Blog · Coretan

Bila Slip Gaji Jadi Penjara: Realiti Pinjaman Koperasi Angkasa

Kakitangan awam risau lihat slip gaji panjang berbanding ejen koperasi Angkasa yang teruja tawar pinjaman

8 daripada 10 kakitangan awam yang saya uruskan pembelian rumah atau aplikasi pembiayaan LPPSA/bank mereka, ada pinjaman koperasi Angkasa tercetak dalam slip gaji. Kenapa agaknya?

Pada saya, statistik ini menakutkan. Ianya bukti dan petunjuk bahawa ramai orang Malaysia suka membuat hutang pinjaman peribadi.

Ada di kalangan klien-klien saya ini, saya pernah tanya secara direct, “Buat apa duit tu?” Ada yang kata pinjam untuk kahwin, ada yang pinjam untuk pergi melancong, bahkan ada juga yang pinjam untuk buat benda-benda merepek, macam beli basikal dan beli motosikal berkuasa tinggi. Saya sendiri kekadang tergelak sorang-sorang bila dengar jawapan macam ni, tapi lepas gelak tu, saya risau juga.

Tapi kenapa mereka pilih untuk pinjam daripada Koperasi Angkasa? Kenapa tak pinjam daripada bank je? Antara sebabnya adalah kelonggaran syarat kelayakan dan nisbah hutang, ataupun DSR, yang tinggi. Bank bank komersial memang sangat ketat daripada segi semakan CCRIS, CTOS, dan kiraan DSR mereka. Tapi syarat yang dikenakan oleh koperasi pula lazimnya lebih longgar. Mereka pun tak tengok sangat CCRIS ataupun CTOS penjawat awam ni sama ada ada rekod tunggakan ke, atau ada masalah masalah lain.

Lagi satu, koperasi berani luluskan pinjaman mereka sebab potongan untuk bayaran balik terus dibuat melalui Biro Angkasa secara automatik. Antara punca lain termasuklah ejen pembiayaan daripada koperasi ini yang memang sasarkan kakitangan awam secara terus di pejabat pejabat mereka. Tak perlu lagi mereka penat penat pergi ke kaunter bank untuk memohon pembiayaan.

Pada pandangan saya, kemudahan potongan gaji Biro Angkasa ni sepatutnya jadi tabung atau persediaan kecemasan sekiranya ada keperluan untuk menyelesaikan masalah masalah peribadi yang tidak terjangka. Bukannya digunakan untuk bersenang lenang atau untuk berfoya foya.

Mungkin pada awalnya nampak seronok sebab dapat duit yang banyak, tetapi kita kena sedar bahawa impak terbesar gejala ini adalah penjara kewangan dalam tempoh jangka panjang. Apabila komitmen untuk membayar hutang koperasi saja dah makan sehingga 40 ke 50 peratus daripada pendapatan bersih, nanti nak uruskan perbelanjaan perbelanjaan lain pun akan jadi ketat dan payah.

Masa itu, sesal tak sesal, kenalah tunggu sampai cukup 10 tahun untuk habis bayaran balik pinjaman tu.

#PinjamanKoperasiAngkasa #KakitanganAwam

Baca juga: Loan Bank vs LPPSA

Kawasan liputan saya: Seremban, Nilai, KL & Selangor.

Kongsi:Pautan disalin!
Syakir Zainol
Syakir ZainolEjen Hartanah Berdaftar · PEA3833 · Legacy Real Property

Ada soalan tentang coretan ni? Terus tanya saya — jawapan berdasarkan data dan pengalaman lapangan sebenar.

Kawasan Liputan

Khidmat Pemasaran Hartanah Berdasarkan Kawasan

Servis ejen hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, dengan tumpuan khusus di Seremban dan Nilai.

Negeri & Wilayah Persekutuan