PEA3833 · Sejak 2014

Ejen Hartanah Puchong

Nama saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar (PEA3833) di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Saya berkhidmat sepenuh masa sejak 2014, khusus membantu pemilik urus jualan di Bandar Kinrara, Bandar Puteri Puchong, Bandar Puchong Jaya, dan Taman Puchong Perdana. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Puchong menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Hubungi saya di 013-363 7478 untuk saya bantu.

RAMAI PEMILIK RUMAH DI PUCHONG CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL

Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014

Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan kawasan Puchong sejak 2014 — dari Puchong Perdana dan Puchong Jaya hinggalah Desa Puchong… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah Puchong yang berdaftar namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sejak saya mula menjadi ejen hartanah Puchong yang berdaftar pada tahun 2014, saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama — dan di Puchong khususnya, kesilapan paling mahal ialah menganggap status hakmilik di sini seragam, sedangkan rekod transaksi tunjuk ia bercampur dalam hampir setiap jenis hartanah. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.

2014
Sepenuh masa sejak
PEA3833
No. daftar LPEPH
INSPEN
Sijil Ejen Hartanah
Team Leader
Legacy Real Property
Punca Sebenar

PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...

1

Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN

2

Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing

3

Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang

4

Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan

5

Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Puchong yang jauh lebih berpengalaman

Bukan Sekadar Kata Saya

Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini

Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Astro Awani, UTHM dan beberapa sumber lain, ribuan unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

Keratan akhbar MalaysiaGazette Jun 2026 - 32,800 rumah siap dibina masih tidak terjual bernilai RM16.37 bilion
MalaysiaGazette

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual

Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.

MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Keratan rencana Berita Harian Julai 2026 - rumah mampu milik antara perang harga dan kuasa beli rakyat
Berita Harian

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat

Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
Keratan Harian Metro Mei 2026 - rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual
Harian Metro

32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual

Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.

Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Berita Harian Mei 2026 - purata harga rumah di Malaysia melepasi setengah juta ringgit
Berita Harian

RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit

Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.

Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Sinar Harian Julai 2026 - rumah tidak terjual cecah RM16.37 bilion, NHRA cadang cukai lambakan hartanah
Sinar Harian

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion

Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.

Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh

“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”

Pasaran Puchong

REKOD TRANSAKSI PUCHONG: HAMPIR SEPARUH URUS NIAGA ADALAH PANGSAPURI

Daripada 200 urus niaga kediaman terkini di Puchong (Okt 2025 hingga Mei 2026), 94 melibatkan pangsapuri sahaja. Tambah kondominium, flat dan unit kediaman atas kedai, segmen berstrata menguasai lebih 70 peratus aktiviti. Puchong bukan pasaran landed dengan sedikit apartmen — ia pasaran berstrata dengan kantung landed yang bernilai tinggi.

PANGSAPURI · SEGMEN TERBESAR

Median RM310,500

94 transaksi direkodkan — hampir separuh keseluruhan pasaran. Median RM310,500 pada RM352 psf, dengan rekod tertinggi mencecah RM1.1 juta. Julat yang sangat luas dalam satu kategori, jadi purata pasaran hampir tidak bermakna di sini; yang penting ialah blok mana dan tingkat berapa.

TERES · TAMAN MATANG

Median RM526,500

42 transaksi teres tengah, julat RM275,000 sehingga RM980,000, median RM461 psf. Status hakmilik bercampur: 28 hakmilik kekal berbanding 14 pajakan. Ini antara sebab utama dua rumah yang nampak serupa di Puchong boleh dinilai sangat berbeza oleh bank pembeli.

UNIT HUJUNG & TEPI · PREMIUM SEBENAR

RM600k – RM680k

Teres hujung median RM680,000 pada RM701 psf — berbanding RM461 psf untuk teres tengah. Teres tepi median RM600,000, dengan rekod tertinggi RM1.95 juta. Di Puchong, premium unit hujung bukan mitos; ia muncul jelas dalam rekod, tetapi hanya untuk unit dengan tanah lebihan yang betul betul boleh diguna.

KONDOMINIUM & KEDIAMAN ATAS KEDAI

RM150,000 – RM1.2 juta

Kondominium median RM490,000 (25 transaksi, tertinggi RM1.2 juta). Unit kediaman dalam bangunan kedai atau pejabat pula median RM150,000 daripada 10 transaksi — segmen yang jarang difahami pemilik, dan paling kerap tersalah harga kerana dibandingkan dengan pangsapuri biasa.

Nota hakmilik: Puchong bercampur, dan belahannya ikut taman. Dalam rekod JPPH September 2023 hingga Jun 2026, carian nama Puchong pulang 3,112 transaksi, iaitu 1,750 hakmilik kekal dan 1,362 pajakan. Ikut taman: Taman Puchong Utama 375 daripada 375 kekal, Bandar Puchong Jaya 575 daripada 661 kekal, dan Bandar Puteri Puchong 141 daripada 142 kekal; manakala Taman Puchong Perdana 162 daripada 162 pajakan dan Puchong Indah 45 daripada 46 pajakan. Puchong Prima berada di tengah, 121 kekal daripada 226. Bandar Kinrara sendiri terbelah, 745 kekal dan 417 pajakan. Status geran dan baki tempoh pajakan adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.

Hubungi Saya

Kawasan Liputan

KAWASAN DI PUCHONG YANG SAYA KENDALIKAN

Sebagai ejen hartanah sepenuh masa, tumpuan kerja saya terarah kepada kawasan di mana saya miliki akses data paling kukuh. Ini memastikan saya faham pergerakan pasaran bagi membolehkan saya bantu anda letak harga rasional. Untuk menetapkan harga, saya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula dengan rekod transaksi terkini taman anda. Angka di bawah daripada rekod JPPH, September 2023 hingga Jun 2026. Saya guna tetingkap tiga tahun untuk kawasan ini kerana dua daripada empat taman di bawah hanya membawa 22 dan 24 transaksi dalam dua belas bulan terakhir, terlalu nipis untuk dijadikan rujukan harga.

BANDAR KINRARA

Bandar Kinrara

1,162 transaksi, kawasan paling cair antara empat ini, dan hakmilik bercampur dalam kawasan yang sama: 745 kekal, 417 pajakan. Teres median RM900,000 pada RM542 psf tanah, tetapi P25 RM668,750 dan P75 RM1,460,000. Jurang selebar itu bukan ralat: Kinrara merangkumi BK1 hingga BK8 dengan produk yang jauh berbeza, dan 126 daripada 628 transaksi teres berada di bawah RM600,000. Untuk Kinrara, median seluruh kawasan tidak banyak membantu; yang berguna ialah rekod BK anda sendiri. Pangsapuri median RM255,000, flat kos rendah median RM170,000, rumah berkembar median RM2,700,000.

BANDAR PUTERI

Bandar Puteri Puchong

142 transaksi, 141 hakmilik kekal. Ini kawasan teres paling mahal antara empat: teres median RM1,170,000 pada RM662 psf tanah, dengan P25 RM966,250 dan P75 RM1,327,500. Teres tengah median RM1,085,000, teres tepi median RM1,300,000, teres hujung median RM1,975,000. Rumah berkembar median RM2,600,000 dan rumah sesebuah reka bentuk pemaju median RM3,500,000. Pangsapuri median RM345,000. Hanya 24 transaksi berlaku dalam dua belas bulan terakhir, jadi rujukan harga di sini perlu ambil tempoh tiga tahun, bukan setahun.

PUCHONG JAYA

Bandar Puchong Jaya

686 transaksi, 599 hakmilik kekal. Pasaran pangsapuri dan kondominium paling tebal antara empat: pangsapuri median RM360,000 daripada 259 rekod. Kondominium median RM985,800, tetapi baca angka itu dengan hati hati. 135 daripada 157 rekod kondominium datang daripada satu projek sahaja, Skyz Residence, dan P25 RM941,800 dengan P75 RM1,014,800 terlalu rapat. Itu bukan gambaran pasaran kondominium Puchong Jaya seluruhnya. Teres tengah median RM777,500 pada RM599 psf tanah, teres hujung median RM1,230,000.

PUCHONG PERDANA

Taman Puchong Perdana

162 transaksi, dan kesemua 162 pajakan. Tiada satu pun rekod hakmilik kekal dalam tiga tahun. Baki tempoh pajakan perlu disahkan awal di sini kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Teres median RM410,000 pada RM377 psf tanah, dengan P25 RM355,000 dan P75 RM480,000; teres tengah median RM435,000. Flat kos rendah median RM150,000, kondominium median RM360,000, pangsapuri median RM302,500. Sama seperti Bandar Puteri, hanya 22 transaksi berlaku dalam dua belas bulan terakhir.

Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis

Amaran

SAYA TIDAK AKAN BERI JANJI-JANJI INI KEPADA PEMILIK RUMAH DI PUCHONG

Jual rumah dalam tempoh 14 hari!

Kami ada ready buyer!

Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!

Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!

Pendekatan Saya

JUALAN HARTANAH DENGAN TEKNIK ANALISIS PERBANDINGAN & KAJIAN PASARAN

Setiap harga yang saya cadangkan di Puchong ditetapkan menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:

LANGKAH 01

Kajian Pasaran

Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat

LANGKAH 02

Analisis Data

Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif

LANGKAH 03

Pelan Pemasaran

Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik

Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…

“Rumah saya ini special, dah reno itu ini begitu begini…”
“Inilah rumah pertama saya beli bersama isteri selepas kahwin…”
“Jiran saya kata dia baru je jual rumah dia dengan harga RM700k…”

… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Puchong yang sesuai untuk anda.

Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.

Demand Puchong

4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN PUCHONG

1

Pekerja koridor selatan Lembah Klang — akses ke LDP, Bukit Jalil, Cyberjaya dan Sunway jadikan Puchong pilihan logistik. Majoriti sasarkan pangsapuri BAWAH RM350k yang dekat dengan laluan utama.

2

Keluarga naik taraf ke landed — keluar dari unit berstrata ke teres RM500k HINGGA RM600k. Kumpulan ni paling sensitif kepada status hakmilik, kerana ia terus menentukan margin pinjaman yang mereka dapat.

3

Pemburu unit hujung dan tepi — sanggup bayar sehingga RM701 PSF berbanding RM461 psf untuk unit tengah, asalkan tanah lebihan itu betul betul boleh digunakan dan bukan sekadar di atas geran.

4

Pelabur unit sewa — memburu unit kediaman atas kedai dan flat BAWAH RM300k, disokong permintaan sewa daripada pekerja kilang dan sektor perkhidmatan sekitar Puchong.

Perkara paling kerap saya betulkan di Puchong bukan harga — tapi andaian. Pemilik sangka rumah dia freehold sebab jiran cakap begitu, sedangkan 14 daripada 42 transaksi teres yang saya semak adalah pajakan. Andaian ni akan terbongkar juga akhirnya, dan lebih baik ia terbongkar di meja saya daripada DI MEJA PEGUAM PEMBELI.

Bukti Sosial

APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?

“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”
Mr & Ms Yan
Mr & Ms YanBusiness Owners
“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”
Dr Mona Othman
Dr Mona OthmanJuruaudit
“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”
Dr Norwazli Abd Wahab
Dr Norwazli Abd WahabPensyarah
“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”
Ahmad Qarliff Zamzuri
Ahmad Qarliff ZamzuriPeguam Hartanah
“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”
Raja Yahya Raja Anuar
Raja Yahya Raja AnuarPengurus Bank
“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”
Joseph Teo
Joseph TeoVice President Marketing
Syakir Zainol, ejen hartanah Puchong yang berdaftar (PEA3833)
Kenali Ejen Anda

SAYA EJEN HARTANAH PUCHONG YANG BERDAFTAR DAN BOLEH ANDA PERCAYA

Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Puchong yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014. Sama ada anda mencari ejen hartanah Puchong, property agent Puchong atau real estate agent Puchong — anda sampai kepada orang yang sama: ejen berdaftar yang beroperasi di sini setiap hari.

Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.

Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.

PEA3833 · LPEPH Sijil INSPEN Team Leader, Legacy Nilai Director, QS Premiere Mortgage Consultants
Saya tidak terima semua perlantikan. Saya hanya bantu pemilik yang:
  • Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
  • Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
  • Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang

Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.

Hubungi Saya

BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?

(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)

HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH

Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.

Hubungi Saya

Nak Jual Rumah Di Puchong? Isi Borang Ini

Syarat Kerjasama

Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif

Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.

Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.

Eksklusif: satu ejen bertanggungjawab penuh — fokus & akauntabiliti jelas
Open listing: usaha berpecah, harga tertekan, tiada siapa bertanggungjawab
Ada kemusykilan?

SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH PUCHONG

Berdasarkan rekod transaksi JPPH bagi Puchong Perdana, Puchong Jaya dan Desa Puchong (Okt 2025 hingga Mei 2026): teres tengah median RM526,500, julat RM275,000 sehingga RM980,000, median RM461 psf. Teres tepi median RM600,000 dan teres hujung RM680,000. Julat yang luas ni bukan tanda pasaran tak menentu — ia tanda Puchong sebenarnya beberapa pasaran kecil yang berbeza usia dan lokasi, dan rumah anda perlu dibandingkan dengan yang betul betul setara.
Bercampur, dan inilah sebab saya sentiasa minta tengok geran sebelum bincang harga di Puchong. Dalam rekod transaksi teres tengah, 28 daripada 42 adalah hakmilik kekal dan 14 pajakan. Bagi pangsapuri, 56 daripada 94 hakmilik kekal dan 38 pajakan. Maknanya dalam taman yang sama pun boleh ada dua status berbeza. Jangan bergantung pada apa yang jiran atau ejen sebelum ni cakap — semak geran anda sendiri.
Sebab tanah lebihan, dan datanya menyokong. Teres hujung di Puchong direkodkan pada median RM701 psf berbanding RM461 psf untuk teres tengah. Tetapi saya perlu jujur: premium ni tidak automatik. Ia muncul bila tanah lebihan itu betul betul boleh digunakan — cukup luas, bentuknya kemas, dan tiada isu pelan. Unit hujung dengan jalur tanah sempit yang tak boleh dibuat apa apa tidak akan dapat premium sama, walaupun geran kata ia lot hujung.
Kerana pangsapuri ialah segmen paling padat di sini — 94 transaksi dalam tempoh yang saya kaji, dan itu belum kira unit yang masih tersadai dalam iklan. Bila puluhan unit hampir serupa bersaing serentak, harga sahaja tak cukup untuk menonjol. Yang menentukan ialah tingkat, keadaan dalaman, kos penyelenggaraan, dan sama ada maklumat dalam iklan cukup lengkap untuk pembeli buat keputusan tanpa perlu bertanya.
Betul, julatnya memang luas sampai median pasaran hampir tak berguna sebagai panduan peribadi. Cara saya kerjakan: saya asingkan transaksi mengikut skim dan blok, bukan mengikut nama kawasan. Dua pangsapuri di Puchong Perdana boleh berbeza ratusan ribu ringgit bergantung pada usia bangunan, keluasan sebenar dan status hakmilik. Bawa alamat penuh dan salinan geran, saya tarik rekod transaksi untuk skim anda sendiri — bukan purata Puchong.
Tidak. Saya hanya mengenakan caj profesional mengikut kadar yang ditetapkan undang undang (maksimum 3% daripada harga transaksi, tertakluk kepada minimum RM1,000 bagi setiap hartanah, mengikut skala yuran LPEPH) setelah hartanah anda berjaya dijual dan urus niaga selesai. Tiada bayaran pendahuluan, tiada caj pemasaran tersembunyi. Sebagai ejen hartanah berdaftar PEA3833 di bawah LPEPH, struktur caj saya tertakluk kepada peraturan — bukan kepada budi bicara saya.
Dalam segmen berstrata, biasanya banyak. NAPIC merekod unit siap yang kekal tidak terjual sembilan bulan atau lebih sebagai overhang, dipecahkan ikut negeri dan jenis hartanah, dan unit berstrata dikira berasingan kerana jumlahnya besar. Bila banyak unit serupa berada di pasaran serentak, pembeli menapis ikut harga dahulu, dan unit yang jelas nilainya keluar dahulu. Skalanya ada dalam pecahan overhang ikut negeri dan jenis hartanah.
Prosesnya ringkas. Kita berbincang dahulu tentang hartanah anda — lokasi, saiz, tenure dan keadaan unit. Saya tarik rekod transaksi terkini taman anda sendiri dan bentangkan julat harga yang realistik berdasarkan data itu, bukan berdasarkan harga jiran atau harga launching. Jika anda setuju dengan pendekatan saya, kita tandatangan surat pelantikan bertulis sebelum hartanah dipasarkan. Tiada bayaran pendahuluan pada mana-mana peringkat ini. Saya ejen hartanah berdaftar (registered real estate agent) yang beroperasi sepenuh masa sejak 2014 dan meliputi Puchong, dengan nombor pendaftaran PEA3833 di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Untuk kawasan lain di negeri ini, lihat halaman ejen hartanah Selangor dan ejen hartanah Seri Kembangan.
Ya. Saya tidak memasarkan mana-mana hartanah tanpa surat pelantikan bertulis daripada pemilik berdaftar. Dokumen ini menetapkan harga yang dipersetujui, tempoh pelantikan dan kadar caj profesional secara bertulis, supaya tiada salah faham di kemudian hari. Ia juga melindungi anda — tanpa dokumen ini, sesiapa sahaja boleh mendakwa mewakili hartanah anda. Memandangkan saya hanya menerima pelantikan secara eksklusif, dokumen yang saya guna ialah Exclusive Letter of Appointment.
Ada dua peringkat yang berasingan. Peringkat pertama ialah tempoh pemasaran sehingga jumpa pembeli — ini bergantung pada harga yang ditetapkan, jenis hartanah dan keadaan unit, dan tiada angka tetap yang jujur boleh saya berikan tanpa melihat hartanah anda dahulu. Peringkat kedua bermula selepas Sale and Purchase Agreement ditandatangani: proses pindah milik mengambil masa anggaran sekitar 3 bulan. Pemilik yang tersilap kira biasanya lupa peringkat kedua ini dan menyangka jualan selesai pada hari SPA ditandatangani.

Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.

Saya sendiri yang akan menghubungi anda. Maklumat anda tidak dikongsi dengan pihak ketiga.

Kawasan Liputan

Khidmat Pemasaran Hartanah Berdasarkan Kawasan

Servis ejen hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, dengan tumpuan khusus di Seremban, Nilai, Bangi, Seri Kembangan, Sepang, Shah Alam, Puchong, Kajang, Semenyih dan Putrajaya.

Negeri & Wilayah Persekutuan