

Artikel Hartanah
Panduan Dari Ejen Berdaftar
Panduan, perkongsian, tips, dan analisis hartanah berdasarkan pembelajaran, kajian, kemaskini, dan pengalaman sebenar di lapangan sejak 2014 dalam koleksi artikel hartanah yang digarap khas untuk anda.
Panduan Dari Orang Yang Betul Betul Buat Kerja
Setiap artikel yang dikongsikan di sini datang dari pengalaman sebenar saya sebagai ejen hartanah berdaftar sejak 2014 — selain daripada pembelajaran rasmi, amalan kemaskini berterusan, dan pembacaan saya. Saya kongsi apa yang betul-betul berlaku di lapangan, dalam industri: cabaran dan halangan melibatkan proses pindahmilik (SPA, MOT, RPGT), pembiayaan, dan kesilapan yang saya lihat penjual serta pembeli buat berulang kali. Tujuannya satu — supaya anda mampu buat keputusan hartanah dengan ilmu, fakta, data, mata terbuka, bukan ikut tekaan atau perasaan.
Terokai Ikut Topik
Semua topik hartanah disusun berdasarkan kategori — bermula dengan ilmu asas dan perundangan, hingga kewangan, pusaka, pengurusan dan pasaran.
Artikel Hartanah Terkini
Koleksi panduan teknikal, informasi semasa dan analisis pasaran hartanah dari pengalaman sebenar serta informasi tepat dan terkini. Dibawakan kepada anda oleh Ejen Hartanah Berdaftar Syakir Zainol — pilihan warga KL, Selangor dan Negeri Sembilan (sejak 2014).


Lot lidi berbanding apartmen: lima risiko yang perlu disemak
Lot lidi yang ditawarkan tanpa pecah sempadan dan hak milik individu yang sah membawa risiko berbeza daripada pembelian apartmen…


Rumah pertama di Malaysia dan ASEAN: fahami harga, pinjaman dan kelayakan
Perbandingan rumah pertama di Malaysia dengan negara ASEAN perlu mengambil kira cara kadar kelulusan dikira, jenis kediaman,…


Surat Pengesahan Ketua Jabatan LPPSA: Format dan Panduan
Surat Pengesahan Ketua Jabatan LPPSA ialah dokumen asal yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan yang berkuasa merekod Buku Rekod…


Tukar Pinjaman Bank ke LPPSA (Jenis 5): Senarai Semak Dokumen
Urusan tukar pinjaman bank ke LPPSA dikenali secara rasmi sebagai Pembiayaan Jenis 5, iaitu penyelesaian keseluruhan pembiayaan…


Pinjaman LPPSA Beli Tanah (Jenis 4): Senarai Semak Dokumen
Kemudahan pinjaman LPPSA beli tanah yang dikenali secara rasmi sebagai Pembiayaan Jenis 4 adalah khusus untuk pembelian tanah bagi…


Senarai Semak LPPSA Jenis 1: Dokumen Pinjaman untuk Beli Rumah Siap
Jika anda sudah memilih rumah siap dan sedang menyediakan permohonan sendiri, senarai semak LPPSA Jenis 1 membantu anda mengenal…


Pemaju Lewat Serah Kunci: Pengiraan LAD dan Saluran Tuntutan
Pemaju lewat serah kunci boleh membebankan pembeli rumah, termasuk pembeli rumah dalam pembinaan di Seremban. Pembeli mungkin masih…


Bayar Hutang Kereta atau Labur Duit Tunai: Cara Menilai
Wang tunai yang besar, sebagai contoh RM50,000 atau RM100,000, boleh meletakkan seseorang dalam dilema kewangan. Pilihannya…


Earnest Deposit Rumah Subsale: Bayaran, Akaun Amanah dan Syarat
Earnest deposit ialah wang tanda jadi yang dibayar oleh bakal pembeli bersama tawaran bertulis untuk membeli rumah subsale. Wang…


Komoditi Murabahah: Mengapa Pembiayaan Rumah Melibatkan Sawit?
Mengapa dokumen pembiayaan rumah menyebut minyak kelapa sawit? Fahami aliran Komoditi Murabahah, peranan wakalah dan harga jualan…


Analisis Teknikal Penggunaan Bata Simen dan Bata Merah: Strategi Kos Pemaju serta Implikasi Prestasi Kediaman Landed
Apabila anda melangkah masuk ke tapak pembinaan rumah teres atau rumah berkembar yang baharu dibeli, terutamanya kediaman dalam…


Menilai Risiko Rumah Lelong Berbanding Subsale: Mengapa Pasaran Pelelongan Bukan Untuk Semua Pembeli
Papan tanda lelongan awam dan portal hartanah sering kali memaparkan angka yang menggiurkan. Sebuah rumah teres dua tingkat dengan…
Soalan Lazim Tentang Artikel Hartanah Di Laman Ini
Beberapa perkara yang kerap ditanya sebelum orang mula membaca artikel hartanah di sini — siapa yang tulis, sejauh mana ia boleh dipercayai, dan apa hadnya.
Siapa yang tulis artikel hartanah di laman ini?
Semuanya saya tulis sendiri — Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar PEA3833 di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd., aktif sejak 2014. Bukan kandungan yang dibeli borong atau disalin dari portal lain. Latar belakang penuh dan nombor pendaftaran boleh disemak di profil ejen hartanah saya.
Berapa kerap artikel hartanah baharu diterbitkan?
Tiada jadual tetap. Saya terbitkan bila ada perkara yang betul betul berbaloi ditulis — perubahan dasar, angka pasaran baharu daripada NAPIC atau JPPH, atau corak masalah yang berulang ulang saya jumpa di lapangan. Lebih baik satu artikel yang disemak fakta daripada empat artikel yang ditulis sekadar mengisi ruang.
Boleh saya guna artikel ini sebagai nasihat guaman atau kewangan?
Tidak. Artikel di sini ialah perkongsian pengalaman lapangan dan rujukan awal, bukan pengganti nasihat peguam hartanah, penilai berdaftar atau pegawai pembiayaan bank. Untuk keputusan yang mengikat — tandatangan SPA, isu sekatan kepentingan, pengiraan RPGT — rujuk profesional yang berkelayakan dalam bidang tersebut.
Apa beza artikel hartanah dengan coretan blog di laman ini?
Artikel ialah penulisan panjang yang berstruktur, ada rujukan data dan disemak fakta sebelum diterbitkan. Blog hartanah pula coretan ringkas — pemerhatian harian, catatan pendek selepas urusan dengan klien, atau satu dua perkara yang saya rasa patut dikongsi tanpa perlu jadi panduan penuh.
Fakta dalam artikel ini disemak atau tidak?
Setiap angka statutori, kadar cukai, dan dasar kerajaan yang disebut disemak terhadap sumber rasmi sebelum diterbitkan. Kalau sesuatu dakwaan tidak dapat disahkan silang, saya buang terus daripada artikel dan bukan tulis dengan andaian. Itu sebabnya sesetengah topik popular tidak wujud langsung di sini.
Kalau saya ada soalan yang tiada dalam artikel hartanah ini?
Tanya terus. WhatsApp 013-3637478 — saya jawab soalan asas tanpa bayaran, walaupun anda belum tentu nak lantik ejen. Kalau soalan itu berulang, kemungkinan besar ia akan jadi artikel seterusnya. Skop kerja penuh ada di servis ejen hartanah.
Setiap artikel hartanah di sini ditulis untuk menyelesaikan satu masalah tertentu, bukan untuk mengejar kata kunci. Sebab itu anda akan jumpa topik yang agak sempit dan teknikal — cara semak projek terbengkalai sebelum tandatangan SPA, beza sebenar antara SPA dan MOT, kenapa kos deposit rumah pertama sentiasa lebih tinggi daripada yang orang jangka. Topik topik ni tak popular, tapi ia yang betul betul menyelamatkan duit pembeli di lapangan.
Kalau anda baru bermula, saya cadangkan baca ikut urutan: fahami kos sebenar dahulu, kemudian dokumen dan proses undang undang, barulah masuk kepada strategi harga dan pasaran. Membaca terbalik — mula dengan ramalan pasaran sebelum faham asas kos — ialah punca ramai pembeli terlepas pandang perkara perkara asas yang jauh lebih memberi kesan kepada poket mereka.
Semua rujukan angka dalam artikel hartanah ini dinyatakan bersama tempohnya. Kalau anda membaca sesuatu artikel setahun selepas ia diterbitkan, sahkan semula kadar dan dasar yang disebut sebelum bertindak — peraturan duti setem, pengecualian rumah pertama dan kadar faedah semuanya berubah mengikut belanjawan tahunan.
Ada Soalan Tentang Artikel Hartanah?
Tak jumpa jawapan dalam artikel? Berbual terus dengan ejen berdaftar — tiada tekaan, cuma pengalaman sebenar.
Jom BerbualLihat Servis Saya