Hakmilik Kekal | Ejen Hartanah Berdaftar

Senarai Dokumen Sokongan

  1. Berikut, adalah senarai dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bagi tujuan aplikasi pembiayaan bank.
  2. Sila kemukakan salinan dokumen yang diperlukan dalam format PDF yang terang dan jelas.
  3. Hanya sertakan salinan dokumen yang asli sahaja. Pemalsuan dokumen boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  4. Bagi tujuan permohonan bersama (joint application), sila kemukan 2 set dokumen lengkap bagi setiap pemohon.

A. Dokumen Wajib (bergaji):

  1. Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang, berwarna).
  2. Salinan slip gaji 3 bulan (bagi yang berpendapatan tetap/konsisten).
  3. Salinan slip gaji 6 bulan (bagi yang berpendapatan berubah-ubah, contoh: elaun kerja lebih masa, komisen dll.).
  4. Salinan penyata penuh caruman KWSP (2 tahun terkini).
  5. Salinan penyata bank 3 bulan (bagi yang perpendapatan tetap/konsisten).
  6. Salinan penyata bank 6 bulan (bagi yang berpendapatan berubah-ubah, contoh: elaun kerja lebih masa, komisen dll.).
  7. Salinan sijil SSM terkini (bagi yang berniaga).
  8. Salinan laporan kewangan syarikat/perniagaan (bagi yang berniaga).
  9. Salinan penyata bank 6 bulan syarikat/perniagaan.
  10. Salinan penyata cukai syarikat/perniagaan.

B. Dokumen Wajib (berniaga/bekerja sendiri):

  1. Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang, berwarna).
  2. Salinan penyata bank 6 bulan (peribadi dan/atau perniagaan).
  3. Salinan sijil SSM terkini (bagi yang berniaga).
  4. Salinan voucher (bagi yang terima komisen).
  5. Salinan laporan kewangan/audit syarikat/perniagaan (bagi yang berniaga).
  6. Salinan penyata cukai peribadi/syarikat/perniagaan.

C. Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya ada):

  1. Salinan borang EA atau CP 58 bagi tahun terkini.
  2. Salinan dokumen taksiran cukai pendapatan.
  3. Salinan penyata wang simpanan/pelaburan (contoh: Tabung Haji, ASB, saham amanah, simpanan tunai).
  4. Salinan perjanjian sewaan yang sudah dimatikan setem (bagi pendapatan daripada kutipan sewaan).
  5. Salinan penyata bank 3 bulan (bagi kutipan hasil sewaan bulanan).
  6. Surat pengesahan jawatan daripada majikan.

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top