PEA3833 · Sejak 2014

Ejen Hartanah Berdaftar CherasRAMAI PEMILIK RUMAH DI CHERAS CUBA JUAL SENDIRI... MALANGNYA GAGAL

Ketahui Kenapa Rumah Anda Masih Belum Terjual — Dan Bagaimana Saya Telah Bantu Ratusan Pemilik Sejak 2014

Ini pemerhatian saya selaku ejen hartanah berdaftar yang mengendalikan kawasan Cheras sejak 2014 — dari Bandar Mahkota Cheras dan Bandar Sungai Long hinggalah Damai Perdana, Bandar Tun Hussein Onn dan Cheras Perdana… Ada juga yang guna khidmat ejen hartanah berdaftar di Cheras namun tetap tidak berjaya. Kenapa ini berlaku? Sejak saya mula menjadi ejen hartanah berdaftar di Cheras pada tahun 2014, saya lihat majoriti pemilik rumah mengulangi kesilapan sama — dan di Cheras khususnya, pemilik selalu tersilap kerana membandingkan rumah mereka dengan Cheras bahagian Kuala Lumpur, sedangkan pasaran Cheras Selangor bergerak dengan dinamik yang tersendiri. Saya bukan sekadar melihat daripada jauh — saya sendiri telah menguruskan ratusan kes penjualan hartanah.

2014
Sepenuh masa sejak
PEA3833
No. daftar LPEPH
INSPEN
Sijil Ejen Hartanah
Head of Branch
Legacy Real Property
Punca Sebenar

PUNCA SEBENAR MASALAH HARTANAH SUSAH TERJUAL ADALAH...

1

Pemilik letak harga berdasarkan EMOSI dan SENTIMEN

2

Ejen TERDESAK hanya setuju “OK BOLEH” — asalkan dapat listing

3

Ejen JANJI MANIS bulan dan bintang

4

Penjualan tidak berdasarkan ANALISIS terhadap rekod transaksi lampau, permintaan dan persaingan

5

Pemilik tidak terima PANDANGAN PROFESIONAL ejen hartanah yang jauh lebih berpengalaman

Bukan Sekadar Kata Saya

Data & Laporan Rasmi Mengesahkan Masalah Ini

Kesilapan menetapkan harga jualan berdasarkan emosi dan sentimen bukan sekadar andaian saya — ia disokong oleh data dan laporan rasmi. Menurut laporan dari NAPIC, Astro Awani, UTHM dan beberapa sumber lain, ribuan unit rumah di Malaysia kekal tidak terjual setiap tahun, bukan kerana tiada pembeli, tetapi kerana harga yang ditawarkan tidak mencerminkan realiti pasaran. Ini buktinya:

Keratan akhbar MalaysiaGazette Jun 2026 - 32,800 rumah siap dibina masih tidak terjual bernilai RM16.37 bilion
MalaysiaGazette

RM16.37 BilionMalaysiaGazette: 32,800 Rumah Siap Dibina Masih Tidak Terjual

Keratan rencana Berita Harian Julai 2026 - rumah mampu milik antara perang harga dan kuasa beli rakyat
Berita Harian

Berita Harian: Rumah Mampu Milik, Antara Perang Harga Dan Kuasa Beli Rakyat

Keratan Harian Metro Mei 2026 - rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual
Harian Metro

Harian Metro: Rumah Siap Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual

Keratan Berita Harian Mei 2026 - purata harga rumah di Malaysia melepasi setengah juta ringgit
Berita Harian

Berita Harian: Purata Harga Rumah Kini Melepasi Setengah Juta Ringgit

Keratan Sinar Harian Julai 2026 - rumah tidak terjual cecah RM16.37 bilion, NHRA cadang cukai lambakan hartanah
Sinar Harian

Sinar Harian: Rumah Tidak Terjual Cecah RM16.37 Bilion

“Saya tidak mahu pemilik rumah yang saya wakili menjadi sebahagian daripada statistik ini!”

Pasaran Cheras

REKOD TRANSAKSI CHERAS: 200 URUS NIAGA DALAM MASA KURANG 4 BULAN

Ini pasaran paling laju yang saya jumpa setakat ini. Untuk kawasan lain, 200 rekod transaksi terkini merentangi lapan hingga dua belas bulan. Di Cheras bahagian Selangor, 200 urus niaga kediaman berlaku antara 28 Januari hingga 20 Mei 2026 sahaja. Dan satu lagi perbezaan besar: berbeza dengan Kajang atau Seri Kembangan di sebelahnya, majoriti besar hartanah di sini hakmilik kekal.

TERES · TOWNSHIP UTAMA

Median RM582,500

72 transaksi teres tengah — segmen paling aktif. Median RM582,500 pada RM414 psf, dengan rekod tertinggi RM1.63 juta. Yang paling penting: 65 daripada 72 adalah HAKMILIK KEKAL. Bandar Mahkota Cheras mencatat 29 transaksi, diikuti Sungai Long dan Damai Perdana 13 setiap satu.

TERES HUJUNG · PREMIUM KETARA

Median RM900k

10 transaksi teres hujung, julat RM450,000 sehingga RM1.2 juta, median RM552 psf berbanding RM414 psf untuk unit tengah. Teres tepi median RM650,000. Jurang antara unit tengah dan unit hujung di Cheras antara paling lebar dalam kawasan liputan saya — dan ia konsisten, bukan sekali dua.

BERKEMBAR & BANGLO

RM1.4 juta – RM3.63 juta

Rumah berkembar median RM1.4 juta (julat RM630,000 sehingga RM1.95 juta), 11 daripada 12 hakmilik kekal. Banglo reka bentuk pemaju median RM2.45 juta dengan rekod tertinggi RM3.63 juta pada RM675 psf, kesemuanya hakmilik kekal. Segmen mewah Cheras Selangor lebih tebal daripada yang orang sangka.

KONDO, PANGSAPURI & FLAT

RM150,000 – RM835k

Kondominium median RM425,000 (tertinggi RM835,000), pangsapuri median RM315,000, rumah pangsa median RM265,000 dan flat kos rendah median RM150,000. Segmen berstrata di sini pun majoritinya hakmilik kekal — 29 daripada 31 pangsapuri, dan 15 daripada 18 kondominium.

Nota hakmilik: kebanyakan kawasan Kajang freehold, TAPI bukan semua — rekod Sungai Chua menunjukkan hampir separuh transaksi berstatus pajakan, dan Prima Saujana pun ada campuran. Status geran adalah perkara PERTAMA saya sahkan sebelum pemasaran. Julat di atas gambaran umum; setiap rumah tetap perlu kajian pasaran spesifik taman anda. Itu kerja saya.

Itu Bukan Cara Saya. Saya Juga Tidak Menjaja Janji Manis

Amaran

EJEN HARTANAH YANG JUJUR & BERETIKA TIDAK AKAN MENAWARKAN JANJI-JANJI SEPERTI INI!

Jual rumah dalam tempoh 14 hari!

Kami ada ready buyer!

Jaminan harga jualan tertinggi di pasaran!

Selesai pindahmilik dalam tempoh 3 bulan!

Pendekatan Saya

JUALAN HARTANAH BERDASARKAN KAJIAN PASARAN & ANALISIS DATA

Ini Pendekatan Saya Selaku Ejen Hartanah Berdaftar Di Cheras. Saya bantu pemilik rumah untuk buat keputusan yang wajar dan realisitik, berdasarkan:

LANGKAH 01

Kajian Pasaran

Kajian teliti berdasarkan rekod transaksi lampau dari rekod rasmi pihak berkuasa di kawasan terlibat

LANGKAH 02

Analisis Data

Semakan harga pasaran semasa dan perbandingan terhadap penawaran semasa serta pesaing aktif

LANGKAH 03

Pelan Pemasaran

Rangkaan strategi jualan dan kaedah pemasaran yang sesuai dengan risiko dan motivasi pemilik

Jika pemilik masih mahu ikut sentimen dan sangkaan sendiri…

“Rumah saya ini special, dah reno itu ini begitu begini…”
“Inilah rumah pertama saya beli bersama isteri selepas kahwin…”
“Jiran saya kata dia baru je jual rumah dia dengan harga RM700k…”

… maafkan saya — saya bukan ejen hartanah berdaftar di Cheras yang sesuai untuk anda.

Saya hanya berkhidmat untuk pemilik yang rasional, terbuka untuk mendengar fakta, dan menghargai profesionalisme.

Demand Cheras

4 ALIRAN PEMBELI DALAM PASARAN CHERAS

1

Pemburu hakmilik kekal berhampiran KL — inilah kelebihan terbesar Cheras Selangor. Pembeli yang tak mahu pajakan tetapi mahu kekal dekat dengan KL sasarkan teres RM550k HINGGA RM650k di township utama.

2

Keluarga naik taraf dari unit berstrata — keluar dari pangsapuri ke landed, biasanya dalam julat RM500k KE ATAS, dan mereka bergerak pantas kerana pasaran di sini berpusing laju.

3

Pembeli segmen atas — berkembar dan banglo RM1.4 JUTA KE ATAS di Sungai Long dan kawasan berpagar. Bilangan kecil tetapi konsisten, dan mereka sangat memilih dari segi susun atur serta keluasan tanah.

4

Pelabur dan pembeli rumah pertama — pangsapuri serta flat BAWAH RM320k, menarik kerana majoritinya hakmilik kekal walaupun dalam segmen harga rendah.

Kalau rumah anda di Cheras Selangor dan ia hakmilik kekal, itu bukan butiran kecil dalam iklan — ia hujah jualan yang paling kuat anda ada, terutamanya kepada pembeli yang baru sahaja tolak rumah pajakan di kawasan bersebelahan. Jangan biarkan ia tersembunyi di BARIS TERAKHIR IKLAN.

Bukti Sosial

APA KATA KLIEN-KLIEN HARTANAH SAYA?

“We had appointed a few agents at the same time to sell our double-storey terrace. Most of them just asked for photos and details over WhatsApp — no one actually came to see the house. Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal. We were so satisfied, we asked him to help rent out our condo too. Just recently, he even helped sell our daughter’s unit in Balakong — with the same level of commitment and professionalism.”
Mr & Ms Yan
Mr & Ms YanBusiness Owners
“Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan. Lepas urusan itu selesai, saya minta pandangan beliau untuk beli kondominium di Putrajaya, khas untuk dijadikan Airbnb. Alhamdulillah, unit itu kini beri saya pendapatan bersih 4 angka setiap bulan. Apa yang saya suka, beliau bukan sekadar jual — tapi benar-benar bantu buat keputusan yang menguntungkan. Baru-baru ini saya hubungi beliau semula, kali ini untuk cari tanah sesuai bagi projek homestay pula. Bila dah jumpa ejen yang boleh dipercayai, memang tak pandang lain dah.”
Dr Mona Othman
Dr Mona OthmanJuruaudit
“Hartanah pertama yang saya serahkan kepada Tuan Syakir ialah rumah teres 2 tingkat di Selayang. Lepas itu, saya minta bantu jualkan apartment pula — dan kedua-duanya selesai dengan lancar. Bila saya beli rumah baru di Kuantan, saya terus serah bulat-bulat urusan pembiayaan dan pindahmilik kepada beliau. Saya tak perlu pening fikir apa-apa sebab saya tahu semuanya diurus dengan betul. Kepercayaan saya bukan datang sebab ‘mudah berurusan’ semata — tapi sebab tahap profesionalisme dan ilmu Tuan Syakir yang memang terbukti dari awal lagi.”
Dr Norwazli Abd Wahab
Dr Norwazli Abd WahabPensyarah
“Walaupun saya sendiri seorang peguam hartanah, saya tetap memilih untuk guna khidmat ejen — dan Tuan Syakir bukan calang-calang ejen. Daripada pertemuan pertama lagi, saya boleh nampak beliau bukan sekadar tahu jual rumah. Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Banyak ejen sekadar jadi orang tengah, tapi Syakir bawa nilai tambah yang sebenar. Saya hormat pengalaman beliau dalam lapangan ini. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal hartanah secara setaraf dengan peguam.”
Ahmad Qarliff Zamzuri
Ahmad Qarliff ZamzuriPeguam Hartanah
“Saya jual rumah teres 2 tingkat saya melalui Tuan Syakir kerana saya pilih untuk naik taraf ke rumah banglo yang ada tanah lebih luas. Kedua-dua urusan — jual rumah lama dan beli rumah baru — saya serahkan sepenuhnya kepada beliau. Memang tidak menghampakan walaupun proses pembelian banglo tersebut melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Saya sendiri kagum, sebab Syakir bukan sahaja faham bab pindah milik biasa, tapi dia juga sangat mahir dengan selok-belok transaksi hartanah yang melibatkan pusaka. Banyak perkara yang saya tak tahu, tapi beliau bimbing satu per satu sampai selesai.”
Raja Yahya Raja Anuar
Raja Yahya Raja AnuarPengurus Bank
“I met a few agents before, but Syakir was the only one who actually sat down with me and presented a proper market analysis. He came prepared — data, recent transactions, even a clear strategy on how to position my property. That gave me the confidence to appoint him exclusively. Honestly, I was impressed by how efficient everything was. The house was sold much faster than I expected, and I didn’t have to chase or second-guess anything. He really knows what he’s doing.”
Joseph Teo
Joseph TeoVice President Marketing
Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar Cheras (PEA3833) bersama badge INSPEN dan LPEPH
Kenali Ejen Anda

SAYA EJEN HARTANAH BERDAFTAR CHERAS YANG BOLEH ANDA PERCAYA

Nama saya Syakir Zainol. Saya seorang ejen hartanah berdaftar dengan nombor pendaftaran PEA 3833. Bernaung dengan agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd, aktif secara sepenuh masa sejak tahun 2014.

Saya memiliki kelayakan akademik Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), program intensif selama 2 tahun — kelayakan rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Saya menguruskan Legacy Real Property cawangan Seri Kembangan sebagai Head of Branch, bertanggungjawab atas urusan jual beli dan pasukan perunding hartanah berdaftar di bawah seliaan saya. Saya juga pengarah kepada firma QS Premiere Mortgage Consultants, firma sokongan yang mengendalikan urusan pembiayaan hartanah melalui bank dan LPPSA secara profesional.

Saya bukan “ejen part-time”. Prinsip saya: kerjasama seharusnya 2 hala, perlu disempurnakan melalui saluran dan prosedur yang betul.

PEA 3833 · LPEPH Sijil INSPEN Head of Branch, Seri Kembangan Director, QS Premiere Mortgage Consultants
Saya tidak terima semua perlantikan. Saya hanya bantu pemilik yang:
  • Serius dan komited untuk meletakkan kepercayaan serta bekerjasama secara 2 hala
  • Bersedia untuk menerima nasihat profesional yang berdasarkan kajian pasaran dan analisis data
  • Mengakui kepakaran serta pengalaman ejen hartanah berdaftar yang dilatih khas untuk kendalikan transaksi hartanah secara sah di sisi undang-undang

Jika itu anda — saya sedia bantu dari awal hingga selesai.

Syarat Kerjasama

Saya Hanya Terima Listing Secara Eksklusif

Sebabnya satu — komitmen antara pemilik dan ejen mesti dua hala.

Bila anda amanahkan hartanah kepada saya secara eksklusif, saya boleh laburkan sepenuh masa, kajian pasaran, dan strategi pemasaran untuk jual pada harga terbaik — bukan berkongsi usaha dengan lima enam ejen yang saling bersaing menjatuhkan harga rumah anda sendiri.

Eksklusif: satu ejen bertanggungjawab penuh — fokus & akauntabiliti jelas
Open listing: usaha berpecah, harga tertekan, tiada siapa bertanggungjawab

BERSEDIA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA SECARA SERIUS?

(Saya hanya ambil jumlah listing hartanah yang terhad setiap bulan)

HUBUNGI SAYA SEKARANG SEBELUM SLOT PENUH

Jom Berbual Lihat Servis SayaBaca Panduan Hartanah
Ada kemusykilan?

SOALAN-SOALAN LAZIM EJEN HARTANAH BERDAFTAR CHERAS

Untuk Cheras bahagian Selangor, berdasarkan rekod transaksi JPPH antara 28 Januari hingga 20 Mei 2026: teres tengah median RM582,500 pada RM414 psf, dengan rekod tertinggi RM1.63 juta. Teres tepi median RM650,000 dan teres hujung RM900,000. Ambil perhatian bahawa angka ni untuk township seperti Bandar Mahkota Cheras, Sungai Long, Damai Perdana dan Bandar Tun Hussein Onn — bukan Cheras bahagian Kuala Lumpur, yang pasarannya berlainan sama sekali.
Majoritinya hakmilik kekal, dan inilah kelebihan struktur terbesar Cheras Selangor. Dalam rekod transaksi: 65 daripada 72 teres tengah adalah hakmilik kekal, 11 daripada 12 rumah berkembar, 29 daripada 31 pangsapuri dan kesemua lima banglo reka bentuk pemaju. Bandingkan dengan Seri Kembangan di mana hampir kesemua rekod adalah pajakan. Kalau rumah anda hakmilik kekal, itu bukan sekadar butiran teknikal — ia sebab kenapa sesetengah pembeli sanggup lompat dari kawasan sebelah ke sini.
Datanya memang menunjukkan jurang yang besar: teres hujung median RM900,000 pada RM552 psf berbanding teres tengah median RM582,500 pada RM414 psf. Sebabnya tanah lebihan, kemudahan akses dan potensi pengubahsuaian. Tetapi jurang ni bukan automatik untuk setiap unit hujung — ia bergantung pada saiz dan bentuk tanah lebihan yang sebenarnya boleh diguna. Saya akan ukur dan bandingkan dengan transaksi unit hujung yang setara sebelum letak sebarang premium.
Tidak, dan ini kesilapan paling kerap saya betulkan di kawasan ni. Cheras merentangi sempadan Kuala Lumpur dan Selangor, dan kedua-dua bahagian ada pasaran, bekalan dan profil pembeli yang berbeza. Bila anda letak harga rumah di Bandar Mahkota Cheras berdasarkan iklan di Cheras KL, anda sedang bandingkan dua produk berlainan — dan pembeli yang serius akan perasan dalam masa lima minit.
Laju bermakna banyak urus niaga berlaku — 200 dalam kurang empat bulan. Ia tak bermakna setiap rumah terjual cepat. Sebaliknya, pasaran yang laju juga bermakna pembeli ada banyak pilihan serentak dan mereka boleh bandingkan dengan pantas. Dalam keadaan macam ni, rumah yang tersalah harga bukan sekadar lambat terjual — ia jadi rujukan yang buat rumah lain nampak berbaloi. Harga yang betul dari hari pertama lebih penting di sini berbanding pasaran yang perlahan.
Tidak. Saya hanya mengenakan caj profesional mengikut kadar yang ditetapkan undang undang (maksimum 3%) setelah hartanah anda berjaya dijual dan urus niaga selesai. Tiada bayaran pendahuluan, tiada caj pemasaran tersembunyi. Sebagai ejen hartanah berdaftar PEA3833 di bawah LPEPH, struktur caj saya tertakluk kepada peraturan — bukan kepada budi bicara saya.

© 2014–2025 Syakir Zainol | Hakmilik Kekal. Semua Hak Terpelihara.
Ejen Hartanah Berdaftar (PEA 3833), Legacy Real Property Sdn Bhd (E(1) 1925)

Notis Profesional & Penafian

Disclaimer: The services advertised on this website are provided by a Licensed Real Estate Negotiator (PEA 3833) under Legacy Real Property Sdn Bhd (Registration No. E(1) 1925), governed by the Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers (BOVAEP) pursuant to the Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers Act 1981 (Act 242).

Response to this advertisement shall not in itself constitute a binding agency agreement or create any financial obligation on the part of the respondent. All agency appointments must be made in writing via the official Letter of Appointment (Form A), as prescribed by the Malaysian Estate Agency Standards.

Professional fees shall be charged in accordance with the scale of fees outlined by BOVAEP, which stipulates a maximum of 3% of the transacted price, subject to a minimum fee of RM1,000 per property. No fees shall be imposed should the property remain unsold.

The agent shall not act for more than one party in the same transaction without the full knowledge and written consent of all parties involved. The agent is bound to act in accordance with professional ethics and statutory requirements, including but not limited to Anti-Money Laundering (AML) obligations and the duty to avoid conflict of interest.

All marketing materials, price suggestions, or advice shared prior to a formal appointment are for informational purposes only and do not constitute a guarantee of sale, timeframe, or price performance. Users are encouraged to seek independent legal or financial advice where necessary.