFTAR DAN BOLEH ANDA PERCAYA

Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Ampang yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014. Sama ada anda mencari ejen hartanah Ampang, property agent Ampang atau real estate agent Ampang — anda sampai kepada orang yang sama: ejen berdaftar yang beroperasi di sini setiap hari.

Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.

Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.

PEA3833 · LPEPH Sijil INSPEN Team Leader, Legacy Nilai Director, QS Premiere Mortgage Consultants
Saya tidak terima semua perlantikan. Saya hanya bantu pemilik yang:
  • Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
  • Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
  • Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang

Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.

Hubungi Saya

BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?

(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)

HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH

Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.

Hubungi Saya

Nak Jual Rumah Di Ampang? Isi Borang Ini

Syarat Kerjasama

Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif

Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.

Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.

Eksklusif: satu ejen bertanggungjawab penuh — fokus & akauntabiliti jelas
Open listing: usaha berpecah, harga tertekan, tiada siapa bertanggungjawab
Ada kemusykilan?

SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH AMPANG

Berdasarkan rekod transaksi JPPH bagi mukim Ampang dan Bandar Ampang (30 Dis 2025 hingga 8 Mei 2026): teres tengah median RM600,000 pada RM568 psf, dengan rekod tertinggi RM1.13 juta. Teres hujung median RM680,000 dan teres tepi RM730,000. Yang menarik ialah psf — RM568 psf adalah antara tertinggi dalam kawasan liputan saya, jauh melebihi Klang dan Cheras. Rumah di Ampang lebih kecil tetapi setiap kaki persegi lebih bernilai.
Hampir seluruhnya pajakan. Dalam rekod yang saya semak: 43 daripada 49 teres tengah, 31 daripada 32 pangsapuri, 29 daripada 34 kondominium, dan kesemua rumah pangsa serta flat kos rendah adalah pajakan. Ini bukan kelemahan Ampang — pasarannya tetap sangat aktif — tetapi ia bermakna baki tempoh pajakan adalah maklumat yang perlu anda sediakan dari awal, bukan yang dicari selepas pembeli buat tawaran.
Belum tentu, dan ini kesilapan tanggapan yang paling kerap saya betulkan di sini. Rekod transaksi menunjukkan rumah sesebuah reka bentuk sendiri di Ampang median RM535,000 sahaja, dengan julat RM268,000 hingga RM755,000. Sebabnya banyak stok "sesebuah" di Ampang sebenarnya rumah kampung dan bangunan lama, bukan banglo mewah moden. Sebaliknya rumah berkembar di sini median RM1.46 juta. Jadi label pada geran tidak menentukan harga — keadaan bangunan, keluasan tanah dan lokasi yang menentukan.
Kerana bekalan tanah. Ampang rapat dengan Kuala Lumpur, dengan akses LRT dan MRR2, dan tiada lagi tanah baharu yang besar untuk pembangunan landed. Bila bekalan terhad tetapi permintaan berterusan, harga per kaki persegi naik walaupun jumlah keseluruhan kekal sederhana kerana rumah lebih kecil. Untuk penjual, ini bermakna satu perkara praktikal: jangan bandingkan harga keseluruhan dengan kawasan pinggir, bandingkan psf dengan rumah setara di Ampang sendiri.
Kondominium dan pangsapuri bersama sama mencatat 66 transaksi dalam tempoh yang saya kaji — segmen paling padat di Ampang. Bila banyak unit serupa bersaing, tiga perkara yang menentukan: baki tempoh pajakan, keadaan dalaman unit, dan sama ada iklan anda memberi pembeli maklumat yang cukup untuk membuat keputusan tanpa perlu bertanya. Dalam segmen sepadat ni, iklan yang tidak lengkap sama sahaja dengan tidak beriklan.
Tidak. Saya hanya mengenakan caj profesional mengikut kadar yang ditetapkan undang undang (maksimum 3% daripada harga transaksi, tertakluk kepada minimum RM1,000 bagi setiap hartanah, mengikut skala yuran LPEPH) setelah hartanah anda berjaya dijual dan urus niaga selesai. Tiada bayaran pendahuluan, tiada caj pemasaran tersembunyi. Sebagai ejen hartanah berdaftar PEA3833 di bawah LPEPH, struktur caj saya tertakluk kepada peraturan — bukan kepada budi bicara saya.
Ia menjejaskan kelajuan lebih daripada harga. Unit siap yang kekal tidak terjual sembilan bulan atau lebih direkod NAPIC sebagai overhang dan diterbitkan ikut negeri. Bila stok tebal, rumah yang berharga munasabah masih terjual; yang berharga optimistik menunggu jauh lebih lama, dan selalunya akhirnya terjual lebih rendah daripada kalau harganya betul dari awal. Gambaran skalanya ada dalam data overhang kediaman ikut negeri.
Prosesnya ringkas. Kita berbincang dahulu tentang hartanah anda — lokasi, saiz, tenure dan keadaan unit. Saya tarik rekod transaksi terkini taman anda sendiri dan bentangkan julat harga yang realistik berdasarkan data itu, bukan berdasarkan harga jiran atau harga launching. Jika anda setuju dengan pendekatan saya, kita tandatangan surat pelantikan bertulis sebelum hartanah dipasarkan. Tiada bayaran pendahuluan pada mana-mana peringkat ini. Saya ejen hartanah berdaftar (registered real estate agent) yang beroperasi sepenuh masa sejak 2014 dan meliputi Ampang, dengan nombor pendaftaran PEA3833 di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Untuk kawasan lain yang saya kendalikan, lihat halaman ejen hartanah Kuala Lumpur dan ejen hartanah Keramat.
Ya. Saya tidak memasarkan mana-mana hartanah tanpa surat pelantikan bertulis daripada pemilik berdaftar. Dokumen ini menetapkan harga yang dipersetujui, tempoh pelantikan dan kadar caj profesional secara bertulis, supaya tiada salah faham di kemudian hari. Ia juga melindungi anda — tanpa dokumen ini, sesiapa sahaja boleh mendakwa mewakili hartanah anda. Memandangkan saya hanya menerima pelantikan secara eksklusif, dokumen yang saya guna ialah Exclusive Letter of Appointment.
Ada dua peringkat yang berasingan. Peringkat pertama ialah tempoh pemasaran sehingga jumpa pembeli — ini bergantung pada harga yang ditetapkan, jenis hartanah dan keadaan unit, dan tiada angka tetap yang jujur boleh saya berikan tanpa melihat hartanah anda dahulu. Peringkat kedua bermula selepas Sale and Purchase Agreement ditandatangani: proses pindah milik mengambil masa anggaran sekitar 3 bulan. Pemilik yang tersilap kira biasanya lupa peringkat kedua ini dan menyangka jualan selesai pada hari SPA ditandatangani.

Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.

Saya sendiri yang akan menghubungi anda. Maklumat anda tidak dikongsi dengan pihak ketiga.