Soalan ini saya terima cukup kerap, dan selalunya daripada pemilik rumah yang baru sahaja habis belanja besar atas dapur mereka. Nadanya pun saya dah boleh agak — separuh bertanya, separuh berharap saya sahkan yang duit tu tak lesap.
Jawapan saya, boleh. Tapi ada beberapa perkara yang anda kena tahu dahulu sebelum terlalu teruja.
Pertama, hanya kitchen cabinet yang built-in sahaja yang diambil kira. Yang loose, jenis beli di Ikea kemudian pasang sendiri hujung minggu tu, ia bukan sebahagian daripada rumah. Itu barang anda. Bila anda pindah, ia pindah sekali dengan anda.
Kedua, berapa banyak nilai yang naik tu bergantung kepada jenis kabinet, material yang digunakan, dan umur kabinet itu sendiri. Jurunilai tengok keadaan fizikal semasa, bukan resit yang anda simpan elok elok dalam fail. Kabinet lapan tahun tetap kabinet lapan tahun, walaupun pada mata anda ia masih nampak macam baru.
Cuma, janganlah expect banyak. Ada kabinet bukan bermakna anda boleh terus tekan harga naik dua puluh atau tiga puluh ribu. Kos renovation dan nilai pasaran ini dua benda yang berlainan, dan hanya satu daripadanya yang bank akan ambil kira.
Tapi di mana kitchen cabinet ini betul betul membantu adalah pada faktor marketability.
Sebuah rumah kosong berbanding sebuah rumah yang lengkap dengan dapur kemas dan siap pakai — dah tentulah yang kedua lebih appealing kepada bakal pembeli, kan? Pembeli masuk, pandang sekali, dan terus boleh bayangkan diri mereka memasak di situ. Itu yang memendekkan masa mereka berfikir.
Jadi kabinet tu bukan sangat menaikkan harga anda. Ia lebih kepada memendekkan tempoh rumah anda duduk dalam pasaran.
Apa pun, janganlah keterlaluan bila berbelanja atas kabinet, melainkan anda memang tiada perancangan untuk jual rumah itu kemudian hari. Kalau memang nak duduk sampai tua, belanja lah sepuas hati. Itu hak anda.
Cantik macam mana pun, kena ingat bukan semua orang ada citarasa yang sama macam anda. Saya pun bukannya ada citarasa yang hebat sangat sampai layak menilai orang lain, sebab dapur rumah saya sendiri masih pakai design yang isteri saya dah lama isytiharkan ketinggalan zaman.
Kalau anda memang sedang timbang nak renovate sebelum jual, tanya dahulu sebelum belanja. Selalunya jawapannya lebih murah daripada kabinet.
Kalau nak tahu renovate dapur rumah anda memang berbaloi ke tidak sebelum jual, PM saya terus.
Baca juga: Harga Rumah Realistik Datang Dari Data, Bukan Perasaan
Kawasan liputan saya: Seremban, Nilai, KL & Selangor.
#KitchenCabinet #NilaiRumah

