5 Kesilapan Pembeli Rumah Pertama Yang Wajib Dielakkan (Edisi 2025)

Lelaki berfikir sambil pegang rumah kecil — simbol dilema pembeli hartanah pertama

Ramai pembeli rumah pertama teruja nak miliki rumah sendiri — tapi tanpa ilmu, ia boleh jadi beban sepanjang hayat.

Berikut 5 kesilapan paling biasa dibuat, dan bagaimana Prof boleh elakkan.

1. Tak kira kemampuan sebenar

Ramai hanya kira kelayakan loan, tapi tak tengok komitmen bulanan sebenar. Pastikan ansuran tidak melebihi 35% dari gaji bersih anda.

2. Beli ikut emosi, bukan analisis

Rumah cantik bukan bermakna berbaloi. Semak harga pasaran, potensi sewa, dan lokasi. Jangan terbeli rumah overvalue!

3. Tiada simpanan untuk kos sampingan

Kos SPA, MOT, yuran guaman, insurans dan yuran penyelenggaraan perlu diambil kira. Jangan beli sampai kosong akaun.

4. Bergantung pada satu ejen sahaja

Dapatkan nasihat dari ejen hartanah berdaftar yang benar-benar bantu dari A-Z. Pastikan ada surat lantikan yang sah.

5. Tak semak status hartanah

Leasehold atau freehold? Geran individu atau strata? Pastikan jelas sebelum tandatangan apa-apa dokumen.

✅ Penutup

Rumah pertama adalah pelaburan terbesar dalam hidup. Rancang dengan teliti, buat keputusan dengan data dan analisis, bukan sekadar ikut trend.

Saya bantu pembeli rumah sejak 2014 secara telus dan tuntas. Nak saya semak kelayakan atau bagi nasihat secara peribadi?

👇 Klik untuk terus hubungi saya di WhatsApp:
https://syakirzainol.wasap.my/hello+hakmilik+kekal

Maklumat yang tepat pada waktu yang sesuai mampu memberikan perubahan besar dalam kehidupan seseorang.

Jika artikel ini bermanfaat kepada anda, kongsikan kepada individu lain yang mungkin memerlukannya.

Gunakan butang perkongsian di bawah.

Perlu bantuan atau panduan dalam urusan hartanah?

Sama ada anda sedang merancang untuk membeli, menjual, menyewa atau hanya ingin dapatkan pandangan kedua — saya sedia membantu anda dengan maklumat yang tepat, telus dan tuntas.

Klik butang di bawah untuk mulakan perbualan: