Ramai orang yang mengidamkan sebuah rumah yang dibina ikut citarasa dan selera sendiri.
Bukan semata-mata bergantung dengan rekabentuk dan spesifikasi rangkaan pemaju.
Boleh reka ikut kehendak sendiri, boleh pilih tema rekabentuk sendiri, boleh pilih bahan dan material binaan yang diingini.
Jadi tak hairanalah ramai bakal pemilik rumah yang berangan-angan untuk memiliki sebuah tanah lot yang kemudiannya dibangunkan rumah idaman di atas tanah tersebut.
Namun sebenarnya, ini (bina rumah sendiri) bukan sesuai untuk semua orang.
Sebab apa?
Bukan sekadar isu atau halangan kewangan, mampu atau tidak mampu semata-mata.
Tapi juga melibatkan halangan-halangan yang tidak pernah terfikir oleh orang-orang yang belum pernah terlibat dengan pembinaan rumah sendiri terutamanya yang melibatkan urusan-urusan berkaitan undang-undang.
Membina sebuah rumah secara patuh undang-undang merupakan satu proses yang sangat renyah dan berisiko sekiranya tidak diuruskan dengan tertib.
Ada banyak proses serta prosedur serta urusan dokumentasi yang perlu dilalui.
Bahkan, individu yang berminat juga perlu ada kemampuan kewangan yang kukuh sebelum boleh berbuat demikian.
Walaupun ada ditawarkan pembiayaan untuk bina rumah di atas tanah sendiri, namun kebanyakan pakej pembiayaan tersebut tidak menawarkan margin pembiayaan 100%.
Andainya ada sekalipun, ada banyak kos awalan yang perlu keluar dari poket sendiri.
Ini termasuklah kos penyediaan pelan bangunan, perlantikan arkitek untuk penyediaan aplikasi pemajuan kepada pihak berkuasa tempatan, kos pembersihan tanah, dan kos-kos tambahan lain seperti pendaftaran bekalan air & elektrik sementara.
Besar cabaran yang perlu dihadapi.
Kesimpulannya, sekiranya anda benar-benar serius untuk bina rumah sendiri, pastikan anda mampu sediakan sekurang-kurangnya tunai sebanyak 30% daripada harga rumah untuk dijadikan perbelanjaan hangus.
Ini belum termasuk kos-kos “cuci kaki” untuk jadikan rumah benar-benar sempurna dan selesa didiami.
Jadi jangan biarkan impian membina rumah bertukar menjadi beban kewangan luar jangka hanya kerana terlepas pandang perancangan.
Dapatkan pandangan pakar, buat kira kira terlebih dahulu, fahami semua kos yang terlibat, kemudian barulah buat keputusan dengan cermat.
PM saya kalau nak berbincang realiti sebenar sebelum anda nekad bina rumah atas tanah sendiri.
Baca juga: Deposit Rumah Pertama: Kenapa Simpanan Anda Sentiasa Tidak Cukup
Kawasan liputan saya: Seremban, Nilai, KL & Selangor.
#BinaRumahSendiri #KosBinaRumah

