PEA3833 · Sejak 2014

Ejen Hartanah Banting

Saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar PEA3833 bersama Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Bergerak sepenuh masa sejak 2014, saya mengendalikan hartanah di Banting dan kawasan sekitarnya. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Banting menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Untuk bantuan jual beli hartanah, hubungi saya terus di 013-363 7478.

RAMAI PEMILIK RUMAH DI BANTING CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL

Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014

Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan kawasan Banting dan Kuala Langat sejak 2014 — dari Taman Banting Baru dan Bandar Mahkota Banting hinggalah Telok Panglima Garang, Jenjarom, Bandar Saujana Putra dan Taman Rimbayu… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah Banting yang berdaftar namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sejak saya mula menjadi ejen hartanah berdaftar di kawasan ni pada tahun 2014, saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama — dan di Banting khususnya, pemilik selalu letak harga berdasarkan apa yang mereka dengar dari kawasan lain di Selangor, sedangkan pasaran di sini bergerak pada paras yang tersendiri. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.

2014
Sepenuh masa sejak
PEA3833
No. daftar LPEPH
INSPEN
Sijil Ejen Hartanah
Team Leader
Legacy Real Property
Punca Sebenar

PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...

1

Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN

2

Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing

3

Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang

4

Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan

5

Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Banting yang jauh lebih berpengalaman

Bukan Sekadar Kata Saya

Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini

Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Astro Awani, UTHM dan beberapa sumber lain, ribuan unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

Keratan akhbar MalaysiaGazette Jun 2026 - 32,800 rumah siap dibina masih tidak terjual bernilai RM16.37 bilion
MalaysiaGazette

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual

Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.

MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Keratan rencana Berita Harian Julai 2026 - rumah mampu milik antara perang harga dan kuasa beli rakyat
Berita Harian

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat

Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
Keratan Harian Metro Mei 2026 - rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual
Harian Metro

32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual

Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.

Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Berita Harian Mei 2026 - purata harga rumah di Malaysia melepasi setengah juta ringgit
Berita Harian

RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit

Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.

Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Sinar Harian Julai 2026 - rumah tidak terjual cecah RM16.37 bilion, NHRA cadang cukai lambakan hartanah
Sinar Harian

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion

Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.

Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh

“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”

Pasaran Banting

REKOD TRANSAKSI BANTING: PASARAN LANDED PALING MAMPU MILIK DALAM LIPUTAN SAYA

Rumah teres di Banting dan Kuala Langat direkodkan pada median RM400,000 — paras terendah antara semua kawasan yang saya kendalikan, berbanding RM585,000 di Semenyih dan RM950,000 di Setiawangsa. Tetapi jangan tersilap tafsir: kawasan ni juga merekodkan teres hujung sehingga RM1.45 juta dan rumah berkembar sehingga RM2.05 juta. Jurangnya luas, dan letak harga di bahagian yang salah akan merugikan anda.

TERES · SEGMEN DOMINAN

Median RM400,000

104 transaksi teres tengah daripada 200 keseluruhan (4 Julai hingga 14 Okt 2025), julat RM50,000 sehingga RM1.1 juta, median RM390 psf. Status hakmilik bercampur: 65 hakmilik kekal berbanding 39 pajakan. Taman Dato Hormat di Telok Panglima Garang menyumbang 23 transaksi, Bandar Saujana Putra 11.

TERES HUJUNG & TEPI

RM526,000 – RM552,000

Teres hujung median RM552,000 pada RM497 psf dengan rekod tertinggi RM1.45 juta, teres tepi median RM526,000. Jurang psf antara unit tengah (RM390) dan unit hujung (RM497) menunjukkan premium yang jelas — di kawasan yang harga masuknya rendah, tanah lebihan memberi kesan peratusan yang lebih besar.

PLOT TANAH · BAWAH RM100,000

Median RM72,659

22 transaksi plot teres direkodkan pada median RM72,659, dan kesemuanya HAKMILIK KEKAL. Plot sesebuah median RM200,000 dan tanah kosong RM139,464. Ini bermakna di Banting, tanah lot teres berhakmilik kekal masih bertukar tangan di bawah RM100,000 — sesuatu yang sudah tidak wujud di mana mana kawasan lain dalam liputan saya.

BERKEMBAR & BANGLO

RM580,000 – RM2.05 juta

Rumah berkembar median RM580,000, julat RM450,000 sehingga RM2.05 juta, lapan daripada tiga belas hakmilik kekal. Banglo reka bentuk pemaju median RM860,000 dengan rekod RM1.2 juta. Segmen atas Banting kecil tetapi wujud, dan harganya jauh lebih rendah berbanding segmen setara di kawasan lain.

Nota hakmilik: status geran berbeza ikut taman, bukan ikut kawasan. Status geran dan baki tempoh pajakan adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.

Hubungi Saya

Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis

Amaran

SAYA TIDAK AKAN BERI JANJI-JANJI INI KEPADA PEMILIK RUMAH DI BANTING

Jual rumah dalam tempoh 14 hari!

Kami ada ready buyer!

Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!

Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!

Kawasan Liputan

KAWASAN DI BANTING DAN KUALA LANGAT YANG SAYA KENDALIKAN

Sebagai ejen hartanah sepenuh masa, tumpuan kerja saya terarah kepada kawasan di mana saya miliki akses data paling kukuh. Ini memastikan saya faham pergerakan pasaran bagi membolehkan saya bantu anda letak harga rasional. Untuk menetapkan harga, saya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula dengan rekod transaksi terkini taman anda. Angka di bawah daripada rekod JPPH, September 2023 hingga Jun 2026.

BANDAR SAUJANA PUTRA

Bandar Saujana Putra

Lebih 100 transaksi kediaman direkodkan di Bandar Saujana Putra dalam tempoh tiga tahun itu, median RM450,000 dan psf RM315. Kesemuanya pajakan. Baki tempoh pajakan memberi kesan terus kepada kelulusan pinjaman pembeli, jadi ia perkara pertama saya semak sebelum letak harga.

JENJAROM

Jenjarom

Lebih 100 transaksi direkodkan, median RM435,000 dan psf RM249. Tenure bercampur, sebahagian pajakan dan sebahagian hakmilik kekal. Rekod merangkumi rumah teres, berkembar dan juga tanah kosong, jadi jenis hartanah anda menentukan perbandingan yang betul.

BANDAR MAHKOTA BANTING

Bandar Mahkota Banting

Untuk rumah siap, 68 transaksi direkodkan dengan median RM436,800 dan psf RM323, kesemuanya hakmilik kekal. Ambil perhatian, sebahagian besar rekod kawasan ini sebenarnya jualan plot tanah pada harga jauh lebih rendah. Kalau plot dicampur, harga rumah siap nampak salah. Saya asingkan dua ini.

Dapatkan anggaran harga rumah anda

Pendekatan Saya

JUALAN HARTANAH DENGAN TEKNIK ANALISIS PERBANDINGAN & KAJIAN PASARAN

Setiap penilaian yang saya buat di Banting bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:

LANGKAH 01

Kajian Pasaran

Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat

LANGKAH 02

Analisis Data

Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif

LANGKAH 03

Pelan Pemasaran

Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik

Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…

“Rumah saya ini special, dah reno itu ini begitu begini…”
“Inilah rumah pertama saya beli bersama isteri selepas kahwin…”
“Jiran saya kata dia baru je jual rumah dia dengan harga RM700k…”

… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Banting yang sesuai untuk anda.

Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.

Demand Banting

4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN BANTING

1

Keluarga tempatan dan pekerja kawasan perindustrian — Telok Panglima Garang dan sekitarnya ada kluster kilang yang besar. Majoriti sasarkan teres RM350k HINGGA RM450k, dan mereka membeli untuk didiami sendiri.

2

Pembeli rumah pertama dari Klang dan Shah Alam — keluar mencari landed yang masih mampu dicapai. Julat BAWAH RM400k untuk rumah teres masih wujud di sini, dan itu daya tarikan yang paling kuat.

3

Pembeli tanah untuk bina sendiri — plot teres hakmilik kekal BAWAH RM100k. Kumpulan ni sangat aktif di Banting dan hampir tidak wujud di kawasan matang Lembah Klang.

4

Pembeli township baharu — Bandar Saujana Putra, Taman Rimbayu dan Bandar Mahkota Banting menarik pembeli yang sanggup bayar RM550k KE ATAS untuk perancangan dan kemudahan moden.

Kesilapan paling mahal yang saya lihat di Banting ialah pemilik yang letak harga berdasarkan cerita kenaikan harga di Klang atau Shah Alam. Rekod transaksi di sini jelas: median teres RM400,000. Kalau anda letak RM550,000 kerana "harga rumah dah naik", iklan anda akan tersadai — dan enam bulan kemudian anda akan jual pada harga yang sama juga, cuma selepas kehilangan ENAM BULAN.

Bukti Sosial

APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?

“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”
Mr & Ms Yan
Mr & Ms YanBusiness Owners
“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”
Dr Mona Othman
Dr Mona OthmanJuruaudit
“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”
Dr Norwazli Abd Wahab
Dr Norwazli Abd WahabPensyarah
“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”
Ahmad Qarliff Zamzuri
Ahmad Qarliff ZamzuriPeguam Hartanah
“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”
Raja Yahya Raja Anuar
Raja Yahya Raja AnuarPengurus Bank
“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”
Joseph Teo
Joseph TeoVice President Marketing
Syakir Zainol, ejen hartanah Banting yang berdaftar (PEA3833)
Kenali Ejen Anda

SAYA EJEN HARTANAH BANTING YANG BERDAFTAR DAN BOLEH ANDA PERCAYA

Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Banting yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014. Sama ada anda mencari ejen hartanah Banting atau property agent Banting — anda sampai kepada orang yang sama: ejen berdaftar yang beroperasi di sini setiap hari.

Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.

Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.

PEA3833 · LPEPH Sijil INSPEN Team Leader, Legacy Nilai Director, QS Premiere Mortgage Consultants
Saya tidak terima semua perlantikan. Saya hanya bantu pemilik yang:
  • Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
  • Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
  • Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang

Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.

Hubungi Saya

BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?

(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)

HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH

Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.

Hubungi Saya

Nak Jual Rumah Di Banting? Isi Borang Ini

Syarat Kerjasama

Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif

Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.

Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.

Eksklusif: satu ejen bertanggungjawab penuh — fokus & akauntabiliti jelas
Open listing: usaha berpecah, harga tertekan, tiada siapa bertanggungjawab
Ada kemusykilan?

SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH BANTING

Berdasarkan rekod transaksi JPPH bagi daerah Kuala Langat (4 Julai hingga 14 Oktober 2025): teres tengah median RM400,000 pada RM390 psf, julat RM50,000 sehingga RM1.1 juta. Teres tepi median RM526,000 dan teres hujung RM552,000. Median RM400,000 ni adalah paras terendah antara semua kawasan dalam liputan saya — dan itu bukan kelemahan, ia sebab utama pembeli dari Klang dan Shah Alam datang mencari di sini.
Bercampur. Untuk teres tengah, 65 daripada 104 hakmilik kekal dan 39 pajakan. Teres hujung 12 daripada 16 hakmilik kekal, teres tepi 7 daripada 11. Yang menarik, kesemua 22 transaksi plot teres yang direkodkan adalah hakmilik kekal. Jadi status hakmilik di sini tidak boleh diteka dari jenis hartanah — semak geran anda sendiri sebelum kita bincang harga, kerana ia akan mempengaruhi margin pinjaman pembeli anda.
Betul. Rekod transaksi menunjukkan 22 plot teres bertukar tangan pada median RM72,659, dan kesemuanya hakmilik kekal. Plot sesebuah pula median RM200,000 dan tanah kosong RM139,464. Ini sesuatu yang sudah tidak wujud di mana mana kawasan lain dalam liputan saya. Untuk penjual rumah di Banting, ia juga bermakna sebahagian pembeli anda sedang menimbang untuk membeli tanah dan membina sendiri — jadi harga rumah siap anda perlu munasabah berbanding kos tersebut.
Kerana setiap kawasan ada pasarannya sendiri, dan pembeli membeli berdasarkan transaksi tempatan, bukan tajuk berita negeri. Rekod menunjukkan median teres di Banting RM400,000. Kalau anda letak RM550,000 atas alasan harga dah naik, iklan anda tidak akan muncul dalam julat carian pembeli yang betul. Saya faham ia mengecewakan untuk didengar — tetapi enam bulan tersadai kemudian menjual pada harga pasaran juga adalah hasil yang lebih buruk daripada menjual pada harga betul dari awal.
Ada, walaupun bilangannya kecil. Rekod menunjukkan teres hujung mencecah RM1.45 juta, rumah berkembar sehingga RM2.05 juta, dan banglo reka bentuk pemaju sehingga RM1.2 juta. Segmen ni tertumpu dalam township terancang seperti Bandar Saujana Putra dan Taman Rimbayu, bukan di taman matang Banting. Jadi kalau rumah anda dalam township tersebut, jangan guna median kawasan sebagai rujukan — anda berada dalam segmen yang berbeza.
Tidak. Saya hanya mengenakan caj profesional mengikut kadar yang ditetapkan undang undang (maksimum 3% daripada harga transaksi, tertakluk kepada minimum RM1,000 bagi setiap hartanah, mengikut skala yuran LPEPH) setelah hartanah anda berjaya dijual dan urus niaga selesai. Tiada bayaran pendahuluan, tiada caj pemasaran tersembunyi. Sebagai ejen hartanah berdaftar PEA3833 di bawah LPEPH, struktur caj saya tertakluk kepada peraturan — bukan kepada budi bicara saya.
Selalunya tidak. Ada stok besar rumah siap di seluruh negara yang kekal tidak terjual sembilan bulan atau lebih — NAPIC memanggilnya overhang dan menerbitkan kiraannya ikut negeri. Bila stok itu tebal, hartanah yang berharga optimistik akan duduk lama tanpa sebarang tawaran, walaupun tiada apa yang salah dengan rumah itu. Pembetulannya biasanya harga, bukan iklan. Latarnya ada dalam kupasan overhang ikut negeri.
Prosesnya ringkas. Kita berbincang dahulu tentang hartanah anda — lokasi, saiz, tenure dan keadaan unit. Saya tarik rekod transaksi terkini taman anda sendiri dan bentangkan julat harga yang realistik berdasarkan data itu, bukan berdasarkan harga jiran atau harga launching. Jika anda setuju dengan pendekatan saya, kita tandatangan surat pelantikan bertulis sebelum hartanah dipasarkan. Tiada bayaran pendahuluan pada mana-mana peringkat ini. Saya ejen hartanah berdaftar (registered real estate agent) yang beroperasi sepenuh masa sejak 2014 dan meliputi Banting, dengan nombor pendaftaran PEA3833 di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Untuk kawasan lain di negeri ini, lihat halaman ejen hartanah Selangor dan ejen hartanah Klang.
Ya. Saya tidak memasarkan mana-mana hartanah tanpa surat pelantikan bertulis daripada pemilik berdaftar. Dokumen ini menetapkan harga yang dipersetujui, tempoh pelantikan dan kadar caj profesional secara bertulis, supaya tiada salah faham di kemudian hari. Ia juga melindungi anda — tanpa dokumen ini, sesiapa sahaja boleh mendakwa mewakili hartanah anda. Memandangkan saya hanya menerima pelantikan secara eksklusif, dokumen yang saya guna ialah Exclusive Letter of Appointment.
Ada dua peringkat yang berasingan. Peringkat pertama ialah tempoh pemasaran sehingga jumpa pembeli — ini bergantung pada harga yang ditetapkan, jenis hartanah dan keadaan unit, dan tiada angka tetap yang jujur boleh saya berikan tanpa melihat hartanah anda dahulu. Peringkat kedua bermula selepas Sale and Purchase Agreement ditandatangani: proses pindah milik mengambil masa anggaran sekitar 3 bulan. Pemilik yang tersilap kira biasanya lupa peringkat kedua ini dan menyangka jualan selesai pada hari SPA ditandatangani.

Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.

Saya sendiri yang akan menghubungi anda. Maklumat anda tidak dikongsi dengan pihak ketiga.