PEA3833 · Sejak 2014

Ejen Hartanah Putrajaya

Ramai pemilik rumah di Putrajaya cuba jual sendiri... Malangnya gagal

Ketahui kenapa rumah anda masih belum terjual — dan bagaimana saya telah bantu ratusan pemilik sejak 2014

Syakir Zainol, PEA3833
Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925

Syakir Zainol memakai sut biru gelap dan berkaca mata
Syakir Zainol
PEA3833 · Legacy Real Property Sdn. Bhd.
E(1)1925
2014
Sepenuh masa sejak
PEA3833
No. daftar LPEPH
INSPEN
Sijil Ejen Hartanah
Team Leader
Legacy Real Property
Tentang Saya

Sejak 2014

Saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar PEA3833 bersama Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Bergerak sepenuh masa sejak 2014, saya mengendalikan hartanah di Putrajaya dan kawasan sekitarnya. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Putrajaya menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Untuk bantuan jual beli hartanah, hubungi saya terus di 013-363 7478.

Punca Sebenar

Punca sebenar masalah hartanah susah terjual adalah...

1

Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN

2

Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing

3

Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang

4

Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan

5

Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Putrajaya yang jauh lebih berpengalaman

Bukan Sekadar Kata Saya

Data & laporan rasmi mengesahkan masalah ini

Harga yang tidak sepadan dengan pasaran bukan masalah pemilik rumah sahaja. Menurut data NAPIC yang dilaporkan oleh Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro dan MalaysiaGazette, lebih 32,000 unit kediaman siap dibina oleh pemaju masih tidak terjual pada suku pertama 2026, dan hampir separuh daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah. Data ini melibatkan rumah baharu, bukan rumah subsale, tetapi laporan berkaitan mengaitkan lambakan ini dengan jurang antara harga yang ditawarkan dan kuasa beli rakyat. Antara laporan tersebut:

Keratan akhbar MalaysiaGazette Jun 2026 - 32,800 rumah siap dibina masih tidak terjual bernilai RM16.37 bilion
MalaysiaGazette

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual

Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.

MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Keratan rencana Berita Harian Julai 2026 - rumah mampu milik antara perang harga dan kuasa beli rakyat
Berita Harian

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat

Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
Keratan Harian Metro Mei 2026 - rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual
Harian Metro

32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual

Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.

Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Berita Harian Mei 2026 - purata harga rumah di Malaysia melepasi setengah juta ringgit
Berita Harian

RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit

Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.

Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Sinar Harian Julai 2026 - rumah tidak terjual cecah RM16.37 bilion, NHRA cadang cukai lambakan hartanah
Sinar Harian

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion

Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.

Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh

“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”

Pasaran Putrajaya

Rekod transaksi Putrajaya: 200 daripada 200 adalah hakmilik kekal

Saya semak 200 urus niaga kediaman terkini di Bandar Putrajaya, dari Februari 2025 hingga April 2026. Kesemuanya — tanpa satu pengecualian — hakmilik kekal. Ini menjadikan Putrajaya satu satunya kawasan dalam liputan saya di mana persoalan baki pajakan langsung tidak timbul. Tetapi ia datang dengan harganya sendiri: tiada rumah landed murah di sini.

Teres · Semua Presint

Median RM865k

30 transaksi teres tengah, julat RM720,000 sehingga RM1.33 juta, median RM505 psf. Beri perhatian pada angka terendah: RM720,000. Itulah paras masuk sebenar untuk rumah teres di Putrajaya — tiada satu pun rekod di bawah paras tu dalam tempoh yang saya kaji. Teres tepi median RM882,500, teres hujung RM800,000.

Kondominium · Segmen Paling Aktif

Median RM444,500

62 transaksi kondominium, segmen paling laju bertukar tangan di Putrajaya. Julat RM289,000 hingga RM899,877, median RM322 psf. Pangsapuri pula median RM380,000 tetapi pada psf lebih tinggi (RM412) — sekali lagi kerana saiz unit lebih kecil, bukan kerana ia lebih bernilai.

Berkembar & Banglo

RM1.9 juta – RM3.9 juta

Rumah berkembar median RM1.918 juta pada RM616 psf, dengan rekod tertinggi RM3.91 juta. Banglo reka bentuk pemaju median RM2.58 juta. Plot sesebuah (tanah kosong) median RM1.1 juta. Ini pasaran mewah yang sebenar dan berdokumen, bukan sekadar label pemasaran.

Mampu Milik · Paras Lantai Tinggi

RM160,000 – RM370k

Rumah pangsa kos rendah median RM260,000 daripada 34 transaksi. Bandingkan: di kebanyakan kawasan lain dalam liputan saya, flat kos rendah median di bawah RM150,000. Di Putrajaya, paras lantai untuk segmen paling murah pun jauh lebih tinggi.

Nota hakmilik: kesemua 579 rekod transaksi JPPH di Putrajaya (September 2023 hingga Mei 2026) direkodkan sebagai hakmilik kekal, sifar pajakan. Walaupun begitu, status geran dan baki tempoh pajakan tetap perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik kawasan anda. Itu kerja saya.

Hubungi Saya

Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis

Amaran

Saya tidak akan beri janji-janji ini kepada pemilik rumah di Putrajaya

Jual rumah dalam tempoh 14 hari!

Kami ada ready buyer!

Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!

Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!

Pendekatan Saya

Jualan hartanah dengan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran

Setiap harga yang saya cadangkan di Putrajaya ditetapkan menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bermula daripada rekod transaksi kawasan itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:

Langkah 01

Kajian pasaran

Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat

Langkah 02

Analisis data

Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif

Langkah 03

Pelan pemasaran

Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik

Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…

“Rumah saya ini special, dah reno itu ini begitu begini…”
“Inilah rumah pertama saya beli bersama isteri selepas kahwin…”
“Jiran saya kata dia baru je jual rumah dia dengan harga RM700k…”

… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Putrajaya yang sesuai untuk anda.

Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.

Demand Putrajaya

4 aliran pembeli dalam pasaran Putrajaya

1

Penjawat awam persekutuan — nadi sebenar pasaran Putrajaya. Kebanyakannya sasarkan kondominium dan pangsapuri RM380k HINGGA RM450k dalam presint yang dekat dengan kementerian masing masing.

2

Keluarga yang mahukan landed dalam bandar terancang — sedar sepenuhnya paras masuk RM720k KE ATAS dan sanggup bayar untuk perancangan bandar, keselamatan dan kedudukan sekolah. Kumpulan ni jarang menawar terlalu jauh ke bawah.

3

Pembeli segmen atas — berkembar dan banglo RM1.9 JUTA KE ATAS. Bilangan transaksi kecil tetapi nilainya besar, dan mereka bergerak dengan sangat diam diam.

4

Pelabur dan pembeli mampu milik — memburu unit BAWAH RM300k dalam segmen kos rendah, disokong permintaan sewa yang stabil daripada kakitangan kerajaan gred pertengahan.

Satu perkara membezakan Putrajaya daripada semua kawasan lain: presint anda lebih penting daripada jenis rumah anda. Presint 15 dan Presint 11 sahaja menyumbang hampir separuh daripada semua transaksi yang saya kaji. Kalau iklan anda tak menyatakan presint dengan jelas, pembeli yang paling serius takkan JUMPA ANDA LANGSUNG.

Bukti Sosial

Apa kata klien-klien hartanah saya?

“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”
Mr & Ms Yan
Mr & Ms YanBusiness Owners
Syakir Zainol, ejen hartanah Putrajaya yang berdaftar (PEA3833)
Kenali Ejen Anda

Saya ejen hartanah Putrajaya yang berdaftar dan boleh anda percaya

Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Putrajaya yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014. Sama ada anda mencari ejen hartanah Putrajaya, property agent Putrajaya atau real estate agent Putrajaya — anda sampai kepada orang yang sama: ejen berdaftar yang beroperasi di sini setiap hari.

Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.

Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.

PEA3833 · LPEPH Sijil INSPEN Team Leader, Legacy Nilai Director, QS Premiere Mortgage Consultants
Saya tidak terima semua perlantikan. Saya hanya bantu pemilik yang:
  • Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
  • Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
  • Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang

Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.

Hubungi Saya

Bersedia untuk jual hartanah anda secara serius?

(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)

Hubungi saya sekarang sebelum slot penuh

Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.

Hubungi Saya
Syarat Kerjasama

Saya hanya terima listing secara eksklusif

Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.

Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.

Eksklusif: satu ejen bertanggungjawab penuh — fokus & akauntabiliti jelas
Open listing: usaha berpecah, harga tertekan, tiada siapa bertanggungjawab

Nak jual rumah di Putrajaya? Isi borang ini

Ada Kemusykilan?

Soalan-soalan lazim ejen hartanah Putrajaya

Berapa harga pasaran rumah teres di Putrajaya sekarang?
Berdasarkan rekod transaksi JPPH bagi Bandar Putrajaya (Feb 2025 hingga Apr 2026): teres tengah median RM865,000, julat RM720,000 sehingga RM1.33 juta, median RM505 psf. Teres tepi median RM882,500 dan teres hujung RM800,000. Angka yang paling penting sebenarnya angka terendah — RM720,000. Tiada satu pun transaksi teres di bawah paras tu direkodkan dalam tempoh ini, jadi sesiapa yang beritahu anda ada teres Putrajaya bawah RM700,000 sedang bercakap tentang harapan, bukan rekod.
Rumah di Putrajaya hakmilik kekal atau pajakan?
Kesemua 200 urus niaga kediaman yang saya semak di Bandar Putrajaya direkodkan sebagai hakmilik kekal — teres, berkembar, banglo, kondominium, pangsapuri dan flat kos rendah, tanpa satu pengecualian. Ini menjadikan Putrajaya berbeza daripada hampir semua kawasan lain dalam liputan saya di Selangor, di mana pajakan sangat lazim. Bagi penjual, ia bermakna satu halangan besar yang biasa melambatkan proses jualan tidak wujud di sini.
Presint mana yang paling laku di Putrajaya?
Dari 200 transaksi yang saya kaji, taburan mengikut presint sangat tidak sekata: Presint 15 mencatat 50 transaksi, Presint 11 sebanyak 48, Presint 9 sebanyak 29, Presint 8 sebanyak 20 dan Presint 16 sebanyak 13. Lima presint ni sahaja meliputi 80 peratus daripada keseluruhan aktiviti. Kalau hartanah anda berada dalam presint yang kurang aktif, ia bukan bermakna tak boleh dijual — ia bermakna tempoh pemasaran perlu dirancang lebih realistik dari awal, dan harga perlu betul dari hari pertama.
Kenapa tiada rumah teres murah di Putrajaya?
Sebab struktur pasarannya berbeza. Putrajaya bandar terancang dengan bekalan tanah kediaman yang terhad dan tiada stok rumah kos rendah landed seperti di bandar lain. Segmen paling murah dalam rekod pun rumah pangsa kos rendah pada median RM260,000 — dan itu unit berstrata, bukan landed. Jadi bila pemilik di Putrajaya bandingkan harga dengan Kajang atau Bangi, perbandingan tu sebenarnya tidak sah dari awal lagi.
Kondominium saya dalam presint yang bagus tapi masih tak terjual. Kenapa?
Kondominium ialah segmen paling padat di Putrajaya — 62 transaksi dalam tempoh yang saya kaji, dan itu belum kira unit yang masih tersadai dalam iklan. Julatnya pula sangat luas: RM289,000 hingga RM899,877. Bila julat seluas ni wujud dalam satu segmen, pembeli akan bandingkan unit anda dengan unit lain yang mungkin lebih besar, lebih tinggi tingkatnya, atau lebih baik keadaannya pada harga hampir sama. Presint bagus membuka pintu; ia tidak menutup deal.
Adakah saya perlu bayar apa-apa jika hartanah belum terjual?
Tidak. Saya hanya mengenakan caj profesional mengikut kadar yang ditetapkan undang undang (maksimum 3% daripada harga transaksi, tertakluk kepada minimum RM1,000 bagi setiap hartanah, mengikut skala yuran LPEPH) setelah hartanah anda berjaya dijual dan urus niaga selesai. Tiada bayaran pendahuluan, tiada caj pemasaran tersembunyi. Sebagai ejen hartanah berdaftar PEA3833 di bawah LPEPH, struktur caj saya tertakluk kepada peraturan — bukan kepada budi bicara saya.
Kondominium saya bersaing dengan unit lain yang juga belum terjual. Macam mana saya menang?
Dengan tidak kelihatan sama dengan yang lain. Unit siap yang kekal tidak terjual sembilan bulan atau lebih direkod NAPIC sebagai overhang dan diterbitkan ikut negeri serta jenis hartanah. Kalau unit anda berkongsi harga, saiz dan pemandangan dengan banyak unit lain, tiada sebab pembeli memilih anda. Yang boleh anda ubah ialah harga, keadaan unit dan pembentangan. Skala stok itu ada dalam data overhang ikut negeri.
Bagaimana cara melantik ejen hartanah untuk jual rumah di Putrajaya?
Prosesnya ringkas. Kita berbincang dahulu tentang hartanah anda — lokasi, saiz, tenure dan keadaan unit. Saya tarik rekod transaksi terkini taman anda sendiri dan bentangkan julat harga yang realistik berdasarkan data itu, bukan berdasarkan harga jiran atau harga launching. Jika anda setuju dengan pendekatan saya, kita tandatangan surat pelantikan bertulis sebelum hartanah dipasarkan. Tiada bayaran pendahuluan pada mana-mana peringkat ini. Saya ejen hartanah berdaftar (registered real estate agent) yang beroperasi sepenuh masa sejak 2014 dan meliputi Putrajaya, dengan nombor pendaftaran PEA3833 di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Untuk kawasan lain yang saya kendalikan, lihat halaman ejen hartanah Selangor dan ejen hartanah Sepang.
Adakah saya perlu tandatangan Letter of Appointment sebelum rumah dipasarkan?
Ya. Saya tidak memasarkan mana-mana hartanah tanpa surat pelantikan bertulis daripada pemilik berdaftar. Dokumen ini menetapkan harga yang dipersetujui, tempoh pelantikan dan kadar caj profesional secara bertulis, supaya tiada salah faham di kemudian hari. Ia juga melindungi anda — tanpa dokumen ini, sesiapa sahaja boleh mendakwa mewakili hartanah anda. Memandangkan saya hanya menerima pelantikan secara eksklusif, dokumen yang saya guna ialah Exclusive Letter of Appointment.
Berapa lama biasanya proses jual rumah di Putrajaya?
Ada dua peringkat yang berasingan. Peringkat pertama ialah tempoh pemasaran sehingga jumpa pembeli — ini bergantung pada harga yang ditetapkan, jenis hartanah dan keadaan unit, dan tiada angka tetap yang jujur boleh saya berikan tanpa melihat hartanah anda dahulu. Peringkat kedua bermula selepas Sale and Purchase Agreement ditandatangani: proses pindah milik mengambil masa anggaran sekitar 3 bulan. Pemilik yang tersilap kira biasanya lupa peringkat kedua ini dan menyangka jualan selesai pada hari SPA ditandatangani.

Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.

Saya sendiri yang akan menghubungi anda. Maklumat anda tidak dikongsi dengan pihak ketiga.

Kawasan Liputan

Khidmat Pemasaran Hartanah Berdasarkan Kawasan

Servis ejen hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, dengan tumpuan khusus di Seremban, Nilai, Bangi, Seri Kembangan, Sepang, Shah Alam, Puchong, Kajang, Semenyih dan Putrajaya.

Negeri & Wilayah Persekutuan