Ejen Hartanah Seremban
Nama saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar (PEA3833) di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Saya berkhidmat sepenuh masa sejak 2014, khusus membantu pemilik urus jualan di Senawang, Ampangan, Paroi, Seremban 2, dan Rasah. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Seremban menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Hubungi saya di 013-363 7478 untuk saya bantu.
RAMAI PEMILIK RUMAH DI SEREMBAN CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL
Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014
Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan kawasan Seremban sejak 2014 — dari taman matang Rasah Jaya dan Seremban Jaya hinggalah township baru Seremban 2, Bandar Sri Sendayan dan Bandar Ainsdale… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah Seremban yang berdaftar namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sejak saya mula menjadi ejen hartanah Seremban yang berdaftar pada tahun 2014, saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.
PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...
Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN
Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing
Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang
Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan
Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Seremban yang jauh lebih berpengalaman
Punca punca di atas ada kaitan langsung dengan tempoh jualan. Penjelasan penuh dua fasa yang menentukan berapa lama sesebuah rumah berada di pasaran ada dalam panduan nak jual rumah cepat.
Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini
Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro dan MalaysiaGazette, puluhan ribu unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual
Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.
MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat
Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.
Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual
Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.
Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit
Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.
Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion
Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.
Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”
DATA PASARAN SEREMBAN: APA YANG REKOD TRANSAKSI TUNJUK
Seremban ialah ibu negeri dan pasaran subsale paling dalam di Negeri Sembilan — bandaraya sejak 2020, penduduk hampir 700 ribu. Maknanya: rekod transaksi banyak, dan harga rumah anda boleh disemak dengan data, bukan sangkaan. Gambaran dari rekod rasmi JPPH sehingga Mei 2026:
Median RM300k – RM400k
Rasah Jaya median RM300k, Seremban Jaya RM350k, Senawang RM350k. Taman matang bermakna stok banyak dan pembeli banyak pilihan — harga yang betul dari hari pertama adalah segalanya.
Median RM436k – RM540k
Bandar Ainsdale median RM435,888 (82 transaksi setahun), Seremban 2 median RM400k, Bandar Sri Sendayan median RM540k — antara township paling aktif di Malaysia, 74 transaksi teres direkodkan dalam beberapa bulan sahaja.
RM650k – RM1.8 juta
Semi-D Seremban 2 median RM700k (rekod tertinggi RM1.8 juta), Rasah median RM650k. Banglo reka bentuk pemaju sekitar Senawang median RM700k, mencecah RM2.75 juta di Seremban 2.
RM39k – RM270k
Segmen yang selalu dipandang remeh tapi paling rancak urus niaganya: teres kos sederhana median RM180k–270k, flat kos rendah dari RM39k. Rumah pertama ramai keluarga Seremban bermula di sini.
Satu perkara penting: status hakmilik di Seremban TIDAK seragam. Seremban 2, Ainsdale dan Rasah hampir kesemuanya freehold — tapi rekod sekitar Senawang dan Sendayan menunjukkan campuran pajakan yang ketara. Sebab tu status geran adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran bermula. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.
KAWASAN DI SEREMBAN YANG SAYA KENDALIKAN
Sebagai ejen hartanah sepenuh masa, tumpuan kerja saya terarah kepada kawasan di mana saya miliki akses data paling kukuh. Ini memastikan saya faham pergerakan pasaran bagi membolehkan saya bantu anda letak harga rasional. Untuk menetapkan harga, saya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula dengan rekod transaksi terkini taman anda. Angka di bawah daripada rekod JPPH, September 2025 hingga Jun 2026.
Senawang
Dalam tempoh itu 69 rumah teres bertukar tangan di Senawang, median RM310,000 (teres 2 tingkat RM440,000). Hampir separuh rumah di sini pajakan, jadi tenure ialah perkara pertama saya semak. Contohnya, saya sedang menguruskan jualan unit Banglo 1 Tingkat Freehold di Angsi Ville sekarang. Kalau anda ada perancangan jual rumah di kawasan ini, kita boleh susun strategi berasaskan data.
Ampangan
Kawasan ini ada permintaan tersendiri, tapi saya tidak mahu anda letak harga yang menyukarkan jualan. Taman Ampangan dan Desa Orkid mencatat 18 transaksi teres, median RM278,500, kebanyakannya teres 1 tingkat sekitar RM250,000. Kita urus carian pembeli tanpa memberi janji kosong, sebaliknya bersandar mutlak pada fakta.
Paroi
Sebagai pemilik sekitar laluan utama ini, anda mungkin perlukan nasihat objektif tentang nilai pasaran semasa. Rekod Paroi kecil, 20 transaksi, teres median RM310,000 dan banglo median RM370,000. Sampel kecil bermakna setiap rumah perlu kajian taman sendiri. Matlamat utama saya adalah pastikan anda pegang angka sebenar sebelum melepaskan aset berharga ini.
Seremban 2
108 transaksi, kesemuanya hakmilik kekal. Teres 2 tingkat median RM515,000, semi-D sekitar RM720,000. Pasaran paling mahal antara lima kawasan ini. Saya menawarkan khidmat saringan data untuk hartanah anda supaya ia diiklankan dengan wajar. Tiada teknik meneka harga, cuma semakan rekod transaksi yang terbukti sebelum kita mula.
Rasah
Kawasan padat ini miliki ramai prospek pembeli jika anda sasarkan nilai pasaran yang betul. 56 transaksi teres, median RM290,000, dan 31 banglo dengan median RM520,000. Banyak rumah lama dijual pemilik asal, jadi harga realistik lebih penting daripada harga jiran. Hubungan telus membolehkan saya merancang pelan jualan anda berdasarkan fakta.
Facebook: Ejen Hartanah Seremban
Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis
AmaranSAYA TIDAK AKAN BERI JANJI-JANJI INI KEPADA PEMILIK RUMAH DI SEREMBAN
Jual rumah dalam tempoh 14 hari!
Kami ada ready buyer!
Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!
Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!
JUALAN HARTANAH DENGAN TEKNIK ANALISIS PERBANDINGAN & KAJIAN PASARAN
Setiap harga yang saya cadangkan di Seremban ditetapkan melalui Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:
Kajian Pasaran
Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat
Analisis Data
Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif
Pelan Pemasaran
Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik
Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…
… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Seremban yang sesuai untuk anda.
Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.
4 KUMPULAN PEMBELI YANG GERAKKAN PASARAN SEREMBAN
Keluarga komuter KL — Seremban ialah TERMINAL SELATAN KTM KOMUTER plus ETS dan akses PLUS/LEKAS. Mereka cari landed yang harganya dah tak wujud di Selangor
Penjawat awam & keluarga tempatan — ini IBU NEGERI berstatus bandaraya dengan penduduk hampir 700 ribu. Pasaran subsale paling dalam di Negeri Sembilan
Tenaga kerja industri — Sendayan TechValley dan zon MVV 2.0 menarik pekerja kilang, logistik dan teknologi. Township Sendayan antara paling aktif transaksinya dalam rekod JPPH
Upgrader tempatan — keluarga taman matang naik taraf ke SEREMBAN 2, AINSDALE & SENDAYAN, dan pesara memilih turun taraf ke rumah lebih kecil. Dua dua arah perlukan harga yang betul
Setiap kumpulan ni beza bajet, beza kawasan, beza cara cari rumah — strategi pemasaran pun kena beza. Dan biar saya jujur: rekod semasa menunjukkan pasaran subsale daerah ini dalam FASA PENYESUAIAN HARGA. Rumah yang berharga betul tetap terjual; rumah yang berharga ikut sentimen akan duduk lama dalam portal. Pilihan di tangan pemilik.
APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?
“Tuan Syakir bantu saya beli lot banglo daerah Seremban hampir RM150k di bawah value. Malahan urusan pembiayaan pembinaan banglo saya pun beliau yang uruskan hingga berjaya.”
“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”

“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”

“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”

“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”

“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”

“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”


SAYA EJEN HARTANAH SEREMBAN YANG BERDAFTAR DAN BOLEH ANDA PERCAYA
Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Seremban yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014. Sama ada anda mencari ejen hartanah Seremban, property agent Seremban atau real estate agent Seremban — anda sampai kepada orang yang sama: ejen berdaftar yang beroperasi di sini setiap hari.
Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).
Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.
Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.
- Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
- Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
- Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang
Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.
BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?
(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)
HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH
Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.
Hubungi SayaNak Jual Rumah Di Seremban? Isi Borang Ini
Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif
Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.
Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.
SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH SEREMBAN
Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.
Rumah Untuk Dijual Di Seremban
Ini unit yang saya uruskan sendiri di kawasan Seremban. Setiap satu disemak sebelum disenaraikan — hakmilik, tenure dan harga berdasarkan dokumen sebenar, bukan anggaran.

Rumah Setingkat Taman Cengal Utama Seremban Freehold

Teres 2 Tingkat Paroi Jaya Seremban Freehold Corner Lot

Teres 2 Tingkat Chemara Hills Seremban Freehold Bumi Lot

Teres 2 Tingkat Duyung Permai Seremban Freehold Endlot

Teres 2 Tingkat Saujana Tropika S2 Heights Seremban Freehold

Teres 2 Tingkat Bukit Eka Precinct 3A Seremban Freehold Non-Bumi

