PEA3833 · Sejak 2014

Ejen Hartanah Shah Alam

Nama saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar (PEA3833) di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Saya berkhidmat sepenuh masa sejak 2014, khusus membantu pemilik urus jualan di Setia Alam, Kota Kemuning, Bukit Jelutong, dan Alam Impian. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Shah Alam menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Hubungi saya di 013-363 7478 untuk saya bantu.

RAMAI PEMILIK RUMAH DI SHAH ALAM CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL

Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014

Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan kawasan Shah Alam sejak 2014 — dari seksyen matang seperti Seksyen 7, 11, 17 dan 19, hinggalah ke belt Setia Alam, Denai Alam, Bukit Jelutong dan Eco Ardence… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah Shah Alam yang berdaftar namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sejak saya mula menjadi ejen hartanah Shah Alam yang berdaftar pada tahun 2014, saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama — dan di Shah Alam khususnya, kesilapan paling mahal ialah tidak faham beza antara rumah pajakan dan rumah hakmilik kekal dalam bandar yang sama. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.

2014
Sepenuh masa sejak
PEA3833
No. daftar LPEPH
INSPEN
Sijil Ejen Hartanah
Team Leader
Legacy Real Property
Punca Sebenar

PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...

1

Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN

2

Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing

3

Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang

4

Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan

5

Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Shah Alam yang jauh lebih berpengalaman

Bukan Sekadar Kata Saya

Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini

Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Astro Awani, UTHM dan beberapa sumber lain, ribuan unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

Keratan akhbar MalaysiaGazette Jun 2026 - 32,800 rumah siap dibina masih tidak terjual bernilai RM16.37 bilion
MalaysiaGazette

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual

Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.

MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Keratan rencana Berita Harian Julai 2026 - rumah mampu milik antara perang harga dan kuasa beli rakyat
Berita Harian

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat

Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
Keratan Harian Metro Mei 2026 - rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual
Harian Metro

32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual

Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.

Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Berita Harian Mei 2026 - purata harga rumah di Malaysia melepasi setengah juta ringgit
Berita Harian

RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit

Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.

Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Sinar Harian Julai 2026 - rumah tidak terjual cecah RM16.37 bilion, NHRA cadang cukai lambakan hartanah
Sinar Harian

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion

Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.

Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh

“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”

Pasaran Shah Alam

REKOD TRANSAKSI SHAH ALAM: SATU BANDAR, DUA PASARAN BERBEZA

Shah Alam bukan satu pasaran. Data transaksi JPPH tunjuk perbezaan paling ketara bukan pada harga — tapi pada jenis hakmilik. Seksyen bandar hampir kesemuanya pajakan; belt Setia Alam dan Denai Alam hampir kesemuanya hakmilik kekal. Perbezaan ni yang ubah cara hartanah anda patut dihargakan dan dipasarkan.

TERES · SEKSYEN BANDAR SHAH ALAM

Median RM520k

62 transaksi teres tengah direkodkan dalam Mukim Bandar Shah Alam (Sep 2025 – Apr 2026), julat RM230,000 hingga RM1.13 juta, median RM402 psf. 61 daripada 62 adalah PAJAKAN — hakikat yang ramai pemilik tak sedar sampai peringkat pinjaman pembeli.

TERES · SETIA ALAM & DENAI ALAM

Median RM730k

86 transaksi teres tengah dalam Mukim Bukit Raja (Dis 2025 – Mei 2026), julat RM360,000 hingga RM3.5 juta, median RM436 psf. 72 daripada 86 adalah HAKMILIK KEKAL. Jurang median RM210,000 berbanding seksyen bandar — sebahagian besarnya dibayar untuk hakmilik, bukan sekadar lokasi.

BERKEMBAR & BANGLO

RM1 juta – RM5.5 juta

Rumah berkembar median RM1.35 juta di belt Setia Alam/Eco Ardence, RM1 juta di seksyen bandar. Banglo reka bentuk pemaju median RM2.9 juta pada RM851 psf, dengan rekod tertinggi tempoh ni RM5.5 juta. Shah Alam ada pasaran mewah yang jarang muncul dalam iklan awam.

APARTMEN, KONDO & FLAT

RM41,500 – RM600k

Flat kos rendah median RM145,000, rumah pangsa RM210,000, pangsapuri RM270,000, kondominium RM380,000. Segmen paling laju bertukar tangan — tapi juga paling kerap tersalah harga, sebab pemilik banding dengan unit dah renovate, bukan transaksi sebenar.

Nota hakmilik: Shah Alam bukan satu pasaran. Dalam rekod JPPH September 2025 hingga Mei 2026, carian nama Shah Alam pulang 556 transaksi, iaitu 266 hakmilik kekal dan 290 pajakan. Belahannya ikut seksyen, bukan ikut bandar: Seksyen 7 (51 rekod), Seksyen 13 (21), Seksyen 24 (16), Seksyen 6 (14) dan Seksyen 8 (11) tidak membawa satu pun rekod hakmilik kekal, manakala Seksyen 32 (28 daripada 28), Seksyen 27 (27 daripada 27), Seksyen 30 (66 daripada 72), Denai Alam (39 daripada 39) dan Bukit Jelutong (52 daripada 53) hakmilik kekal. Status geran dan baki tempoh pajakan adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.

Hubungi Saya

Kawasan Liputan

KAWASAN DI SHAH ALAM YANG SAYA KENDALIKAN

Sebagai ejen hartanah sepenuh masa, tumpuan kerja saya terarah kepada kawasan di mana saya miliki akses data paling kukuh. Ini memastikan saya faham pergerakan pasaran bagi membolehkan saya bantu anda letak harga rasional. Untuk menetapkan harga, saya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula dengan rekod transaksi terkini taman anda. Angka di bawah daripada rekod JPPH, September 2025 hingga Mei 2026. Empat kawasan ini ada satu persamaan: hampir kesemua rekodnya hakmilik kekal, berbeza dengan seksyen bandar lama Shah Alam yang hampir kesemuanya pajakan.

SETIA ALAM

Setia Alam

326 transaksi dalam tempoh setahun, dan kesemuanya hakmilik kekal. Teres median RM750,000 pada RM536 psf tanah, dengan P25 RM692,500 dan P75 RM925,000. Teres tengah median RM740,000. Pangsapuri median RM320,000. Rumah berkembar median RM1,703,000 dan rumah sesebuah reka bentuk pemaju median RM3,250,000. 296 daripada 326 rekod bukan pindah milik pertama, jadi angka di sini memang harga jual semula, bukan harga pemaju.

KOTA KEMUNING

Kota Kemuning

64 transaksi, 63 daripadanya hakmilik kekal. Teres median RM816,500 pada RM408 psf tanah, dengan P25 RM730,000 dan P75 RM997,500. Teres tengah median RM745,000, teres tepi median RM940,000, teres hujung median RM1,064,000. Beza antara teres tengah dan teres hujung melebihi RM300,000, jadi kedudukan lot memberi kesan lebih besar pada harga berbanding saiz rumah. Pangsapuri median RM300,000 dan flat kos rendah median RM190,000.

BUKIT JELUTONG

Bukit Jelutong

60 transaksi, 59 hakmilik kekal, dan kesemua 60 rekod bukan pindah milik pertama. Ini pasaran jual semula sepenuhnya, tiada unit pemaju yang bersaing dengan anda. Teres median RM938,000 pada RM424 psf tanah, dengan P25 RM825,000 dan P75 RM1,180,000. Teres tengah median RM869,000, teres tepi median RM1,180,000, teres hujung median RM1,355,000. Rumah berkembar median RM2,500,000.

ALAM IMPIAN

Alam Impian

72 transaksi, kesemuanya hakmilik kekal. Teres median RM915,800 pada RM530 psf tanah dan teres tengah median RM900,000. Rumah kluster median RM1,450,800, tetapi P25 RM1,450,200 dan P75 RM1,457,550 hampir sama, dan 29 daripada 72 rekod ialah pindah milik pertama. Itu tanda harga pemaju, bukan harga jual semula. Untuk rumah kluster di Alam Impian, jangan guna median itu sebagai harga jangkaan tanpa semakan lot demi lot.

Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis

Amaran

SAYA TIDAK AKAN BERI JANJI-JANJI INI KEPADA PEMILIK RUMAH DI SHAH ALAM

Jual rumah dalam tempoh 14 hari!

Kami ada ready buyer!

Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!

Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!

Pendekatan Saya

JUALAN HARTANAH DENGAN TEKNIK ANALISIS PERBANDINGAN & KAJIAN PASARAN

Setiap harga yang saya cadangkan di Shah Alam ditetapkan menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:

LANGKAH 01

Kajian Pasaran

Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat

LANGKAH 02

Analisis Data

Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif

LANGKAH 03

Pelan Pemasaran

Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik

Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…

“Rumah saya ini special, dah reno itu ini begitu begini…”
“Inilah rumah pertama saya beli bersama isteri selepas kahwin…”
“Jiran saya kata dia baru je jual rumah dia dengan harga RM700k…”

… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Shah Alam yang sesuai untuk anda.

Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.

Demand Shah Alam

4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN SHAH ALAM

1

Penjawat awam dan warga industri — Shah Alam ibu negeri Selangor, dengan kluster kilang di Seksyen 15, 16, 22 dan 23. Aliran paling tebal, sasarkan teres BAWAH RM600k yang dekat dengan tempat kerja.

2

Pemburu hakmilik kekal — keluarga muda yang sanggup bayar premium enam angka semata mata untuk keluar dari pajakan. Ini yang buat belt Setia Alam median RM730K sedangkan seksyen bandar kekal di RM520k.

3

Upgrader premium — sasarkan berkembar dan banglo di Bukit Jelutong, Kayangan Heights dan Eco Ardence, julat RM1.3 JUTA KE ATAS. Kumpulan paling kecil, tapi paling pantas tutup deal bila unit betul betul padan.

4

Pelabur unit sewa dan pembeli rumah pertama — apartmen serta flat BAWAH RM300k sekitar Seksyen 17, 18, 19 dan 20, disokong permintaan sewa pelajar UiTM dan pekerja kilang.

Empat aliran ni jarang bertembung. Pembeli yang sanggup bayar RM730,000 untuk hakmilik kekal di Setia Alam takkan tiba tiba turun tengok teres pajakan di Seksyen 19 — dan sebaliknya juga benar. Kalau iklan anda ditulis untuk semua orang, ia sebenarnya tak bercakap dengan SESIAPA PUN.

Bukti Sosial

APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?

“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”
Mr & Ms Yan
Mr & Ms YanBusiness Owners
“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”
Dr Mona Othman
Dr Mona OthmanJuruaudit
“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”
Dr Norwazli Abd Wahab
Dr Norwazli Abd WahabPensyarah
“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”
Ahmad Qarliff Zamzuri
Ahmad Qarliff ZamzuriPeguam Hartanah
“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”
Raja Yahya Raja Anuar
Raja Yahya Raja AnuarPengurus Bank
“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”
Joseph Teo
Joseph TeoVice President Marketing
Syakir Zainol, ejen hartanah Shah Alam yang berdaftar (PEA3833)
Kenali Ejen Anda

SAYA EJEN HARTANAH SHAH ALAM YANG BERDAFTAR DAN BOLEH ANDA PERCAYA

Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Shah Alam yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014. Sama ada anda mencari ejen hartanah Shah Alam, property agent Shah Alam atau real estate agent Shah Alam — anda sampai kepada orang yang sama: ejen berdaftar yang beroperasi di sini setiap hari.

Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.

Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.

PEA3833 · LPEPH Sijil INSPEN Team Leader, Legacy Nilai Director, QS Premiere Mortgage Consultants
Saya tidak terima semua perlantikan. Saya hanya bantu pemilik yang:
  • Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
  • Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
  • Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang

Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.

Hubungi Saya

BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?

(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)

HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH

Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.

Hubungi Saya

Nak Jual Rumah Di Shah Alam? Isi Borang Ini

Syarat Kerjasama

Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif

Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.

Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.

Eksklusif: satu ejen bertanggungjawab penuh — fokus & akauntabiliti jelas
Open listing: usaha berpecah, harga tertekan, tiada siapa bertanggungjawab
Ada kemusykilan?

SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH SHAH ALAM

Soalan ni tak boleh dijawab dengan satu nombor, sebab Shah Alam ada dua pasaran berasingan. Berdasarkan rekod transaksi JPPH: teres tengah dalam seksyen bandar Shah Alam median RM520,000 (62 transaksi, Sep 2025 hingga Apr 2026, julat RM230,000 sehingga RM1.13 juta). Teres tengah dalam belt Setia Alam dan Denai Alam pula median RM730,000 (86 transaksi, Dis 2025 hingga Mei 2026). Beza median RM210,000 untuk jenis rumah yang sama, dalam bandar yang sama. Jadi bila sesiapa bagitahu anda harga teres Shah Alam sekarang sekian sekian, soalan pertama anda patut: seksyen mana?
Bergantung sepenuhnya pada kedudukan — dan ini antara fakta paling penting tapi paling kurang difahami pemilik di sini. Dalam rekod transaksi seksyen bandar Shah Alam, 61 daripada 62 teres yang bertukar tangan adalah PAJAKAN. Dalam belt Setia Alam dan Denai Alam pula sebaliknya: 72 daripada 86 adalah HAKMILIK KEKAL. Kalau anda tak pasti status hartanah sendiri, semak geran sebelum letak harga, bukan selepas pembeli mohon pinjaman. Saya pernah lihat deal tergendala di peringkat akhir semata mata kerana andaian salah tentang perkara ni.
Sebahagiannya usia bangunan dan reka bentuk, ya. Tapi pemacu terbesar ialah hakmilik. Belt Setia Alam majoritinya hakmilik kekal, seksyen bandar majoritinya pajakan — dan pembeli, lebih penting lagi bank pembeli, nilaikan dua benda ni secara berbeza. Median psf pun beza: RM436 psf di Mukim Bukit Raja berbanding RM402 psf di seksyen bandar. Jadi kalau rumah anda di seksyen bandar dan anda letak harga berdasarkan iklan Setia Alam, anda bukan sedang optimistik — anda sedang banding dua produk yang berlainan.
Sebab harga iklan bukan harga transaksi. Pada masa tulisan ni, iklan aktif teres di Seksyen 11 dan Seksyen 23 berlegar sekitar RM550,000 hingga RM650,000. Rekod transaksi sebenar untuk teres tengah dalam seksyen bandar pula median RM520,000. Jurang tu bukan sebab ejen nak cepat jual — ia jurang antara apa yang penjual harapkan dan apa yang pembeli betul betul bayar, dan ia wujud dalam setiap pasaran. Rumah jiran anda berkemungkinan turun harga dua tiga kali dalam enam bulan sebelum terjual. Saya lebih rela mulakan anda dari nombor yang boleh dipertahankan di depan penilai bank.
Ya, dan lebih awal anda tahu lebih baik. Bank umumnya jadi lebih ketat apabila baki pajakan tinggal rendah pada tarikh tamat tempoh pinjaman pembeli — ini boleh menyempitkan margin pembiayaan yang pembeli dapat, dan terus mengecilkan kolam pembeli anda. Ia tak bermakna rumah anda tak boleh dijual; ia bermakna proses perlu diuruskan dengan mata terbuka, termasuk pertimbangan sama ada perlu mohon pelanjutan pajakan terlebih dahulu. Bawa geran anda, kita semak baki tempoh sebenar sebelum apa apa harga ditetapkan.
Tidak. Saya hanya mengenakan caj profesional mengikut kadar yang ditetapkan undang undang (maksimum 3% daripada harga transaksi, tertakluk kepada minimum RM1,000 bagi setiap hartanah, mengikut skala yuran LPEPH) setelah hartanah anda berjaya dijual dan urus niaga selesai. Tiada bayaran pendahuluan, tiada caj pemasaran tersembunyi. Sebagai ejen hartanah berdaftar PEA3833 di bawah LPEPH, struktur caj saya tertakluk kepada peraturan — bukan kepada budi bicara saya.
Ia mengecilkan ruang untuk letak harga tinggi. Unit siap yang kekal tidak terjual sembilan bulan atau lebih direkod NAPIC sebagai overhang dan diterbitkan ikut negeri. Pembeli yang mempunyai pilihan tidak akan membayar premium untuk unit yang membawa lebih banyak kerja pentadbiran. Yang berkesan ialah harga yang mengambil kira perkara itu dari awal, bukan rundingan panjang selepas tiga bulan sunyi. Gambarannya ada dalam gambaran overhang hartanah ikut negeri.
Prosesnya ringkas. Kita berbincang dahulu tentang hartanah anda — lokasi, saiz, tenure dan keadaan unit. Saya tarik rekod transaksi terkini taman anda sendiri dan bentangkan julat harga yang realistik berdasarkan data itu, bukan berdasarkan harga jiran atau harga launching. Jika anda setuju dengan pendekatan saya, kita tandatangan surat pelantikan bertulis sebelum hartanah dipasarkan. Tiada bayaran pendahuluan pada mana-mana peringkat ini. Saya ejen hartanah berdaftar (registered real estate agent) yang beroperasi sepenuh masa sejak 2014 dan meliputi Shah Alam, dengan nombor pendaftaran PEA3833 di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Untuk kawasan lain di negeri ini, lihat halaman ejen hartanah Selangor dan ejen hartanah Klang.
Ya. Saya tidak memasarkan mana-mana hartanah tanpa surat pelantikan bertulis daripada pemilik berdaftar. Dokumen ini menetapkan harga yang dipersetujui, tempoh pelantikan dan kadar caj profesional secara bertulis, supaya tiada salah faham di kemudian hari. Ia juga melindungi anda — tanpa dokumen ini, sesiapa sahaja boleh mendakwa mewakili hartanah anda. Memandangkan saya hanya menerima pelantikan secara eksklusif, dokumen yang saya guna ialah Exclusive Letter of Appointment.
Ada dua peringkat yang berasingan. Peringkat pertama ialah tempoh pemasaran sehingga jumpa pembeli — ini bergantung pada harga yang ditetapkan, jenis hartanah dan keadaan unit, dan tiada angka tetap yang jujur boleh saya berikan tanpa melihat hartanah anda dahulu. Peringkat kedua bermula selepas Sale and Purchase Agreement ditandatangani: proses pindah milik mengambil masa anggaran sekitar 3 bulan. Pemilik yang tersilap kira biasanya lupa peringkat kedua ini dan menyangka jualan selesai pada hari SPA ditandatangani.

Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.

Saya sendiri yang akan menghubungi anda. Maklumat anda tidak dikongsi dengan pihak ketiga.

Kawasan Liputan

Khidmat Pemasaran Hartanah Berdasarkan Kawasan

Servis ejen hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, dengan tumpuan khusus di Seremban, Nilai, Bangi, Seri Kembangan, Sepang, Shah Alam, Puchong, Kajang, Semenyih dan Putrajaya.

Negeri & Wilayah Persekutuan