PEA3833 · Sejak 2014

Ejen Hartanah Berdaftar KajangRAMAI PEMILIK RUMAH DI KAJANG CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL

Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014

Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan kawasan Kajang sejak 2014 — dari taman matang Sungai Chua dan Kajang Utama hinggalah Saujana Impian, Kajang 2 dan Jade Hills… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah berdaftar di Kajang namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sejak saya mula menjadi ejen hartanah berdaftar di Kajang pada tahun 2014, saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.

2014
Sepenuh masa sejak
PEA3833
No. daftar LPEPH
INSPEN
Sijil Ejen Hartanah
Head of Branch
Legacy Real Property
Punca Sebenar

PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...

1

Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN

2

Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing

3

Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang

4

Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan

5

Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah yang jauh lebih berpengalaman

Bukan Sekadar Kata Saya

Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini

Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro dan MalaysiaGazette, puluhan ribu unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

Keratan akhbar MalaysiaGazette Jun 2026 - 32,800 rumah siap dibina masih tidak terjual bernilai RM16.37 bilion
MalaysiaGazette

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual

Keratan rencana Berita Harian Julai 2026 - rumah mampu milik antara perang harga dan kuasa beli rakyat
Berita Harian

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat

Keratan Harian Metro Mei 2026 - rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual
Harian Metro

Harian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual

Keratan Berita Harian Mei 2026 - purata harga rumah di Malaysia melepasi setengah juta ringgit
Berita Harian

Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit

Keratan Sinar Harian Julai 2026 - rumah tidak terjual cecah RM16.37 bilion, NHRA cadang cukai lambakan hartanah
Sinar Harian

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion

“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”

Pasaran Kajang

REKOD TRANSAKSI KAJANG: DARI RM380K HINGGA RM3.5 JUTA

Kajang ada julat harga paling luas antara kawasan yang saya kendalikan — dan sebab tu paling ramai pemilik tersilap letak harga. Rumah anda dinilai ikut segmen taman anda, bukan ikut cerita "Kajang naik". Gambaran dari rekod rasmi JPPH sehingga Mei 2026:

TERES · TAMAN MATANG

Median RM380k – RM500k

Sungai Chua median RM380k, Kajang Utama RM450k, Saujana Impian RM480k (60 transaksi), Prima Saujana RM500k. Stok banyak, pembeli banyak pilihan — harga yang betul dari mula adalah segalanya.

TERES · KAJANG 2

Median RM866k

Township baru paling aktif di Kajang — 80 transaksi teres direkodkan, unit hujung mencecah RM978k, kesemuanya freehold. Segmen ini pembelinya berbeza sama sekali dari taman matang.

SEMI-D & SEGMEN MEWAH

RM1.2 juta – RM3.55 juta

Semi-D Prima Saujana median RM1.2 juta. Jade Hills pula bukti Kajang ada pasaran mewah yang hidup: teres median RM1.48 juta, semi-D RM1.77 juta, banglo median RM3.55 juta — rekod tertinggi RM5.18 juta.

APARTMEN & FLAT

RM85k – RM439k

Segmen paling rancak urus niaganya di Kajang Utama dan Sungai Chua — kebanyakan unit berpindah milik bawah RM250k. Pangsapuri sekitar Jade Hills pula median RM360k.

Nota hakmilik: kebanyakan kawasan Kajang freehold, TAPI bukan semua — rekod Sungai Chua menunjukkan hampir separuh transaksi berstatus pajakan, dan Prima Saujana pun ada campuran. Status geran adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.

Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis

Amaran

EJEN HARTANAH YANG JUJUR & BERETIKA TIDAK AKAN MENAWARKAN JANJI-JANJI SEPERTI INI!

Jual rumah dalam tempoh 14 hari!

Kami ada ready buyer!

Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!

Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!

Pendekatan Saya

JUALAN HARTANAH BERDASARKAN KAJIAN PASARAN & ANALISIS DATA

Ini Pendekatan Saya Selaku Ejen Hartanah Berdaftar Di Kajang. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:

LANGKAH 01

Kajian Pasaran

Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat

LANGKAH 02

Analisis Data

Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif

LANGKAH 03

Pelan Pemasaran

Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik

Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…

“Rumah saya ini special, dah reno itu ini begitu begini…”
“Inilah rumah pertama saya beli bersama isteri selepas kahwin…”
“Jiran saya kata dia baru je jual rumah dia dengan harga RM700k…”

… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah berdaftar di Kajang yang sesuai untuk anda.

Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.

Demand Kajang

4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN KAJANG

1

Komuter bandar — Kajang ialah TERMINUS MRT LALUAN KAJANG dengan stesen KTM sekali, plus lebuhraya SILK, Grand Saga dan LEKAS. Akses rel terus ke tengah KL adalah kad pemasaran paling kuat kawasan ni

2

Keluarga muda Lembah Klang — cari landed BAWAH RM500k yang dah hampir pupus di KL/PJ. Taman matang Sungai Chua, Kajang Utama dan Saujana Impian jadi pintu masuk mereka

3

Upgrader premium — rekod Kajang 2 (median RM866k) dan JADE HILLS (JUTAAN RINGGIT) membuktikan ada kumpulan pembeli sanggup bayar tinggi untuk township baru dan komuniti berpagar di Kajang

4

Pelabur unit sewa — apartmen dan flat BAWAH RM250k paling aktif bertukar tangan, disokong penyewa pekerja bandar dan pelajar kolej sekitar Kajang-Bangi

Empat aliran ni jarang bertembung — pembeli teres RM400k takkan tengok Kajang 2, dan pembeli Jade Hills takkan tawar rumah Sungai Chua. Sebab tu strategi pemasaran rumah anda mesti tembak aliran yang betul. Dan seperti biasa, saya jual ikut rekod transaksi HARI INI — bukan cerita kedai kopi pasal "harga Kajang naik sebab MRT".

Bukti Sosial

APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?

“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”
Mr & Ms Yan
Mr & Ms YanBusiness Owners
“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”
Dr Mona Othman
Dr Mona OthmanJuruaudit
“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”
Dr Norwazli Abd Wahab
Dr Norwazli Abd WahabPensyarah
“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”
Ahmad Qarliff Zamzuri
Ahmad Qarliff ZamzuriPeguam Hartanah
“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”
Raja Yahya Raja Anuar
Raja Yahya Raja AnuarPengurus Bank
“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”
Joseph Teo
Joseph TeoVice President Marketing
Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar Kajang (PEA3833) bersama badge INSPEN dan LPEPH
Kenali Ejen Anda

SAYA EJEN HARTANAH BERDAFTAR KAJANG YANG BOLEH ANDA PERCAYA

Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA 3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014.

Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Saya menguruskan Legacy Real Property cawangan Seri Kembangan sebagai Head of Branch, bertanggungjawab atas urusan jual beli dan pasukan perunding hartanah berdaftar di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.

Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.

PEA 3833 · LPEPH Sijil INSPEN Head of Branch, Seri Kembangan Director, QS Premiere Mortgage Consultants
Saya tidak terima semua perlantikan. Saya hanya bantu pemilik yang:
  • Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
  • Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
  • Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang

Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.

Bukti Kerja Sebenar Di Kajang

Bukan Sekadar Iklan — Ini Listing Eksklusif Yang Saya Uruskan Di Kajang

Kalau anda tengah survey ejen hartanah untuk kawasan Kajang, ni bukti terus — bukan cakap kosong. Saya sedang pegang mandat eksklusif untuk sebuah Teres 2 Tingkat Corner Lot di Bandar Seri Putra, Kajang: 6 bilik tidur, 4 bilik air, tanah 3,649 kaki persegi, dah fully renovated lengkap CCC (2013), harga RM759,000 (nego), layak 100% loan (tertakluk kelayakan). Surau Al-Ikhlas cuma sekitar 180 meter jalan kaki dari rumah. Ini bukan listing contoh — ini kerja saya sekarang, di Kajang.

Syarat Kerjasama

Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif

Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.

Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.

Eksklusif: satu ejen bertanggungjawab penuh — fokus & akauntabiliti jelas
Open listing: usaha berpecah, harga tertekan, tiada siapa bertanggungjawab

BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?

(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)

HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH

Jom Berbual Lihat Servis SayaBaca Panduan Hartanah
Ada kemusykilan?

SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH BERDAFTAR KAJANG

Julat Kajang sangat luas — sebab tu jawapan 'ikut pasaran' tak cukup. Berdasarkan rekod transaksi JPPH sehingga Mei 2026: taman matang seperti Sungai Chua median RM380k, Kajang Utama RM450k, Saujana Impian RM480k dan Prima Saujana RM500k, manakala Kajang 2 median RM866k dan teres Jade Hills sekitar RM1.48 juta. Penilaian sebenar saya buat berdasarkan transaksi terkini taman anda sendiri, saiz dan kondisi unit.
Kebanyakannya freehold — Kajang 2, Jade Hills, Saujana Impian dan Kajang Utama hampir kesemuanya hakmilik kekal dalam rekod. Tapi hati hati: rekod transaksi Sungai Chua menunjukkan hampir separuh berstatus pajakan, dan Prima Saujana pun ada campuran. Kesan pada proses pindahmilik dan tempoh urusan berbeza. Perkara pertama saya buat sebelum ambil listing: sahkan status pada geran, bukan andaikan.
Anda sebenarnya tak bersaing dengan Kajang 2. Rekod menunjukkan dua segmen berbeza sama sekali: taman matang RM380k–500k, Kajang 2 median RM866k. Pembeli bajet RM450k memang tak mampu masuk Kajang 2 — merekalah pembeli rumah anda. Kekuatan taman matang: harga masuk jauh lebih rendah, lokasi tengah bandar, dan tanah selalunya lebih besar. Kerja saya pastikan rumah anda sampai kepada segmen yang betul dengan harga yang disokong rekod.
Sebab iklan bukan jualan. Di Mudah.my sahaja ada lebih 2,700 iklan rumah Kajang aktif bersaing, dan banyak yang harganya jauh atas rekod transaksi sebenar — iklan macam tu selalunya duduk berbulan-bulan tanpa pembeli serius. Harga yang saya cadangkan datang dari rekod transaksi JPPH taman anda sendiri, bukan dari iklan jiran. Rumah yang berharga ikut rekod adalah rumah yang benar-benar berpindah milik.
Akses MRT memang faktor permintaan sebenar di Kajang — ia melebarkan kolam pembeli kepada komuter KL. Tapi permintaan tinggi tak bermakna harga boleh diletak ikut suka; pembeli yang sama juga bandingkan rumah anda dengan semua pilihan lain berdekatan stesen. Rekod transaksi taman berdekatan MRT tetap jadi rujukan harga saya. Kedudukan dekat MRT jadi kelebihan PEMASARAN, bukan lesen untuk harga sentimen.
Tidak. Caj profesional saya (3%, mengikut peraturan LPEPH) hanya dikenakan selepas hartanah anda berjaya dijual dan urusan selesai. Tiada yuran pendahuluan, tiada caj tersembunyi — di Kajang atau di mana mana kawasan liputan saya.

© 2014–2025 Syakir Zainol | Hakmilik Kekal. Semua Hak Terpelihara.
Ejen Hartanah Berdaftar (PEA 3833), Legacy Real Property Sdn Bhd (E(1) 1925)

Notis Profesional & Penafian

Disclaimer: The services advertised on this website are provided by a Licensed Real Estate Negotiator (PEA 3833) under Legacy Real Property Sdn Bhd (Registration No. E(1) 1925), governed by the Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers (BOVAEP) pursuant to the Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers Act 1981 (Act 242).

Response to this advertisement shall not in itself constitute a binding agency agreement or create any financial obligation on the part of the respondent. All agency appointments must be made in writing via the official Letter of Appointment (Form A), as prescribed by the Malaysian Estate Agency Standards.

Professional fees shall be charged in accordance with the scale of fees outlined by BOVAEP, which stipulates a maximum of 3% of the transacted price, subject to a minimum fee of RM1,000 per property. No fees shall be imposed should the property remain unsold.

The agent shall not act for more than one party in the same transaction without the full knowledge and written consent of all parties involved. The agent is bound to act in accordance with professional ethics and statutory requirements, including but not limited to Anti-Money Laundering (AML) obligations and the duty to avoid conflict of interest.

All marketing materials, price suggestions, or advice shared prior to a formal appointment are for informational purposes only and do not constitute a guarantee of sale, timeframe, or price performance. Users are encouraged to seek independent legal or financial advice where necessary.