Artikel · Panduan Hartanah

Beli Rumah Daripada Pemilik: Cara Nilai Harga Supaya Tidak Bayar Lebih

Syakir Zainol
Model sederet rumah teres yang sama; satu unit diangkat tinggi di atas tiang loyang dan disuluh cahaya keemasan, meninggalkan ruang kosong dalam deret.

Apabila anda beli rumah terus daripada pemilik, wajib semak harga dengan rekod transaksi hartanah setanding.

Cara rumah dipasarkan sahaja tidak cukup untuk tentukan sama ada harganya munasabah.

Sebagai PEA, apabila saya cadangkan harga kepada pemilik, ia sentiasa berpandukan data pasaran dan keadaan fizikal rumah.

Pemilik mungkin letak harga berdasarkan nilai emosi, kenangan dan kos ubah suai.

Namun pembeli perlu nilai tawaran berdasarkan pilihan semasa yang ada di pasaran.

Bezakan Harga Iklan Dengan Harga Transaksi

Harga iklan hanyalah angka yang pemilik mahu terima pada peringkat pemasaran.

Harga transaksi pula ialah jumlah jual beli sebenar yang direkodkan secara rasmi.

Jangan jadikan harga iklan sebagai penanda aras nilai pasaran.

Anda boleh rujuk portal Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) untuk semak data transaksi secara percuma.

Gunakan data ini sebagai titik rujukan sebelum anda pergi viewing atau buat tawaran.

Pautan: Data Transaksi Terbuka NAPIC.

Mula dengan transaksi paling dekat dari segi lokasi, jenis rumah dan tarikh jual beli.

Jika transaksi sudah terlalu lama atau jenis rumah berbeza, ambil kira perbezaan tersebut sebelum nilai tawaran semasa.

Jika anda tidak mahir dengan kawasan tersebut, lihat visualisasi NAPIC mengikut daerah dan jenis kediaman.

Ini bantu anda kecilkan skop carian sebelum kaji taman sasaran secara spesifik.

Pautan: Visualisasi Transaksi Kediaman NAPIC.

Bandingkan Keadaan Sebenar Rumah

Dua buah rumah di taman yang sama boleh ada perbezaan ketara pada saiz bukaan, kedudukan lot dan kondisi fizikal.

Semasa viewing, buat senarai kerosakan untuk anda kira bajet kos pembaikan selepas beli.

Kos ubah suai sering menjadi alasan pemilik meletakkan harga tinggi.

Sebagai pembeli, tanya diri anda sama ada ubah suai tersebut benar-benar penuhi keperluan anda.

Jika pemilik beri alasan kos ubah suai tinggi, minta butiran lanjut kerja-kerja yang telah dibuat.

Balik rumah, kaji semula data transaksi sebelum anda tetapkan jumlah tawaran rasmi.

Jika data perbandingan terhad, jangan buat kesimpulan melulu daripada satu rekod sahaja.

Gunakan julat harga sebagai panduan dan nilai semula apabila anda dapat maklumat baharu.

Fahami Peranan Valuer dan Ejen Hartanah

Ejen hartanah berfungsi bantu pemilik kaji data transaksi dan saingan pasaran sebelum iklankan rumah.

Analisis ini bantu kedua-dua pihak nilai asas sesuatu harga dan ruang untuk rundingan.

Ingat, cadangan harga iklan daripada ejen adalah berbeza dengan nilai pasaran (market value) daripada valuer.

Anda boleh dapatkan anggaran nilai pasaran secara rasmi melalui valuer swasta atau laporan pasaran JPPH.

Pautan: Soalan Lazim JPPH.

Jika ragu-ragu, rujuk valuer berdaftar untuk sediakan penilaian khusus bagi rumah yang hendak dibeli.

Beri maklumat lengkap supaya valuer boleh tetapkan asas anggaran yang tepat berserta batas penggunaannya.

Buat Tawaran Berdasarkan Data

Tengok sekurang-kurangnya beberapa pilihan yang sesuai dengan keperluan sebelum buat tawaran.

Masukkan anggaran kos pembaikan dalam bajet supaya keputusan anda tidak bergantung pada harga iklan semata-mata.

Semasa berunding, kemukakan data transaksi dan keadaan fizikal rumah sebagai asas tawaran anda.

Biar pemilik pertimbangkan tawaran itu bersama keperluan masa dan rancangan jualan mereka.

Akhir sekali, harga transaksi ialah persetujuan bersama antara penjual dan pembeli.

Beli rumah yang harganya masuk akal dan sesuai dengan kemampuan kewangan, sama ada urusan dibuat terus dengan pemilik atau melalui ejen.

Baca lebih lanjut: Beli Rumah Pertama Tanpa Rasa Terseksa.

Syakir Zainol
Probationary Estate Agent PEA3833
013-363 7478
Legacy Real Property Sdn. Bhd.
Ejen Hartanah Berdaftar E(1)1925
[email protected]
hakmilikkekal.com

Merancang untuk Menjual atau Membeli Rumah di Nilai atau Seremban, mahupun di Mana-mana Lokasi sekitar Selangor dan Kuala Lumpur?

Elakkan kesilapan meletakkan harga atau tersalah strategi pemasaran. Lantik saya, Syakir Zainol, Probationary Estate Agent (PEA3833) di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925, dengan pengalaman sejak 2014.

Lihat Profil Google & Ulasan Klien
Kongsi:Pautan disalin!
Syakir Zainol
Syakir Zainol
Probationary Estate Agent · PEA3833 · Legacy Real Property Sdn. Bhd.
Sejak 2014, saya membantu pemilik dan pembeli hartanah di Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan membuat keputusan berdasarkan data transaksi sebenar tanpa tekanan jualan.
Hubungi Saya

Ingin menjual atau membeli hartanah?

Berurusan terus dengan saya. Tiada tekanan jualan, hanya berpandukan data pasaran dan proses yang telus.

013-363 7478