Ejen Hartanah Seri Kembangan
Nama saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar (PEA3833) di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Saya berkhidmat sepenuh masa sejak 2014, khusus membantu pemilik urus jualan di Kota Perdana, Taman Pinggiran Putra, Lestari Putra, dan Puncak Jalil. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Seri Kembangan menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Hubungi saya di 013-363 7478 untuk saya bantu.
RAMAI PEMILIK RUMAH DI SERI KEMBANGAN CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL
Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014
Ini bukan sekadar kawasan liputan bagi saya — Seri Kembangan ialah kawasan yang saya kendalikan sejak 2014, sebelum saya berhijrah bersama pasukan saya ke Legacy Real Property cawangan Nilai. Dari Taman Putra Permai hinggalah ke kluster pangsapuri sekitar Turfview dan flat PKNS… Ada juga pemilik yang guna khidmat ejen hartanah Seri Kembangan yang berdaftar namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sepanjang tempoh tu saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama — dan di Seri Kembangan khususnya, kesilapan paling besar ialah tidak sedar betapa luasnya jurang antara segmen dalam kawasan yang kecil ni. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.
PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...
Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN
Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing
Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang
Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan
Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Seri Kembangan yang jauh lebih berpengalaman
Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini
Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Astro Awani, UTHM dan beberapa sumber lain, ribuan unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual
Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.
MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat
Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.
Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual
Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.
Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit
Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.
Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion
Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.
Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”
Kelewatan jualan jarang berpunca daripada satu sebab tunggal. Senarai penuh punca dan kesannya ada dalam penjelasan tentang tempoh sebenar sesuatu jualan.
REKOD TRANSAKSI SERI KEMBANGAN: DARI RM130K HINGGA RM4.18 JUTA
Saya semak rekod transaksi JPPH bagi skim skim Seri Kembangan (Ogos 2023 hingga Mac 2026), diterajui Taman Putra Permai yang menyumbang majoriti urus niaga. Dua perkara terus menonjol: jurang harga dalam kawasan sekecil ni sangat luas, dan status hakmilik hampir seragam — pajakan.
Median RM625k
39 transaksi teres tengah, julat RM438,000 sehingga RM1.28 juta, median RM404 psf. Kesemua 39 direkodkan sebagai PAJAKAN. Median ni lebih tinggi daripada teres di Puchong mahupun seksyen bandar Shah Alam — kedudukan berhampiran UPM, Mines dan laluan ke KL memang dibayar oleh pembeli.
RM800k – RM888k
Teres tepi median RM800,000 (julat RM610,000 hingga RM950,000), teres hujung median RM888,000 dengan rekod tertinggi RM1.5 juta pada RM635 psf. Jurang antara unit tengah dan unit hujung di sini antara yang paling ketara dalam kawasan liputan saya.
RM1.05 juta – RM4.18 juta
Rumah berkembar median RM1.05 juta (julat RM700,000 hingga RM1.45 juta). Banglo reka bentuk sendiri pula median RM3.8 juta dengan rekod tertinggi RM4.18 juta. Ramai tak sangka Seri Kembangan ada segmen setinggi ni — tapi ia ada, dan pembelinya tak mencari melalui iklan biasa.
RM130,000 – RM410k
Pangsapuri median RM270,000 pada RM293 psf (27 transaksi, kesemuanya pajakan). Rumah pangsa kos rendah median RM130,000. Segmen ni paling sensitif harga dan paling kerap dibandingkan secara salah dengan unit di Serdang atau Puchong yang bukan setara.
Nota hakmilik: hampir semua rumah di Seri Kembangan berstatus PAJAKAN — 115 daripada 117 transaksi yang saya semak dalam tempoh setahun. Status geran dan baki tempoh pajakan adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.
KAWASAN DI SERI KEMBANGAN YANG SAYA KENDALIKAN
Sebagai ejen hartanah sepenuh masa, tumpuan kerja saya terarah kepada kawasan di mana saya miliki akses data paling kukuh. Ini memastikan saya faham pergerakan pasaran bagi membolehkan saya bantu anda letak harga rasional. Untuk menetapkan harga, saya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula dengan rekod transaksi terkini taman anda. Angka di bawah daripada rekod JPPH, September 2025 hingga Mei 2026.
Kota Perdana
Rekod Kota Perdana nipis dalam tempoh ini, cuma 8 transaksi, dan kesemuanya pajakan. Teres tengah median RM488,000 pada RM450 psf, julat RM440,000 hingga RM630,000. Rumah sesebuah pula sekitar RM900,000. Sampel sekecil ini bermakna harga jiran bukan penanda yang cukup, jadi saya semak rekod taman anda sendiri sebelum letak angka. Saya sedang menguruskan jualan Banglo Kota Perdana End Lot sekarang.
Taman Pinggiran Putra
Kawasan paling cair antara empat ini, 45 transaksi, dan kebanyakannya unit strata. 23 daripadanya pangsapuri, median RM300,000 pada RM332 psf, julat RM100,000 hingga RM390,000 merentas Vista Pinggiran, Putra Indah, Putra Raya, Seri Mas dan Cemara. Teres median RM489,000 dan rumah sesebuah median RM958,000. Harga blok sebelah bukan harga blok anda, jadi kita banding unit yang benar benar setara. Saya sedang menguruskan jualan Apartment Vista Pinggiran.
Lestari Putra
JPPH memfailkan kawasan ini sebagai Taman Lestari Perdana, dengan alamat Persiaran Lestari Putra dan Jalan LP. 20 transaksi dalam tempoh setahun. Teres tengah median RM486,000, julat RM475,000 hingga RM650,000. Rumah berkembar median RM938,000 dan pernah mencecah RM1.42 juta. Flat kos rendah dalam taman yang sama median RM135,500. Julat seluas ini bermakna nama taman sahaja tidak menentukan harga rumah anda.
Puncak Jalil
Pasaran teres paling kukuh antara empat kawasan ini. 27 transaksi teres, median RM610,000 pada RM390 psf tanah, dan teres hujung median RM1.15 juta. Rumah berkembar median RM925,000. Pangsapuri lain sama sekali, median RM264,000 dengan julat RM225,000 hingga RM300,000. Kesemua 44 rekod pajakan. Kalau rumah anda teres di sini, kedudukan lot memberi kesan besar pada harga akhir.
Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis
AmaranSAYA TIDAK AKAN BERI JANJI-JANJI INI KEPADA PEMILIK RUMAH DI SERI KEMBANGAN
Jual rumah dalam tempoh 14 hari!
Kami ada ready buyer!
Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!
Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!
JUALAN HARTANAH DENGAN TEKNIK ANALISIS PERBANDINGAN & KAJIAN PASARAN
Setiap harga yang saya cadangkan di Seri Kembangan ditetapkan melalui Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:
Kajian Pasaran
Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat
Analisis Data
Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif
Pelan Pemasaran
Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik
Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…
… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Seri Kembangan yang sesuai untuk anda.
Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.
4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN SERI KEMBANGAN
Keluarga yang kerja di KL tapi tak mampu harga KL — Seri Kembangan tawarkan landed dalam lingkungan pandu yang munasabah. Majoriti sasarkan teres RM550k HINGGA RM700k dalam taman yang matang dan lengkap kemudahan.
Warga UPM, Serdang dan koridor selatan — pensyarah, kakitangan hospital dan profesional yang mahu dekat tempat kerja, kebanyakannya beli teres atau pangsapuri BAWAH RM650k.
Pembeli segmen atas — berkembar dan banglo RM1 JUTA KE ATAS, termasuk peniaga tempatan yang dah lama berakar di kawasan ni. Mereka beli untuk kekal, bukan untuk flip.
Pelabur dan pembeli rumah pertama — pangsapuri serta flat BAWAH RM300k, disokong permintaan sewa daripada pelajar UPM dan pekerja sekitar Mines serta Serdang.
Perkara yang paling saya tekankan kepada pemilik di sini: hampir setiap rekod transaksi yang saya semak adalah PAJAKAN. Ia tak menghalang jualan — teres di sini tetap laku pada median RM625,000 — tetapi ia bermakna baki tempoh pajakan anda ialah maklumat yang pembeli dan bank akan tanya lebih awal daripada yang anda jangka. Sediakan jawapannya SEBELUM DITANYA.
APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?
“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”

“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”

“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”

“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”

“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”

“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”


SAYA EJEN HARTANAH SERI KEMBANGAN YANG BERDAFTAR DAN BOLEH ANDA PERCAYA
Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Seri Kembangan yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014. Sama ada anda mencari ejen hartanah Seri Kembangan, property agent Seri Kembangan atau real estate agent Seri Kembangan — anda sampai kepada orang yang sama: ejen berdaftar yang beroperasi di sini setiap hari.
Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).
Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.
Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.
- Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
- Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
- Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang
Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.
BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?
(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)
HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH
Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.
Hubungi SayaNak Jual Rumah Di Seri Kembangan? Isi Borang Ini
Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif
Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.
Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.
SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH SERI KEMBANGAN
Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.
Rumah Untuk Dijual Di Seri Kembangan
Ini unit yang saya uruskan sendiri di kawasan Seri Kembangan. Setiap satu disemak sebelum disenaraikan — hakmilik, tenure dan harga berdasarkan dokumen sebenar, bukan anggaran.

Apartment Vista Pinggiran Seri Kembangan

Banglo Kota Perdana Seri Kembangan

Banglo Setingkat Villa Rimbawan Seri Kembangan

