PEA3833 · Sejak 2014

Ejen Hartanah Negeri Sembilan

Ramai pemilik rumah di Negeri Sembilan cuba jual sendiri... Malangnya gagal

Ketahui kenapa rumah anda masih belum terjual — dan bagaimana saya telah bantu ratusan pemilik sejak 2014

Syakir Zainol, PEA3833
Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925

Syakir Zainol memakai sut biru gelap dan berkaca mata
Syakir Zainol
PEA3833 · Legacy Real Property Sdn. Bhd.
E(1)1925
2014
Sepenuh masa sejak
PEA3833
No. daftar LPEPH
INSPEN
Sijil Ejen Hartanah
Team Leader
Legacy Real Property
Tentang Saya

Sejak 2014

Saya Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar PEA3833 bersama Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Bergerak sepenuh masa sejak 2014, saya mengendalikan hartanah di Negeri Sembilan dan kawasan sekitarnya. Saya bantu pemilik rumah menjual rumah di Negeri Sembilan menggunakan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran berpandukan rekod dan data transaksi sebenar, bukan agakan. Untuk bantuan jual beli hartanah, hubungi saya terus di 013-363 7478.

Punca Sebenar

Punca sebenar masalah hartanah susah terjual adalah...

1

Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN

2

Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing

3

Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang

4

Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan

5

Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Negeri Sembilan yang jauh lebih berpengalaman

Bukan Sekadar Kata Saya

Data & laporan rasmi mengesahkan masalah ini

Harga yang tidak sepadan dengan pasaran bukan masalah pemilik rumah sahaja. Menurut data NAPIC yang dilaporkan oleh Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro dan MalaysiaGazette, lebih 32,000 unit kediaman siap dibina oleh pemaju masih tidak terjual pada suku pertama 2026, dan hampir separuh daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah. Data ini melibatkan rumah baharu, bukan rumah subsale, tetapi laporan berkaitan mengaitkan lambakan ini dengan jurang antara harga yang ditawarkan dan kuasa beli rakyat. Antara laporan tersebut:

Keratan akhbar MalaysiaGazette Jun 2026 - 32,800 rumah siap dibina masih tidak terjual bernilai RM16.37 bilion
MalaysiaGazette

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual

Suku pertama 2026: 32,800 unit kediaman siap dibina masih tidak terjual, bernilai RM16.37 bilion. Sebanyak 46.9 peratus daripadanya berharga RM300,000 dan ke bawah.

MalaysiaGazette, 29 Jun 2026 — baca laporan penuh
Keratan rencana Berita Harian Julai 2026 - rumah mampu milik antara perang harga dan kuasa beli rakyat
Berita Harian

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat

Rencana Berita Harian mengenai jurang antara harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan kuasa beli sebenar rakyat, terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Berita Harian, 12 Julai 2026 — baca rencana penuh
Keratan Harian Metro Mei 2026 - rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual
Harian Metro

32,801 UnitHarian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual

Lambakan rumah siap dibina mencecah 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion pada suku pertama 2026, berbanding 30,471 unit pada suku sebelumnya. Kategori bawah RM300,000 paling ramai tidak terjual.

Harian Metro, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Berita Harian Mei 2026 - purata harga rumah di Malaysia melepasi setengah juta ringgit
Berita Harian

RM500,000+Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit

Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi paras setengah juta ringgit. Harga siar yang jauh di atas paras ini menjadikan tempoh pemasaran lebih panjang, bukan lebih pendek.

Berita Harian, 14 Mei 2026 — baca laporan penuh
Keratan Sinar Harian Julai 2026 - rumah tidak terjual cecah RM16.37 bilion, NHRA cadang cukai lambakan hartanah
Sinar Harian

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion

Lebih 32,000 unit kediaman siap dibina kekal tidak terjual. NHRA mencadangkan cukai lambakan hartanah atau levi kekosongan ke atas unit yang berharga di luar kemampuan penduduk setempat.

Sinar Harian, 3 Julai 2026 — baca laporan penuh

“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”

Pasaran Negeri Sembilan

Rekod transaksi Negeri Sembilan: pasaran paling mampu milik dan paling konsisten hakmilik kekal

Saya tarik 200 rekod transaksi kediaman terkini bagi Negeri Sembilan (8 April hingga 26 Mei 2026). Dua angka menonjol serta merta: median teres tengah RM306,000 pada RM305 psf — kedua-duanya terendah dalam keseluruhan kawasan liputan saya — dan 77 daripada 83 transaksi teres direkodkan sebagai hakmilik kekal.

Teres · Paras Masuk Terendah

Median RM306,000

83 transaksi teres tengah, julat RM36,000 sehingga RM928,170, median RM305 psf. 77 daripada 83 adalah HAKMILIK KEKAL. Bandingkan dengan Selangor: median terendah di sana ialah Banting pada RM400,000. Negeri Sembilan menawarkan landed hakmilik kekal pada paras yang sudah tidak wujud di Lembah Klang.

Pasaran Landed Hampir Sepenuhnya

83 teres berbanding 8 unit strata

Dalam 200 rekod ini, kondominium hanya 3 transaksi (median RM160,000) dan pangsapuri 5 transaksi (median RM281,456). Di Bangi pula, 62 peratus urus niaga adalah unit berstrata. Bagi tempoh 8 April hingga 26 Mei 2026, urus niaga di Negeri Sembilan didominasi rumah landed. Angka ini menunjukkan bilangan urus niaga, bukan bilangan pembeli. Bagi pemilik unit strata, harga dan tempoh pemasaran perlu dirancang berdasarkan rekod transaksi bangunan itu sendiri.

Tanah & Segmen Atas

RM136,000 – RM1.65 juta

16 transaksi plot sesebuah dengan median RM136,000 — tanah kediaman masih aktif bertukar tangan di sini. Rumah berkembar median RM830,000 dan banglo reka bentuk pemaju median RM600,000 dengan rekod tertinggi RM1.65 juta. Teres hujung pula median RM505,000, jauh melebihi teres tengah.

Segmen Mampu Milik

RM58,000 – RM130,000

Flat kos rendah median RM58,000 dan teres kos rendah median RM130,000 — angka terendah yang saya rekodkan dalam mana mana kawasan liputan saya. Segmen ni sangat sensitif harga; beza RM5,000 sahaja boleh menentukan sama ada pembeli lulus pinjaman atau tidak, jadi penetapan harga di sini perlu tepat, bukan optimistik.

Nota hakmilik: status geran berbeza ikut taman, bukan ikut kawasan. Status geran dan baki tempoh pajakan adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran, kerana ia memberi kesan terus pada kelulusan loan pembeli. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.

Hubungi Saya

Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis

Amaran

Saya tidak akan beri janji-janji ini kepada pemilik rumah di Negeri Sembilan

Jual rumah dalam tempoh 14 hari!

Kami ada ready buyer!

Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!

Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!

Pendekatan Saya

Jualan hartanah dengan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran

Setiap penilaian yang saya buat di Negeri Sembilan bermula daripada rekod transaksi taman itu sendiri — bukan purata daerah, bukan harga launching developer. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:

Langkah 01

Kajian pasaran

Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat

Langkah 02

Analisis data

Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif

Langkah 03

Pelan pemasaran

Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik

Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…

“Rumah saya ini special, dah reno itu ini begitu begini…”
“Inilah rumah pertama saya beli bersama isteri selepas kahwin…”
“Jiran saya kata dia baru je jual rumah dia dengan harga RM700k…”

… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Negeri Sembilan yang sesuai untuk anda.

Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.

Demand Negeri Sembilan

4 aliran pembeli dalam pasaran Negeri Sembilan

1

Keluarga tempatan dan pekerja koridor perindustrian Nilai — aliran paling tebal dan paling stabil, majoritinya sasarkan teres BAWAH RM350k dalam taman yang matang dan dekat tempat kerja.

2

Pembeli yang keluar dari Lembah Klang — mereka bandingkan psf RM305 di sini dengan RM500 hingga RM568 di Selangor dan Kuala Lumpur, kemudian sedar mereka boleh dapat rumah JAUH LEBIH BESAR dengan hakmilik kekal pada bajet yang sama.

3

Pembeli tanah untuk bina sendiri — plot kediaman BAWAH RM150k masih bertukar tangan secara aktif. Kumpulan ni sangat teliti tentang kategori kegunaan tanah dan syarat nyata sebelum membuat tawaran.

4

Pembeli segmen atas tempatan — berkembar dan banglo RM600k KE ATAS. Bilangan kecil, tetapi mereka membeli untuk menetap jangka panjang dan tidak tergesa gesa.

Kelebihan terbesar Negeri Sembilan bukan harganya yang rendah — ia gabungan harga rendah DENGAN hakmilik kekal yang hampir menyeluruh. Di Selangor, pembeli terpaksa pilih antara mampu milik dan hakmilik kekal dalam banyak kawasan. Di sini mereka tak perlu pilih. Kalau rumah anda hakmilik kekal, jangan biarkan fakta tu tersembunyi — ia sebab utama pembeli sanggup MEMANDU LEBIH JAUH.

Bukti Sosial

Apa kata klien-klien hartanah saya?

“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”
Mr & Ms Yan
Mr & Ms YanBusiness Owners
Syakir Zainol, ejen hartanah Negeri Sembilan yang berdaftar (PEA3833)
Kenali Ejen Anda

Saya ejen hartanah Negeri Sembilan yang berdaftar dan boleh anda percaya

Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Negeri Sembilan yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd E(1)1925, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014. Sama ada anda mencari ejen hartanah Negeri Sembilan, property agent Negeri Sembilan atau real estate agent Negeri Sembilan — anda sampai kepada orang yang sama: ejen berdaftar yang beroperasi di sini setiap hari.

Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.

Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.

PEA3833 · LPEPH Sijil INSPEN Team Leader, Legacy Nilai Director, QS Premiere Mortgage Consultants
Saya tidak terima semua perlantikan. Saya hanya bantu pemilik yang:
  • Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
  • Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
  • Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang

Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.

Hubungi Saya

Bersedia untuk jual hartanah anda secara serius?

(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)

Hubungi saya sekarang sebelum slot penuh

Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. Isi borang di bawah HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.

Hubungi Saya
Syarat Kerjasama

Saya hanya terima listing secara eksklusif

Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.

Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.

Eksklusif: satu ejen bertanggungjawab penuh — fokus & akauntabiliti jelas
Open listing: usaha berpecah, harga tertekan, tiada siapa bertanggungjawab

Nak jual rumah di Negeri Sembilan? Isi borang ini

Ada Kemusykilan?

Soalan-soalan lazim ejen hartanah Negeri Sembilan

Kawasan mana dalam Negeri Sembilan yang anda kendalikan?
Tumpuan utama saya ialah Nilai dan Seremban — kedua-duanya ada halaman khusus dengan rekod transaksi sebenar kawasan berkenaan, termasuk pecahan mengikut taman. Pejabat saya sendiri beralamat di Nilai, jadi ini bukan kawasan yang saya layan dari jauh. Saya juga menerima hartanah di kawasan lain dalam Negeri Sembilan; kalau ia di luar dua kawasan tu, saya akan tarik data khusus untuk skim anda sebelum kita bincang harga. Liputan saya yang paling tebal ada di Selangor.
Berapa harga pasaran rumah teres di Negeri Sembilan sekarang?
Berdasarkan 200 rekod transaksi kediaman antara 8 April hingga 26 Mei 2026: teres tengah median RM306,000 pada RM305 psf, julat RM36,000 sehingga RM928,170. Teres hujung median RM505,000 dan teres tepi RM280,000. Ambil perhatian bahawa median RM306,000 ni ialah paras terendah antara semua kawasan liputan saya — di Selangor, kawasan paling murah pun median RM400,000.
Rumah di Negeri Sembilan hakmilik kekal atau pajakan?
Hampir seluruhnya hakmilik kekal, dan ini paling konsisten dalam keseluruhan liputan saya. Dalam rekod transaksi: 77 daripada 83 teres tengah, 9 daripada 10 teres hujung, kesemua 9 teres tepi, kesemua 4 rumah berkembar, dan kesemua 11 flat kos rendah adalah hakmilik kekal. Untuk penjual, ini bermakna satu halangan pembiayaan yang biasa memperlahankan jualan di Selangor hampir tidak wujud di sini.
Saya nak pindah keluar dari Lembah Klang. Berbaloi ke beli di Negeri Sembilan?
Dari segi angka, perbezaannya besar. Harga per kaki persegi di sini RM305, berbanding RM500 hingga RM568 di kawasan seperti Damansara, Ampang dan Kuala Lumpur. Maknanya bajet yang sama membeli rumah yang jauh lebih luas — dan dengan hakmilik kekal pula. Tetapi saya perlu jujur tentang tukarannya: masa perjalanan, pilihan sekolah, dan kolam pembeli yang lebih kecil kalau anda nak jual semula nanti. Itu keputusan gaya hidup, dan saya lebih rela anda buat dengan mata terbuka.
Saya ada unit pangsapuri atau kondominium di Negeri Sembilan. Susah ke nak jual?
Lebih mencabar berbanding rumah landed, dan datanya jelas. Dalam 200 transaksi yang saya semak bagi tempoh 8 April hingga 26 Mei 2026, kondominium hanya 3 dan pangsapuri 5, berbanding lebih 100 transaksi rumah landed. Rekod transaksi unit strata yang sedikit menyukarkan penetapan harga berdasarkan perbandingan. Ia bukan bermakna tak boleh dijual; ia bermakna tempoh pemasaran perlu dirancang lebih realistik, harga mesti betul dari hari pertama, dan pemasaran perlu menyasarkan kumpulan pembeli yang betul, bukan menunggu.
Adakah saya perlu bayar apa-apa jika hartanah belum terjual?
Tidak. Saya hanya mengenakan caj profesional mengikut kadar yang ditetapkan undang undang (maksimum 3% daripada harga transaksi, tertakluk kepada minimum RM1,000 bagi setiap hartanah, mengikut skala yuran LPEPH) setelah hartanah anda berjaya dijual dan urus niaga selesai. Tiada bayaran pendahuluan, tiada caj pemasaran tersembunyi. Sebagai ejen hartanah berdaftar PEA3833 di bawah LPEPH, struktur caj saya tertakluk kepada peraturan — bukan kepada budi bicara saya.
Berapa banyak rumah siap di Negeri Sembilan yang masih belum bertemu pembeli?
Angkanya direkod JPPH melalui NAPIC di bawah istilah overhang — unit yang sudah siap dan bersijil, tetapi kekal tidak terjual sembilan bulan atau lebih. Ia dipecahkan ikut negeri dan ikut jenis hartanah, dan bebannya tidak sama rata: sesetengah segmen menanggung jauh lebih banyak daripada yang lain. Kalau unit anda berada dalam segmen yang tebal, ruang untuk letak harga tinggi jadi lebih sempit, bukan lebih luas. Angka penuhnya ada dalam pecahan overhang ikut negeri.
Bagaimana cara melantik ejen hartanah untuk jual rumah di Negeri Sembilan?
Prosesnya ringkas. Kita berbincang dahulu tentang hartanah anda — lokasi, saiz, tenure dan keadaan unit. Saya tarik rekod transaksi terkini taman anda sendiri dan bentangkan julat harga yang realistik berdasarkan data itu, bukan berdasarkan harga jiran atau harga launching. Jika anda setuju dengan pendekatan saya, kita tandatangan surat pelantikan bertulis sebelum hartanah dipasarkan. Tiada bayaran pendahuluan pada mana-mana peringkat ini. Sebagai ejen jual rumah Negeri Sembilan yang berdaftar (registered real estate agent), saya beroperasi sepenuh masa sejak 2014 dan meliputi Negeri Sembilan, dengan nombor pendaftaran PEA3833 di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925. Untuk kawasan lain di negeri ini, lihat halaman ejen hartanah Nilai dan ejen hartanah Seremban.
Adakah saya perlu tandatangan Letter of Appointment sebelum rumah dipasarkan?
Ya. Saya tidak memasarkan mana-mana hartanah tanpa surat pelantikan bertulis daripada pemilik berdaftar. Dokumen ini menetapkan harga yang dipersetujui, tempoh pelantikan dan kadar caj profesional secara bertulis, supaya tiada salah faham di kemudian hari. Ia juga melindungi anda — tanpa dokumen ini, sesiapa sahaja boleh mendakwa mewakili hartanah anda. Memandangkan saya hanya menerima pelantikan secara eksklusif, dokumen yang saya guna ialah Exclusive Letter of Appointment.
Berapa lama biasanya proses jual rumah di Negeri Sembilan?
Ada dua peringkat yang berasingan. Peringkat pertama ialah tempoh pemasaran sehingga jumpa pembeli — ini bergantung pada harga yang ditetapkan, jenis hartanah dan keadaan unit, dan tiada angka tetap yang jujur boleh saya berikan tanpa melihat hartanah anda dahulu. Peringkat kedua bermula selepas Sale and Purchase Agreement ditandatangani: proses pindah milik mengambil masa anggaran sekitar 3 bulan. Pemilik yang tersilap kira biasanya lupa peringkat kedua ini dan menyangka jualan selesai pada hari SPA ditandatangani.

Baca juga: servis ejen hartanah saya dan panduan hartanah.

Saya sendiri yang akan menghubungi anda. Maklumat anda tidak dikongsi dengan pihak ketiga.

Kawasan Liputan

Khidmat Pemasaran Hartanah Berdasarkan Kawasan

Servis ejen hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, dengan tumpuan khusus di Seremban, Nilai, Bangi, Seri Kembangan, Sepang, Shah Alam, Puchong, Kajang, Semenyih dan Putrajaya.

Negeri & Wilayah Persekutuan

Kuala LumpurSelangorNegeri Sembilan