Bayangkan sebuah kehidupan di mana anda tidak lagi dibelenggu dengan pendapatan yang tidak mencukupi, dan terpaksa hidup di bawah tekanan kos sara hidup yang saban hari semakin membebankan. Jadikan ianya satu realiti dengan memilih kerjaya perunding hartanah.
Mungkin anda orang muda yang bercita-cita tinggi, mengimpikan gaya hidup mewah tetapi terbatas oleh gaji yang kecil. Mendambakan sebuah kehidupan yang lebih selesa, lebih mewah tapi tak tahu bagaimana untuk capai angan-angan anda.
Mungkin anda seorang ibu atau bapa yang nekad mahu bantu pasangan memperbaiki ekonomi keluarga kerana setiap hari bergelut untuk memenuhi keperluan asas keluarga. Bayangkan perasaan gembira berjaya membantu meringankan beban kewangan pasangan dan keluarga anda, menyediakan lebih banyak wang dan ruang untuk ahli keluarga yang tersayang, dan memastikan masa depan mereka lebih stabil dan terjamin.
Kerjaya sebagai seorang perunding hartanah berdaftar adalah peluang anda untuk mengubah nasib. Ia bukan hanya semata-mata berobjektikan wang ringgit, tetapi juga melibatkan kebebasan — kebebasan untuk merealisasikan impian dan cita-cita, kebebasan untuk menikmati kehidupan tanpa sekatan kewangan, dan kebebasan untuk atur masa untuk diri anda sendiri.
Kerjaya sebagai seorang perunding hartanah bukan sekadar pekerjaan; ia adalah peluang untuk mencipta kehidupan yang lebih baik, untuk diri anda dan mereka yang anda sayangi. Jika anda merasakan sudah tiba masanya untuk anda ambil tindakan untuk berubah, inilah jalan keluar yang sepatutnya anda pilih.
Siapa Sebenarnya Perunding Hartanah?
Perunding hartanah merupakan individu berdaftar yang menawarkan servis profesional dalam membantu pelanggan menyempurnakan urusan jual beli hartanah, termasuk rumah, bangunan, dan tanah. Perunding hartanah berfungsi sebagai konduit antara penjual dan pembeli, memastikan bahawa transaksi hartanah berjalan lancar dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Sebagai perunding hartanah berdaftar, anda bukan sahaja menguruskan pemasaran dan penjualan hartanah tetapi dalam masa yang sama menawarkan khidmat nasihat dan konsultansi, menyediakan analisis pasaran, dan memastikan bahawa pelanggan anda membuat keputusan yang tepat.
Beza Perunding Hartanah Berdaftar dengan Broker Haram
Perunding hartanah berdaftar adalah individu-individu yang telah menerima latihan, menghadiri kursus wajib, dan berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH). Perunding hartanah berdaftar dibenarkan oleh undang-undang untuk mengenakan fi profesional sebanyak 3% daripada harga jualan hartanah.
Sebaliknya, broker haram adalah individu yang tidak diiktiraf oleh kerajaan dan undang-undang dan dianggap beroperasi secara haram. Menggunakan khidmat broker haram bukan sahaja berisiko tetapi juga melanggar undang-undang. Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda yang berat dan hukuman penjara.
Menggunakan khidmat broker hartanah yang tidak berdaftar adalah satu tindakan yang berisiko tinggi dan melanggar undang-undang di Malaysia. Menurut Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta 1981 (Akta 242), individu yang menggunakan perkhidmatan broker haram boleh dikenakan hukuman yang berat. Jika didapati bersalah, hukuman yang boleh dikenakan termasuklah denda sehingga RM300,000 atau penjara sehinggq tempoh maksimum tiga tahun. Dalam beberapa kes, individu yang bersalah boleh dikenakan kedua-dua hukuman, iaitu denda dan penjara.
Hukuman yang ketat ini bertujuan untuk melindungi pengguna dan memastikan semua transaksi hartanah dilakukan secara sah dan beretika oleh perunding hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH). Oleh itu, adalah amat penting bagi semua pihak yang terlibat dalam urusan jual beli hartanah untuk hanya menggunakan khidmat perunding hartanah berdaftar yang sah bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan undang-undang di masa hadapan.
Apa Skop Kerjaya Perunding Hartanah?
Perunding hartanah berdaftar bertanggungjawab untuk:
1. Mengenal pasti pemilik-pemlik hartanah yang ingin menggunakan khidmat perunding hartanah berdaftar.
2. Menjalankan aktiviti pemasaran dan penjualan hartanah bagi pihak penjual.
3. Melakukan rundingan dengan pembeli dan penjual untuk mencapai persetujuan harga serta terma berkaitan.
4. Menjalankan pemeriksaan hartanah untuk menilai kondisi hartanah yang ingin dijual.
5. Menguruskan dokumen dan kontrak yang terlibat dalam proses jual beli.
6. Memberikan nasihat tentang strategi pemasaran untuk memastikan hartanah mendapat pendedahan yang sepatutnya.
7. Membantu pelanggan mendapatkan pembiayaan dari bank atau institusi kewangan berkaitan.
Kelebihan Pilih Kerjaya Perunding Hartanah Berdaftar
1. Potensi Pendapatan yang Lumayan
Perunding hartanah berdaftar dibenarkan untuk menerima fi profesional sebanyak 3% daripada nilai transaksi jual beli hartanah. Sebagai contoh, penjualan sebuah hartanah berharga RM1 juta melayakkan perunding hartanah berdaftar untuk dibayar sehingga RM30,000 dalam bentuk komisen.
2. Kebebasan Masa
Anda boleh mengatur jadual kerja anda sendiri, bermakna anda bebas untuk menyeimbangkan antara kerja dan kehidupan peribadi.
3. Peluang Pertumbuhan Kerjaya
Dengan pengalaman, anda boleh mengembangkan jaringan pelanggan dan meningkatkan reputasi dalam industri hartanah, seterusnya membuka peluang untuk mendapatkan lebih banyak klien.
4. Gaya Hidup yang Lebih Baik
Kerjaya ini menawarkan peluang untuk meningkatkan gaya hidup anda dengan potensi pendapatan tanpa had, membuka peluang anda dan keluarga untuk menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.
Kelayakan Untuk Berdaftar Sebagai Perunding Hartanah Berdaftar
Untuk terjun ke dalam kerjaya perunding hartanah berdaftar, anda hanya perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Warganegara Malaysia
Hanya warganegara Malaysia layak untuk memohon menjadi perunding hartanah berdaftar.
2. Umur
Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas.
3. Tahap Akademik
Tidak ada syarat akademik yang spesifik, tetapi anda wajib mengikuti kursus 2 hari Negotiators Certification Course (NCC) anjuran LPPEH. Kursus ini adalah syarat wajib dan merupakan satu keperluan utama sebelum anda boleh mendaftar sebagai perunding hartanah berdaftar. Kursus ini tidak memerlukan peperiksaan — ia bertujuan untuk membekalkan kefahaman asas mengenai undang-undang dan amalan dalam bidang hartanah.
Cara Mendaftar Sebagai Perunding Hartanah Berdaftar
Anda hanya perlu menghadiri kursus NCC selama 2 hari dengan bayaran RM600. Pilih agensi hartanah bertanggungjawab yang akan mendaftarkan anda dengan LPPEH.
Penting! Elakkan diri daripad sama sekali menyertai agensi tidak bertanggungjawab yang:
• Tidak mewajibkan anda mengikuti kursus NCC.
• Hanya mendaftarkan anda dengan agensi tetapi tidak mendaftarkan anda dengan LPPEH.
• Tidak memberikan tag perunding hartanah yang sah.
• Mengenakan anda syarat kuota jualan tertentu sebelum melayakkan anda untuk diberi tag perunding hartanah.
Risiko bekerja dengan agensi secara tidak berdaftar adalah boleh dikenakan denda dan penjara sehingga RM300,000 atau penjara sehingga tempoh maksimum tiga tahun.
Kelebihan Berdaftar Sebagai Perunding Hartanah di Bawah Seliaan Saya
Sebagai seorang perunding hartanah berdaftar di bawah seliaan saya, anda akan menerima lebih daripada sekadar peluang kerjaya biasa. Saya akan membimbing anda secara peribadi, memastikan anda dilengkapi dengan ilmu dan strategi terbaik untuk berjaya dalam industri ini. Bayangkan, dengan bimbingan daripada seorang ejen hartanah berdaftar yang berpengalaman selama lebih 10 tahun, anda bukan sahaja akan mendapat bimbingan dalam selok-belok jualan hartanah, tetapi juga akan didaftarkan dengan tag perunding hartanah yang sah sebaik sahaja anda selesai menghadiri kursus NCC kelolaan LPPEH. Tag ini bukan sekadar simbol kelayakan, tetapi ia adalah tiket untuk anda untuk beroperasi dengan sah di sisi undang-undang.
Selain daripada itu, saya akan menyediakan sokongan penuh dalam setiap langkah perjalanan anda sebagai perunding hartanah — bermula dengan strategi pemasaran yang berkesan hinggalah ke perundingan yang membawa hasil. Anda tidak akan bergerak sendirian; anda akan dibantu oleh pasukan serta sokongan daripada pihak pengurusan tertinggi agensi yang sering memberikan nasihat dan panduan supaya setiap tindakan yang anda ambil membawa anda selangkah lebih dekat kepada matlamat kewangan anda.
Berasaskan strategi yang tepat dan usaha yang konsisten, anda bukan sahaja berpeluang untuk menjana pendapatan lima angka, tetapi juga membina kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga. Sudah tiba masa untuk anda berubah, mencipta masa depan yang lebih cerah, dan mencapai impian yang mungkin anda rasakan sebelum ini jauh dari jangkauan. Di bawah seliaan saya, kejayaan bukan lagi sekadar impian, tetapi satu realiti yang menunggu untuk direalisasikan.
Mulakan Langkah Anda Sekarang!
Inilah peluang anda untuk keluar dari belenggu kewangan dan mencapai impian hidup anda. Jangan tunggu lagi — setiap hari yang berlalu adalah satu langkah ke belakang menjauhi masa depan yang lebih baik. Hubungi saya sekarang untuk mendaftar dan mulakan perjalanan anda sebagai perunding hartanah berdaftar. Bersama-sama, kita akan membina kerjaya yang bukan sahaja mengubah hidup anda, tetapi juga kehidupan orang-orang yang anda sayangi.