Profil Ejen Hartanah BerdaftarSyakir Zainol — KL, Selangor & Negeri Sembilan
Profil Syakir Zainol — Ejen Hartanah Berdaftar LPEPH (PEA3833) di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. Membimbing pemilik dan pembeli hartanah membuat keputusan tepat berteraskan data transaksi pasaran dan analisis pasaran sebenar sejak 2014.

Saya Syakir Zainol
Saya memulakan kerjaya dalam industri hartanah pada tahun 2014. Sebagai Ejen Hartanah Berdaftar, fokus utama perkhidmatan saya tertumpu di Nilai dan Seremban, di samping pasaran strategik lain sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Latar belakang pendidikan dalam bidang Sains Komputer memberi saya kelebihan analitikal dalam menilai pasaran — setiap analisa harga jualan disandarkan pada data transaksi sebenar, bukan andaian rambang. Bagi saya, ketelusan maklumat dan kawalan dokumentasi yang rapi daripada perjanjian jual beli (SPA) hingga penyempurnaan pindah milik (MOT) merupakan piawaian wajib dalam setiap urus niaga.
Cara Saya Bekerja
Tiga pertimbangan asas yang diteliti secara tuntas sebelum sesuatu cadangan harga dikemukakan.
Harga disandarkan pada transaksi sebenar
Strategi penetapan harga saya bermula dan berakhir dengan satu asas: fakta pasaran. Saya tidak bersandarkan harga iklan jiran yang sekadar angan-angan, sebaliknya meneliti data transaksi rasmi JPPH dan penanda aras psf sebenar. Kejujuran data ini mungkin mencabar jangkaan awal anda, namun hakikat pasaran jelas — hartanah hanya terjual apabila nilainya lulus semakan penilai bank, bukan kerana angka yang diletak atas dorongan emosi.
Dokumen disemak sebelum diiklankan
Banyak transaksi hartanah terkandas di saat akhir bukan kerana tiada pembeli, tetapi akibat kelemahan semakan perundangan pada peringkat awal. Sebelum hartanah anda memasuki pasaran, saya melaksanakan audit tuntas terhadap status hakmilik — merangkumi jenis pegangan (Freehold atau Leasehold), sekatan kepentingan, kelayakan kuota Bumi, sehinggalah keabsahan perakuan menduduki (CF/CCC). Menyelesaikan setiap kekangan teknikal dari awal adalah jaminan bahawa urus niaga anda dimuktamadkan tanpa sebarang kejutan yang merugikan.
Susulan sehingga pindah milik selesai
Menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) hanyalah permulaan kepada fasa pelaksanaan sebenar. Tanggungjawab saya tidak bernoktah di meja peguam; saya memantau rapi keseluruhan rantaian transaksi — daripada kemajuan permohonan pinjaman, urusan pelepasan gadaian (discharge of charge) bagi hartanah bercagar, pendaftaran pindah milik (MOT), sehinggalah pemilikan kosong diserahkan. Di saat kebanyakan urus niaga berisiko tersadai akibat kelemahan susulan di sebalik tabir, saya memastikan setiap proses perundangan dan perbankan bergerak lancar mengikut jadual.
Kelayakan Ejen Hartanah Berdaftar
Di sebalik setiap nasihat hartanah yang tepat, terdapat gabungan disiplin data dan pengiktirafan undang-undang. Didokong oleh asas akademik Sains Komputer dan pensijilan profesional LPEPH (PEA3833), saya menterjemahkan data pasaran yang kompleks kepada strategi jualan yang jelas, rasional, dan boleh dipertahankan di hadapan institusi perbankan. Ketelusan analisis ini memastikan setiap langkah urus niaga anda berpijak pada fakta, bukan spekulasi.
Ejen Hartanah Berdaftar (PEA3833)
Berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah & Pengurus Harta (LPEPH) — No. PEA3833, di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. sejak 2014.
Sijil Ejen Hartanah — INSPEN
Sijil Ejen Hartanah dari Institut Penilaian Negara (INSPEN), badan latihan rasmi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.
Ijazah Sains Komputer — UPM
Ijazah dalam bidang Sains Komputer, Universiti Putra Malaysia (UPM) — asas pemikiran analitikal dan pendekatan berasaskan data.
Advance Diploma Network Admin
Advance Diploma in Network Administration, Cosmopoint College — kombinasi disiplin teknikal dan khidmat hartanah.
Kawasan Liputan
Fokus di tiga negeri, dengan pengalaman merentasi lebih 20 kawasan utama.
Selangor
Kuala Lumpur
Negeri Sembilan & Putrajaya
Servis Utama
Setiap urusan dikendalikan dengan dokumentasi lengkap dan proses yang sah dari mula hingga pindah milik.
Penjualan Hartanah
Strategi jualan berasaskan data yang melindungi kepentingan anda dari awal hingga akhir. Daripada penetapan harga tepat berasaskan rekod pasaran, saringan kelayakan pembiayaan pembeli yang berpotensi, sehinggalah pematuhan dokumentasi SPA yang lengkap—setiap fasa digerakkan secara sistematik untuk memastikan urus niaga bertukar milik dengan selamat dan pantas.
Pembelian Hartanah
Bimbingan pembelian hartanah berteraskan fakta: daripada saringan aset yang menepati kriteria, rundingan harga berasaskan data transaksi sahih, sehinggalah penyempurnaan pendaftaran Surat Cara Pindah Milik (MOT) secara sah dan selamat.
Pembiayaan Hartanah
Pengurusan pembiayaan perumahan berstruktur: daripada analisis profil kewangan dan pemadanan institusi perbankan yang bersesuaian, sehinggalah pemilihan pakej pinjaman paling optimum untuk menjamin kelulusan yang pantas dan selamat.
Soalan Lazim Tentang Profil Ejen Hartanah Berdaftar
Soalan yang paling kerap saya terima daripada pemilik dan pembeli sebelum melantik ejen.
Bagaimana saya sahkan seseorang ejen itu benar benar berdaftar?
Minta nombor pendaftaran PEA beliau, kemudian semak sendiri dalam daftar awam di portal rasmi LPEPH. Nombor saya PEA3833 di bawah Legacy Real Property Sdn. Bhd. Ejen berdaftar wajib beroperasi di bawah firma berlesen — sesiapa yang bekerja bersendirian tanpa firma bukan ejen berdaftar, walau berapa lama pun pengalaman beliau.
Berapa kadar komisen ejen hartanah di Malaysia?
Bagi jual beli tanah dan bangunan, kadar maksimum yang dibenarkan LPEPH ialah 3% daripada nilai transaksi, dengan fi minimum RM1,000 bagi setiap hartanah. Bagi penyewaan sehingga tiga tahun, skalanya 1.25 bulan sewa kasar dengan minimum satu bulan. Kadar ini dikawal selia, bukan ditetapkan sesuka hati ejen, dan SST dikenakan di atasnya mengikut kadar semasa.
Adakah anda uruskan hartanah leasehold dan lot Bumi?
Ya. Kedua duanya memerlukan kelulusan pindah milik daripada pihak berkuasa negeri, dan itu menambah masa kepada jadual urus niaga anda. Saya beritahu anggaran tempoh sebenar di awal supaya anda boleh rancang — bukan diberitahu selepas deposit sudah dibayar.
Kawasan mana yang anda liputi?
Selangor, Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan termasuk Putrajaya — selanjutnya boleh rujuk servis ejen hartanah yang saya tawarkan. Kalau hartanah anda di luar tiga wilayah ini, beritahu saya. Saya akan terus terang kalau ia di luar keupayaan saya dan rujuk anda kepada ejen berdaftar yang lebih dekat. Lebih baik anda dapat orang yang betul daripada saya ambil kerja yang saya tak boleh buat elok.
Sedia berbincang dengan ejen berdaftar?
Hubungi saya untuk perundingan hartanah berteraskan data — sah, telus, dan berdaya saing.
Jom Berbual