Ejen Hartanah Keramat
Saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar PEA3833 bersama Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Bergerak sepenuh masa sejak 2014, saya mengendalikan hartanah di Keramat dan kawasan sekitarnya. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Keramat menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Untuk bantuan jual beli hartanah, hubungi saya terus di 013-363 7478.
RAMAI PEMILIK RUMAH DI KERAMAT CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL
Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014
Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan kawasan Keramat sejak 2014 — dari Kampung Datok Keramat dan Taman Lembah Keramat hinggalah ke kluster kondominium baharu seperti Gurney Height, Residensi Chymes dan Residensi Haute… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah Keramat yang berdaftar namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sejak saya mula menjadi ejen hartanah berdaftar di kawasan ni pada tahun 2014, saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama — dan di Keramat khususnya, masalah terbesar ialah kekurangan transaksi setara untuk dijadikan rujukan, terutama bagi rumah landed. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.
PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...
Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN
Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing
Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang
Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan
Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Keramat yang jauh lebih berpengalaman
Sebelum menetapkan harga, ada baiknya memahami dahulu apa yang sebenarnya melambatkan jualan rumah.
Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini
Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Astro Awani, UTHM dan beberapa sumber lain, ribuan unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual
Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.
MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat
Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.
Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual
Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.
Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit
Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.
Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion
Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.
Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”
REKOD TRANSAKSI KERAMAT: 7 DARIPADA 10 URUS NIAGA ADALAH UNIT BERSTRATA
Saya semak 140 urus niaga kediaman di kawasan Keramat (Ogos 2023 hingga April 2026). Kondominium, pangsapuri, rumah pangsa dan flat bersama sama menyumbang 96 daripadanya. Rumah teres pula hanya enam transaksi dalam tempoh hampir tiga tahun — dan kekurangan rekod inilah yang menjadikan penetapan harga rumah landed di Keramat lebih rumit berbanding kawasan lain.
Median RM465,000
62 transaksi kondominium, julat RM216,000 sehingga RM1.15 juta, median RM394 psf. 49 daripada 62 adalah hakmilik kekal. Segmen ni dipacu skim yang lebih baharu seperti Gurney Height, Residensi Chymes dan Residensi Haute, yang menetapkan paras harga untuk seluruh kawasan.
Median RM700,000
29 transaksi rumah sesebuah reka bentuk sendiri, tertumpu di Kampung Datok Keramat. Julat RM150,000 sehingga RM2.55 juta pada median RM408 psf, dan 22 daripada 29 adalah pajakan. Ini stok kampung di tengah bandar — dinilai atas tanah dan kedudukan, bukan atas bangunan.
Median RM550,000
Hanya enam transaksi teres tengah direkodkan dalam hampir tiga tahun, julat RM500,000 sehingga RM770,000, median RM488 psf, kesemuanya pajakan. Kekurangan bekalan ni bermakna dua perkara: pemilik ada kelebihan tawar-menawar, tetapi juga lebih sukar untuk membuktikan harga kepada penilai bank.
RM250,000 – RM350,000
Pangsapuri median RM350,000 (sembilan daripada sepuluh pajakan), rumah pangsa median RM265,000 dan flat median RM254,000. Menariknya psf segmen ni tinggi — antara RM376 hingga RM392 psf — kerana unitnya kecil tetapi kedudukannya rapat dengan pusat bandar Kuala Lumpur.
Nota hakmilik: status geran berbeza ikut taman, bukan ikut kawasan. Status geran dan baki tempoh pajakan adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.
Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis
AmaranSAYA TIDAK AKAN BERI JANJI-JANJI INI KEPADA PEMILIK RUMAH DI KERAMAT
Jual rumah dalam tempoh 14 hari!
Kami ada ready buyer!
Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!
Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!
KAWASAN DI KERAMAT YANG SAYA KENDALIKAN
Sebagai ejen hartanah sepenuh masa, tumpuan kerja saya terarah kepada kawasan di mana saya miliki akses data paling kukuh. Ini memastikan saya faham pergerakan pasaran bagi membolehkan saya bantu anda letak harga rasional. Untuk menetapkan harga, saya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula dengan rekod transaksi terkini taman anda. Angka di bawah daripada rekod JPPH, September 2023 hingga Jun 2026.
Gurney Height
21 transaksi direkodkan di Gurney Height dalam tempoh tiga tahun itu, median RM360,000 dan psf RM324, kesemuanya hakmilik kekal dan kesemuanya kondominium. Kondominium hakmilik kekal di kawasan ini tidak banyak, jadi rekod blok sendiri lebih bermakna daripada purata kawasan.
Kampung Datok Keramat
18 transaksi, median RM540,000 dan psf RM360. Hampir kesemuanya pajakan dan majoritinya rumah sesebuah reka bentuk sendiri. Rumah jenis ini setiap satu berbeza saiz dan keadaan, jadi harga tidak boleh diambil terus daripada jiran sebelah.
Residensi Haute
13 transaksi, median RM560,000 dan psf RM558, majoritinya pajakan. Kesemuanya kondominium. Bilangan rekod kecil walaupun dikira tiga tahun, jadi saya semak juga unit yang sedang dipasarkan sekarang sebelum cadang harga.
Keramat Jaya II
12 transaksi, median RM300,000 dan psf RM414, kesemuanya pajakan dan kesemuanya flat. Segmen ini bergantung banyak kepada kelulusan pinjaman pembeli, jadi tenure dan baki tempoh pajakan perlu disemak dari awal.
Residensi Chymes
11 transaksi, median RM1,000,000 dan psf RM741, kesemuanya hakmilik kekal. Ini blok paling mahal antara yang disenaraikan di sini. Bilangan rekod kecil, jadi saya guna angka ini bersama rekod blok berhampiran, bukan bersendirian.
JUALAN HARTANAH DENGAN TEKNIK ANALISIS PERBANDINGAN & KAJIAN PASARAN
Setiap penilaian yang saya buat di Keramat bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:
Kajian Pasaran
Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat
Analisis Data
Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif
Pelan Pemasaran
Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik
Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…
… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Keramat yang sesuai untuk anda.
Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.
4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN KERAMAT
Pekerja pusat bandar Kuala Lumpur — Keramat menawarkan jarak paling pendek ke KLCC dan pusat bandar antara kawasan liputan saya. Majoriti sasarkan kondominium RM400k HINGGA RM550k.
Pembeli mampu milik dalam bandar — rumah pangsa, flat dan pangsapuri BAWAH RM360k. Kumpulan ni sangat sensitif kepada kos penyelenggaraan dan baki tempoh pajakan, kerana majoriti stok segmen ni memang pajakan.
Pembeli tanah dan rumah kampung bandar — memburu lot di Kampung Datok Keramat, julat RM500k HINGGA RM1 JUTA. Mereka menilai kedudukan dan potensi pembangunan semula, bukan keadaan bangunan.
Pembeli landed yang sabar — kerana teres di Keramat hanya keluar pasaran beberapa kali setahun, kumpulan ni bersedia menunggu unit yang betul dan bertindak pantas BILA IA MUNCUL.
Kekurangan transaksi setara ialah cabaran sebenar di Keramat. Bila hanya enam rumah teres bertukar tangan dalam tempoh tiga tahun, penilai bank pun terpaksa mencari rujukan dari kawasan bersebelahan. Maknanya harga yang anda letak mesti disokong dengan hujah yang kemas dan berdokumen — bukan sekadar PERASAAN PEMILIK.
APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?
“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”

“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”

“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”

“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”

“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”

“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”


SAYA EJEN HARTANAH KERAMAT YANG BERDAFTAR DAN BOLEH ANDA PERCAYA
Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Keramat yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014.
Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).
Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.
Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.
- Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
- Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
- Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang
Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.
BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?
(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)
HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH
Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.
Hubungi SayaNak Jual Rumah Di Keramat? Isi Borang Ini
Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif
Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.
Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.
SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH KERAMAT
Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.
