Ada satu hadith yang selalu saya teringat balik setiap kali cerita tentang rumah.
Rasulullah ﷺ kata, empat perkara yang bawa kebahagiaan — isteri solehah, rumah yang luas, jiran yang baik, kenderaan yang selesa. (Riwayat Ibn Hibban no. 4031 dan Ahmad no. 1448)
Rumah ada masuk dalam list yang Nabi sebut tu.
Allah pun sebut dalam Surah An-Nahl ayat 80.
“Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.”
Tapi realiti yang saya nampak selalu adalah ramai beli rumah sekadar beli aset batu dan bata semata.
Value banyak naik ke tak, yield berapa, lokasi strategik ke tak.
Sedangkan Rasulullah ﷺ dah pesan jauh lebih awal — jangan biar rumah jadi macam kubur.
Rumah yang sunyi dari solat dan bacaan Al-Quran, itulah maksud baginda.
Syaitan pun lari dari rumah yang ada alunan Al-Baqarah di dalamnya (HR Muslim no. 780).
Jangan had kan nilai sebenar rumah sekadar pada angka nilaian.
Kerana nilai sebenar sebuah rumah adalah pada apa yang berlaku dalam ruang lingkungan dinding tu — solat yang didirikan, ilmu yang diamalkan di dalamnya, keluarga yang dibesarkan dengan betul.
PM saya kalau nak borak pasal cari rumah yang bukan sekadar pelaburan, tapi juga tempat bina keluarga.
#NilaiSebenarRumah #RumahDalamIslam
Baca juga: Amalan Rumah Baru Mengikut Sunnah

