Tak pernah lagi ada zaman yang mana orang pada waktu itu berkata, “Murahnya la rumah sekarang.”
Kita tengok harga rumah 10 atau 20 tahun lepas, kita mesti rasa murah sangat harga waktu tu.
Tapi orang yang hidup pada masa tu tak rasa pun rumah masa tu murah.
Mereka pun pandang 10 atau 20 tahun sebelumnya dan berkata benda yang sama:
“Murahnya la rumah dulu.”
Realitinya, “rumah murah” adalah rumah pada waktu silam.
Inilah “benefit of hindsight”.
Ayat mudah: “Benda dah lepas boleh la cakap.” “Barang yang lepas usahlah dikenang.”
Harga yang dulu dirasakan berat, beberapa puluh tahun kemudian nampak sebagai peluang yang terlepas.
Masa sedang melaluinya, kita tak pernah nampak begitu.
Saya jamin 10 atau 20 tahun dari sekarang, anda akan pandang semula harga rumah hari ini dan cakap ayat yang sama:
“Kalaulah beli masa tu untungnya lah.”
Bukan bermaksud semua orang mesti beli rumah sekarang, atau semua rumah pasti akan jadi lebih mahal.
Cuma masa memang ada satu tabiat pelik, ia selalu buat benda yang kita terlepas jadi lebih bernilai berbanding semasa kita sedang pegang peluang.
#BeliRumahSekarang #HargaRumah
Baca juga: Harga Rumah Realistik Datang Dari Data, Bukan Perasaan
Kawasan liputan saya: Seremban, Nilai, Bangi, Seri Kembangan, Sepang, Shah Alam, Puchong, Kajang, Semenyih, Putrajaya, KL & Selangor.


