Hakmilik Kekal | Ejen Hartanah Berdaftar

Kerjaya Ejen Hartanah

Kerjaya Ejen Hartanah Berdaftar

Mulakan Kerjaya Anda Bersama Saya

Kerjaya ejen hartanah adalah peluang luar biasa untuk mencapai kejayaan dalam industri hartanah yang dinamik. Sertai saya untuk membina masa depan anda sebagai pakar hartanah dengan potensi pendapatan yang tinggi dan peluang pertumbuhan yang luas. Saya sedia membimbing anda melalui setiap langkah untuk membantu anda berjaya.

potrait berkumpulan

Kenapa Pilih Kerjaya Ejen Hartanah​

Kerjaya ejen hartanah menawarkan kebebasan bekerja sendiri, potensi pendapatan yang tidak terhad, dan peluang untuk maju dalam industri hartanah yang sentiasa pesat membangun dan berkembang. Dengan sokongan yang betul, anda boleh mencapai kejayaan yang tak pernah anda sangka sebelum ini. Ianya tidak mudah namun dengan usaha, kesungguhan, doa, serta bimbingan yang betul, sesiapa sahaja pun mampu mencapainya.

Kelebihan Pilih Kerjaya Ejen Hartanah

Kebebasan dan Fleksibiliti: Melalui kerjaya ejen hartanah, nikmati kebebasan mengatur waktu kerja anda sendiri dan kawal masa depan anda.

Potensi Pendapatan Tinggi: Dengan sistem komisen yang kompetitif dan peluang penjualan tanpa had, pendapatan anda ditentukan oleh usaha anda sendiri.

Perbaiki Ekonomi Keluarga: Dalam suasana ekonomi dunia yang semakin mencabar, perbelanjaan keluarga sentiasa meningkat. Kerjaya ejen hartanah mampu menawarkan anda peluang untuk memperkasakan ekonomi keluarga tanpa mengabaikan sekuriti pekerjaan sedia ada.

Pertumbuhan Kerjaya dan Pengiktirafan: Saya menyediakan latihan dan sokongan berterusan untuk membantu anda berkembang dan berjaya capai objektif kewangan anda.

Syarat Dan Kelayakan Untuk Berdaftar

Untuk memulakan kerjaya hartanah anda, anda perlu memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta Malaysia (LPPEHP). Saya akan bimbing anda melalui proses ini dan memastikan anda memenuhi semua syarat & keperluan.

Berikut adalah senarai syarat untuk menjadi Ejen Hartanah Berdaftar di Malaysia:

1. Warganegara Malaysia

Hanya warganegara Malaysia yang layak untuk mendaftar sebagai Ejen Hartanah Berdaftar.

2. Umur

Pemohon mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

3. Minimum Pendidikan

Pemohon harus mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setara.

4. Kursus dan Latihan Kerjaya Hartanah

Pemohon perlu menghadiri Kursus Persijilan Perunding Harta Tanah selama 2 hari yang dianjurkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah, dan Pengurus Harta (LPPEHP) atau pusat latihan yang diiktiraf.

Setelah tamat kursus, peserta akan menerima Sijil Penyertaan.

5. Syarikat Hartanah Berdaftar

Pemohon mesti bekerja di bawah agensi hartanah berdaftar. Saya akan daftarkan Tag Ejen Hartanah bagi pihak anda setelah semua syarat dipenuhi.

6. Pendaftaran dengan LPPEH

Setelah memenuhi semua syarat, agensi saya akan daftarkan Tag Ejen Hartanah yang dikeluarkan oleh LPPEHP. Ini adalah kad pengenalan Ejen Hartanah yang mesti dipakai semasa menjalankan aktiviti hartanah.

7. Kepatuhan kepada Kod Etika

Ejen Hartanah perlu mematuhi Kod Etika dan Tatakelakuan Profesional yang ditetapkan oleh LPPEH.

8. Pengemaskinian dan Latihan Lanjutan

Ejen Hartanah perlu menghadiri kursus lanjutan (sekali setahun) dan latihan berkala untuk memastikan pengetahuan dan kemahiran mereka dikemaskini.

Dengan memenuhi syarat-syarat ini, anda boleh memulakan kerjaya sebagai Ejen Hartanah Berdaftar yang sah di Malaysia.

Latihan dan Sokongan untuk Ejen Hartanah Baru

Saya menawarkan pelbagai jenis latihan dan sokongan untuk membantu anda memulakan kerjaya ejen hartanah. Dari latihan berkala hingga bimbingan dari ejen senior berpengalaman, saya akan pastikan anda mendapat semua alat dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya.

1. Latihan Berkala: Saya menawarkan latihan berkala yang meliputi teknik jualan, analisis pasaran, dan perundangan hartanah.

2. Bimbingan daripada Ejen Berpengalaman: Dapatkan bimbingan daripada ejen-ejen senior yang akan membantu anda mengatasi cabaran awal.

Testimoni Kerjaya Hartanah Ejen-ejen Saya

Ini testimoni pengalaman ejen-ejen hartanah yang telah berjaya memperbaiki hidup mereka bersama saya. Kesemua mereka bermula dalam keadaan kosong seperti anda.

Sertai kami

“Pada awalnya, saya agak skeptikal dengan kerjaya ejen hartanah ini. Namun, setelah lama ikuti perkongsian Tuan Syakir di Facebook, saya ambil keputusan untuk sertai kerjaya ejen hartanah ini pada 2019. Sejak itu, bukan sahaja saya konsisten hasilkan pendapatan 5 angka setiap bulan, saya juga berjaya jadi pelabur hartanah.”

-Muhammad Iqbal (Sepang)

Sertai kami

“Walaupun saya masih bekerja sebagai seorang Jurutera IT, saya pilih kerjaya ejen hartanah ini untuk hasilkan pendapatan tambahan. Tiada masalah untuk saya seimbangkan kerja tetap dengan kerjaya sebagai ejen hartanah sejak saya sertai tim Tuan Syakir pada 2018.”

– Mohd Hafiz (Kajang)

Sertai saya dalam kerjaya ejen hartanah

“Saya kenal Tuan Syakir melalui suami saya. Saya pilih kerjaya ejen hartanah ini kerana sesuai dengan status saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Saya masih boleh menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dan penjualan dari rumah saya sambil uruskan keluarga. Pendapatan yang saya hasilkan setiap bulan sangat lumayan tanpa perlu terikut-ikut waktu kerja pejabat.”

-Lizawati (Klang)

Sertai saya dalam bidang hartanah

“Saya pilih kerjaya ejen hartanah ini sebab saya memang terlibat dalam sektor pembinaan. Saya nekad mahu terjun ke dalam dunia jualan dan pemasaran hartanah. Pada awalnya agak kekok sedikit, namun dengan tunjuk ajar Tuan Syakir, saya kini sudah mahir dalam teknik pemasaran dan rundingan hartanah. Tak susah mana sebenarnya.”

-Muhammad Sani (Sungai Besi)

Sertai saya dalam kerjaya ejen hartanah

“Saya teruja dengan kejayaan abang ipar saya dalam bidang kerjaya ejen hartanah ini. Jadi saya cuba cekalkan diri untuk daftar sebagai ejen hartanah walaupun masa itu saya masih belajar di universiti. Tak sangka walaupun masih bergelar pelajar, saya masih boleh lakukan kerjaya hartanah ini secara sambilan dan jana pendapatan bulanan seperti orang yang sudah bekerja.”

-Muhammad Zulhilmi (Seremban)

Sertai saya dalam bidang hartanah

“Saya tak sangka walaupun saya tinggal di Alor Gajah, rupanya pasaran hartanah di luar Lembah Klang juga sangat rancak. Saya pilih kerjaya ejen hartanah kerana saya memang meminati bidang jualan dan suka berhadapan dengan orang ramai. Alhamdulillah, saya dah pilih keputusan tepat untuk masa depan keluarga saya.”

-Mohammad Hafiz (Alor Gajah)

Saya Syakir Zainol, Ejen Hartanah Berdaftar. Izinkan Saya Bimbing Anda Dalam Kerjaya Hartanah

A professional photo of Syakir Zainol, ejen hartanah berdaftar. Hubungi saya

Saya pilih untuk menaik taraf kehidupan sebagai Ejen Hartanah Berdaftar sejak tahun 2014

Saya berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPPEHP) dengan nombor pendaftaran PEA 3833 bersama agensi hartanah Legacy Real Property Sdn. Bhd.

Sebelum menyertai bidang hartanah, saya merupakan seorang Jurutera Keselamatan Rangkaian selama 14 tahun dan pernah menjawat jawatan di beberapa buah syarikat IT tempatan dan luar negara. 

Kini, setelah lebih 10 tahun berkecimpung di dalam industri hartanah sebagai seorang Ejen Hartanah Berdaftar, berbekalkan kepakaran dan pengalaman yang telah saya perolehi, saya akan bimbing anda memulakan kerjaya hartanah anda.

Mulakan Masa Depan Yang Baru Dengan Bersama Saya

Sedia untuk memulakan kerjaya ejen hartanah anda? Kami menantikan untuk membantu anda mencapai kejayaan dalam industri ini.

Jadilah sebahagian daripada pasukan kami dan bina kerjaya yang berjaya dalam industri hartanah.

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top