PEA3833 · Sejak 2014

Ejen Hartanah Gombak BerdaftarRAMAI PEMILIK RUMAH DI GOMBAK CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL

Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014

Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan kawasan Gombak dan Selayang sejak 2014 — dari Taman Sri Gombak dan Taman Selayang Mutiara hinggalah Taman Bukit Permata, Bukit Idaman dan Taman Raintree… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah Gombak yang berdaftar namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sejak saya mula menjadi ejen hartanah berdaftar di kawasan ni pada tahun 2014, saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama — dan di Gombak khususnya, pemilik selalu tak sedar yang kawasan ni sebenarnya mengandungi dua pasaran yang bergerak pada paras harga yang sangat berbeza. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.

2014
Sepenuh masa sejak
PEA3833
No. daftar LPEPH
INSPEN
Sijil Ejen Hartanah
Team Leader
Legacy Real Property
Punca Sebenar

PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...

1

Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN

2

Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing

3

Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang

4

Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan

5

Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah Gombak yang jauh lebih berpengalaman

Bukan Sekadar Kata Saya

Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini

Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Astro Awani, UTHM dan beberapa sumber lain, ribuan unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

Keratan akhbar MalaysiaGazette Jun 2026 - 32,800 rumah siap dibina masih tidak terjual bernilai RM16.37 bilion
MalaysiaGazette

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual

Keratan rencana Berita Harian Julai 2026 - rumah mampu milik antara perang harga dan kuasa beli rakyat
Berita Harian

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat

Keratan Harian Metro Mei 2026 - rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual
Harian Metro

Harian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual

Keratan Berita Harian Mei 2026 - purata harga rumah di Malaysia melepasi setengah juta ringgit
Berita Harian

Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit

Keratan Sinar Harian Julai 2026 - rumah tidak terjual cecah RM16.37 bilion, NHRA cadang cukai lambakan hartanah
Sinar Harian

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion

“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”

Pasaran Gombak

REKOD TRANSAKSI GOMBAK: PASARAN MASSA DAN PASARAN JUTAAN DALAM SATU KAWASAN

Daripada 200 urus niaga kediaman terkini di Gombak dan Selayang (24 Okt 2025 hingga 19 Mei 2026), teres biasa direkod pada median RM585,000 — sementara rumah berkembar median RM1.822 juta dan banglo reka bentuk pemaju RM2.252 juta. Dua paras harga ni wujud serentak dalam kawasan yang sama, dan pemilik yang tersilap menempatkan diri antara keduanya akan tersadai berbulan bulan.

TERES · TAMAN MATANG

Median RM585,000

36 transaksi teres tengah, julat RM250,000 sehingga RM1.6 juta, median RM451 psf. Status hakmilik betul betul berbelah bahagi: 21 hakmilik kekal berbanding 15 pajakan. Teres kos sederhana median RM498,000 dan teres kos rendah RM445,000 — segmen mampu milik di sini pun dah melepasi paras RM400,000.

BERKEMBAR · SEGMEN PALING TEBAL

Median RM1.822 juta

31 transaksi rumah berkembar — bilangan tertinggi bagi segmen ni dalam mana mana kawasan liputan saya. Median RM1.822 juta pada RM493 psf, rekod tertinggi RM2.34 juta, dan 25 daripada 31 hakmilik kekal. Taman Bukit Permata sahaja menyumbang 39 transaksi merentas semua jenis.

BANGLO · DUA DUNIA BERBEZA

RM450,000 atau RM2.25 juta

Ini yang paling kerap mengelirukan. Banglo reka bentuk pemaju median RM2.252 juta, kesemua sepuluh hakmilik kekal. Tetapi banglo reka bentuk sendiri median RM450,000 sahaja — stok lama dan rumah kampung, sembilan daripada sepuluh pajakan. Perkataan "banglo" pada geran anda tidak memberitahu pembeli apa apa tentang harga.

KONDO, PANGSAPURI & FLAT

RM136,000 – RM345,000

Kondominium median RM345,000, pangsapuri RM275,000, rumah pangsa RM200,000 dan flat kos rendah RM136,000. Segmen berstrata di Gombak majoritinya pajakan — 14 daripada 18 kondominium dan 18 daripada 27 pangsapuri. Unit kediaman dalam bangunan kedai pula median RM175,000.

Nota hakmilik: kebanyakan kawasan Kajang freehold, TAPI bukan semua — rekod Sungai Chua menunjukkan hampir separuh transaksi berstatus pajakan, dan Prima Saujana pun ada campuran. Status geran adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.

Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis

Amaran

EJEN HARTANAH GOMBAK YANG JUJUR & BERETIKA TIDAK AKAN MENAWARKAN JANJI-JANJI SEPERTI INI!

Jual rumah dalam tempoh 14 hari!

Kami ada ready buyer!

Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!

Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!

Pendekatan Saya

JUALAN HARTANAH BERDASARKAN KAJIAN PASARAN & ANALISIS DATA

Ini Pendekatan Saya Selaku Ejen Hartanah Gombak Yang Berdaftar. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:

LANGKAH 01

Kajian Pasaran

Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat

LANGKAH 02

Analisis Data

Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif

LANGKAH 03

Pelan Pemasaran

Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik

Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…

“Rumah saya ini special, dah reno itu ini begitu begini…”
“Inilah rumah pertama saya beli bersama isteri selepas kahwin…”
“Jiran saya kata dia baru je jual rumah dia dengan harga RM700k…”

… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah Gombak yang sesuai untuk anda.

Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.

Demand Gombak

4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN GOMBAK

1

Keluarga yang bekerja di utara Kuala Lumpur — akses MRR2, KL dan Duke jadikan Gombak pilihan praktikal. Majoriti sasarkan teres RM500k HINGGA RM650k dalam taman yang matang.

2

Pembeli segmen premium berpagar — berkembar dan banglo RM1.8 JUTA KE ATAS di kawasan seperti Taman Bukit Permata. Kumpulan ni tidak membandingkan dengan taman lama di sebelah; mereka membandingkan dengan township premium di daerah lain.

3

Pembeli mampu milik — pangsapuri, flat dan unit kediaman atas kedai BAWAH RM280k, kebanyakannya pajakan, dan sangat sensitif kepada baki tempoh serta kos penyelenggaraan.

4

Pembeli rumah lama untuk diubah suai — memburu rumah sesebuah reka bentuk sendiri dan stok kampung BAWAH RM500k. Mereka menilai tanah dan potensi, bukan keadaan bangunan semasa.

Jurang antara teres median RM585,000 dan berkembar median RM1.822 juta dalam kawasan yang sama bermakna satu perkara untuk penjual: anda mesti tahu pasaran mana rumah anda berada sebelum letak harga. Meletakkan rumah teres biasa pada harga premium berpagar bukan strategi optimistik — ia cara paling pantas untuk hartanah anda jadi IKLAN YANG DIABAIKAN.

Bukti Sosial

APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?

“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”
Mr & Ms Yan
Mr & Ms YanBusiness Owners
“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”
Dr Mona Othman
Dr Mona OthmanJuruaudit
“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”
Dr Norwazli Abd Wahab
Dr Norwazli Abd WahabPensyarah
“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”
Ahmad Qarliff Zamzuri
Ahmad Qarliff ZamzuriPeguam Hartanah
“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”
Raja Yahya Raja Anuar
Raja Yahya Raja AnuarPengurus Bank
“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”
Joseph Teo
Joseph TeoVice President Marketing
Syakir Zainol, ejen hartanah Gombak yang berdaftar (PEA3833) bersama badge INSPEN dan LPEPH
Kenali Ejen Anda

SAYA EJEN HARTANAH GOMBAK YANG BERDAFTAR DAN BOLEH ANDA PERCAYA

Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah Gombak yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA 3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014.

Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Saya menguruskan pasukan perunding hartanah berdaftar saya di Legacy Real Property cawangan Nilai sebagai Team Leader, bertanggungjawab atas urusan jual beli di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.

Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.

PEA 3833 · LPEPH Sijil INSPEN Team Leader, Legacy Nilai Director, QS Premiere Mortgage Consultants
Saya tidak terima semua perlantikan. Saya hanya bantu pemilik yang:
  • Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
  • Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
  • Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang

Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.

Syarat Kerjasama

Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif

Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.

Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.

Eksklusif: satu ejen bertanggungjawab penuh — fokus & akauntabiliti jelas
Open listing: usaha berpecah, harga tertekan, tiada siapa bertanggungjawab

BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?

(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)

HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH

Nota eksklusif: Slot ni untuk pemilik hartanah yang belum lantik ejen lain sahaja — ini peringatan terakhir sebelum slot bulan ni penuh. WhatsApp saya HANYA jika anda owner sebenar dan masih belum bertindak dengan ejen lain.

Jom Berbual Lihat Servis SayaBaca Panduan Hartanah
Ada kemusykilan?

SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH GOMBAK

Berdasarkan rekod transaksi JPPH bagi Bandar Selayang dan Bandar Gombak Setia (24 Okt 2025 hingga 19 Mei 2026): teres tengah median RM585,000 pada RM451 psf, julat RM250,000 sehingga RM1.6 juta. Teres kos sederhana median RM498,000 dan teres kos rendah RM445,000. Perhatikan bahawa julat teres biasa pun sudah melebihi sejuta ringgit di hujung atas — itu kerana ia bercampur dengan teres mewah, yang median tersendirinya RM1.55 juta.
Ini kawasan paling berbelah bahagi dalam liputan saya. Untuk teres tengah, 21 daripada 36 hakmilik kekal dan 15 pajakan — hampir sama rata. Rumah berkembar pula 25 daripada 31 hakmilik kekal, dan kesemua sepuluh banglo reka bentuk pemaju hakmilik kekal. Sebaliknya segmen berstrata majoritinya pajakan: 14 daripada 18 kondominium dan 18 daripada 27 pangsapuri. Kesimpulannya mudah — di Gombak, jangan sekali kali andaikan. Semak geran.
Bergantung sepenuhnya pada jenis banglo, dan jurangnya besar. Rekod transaksi menunjukkan banglo reka bentuk pemaju di kawasan ni median RM2.252 juta dengan kesemuanya hakmilik kekal. Tetapi banglo reka bentuk sendiri — yang biasanya stok lama dan rumah kampung — median RM450,000 sahaja, dan sembilan daripada sepuluh adalah pajakan. Jadi soalan pertama saya bukan "banglo ke?", tetapi "banglo jenis apa, tahun bila dibina, dan apa status geran?"
Sebab kedua-duanya sebenarnya melayani pasaran yang berbeza. Rumah berkembar di sini tertumpu di kawasan premium berpagar seperti Taman Bukit Permata, dengan keluasan tanah jauh lebih besar dan pembeli yang membandingkan Gombak dengan township premium di daerah lain, bukan dengan taman sebelah. Segmen ni juga sangat aktif — 31 transaksi, tertinggi bagi rumah berkembar dalam mana mana kawasan yang saya kendalikan.
Tidak, dan ini kesilapan yang paling kerap saya betulkan di kawasan ni. Taman Bukit Permata beroperasi dalam segmen premium dengan jenis hartanah, keluasan tanah dan profil pembeli yang berlainan. Rumah teres di taman matang Gombak bersaing dengan teres lain dalam julat RM500,000 hingga RM650,000. Bila anda letak harga di luar julat tu, iklan anda tak akan muncul dalam carian pembeli yang betul — dan pembeli segmen premium pula tak akan pandang, sebab rumah anda bukan produk yang mereka cari.
Tidak. Saya hanya mengenakan caj profesional mengikut kadar yang ditetapkan undang undang (maksimum 3%) setelah hartanah anda berjaya dijual dan urus niaga selesai. Tiada bayaran pendahuluan, tiada caj pemasaran tersembunyi. Sebagai ejen hartanah berdaftar PEA3833 di bawah LPEPH, struktur caj saya tertakluk kepada peraturan — bukan kepada budi bicara saya.

© 2014–2025 Syakir Zainol | Hakmilik Kekal. Semua Hak Terpelihara.
Ejen Hartanah Berdaftar (PEA 3833), Legacy Real Property Sdn Bhd (E(1) 1925)

Notis Profesional & Penafian

Disclaimer: The services advertised on this website are provided by a Licensed Real Estate Negotiator (PEA 3833) under Legacy Real Property Sdn Bhd (Registration No. E(1) 1925), governed by the Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers (BOVAEP) pursuant to the Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers Act 1981 (Act 242).

Response to this advertisement shall not in itself constitute a binding agency agreement or create any financial obligation on the part of the respondent. All agency appointments must be made in writing via the official Letter of Appointment (Form A), as prescribed by the Malaysian Estate Agency Standards.

Professional fees shall be charged in accordance with the scale of fees outlined by BOVAEP, which stipulates a maximum of 3% of the transacted price, subject to a minimum fee of RM1,000 per property. No fees shall be imposed should the property remain unsold.

The agent shall not act for more than one party in the same transaction without the full knowledge and written consent of all parties involved. The agent is bound to act in accordance with professional ethics and statutory requirements, including but not limited to Anti-Money Laundering (AML) obligations and the duty to avoid conflict of interest.

All marketing materials, price suggestions, or advice shared prior to a formal appointment are for informational purposes only and do not constitute a guarantee of sale, timeframe, or price performance. Users are encouraged to seek independent legal or financial advice where necessary.

Kawasan Liputan

Khidmat Pemasaran Hartanah Berdasarkan Kawasan

Servis ejen hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, dengan tumpuan khusus di Seremban dan Nilai.

Negeri & Wilayah Persekutuan